Saturday, June 18, 2011

WORMROT Live in KL.


Tempat kejadian: My Evo Clubhouse.

Tarikh kejadian: 9 Jun 2011 (Khamis malam Jumaat)

Waktu kejadian: Lebih kurang jam 9 lebih.

Saksi Kejadian: Lebih kurang 100 saksi.


***************


Okeh. Gua memang dah lama tak jejak ke tempat-tempat gig untuk berhibur. Boleh kira pakai jari tangan sebelah kanan berapa kali gua jejakkan kaki ke mana-mana gig di sekitar KL dalam tahun lepas dengan tahun ni. Padahal boleh dikatakan tiap-tiap minggu bersepah gig kat KL ni. Pilih je mana satu yang berkenan.

Tapi gig kali ni memang tak payah tunggu pikir gua terus setuju nak pegi. Sebab apa? ada banyak sebab. Salah satu sebabnya ialah gig ni dekat dengan area tempat tinggal gua. Lagi satu sebab hanya ada 3 band sahaja yang perform. Lagi satu sebab yang paling utama ialah itu gig ada Wormrot. kah kah kah!

Okeh. Gua dengan member gua sampai area kawasan gig dalam pukul 8.30 malam lebih kurang. Ini kira 1st time gua datang My Evo Clubhouse ni. Kawasan ni kalau waktu siang gua agak memang sibuk sebab area shop lot begini memang selalu sibuk. Mesti boleh jumpa brader despatch hantar barang, Posmen, Brader jaga parking, Makwe rambut panjang berbaju kurung dengan Tokey-tokey besar jenis kasut muncung ke depan. Tapi sebab gig ni waktu malam, Area sekeliling kawasan ni memang jangan harap nak jumpa orang jenis begitu. Nak parking kereta senang, sunyi pulak tu. Yang ada gua nampak satu hypermarket Giant kat ujung kawasan ada bukak bisnes malam-malam. Itupun pukul 10 malam dah tentu tutup. Kedai makan pun ada jugak. Tapi itu dekat seberang jalan besar. Kena menapak sikit. Cuma kalau dah malas sangat, pegi beli roti kat Giant jela buat lapik perut sementara gig mula.

Okeh. Kalau mengikut flyers, Gig sepatutnya bermula jam 8.30 malam. Tapi jangan percaya sangat. Macam lu baca surat khabar Metro la, bukan semua berita tepat. Inikan pula gig d.i.y, apalah sangat kan? Tapi takdela lewat mana pun. Lebih kurang jam 9.30 diorang dah mula dah.

Band pertama yang membuka tirai pada hari tu ialah CRIMESCENE. Band yang main jenis music power violence campur stoner rock lebih kurang. Vokalis dari mula dah memang tak pakai baju, Gua syak dia bukan nak tiru sangat Faizal Tahir. Memang dalam tu panas. Penghawa dingin memang ada, cuma kalau dah ramai dalam tu, Nak tak nak memang berpeluh kangkang la jugak.

Persembahan memang boleh kata menarik jugak. Paling lincah si vokalis la, tapi gua suka drummer band ni, dia main ketat. Crowd memang tak tentu arah jugak masa ni. Lagu semua jenis pendek-pendek. Vokalis dia memang agak ramah dengan crowd. Gua gelak jugak masa dia bagi speech pendek sebelum mula lagu. Kiranya band ni memang best jugak la bagi gua.

Band seterusnya dah tentu-tentu band yang menjadi kegilaan gua sendiri. APPARATUS yang masih mengekalkan line up asal tanpa perlukan pelajar AF sebagai tarikan publisiti. kah kah kah! Band yang mempunyai stage persona yang tersendiri. gitaris merangkap vokalis yang punya penampilan kemas dan stylo. Bassist dan drummer juga nampak bersedia dan nampak kesungguhan diorang dalam bermain band. Membawakan lagu-lagu hits (pehhh!..dah macam Huzz Pancaindera je gua rasa..hahaha!) dan lagu-lagu baru yang masih lagi berswedish hardcore tanpa perlu menambah apa-apa elemen mesra pendengar untuk dimainkan di corong-corong radio arus perdana masakini. Crowd banyak mendengar dari menari. Mungkin tengah simpan tenaga untuk Wormrot agaknya. Tapi bagi gua Apparatus memang berada dalam kelas mereka yang tersendiri. Ciri-ciri band yang bakal menjadi legend dalam scene d.i.y Hardcore punk tanah air.

Dan akhirnya band yang ditunggu-tunggu telah tiba. WORMROT dari Singapore yang akan bergrindcore di atas pentas sambil menghuru-harakan keadaan sosial negara yang kian meruncing. Takde, gua acah je pun. Line up hanya bertiga, tapi dia punya show serupa ada 5-6 orang atas pentas. Sangat tight dan bertenaga. Gua paling tabik dekat drummer diorang. Memang gila terer ketuk drum. Jeles betul gua. Gua cuma tau ketuk pintu je. Kalau la gua boleh main drum macam tu, dah tentu gua akan sombong dan riak. Mungkin sebab tu gua takde bakat begitu. Nasip la kan. Diorang membawakan lagu dari album pertama dan kedua yang diriliskan di bawah label metal terbesar dunia iaitu EARACHE RECORD. Perghh! gua jeles lagi. kiranya dulu satu dunia kenal Singapore melalui IMPIETY, sekarang ni giliran diorang pulak. tahniah la dari gua. Tapi memang berbaloi la sebab diorang ni memang sangat berbakat. Antara aksi band grindcore yang paling menarik gua rasa. Ada satu lagu yang diorang tujukan untuk semua pukimak-pukimak di Singapore. Mungkin pukimak-pukimak yang dimaksudkan adalah dari mereka yang tergolong dalam golongan rasis, fasis dan seksis agaknya. Sebab yang baik-baik bukan pukimak, tapi anak mak. Itu pendapat gua je. Ini juga antara aksi Grindcore yang paling wallawei bagi gua.

Satu lagi yang bagus mengenai gig di My Evo adalah kesemua crowd sangat berdisiplin.Tiada satu orang pun yang merokok dekat dalam. Semua merokok di luar. Tahniah la buat diri masing-masing. Takde la gua tengok sambil gosok mata sebab pedih asap rokok. Dan ini mungkin sejarah bagi gua sendiri sebab ini jugak satu-satunya gig yang tiada perokok merokok di dalam venue sepanjang gua terlibat dalam bidang hardcore menghardcore ni. Tahniah buat RICE COOKER.


Babai!!

Friday, April 22, 2011

Petai.

Itu hari gua bawak famili gua pegi jalan-jalan lepak Cameron Highland. Ini kira 1st time gua panjat sana. Yes, gua memang jarang berjalan-jalan kat luar. Tapi sebenarnya gua tak plan pun nak ke sana. Bini gua saja kasi idea suruh ke situ sebab dah tak tau nak jalan ke mana masa gua singgah kampung gua di Ipoh itu hari.

Gua jenis menurut kata. Jenis pijak semut tak mati. Jadinya, gua angguk la tanda berani. Masa dalam kereta bini gua dah bikin plan nak beli segala macam jenis strawberi yang ada kat sana. Gua angguk tanda berani lagi. Gua sindir balik kat dia, yang bayar nanti pun gua jugak la selalunya kan? Tapi macam selalu dia buat tak pot je hal-hal sindir gua tu sebab gua selalu sindir dalam hati.

Gua naik Cameron ikut Simpang Pulai. Dekat sikit kata member-member gua yang selalu jugak turun naik kesana. Tapi hari tu tak berapa sedap sebab masa gua naik sana, hujan lebat betul. Risau jugak masa gua selisih-selisih bas express besar-besar. Nasib drebar bas paham perasaan gua. Semua jenis bawak cermat.

Bila dah hujan, gua sebagai drebar nak tak nak tahan mata la bila dah sejuk. Gua pandang sebelah, anak bini gua dah sampai dulu dalam mimpi. Semua tido. Kesian gua.

Tiba-tiba ada satu kereta depan gua bawak betul-betul punya slow. Gua relek jela sebab kalau gua laju pun, nak tak nak ke Cameron tu jugak. Bukan boleh jejak Paris pun. Jadi nya gua ambik keputusan mengekori kereta brader depan gua dengan jitu. Gua pandang kereta tu jenis baru keluar kedai. Baru lagi ni. Plat nombor pun kira baru. Belakang tingkap ada stiker P besar.

Jalan ke Cameron ni kira bahaya jugak la. Bila nak panjat bukit memang berat sikit. Kereta kecik macam gua memang stended berat naik bukit. Tapi kereta depan gua besar, mahal dan import. Apahal gua tengok susah nak naik? gua follow jugak lagi belakang dia. Tiba-tiba dia berenti. Apahal pulak mamat ni berenti tetengah jalan? gua dah pelik. Belakang gua ada jugak 3-4 biji kereta tengah ikut gua sama ke atas. Lepas tu dia jalan balik. Tapi lepas tu berenti lagi.

Gua pikir mungkin kereta dia rosak. Tapi gua syak ni jenis kaki baru dapat lesen kereta. Naik bukit pakai gear 5. Menggelabah jugak gua tengok dia masa tu. Time hujan pulak. Lagi dabel gelabah dia. haha! Gua kasi signal, potong kedepan. Kereta yang lain pun ikut sama. Ahh, masa angkat lesen tak nak belajar betul-betul sapa suruh. kah kah kah!

Last-last gua sampai jugak ke Tanah Rata. Hujan pun dah berenti. Apa lagi, kasi pusing-pusing la. Bini gua cari strawberi la pun. Macam takde jual kat tesco kajang je gayanya. Gua sindir dalam hati. Ramai jugak makwe mat saleh lepak sini. Gua pulak tak tau nak buat apa area sini. Tapi seronok jugak sekali-sekala lepak gini.

Cukup masa, gua ajak balik. Masa turun gua balik ikut jalan sama. Petang-petang gini hujan pun tiada. Jalan pun gua tengok sedap. Takde risau apa. Last masa gua turun gua beli petai 3-4 papan dari satu makcik orang asli dekat tepi jalan menghala turun ke Simpang Pulai bawak balik ke rumah. Besar-besar jugak petai dia.


Jadinya, malam tu gua lepak di kampung sambil pekena petai buat makan malam. Strawberi semua gua tolak tepi. Apa jadah makan strawberi tapi tak boleh cicah sambal, kan?

Tuesday, March 15, 2011

Mastika dan Black Metal. Ada lagi?

Di Jepun ramai orang tengah risau pasal loji nuclear yang meletup disebabkan Tsunami. Gua agak bimbang jugak dengan benda-benda begini. Walaupun gua bukan orang Jepun, Tapi gua salah seorang yang sangat berminat tentang benda-benda yang hebat dari Jepun macam komik, kartun, muzik, filem serta budaya dari sana. Bila jadi benda-benda musibah begini, Gua rasa sayu sikit.

Ini hal nuclear brader, bukan kabait mercun. Sebab tu bila dengar ura-ura negara gua sendiri nak bina loji nuclear, gua dah rasa lain. Bukan besar mana pun negara gua ni. Gua dengar-dengar kesan letupan nuclear dari jepun tu boleh merebak sampai ke Filipina. Dah dekat dah tu dengan negara gua. Gua harap sangat brader pihak atasan tu timbang-timbang la pasal hal-hal nuclear ni.


**********


Hal botol susu pun gua bengang jugak. Tiba-tiba ada racun. Hal-hal macam ni mana boleh biar. tunggu sampai 2012 baru nak haramkan penjualan? Kerja gila semua ni. Mungkin stok lama perlu di habisi sebelum tiba waktu pengharaman? Gua syak jalan cerita dia begitu la. Benda-benda membabitkan bayi dan kanak-kanak ni jangan la berkira sangat. Kalau dah bahaya tu, haramkan serta merta la.

Ini membabitkan generasi masa depan. Bukan main-main punya hal. Boleh pulak nak haram secara berperingkat. Kalau dah terbukti boleh mendatangkan kesan gangguan sistem hormon dan fungsi tubuh, jangan tunggu-tunggu. Gua takut anak gua nanti dapat suami separuh lelaki separuh mutant pulak. Susah pulak gua nak menjawab dekat tok kadi nanti.


***********

Gua lalu kedai mamak tadi. Belek-belek majalah sekali nampak Mastika isu baru. Muka depan gua perasan ada tajuk pasal BLACK METAL.

Gua blah.

Tuesday, March 8, 2011

Ubat.

Ni cerita member gua.

Dia ni kerja dekat Hospital. Hari tu dia cerita pengalaman dia jumpa sorang pakcik yang datang ke hospital. Gua dengar dia cerita mula-mula tak brape nak tangkap jugak. Tapi bila lama sikit, baru gua paham. Pastu gua bantai gelak.

Member gua ni jawatan dia dekat hospital kerja sebagai pembantu perubatan. Jenis bantu-bantu doktor pegang-pegang playar masa operation kot gayanya. Ntah. Gua bukan tau sangat. Tapi jenis kerja ada pencen sedap la.

Pada suatu hari, sewaktu member gua ni bertugas dengan penuh berdedikasi serta penuh dengan semangat 1 Malaysia, Datang sorang pakcik yang kalau di ikutkan gaya, memang berumur jugak. Tujuan pakcik ni datang nak ambik ubat katanya. Member gua memang biasa kerja-kerja ubat ni. Dah memang kerja dia pun. Jadi sebelum kasi ubat apa yang patut, macam biasa mesti kena periksa dulu sakit apa.

Member gua pun tanya la dulu dekat pakcik ni.

'Sakit apa pakcik?'


Pakcik tu jawab balik.

'Pakcik rasa gatai-gatai kat badan.'


Okeh, bila dah periksa apa yang patut, member gua pun tau la apa punca dan ubat apa nak kasi sama pakcik tu.

Masa ni la kejadian yang tak di sangka-sangka pun berlaku. (Ceh! bukan jadi apa sangat. Gua sebenarnya tak tau nak karang ayat sangat, hehe..)

Dengan selamba pakcik tu senyum-senyum cakap kat member gua tadi,

'Dik.. pakcik ni jenis susah nak makan ubat ayor minum ni. Kalau boleh bagi pakcik ubat GATAI BIJI udah ler.. senang pakcik nak nelan..'

Masa ni member gua dah jenuh menahan gelak takut terbarai. Gua lepas tu bila dengar balik memang gelak jugak la.

Kombinasi ayat pakcik tu memang A gua rasa. haha!

Sunday, March 6, 2011

Kapitalis dan gua.

Malam semalam.

Gua berkerut dahi memikirkan tentang benda yang bini gua pesan suruh beli ni. Pesanan yang dia bagi dekat gua bukan pelik sangat pun. Benda biasa. Tapi, benda biasa-biasa ni kalau salah guna , takut lain yang jadi.

Gua repeat tanya lagi sekali dekat dia takut-takut gua yang salah dengar. Tapi jawapan dia sama jugak la. Kiranya gua tak salah la kalau beli. Ok, pesanan yang dia bagi gua terpaksa layan. Kalau tak, malam-malam gua tidur takde sapa nak urutkan pinggang gua. Gua bab-bab pinggang ni gua jaga rapat. Benda nak pakai lama.

Balik rumah gua hulur barang yang dia pesan. Sambil hulur gua perati jugak rupa bini gua. Anak gua masa ni tengah tido. Jenis tido tak tentu masa. Macam gua jugak dulu-dulu. Gua perati bukan sebab bini gua lawa sangat. Tapi gua perati sebab gua nak kepastian yang bini gua ni sihat dan waras.

Bini gua capai benda yang dia pesan terus bawak ke belakang rumah. Gua perati dari jauh. Dah setel segala benda yang dia buat, dia senyum-senyum perli sama gua. Dia tau gua jenis tak percaya. Memang pun. Tapi bini gua cakap tunggu esok baru boleh percaya.


Hari ni.

Bini gua senyum-senyum sama gua. Gua masa ni dah mengakui kehebatan bini gua. Tak sangka bini gua terer jugak bab-bab improvisasi ni walaupun selalu melayan Astro Prima malam-malam. Gua selama ni ingat gua je yang paling hebat dalam rumah. Rupanya dia lagi hebat dari gua.

Dan gua jugak tak sangka yang air coca-cola ni memang mujarab buat guna cuci baju. Napkin anak gua dah jadi macam baru beli dia punya putih. Stokin gua yang huduh pun dah jadi lawa balik.


Gua betul-betul kagum!! Tak sangka air tin coca-cola boleh jugak guna buat cuci baju selain dari buat minum. Memang gila!!

Sunday, February 27, 2011

Main guli dan impaknya terhadap gua.



Saje gua letak gambar ni. Padahal takde sangkut cerita langsung.




Satu ketika sekitar tahun 1992-1994.

Gua menolak basikal sementara pulang dari mengaji. Tayar basikal gua pancit sikit. Tapi takde hal. Gua boleh tukar tiub sendiri. Gua syak tadi kena paku masa gua lawan wheelie-wheelie dengan Dolah sebelum mengaji tadi. Selalunya begitu la rutin gua sebelum masuk mengadap ustaz mengaji gua.

Bawak basikal tak pegang handel memang sangat trend masa zaman tu. Setakat jatuh luka tu, tak jadi apa bagi gua. Main basikal sampai berpeluh merata celah, kemudian selamba masuk mengaji. Rilek abis. Songkok penuh dengan peluh? Tu belakang cerita.

Tapi masa mengaji, Gua memang kusyuk. Kusyuk gua bersebab. Sebab mudah, Ustaz gua ni muka memang Rambo habis. Tu je. Gua dulu cukup takut dengan dia. Ustaz Deris. Dia ni keje TNB. Selalu waktu mengaji kadang-kadang petang, kekadang malam. Ikut waktu keje dia. Masa mengaji, Rotan panjang wajib ada dekat sebelah dia. Tapi tak pernah dia hayun pun. Sekadar acah gua dengan bebudak lain je.

Mengaji dengan dia ok. Cuma kadang-kadang masa gua perdengarkan bacaan, dia terlelap. Bunyi dengkur dia pun kadang-kadang menyelit jugak masa gua baca. Gua paham dia penat kerja. Mengajar pulak budak-budak yang dekat 20 orang. Tapi tak tau la kalau ustaz gua tido sebab gua mengaji sedap. Boleh jadi jugak tu. Cuma takde la gua tanya dekat dia. Kang takut timbul riak pulak kan?

Bila abis je mengaji petang, memang dah tentu gua dengan budak-budak mengaji lain dah setting aktiviti main pulak. Budak-budak la katakan. Main tu maksudnya main bola, basikal, tak pun main gasing. bukan main atas tilam. Tu cerita lain.

Jadinya, antara petang-petang tu, gua ngan budak-budak gua dah set nak main guli. Balik rumah semua selongkar guli masing-masing. Kadang-kadang cedok guli dalam akuarium ikan. Tu keje member gua, Najib. Dulu-dulu takde budak yang rajin kumpul action figure apa semua, yang penuh dekat rumah jenis benda macam guli, gasing dengan layang-layang. Budak-budak sekarang gua tak tau la pulak.

Tapi bila kitorang dah standby nak main, member gua si Najib tak sampai lagi. Nak tak nak kitorang main dulu la. Kang dia sampai masuk jela mana-mana team pun. Tak sampai setengah jam, Najib sampai. Gua perasan dia bawak guli. Tapi ada benda lain jugak dia bawak.

Sampai-sampai je muka dia lain macam sikit. Terus dia panggil semua orang datang kat dia. Gua buat tak pot sangat. Biasa la muka macam tu. Tak kena marah, sakit perut. Tu je la. Gua tengok member-member lain semua kerumun dia. Gua pun nak tak nak pegi jugak la. Macam ada benda penting la pulak.

Bila gua sampai dekat, Gua tengok najib tengah tunjuk satu benda macam buku. Tapi tak tebal sangat la gua nampak. Gua perati dekat-dekat. Gua tak puas hati gua pegi laaaagi dekat..




Rupa-rupanya benda yang dia bawak tu kalendar. Nak lagi best kalendar gambar kakak mat saleh posing tak pakai baju.

kah! kah! kah!

Saturday, February 26, 2011

Kasim Indie Rock - part 3.

Sambungan dari sini dengan sini.


"Pegi tengok sape yang datang tu Sim,.."

Kasim dengan gaya tenang bergerak ke pintu. Mak Yam sebenarnya tau yang Kasim masih marah dekat dirinya. Cuma tak ditunjuk sangat. Hormat mungkin.

Pintu masih lagi di ketuk.

"Sabo la sikit! Apa pesen datang rumah orang main ketuk pintu kuat-kuat ni." Kasim sedikit marah. Gaya marah saling tak tumpah macam perangai arwah bapanya, Bang Harun. Arwahnya dulu main kugiran juga. Posisi gitar utama. Kalau ada kenduri kawin di Ipoh, tak sah kalau takde beliau dan Orkes Cahaya memeriahkan pengantin. Sebut saja lagu apa, waima Black Sabbath sekalipun boleh dicover dengan tenang. Tapi dah ajal, beliau akhirnya meninggal akibat eksiden.

Pintu dibuka sedikit kasar.

Kasim tergamam. Kelu lidah tak payah cerita. "sape plak minah ni?" seru Kasim dalam hati. Ya, di hadapan Kasim muncul seorang gadis yang lebih kurang sebaya umur, segak gaya muka serta tubuh, berdiri sambil tersenyum. Wajah Sid Vicious terpampang di bajunya.

" Hai,..err, sebenarnya saya ni jiran sebelah. Mak yang suruh datang sebab nak kasi adress email blog mak saya untuk mak awak. Biar ramai sikit yang jadi followers dia katanya." Sambil menghulurkan sekeping kertas kepada Kasim.

Kasim macam biasa kelu. Diam je dari tadi. Maklum la makwe lawa ada di depan. Berjiran pulak tu.

"Saya pun tak paham dengan mak tu. Duduk sebelah rumah pun nak bercerita dalam blog-blog pulak. Susah jugak saya nak paham perangai dia." sambung gadis tadi lagi.

"By the way, nama saya Nana. Awak?"

Kasim masih lagi diam. Nak bertegur, tak keluar apa pulak dari mulut. "Ah sudah.."
Bentak Kasim.

"Err.. sayye Kashim." Sedikit sumbang bunyi sebutan. Gugup punya pasal.

"Ooo,..ok la. Saye nak gerak dulu. Ada hal sikit. Nanti senang-senang kita sembang ye?" Ucap Nana lembut.

Kasim hanya mengangguk tanda paham. Gugup sampai tak mampu bercakap. Rugi sungguh!

"Sape tu Sim?" Mak Yam menjerit dari dapur.

Kasim macam biasa kelu. Tak dapat dia nak lupakan wajah Nana tadi. Cantik.
Perasaan hati Kasim bagai debunga wangi bak kata Lefthanded.

Mak Yam yang dari tadi pelik sebab Kasim asyik tersenyum tak henti-henti.

"Ni Bang Harun punya perangai la ni. Dah macam orang takde akidah je rupanya." Mak Yam membebel.

Bang Harun jugak yang kena.


Bersambung...

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.