Thursday, April 16, 2009

Perit!!


Nun di hujung sana..
Darah pekat mengalir dari jasad dunia..
Tusukan menerjah dari seluruh ruang yang lebar..
Kau aku terpaku..
Apa yang mampu?
Mereka terseksa,terpaksa,putus segala asa..
Dari rakus kuasa,tanpa ada sekelumit ehsan..
Oh!..yang menjadikan kuasa..
Tak pernah ada apa-apa batas..
Mampu kita terus melihat,atau hidup bagai tiada apa..
Yang mana itu kita?
Akal,..walau wujud tiada mampu menentang kuasa..
Kuasa bagai satu misi yang muncul dari kehendak dan keperluan sendiri..
Mungkin lahir dari dendam,mungkin juga kerana akal mentafsir
segalanya bagai satu hikmat..
Satu saja…semua gila!!
Apa perlunya nyawa sebagai balasan?
Dia juga alam,seperti mu..
Tiada simpati bagi mu..
Si perakus kuasa!!
Hingga detik nyawa mu kembali..
Ludahan dari alam untuk bekalan mu disana..
Tapi kita,hingga bila mahu terus-menerus disitu?
Kaku,terpaku,keras di situ..
Lawan terus segenap ruang..
Ceroboh bagai esok tiada pasti..
Yang penting lawan! Terus lawan!
Di sana juga di sini..
Selagi ada wujudnya kuasa..
Mereka juga tetap sama,
dan terus-menerus sama..
dan kita juga tetap terus sama..lawan!!
tunjuk pada si rakus buas..
bunga lebih mulia dari logam pembunuh..
kita lawan sejarah hitam itu!!


*****

Luahan rasa selepas mengenang serangan israel terhadap bumi palestin..

Runtun!

Sakit,sedih,jerih,merintih..

Setapak-tapak,menapak tercampak..

Malam,pagi,siang perginya petang..

kejam cucunya adam,mulia hatinya syaitan..

Aku curang?dia mungkin...

peduli??Peduli apa!!

Satu naluri..mana datangnya?

Hitam mencelah dari celah-celah Kasih dan sayang..

Aku mahu,..siapa pun mahu..

Gila apa dunia ini?...

****

Ada komen? komen la kalau berani...

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.