Showing posts with label band local. Show all posts
Showing posts with label band local. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Jammed!

Sedap jugak dengar musik begini. Rasa nak joget pun ada. Nak makan nasi pun ada. Tapi band ni kira bagus la. Video jenis buat sendiri. Lagu hepi-hepi tapi politikal. gua benda-benda macam ni gua suka la. Tak berat kepala kalau layan.

Band baru tak baru, lama tak lama la jugak. Tapi yang nyata, ini salah satu band yang jadi playlist untuk gua dengar hari-hari.

Benda-benda sedap mesti kena kongsi.






Gua takde idea nak menulis lagi. Babai~

Tuesday, October 26, 2010

Black Territory - 'This is black territory' CD.




Sedap jugak album Black Territory ni. Dah lama sebenarnya album ni wujud, tapi macam biasa la, gua last-last kopek baru beli. Kalau selalu turun gig, senang la beli. Jenis gua yang boleh kira berapa kali masuk gig ni, memang kena order je la dari band atau mana-mana distro.

Gua sebenarnya start minat band ni lepas lepak maispes diorang. dengar promo dalam website diorang, gua rasa sedap lagu-lagu diorang ni. Tapi itula, benda-benda underground ni bukan senang-senang nak dapat di pasaran. Lain la kalau lu cari Lady Gaga punya stuff, memang bersepah-sepah ada.

Tapi, benda ni ikut minat. Kalau lu tak minat, bersepah macam mana pun, takdenye lu pandang. kan?

Harga CD ni RM20. Stended la bagi band Malaysia. Pro-Printed tau. Bukan jenis main-main punya barang. Ada 2 keping gambar line up band. Lirik semua ada. Tak payah risau pasal benda-benda setan. Memang tak jumpa. Hardcore mana sembang pasal setan.

Dalam album ni ada 10 lagu termasuk dengan intro sama 1 akustik. Sound dalam album ni bagi gua mantap. Takde main-main. Ini macam la bagus. Gua yang dengar pun tumpang bangga sebab diorang ni sungguh-sungguh bikin album. Bunyi semua alat muzik seimbang. Dah macam band metal omputeh dah gayanya.

Konsep diorang dari apa yang gua dengar adalah Metalcore. Bukan Makyong crossover atau Zapincore. Jangan harap jumpa benda-benda tu dalam album ni.

Dari segi lirik, kebanyakan tentang ketidak puasan hati dalam banyak isu yang kalau di pendam, maka meranalah badan. Bila dah diluahkan dalam bentuk musik, maka terhasillah seni yang mampu dikongsi bersama-sama gua(sebab gua beli album ni, gua anggap diorang bercerita dekat gua la. hehehe~).Ada jugak lagu yang ditujukan buat arwah sahabat diorang dan rakan-rakan lain.

Muzik pulak memang sedap. Gua rasa line up band ni mesti dah lama pegang alat-alat muzik ni. Sebab gua dengar cara main memang mantap, ketat, dan padat. Pada drummer, bassist,gitarist sama vocalist, gua nak ucapkan terima kasih sebab bakat lu orang memang buat gua rasa berbaloi dengan RM20 yang gua laburkan.

Lagu-lagu yang menarik bagi gua adalah In Cries, Black Territory, It's So Hard dengan Into The Mirror (akustik). Yang ni kira terbaik la. Yang lain-lain kira sedap.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal Black Territory, lu boleh cekidot maispes diorang dekat sini www.myspace.com/blackterritory atau try singgah sini: www.blackterritory.com


Ayuh burung puyuh!! (ayat gua cilok dari dalam inlay CD ni)



Makasey!

Thursday, September 9, 2010

Deja Voodoo Spells - Bite




CD ni dah lama gua simpan. Di sebabkan gua tengah boring sebab tak ada bahan nak dajalkan bini gua masa lepak-lepak tadi, gua saja-saja mau sembang pasal CD band Deja Voodoo Spells (DVS).

Gua beli CD ni rasanya awal tahun sudah. Ada 10 trek dalam album ni. 1 trek bonus ada selit celah-celah lagu akhir. Tak silap gua ini album ke dua diorang. Line up diorang macam yang gua tulis kat bawah tu:

Re10 ('Rethan' kalau betul gua punya sebutanla..) - Gitaris sambil menyanyi.
Rozaimi - pemain bass.
Ainol - Drummer ( tak silap gua dia dulu ketuk drum untuk Kristal zaman diorang kecik-kecik dulu.)

Konsep diorang gua pasti bukan tekno fengtau. Yup! Memang. Sebab diorang main Hard Rock ada sikit-sikit bunyi Grunge. Keseluruhan bunyi untuk album gua bagi A+. Sound memang jelas. Takde bunyi serupa lu lepak dalam gaung.

Trek mula-mula saja sudah bikin gempak. nama lagu 'Melanophobia'. Memang fast dia punya intro. Gua dengar sedap. Solo gitar pun smart. Terus gua pegi trek ke-2. 'Bite' ada sikit gua dengar macam Kurt Cobain punya gaya nyanyi. Ini pun lagu kencang. Jadi gua terus ke next trek bak kata orang putih.

'What will be will be' ada pulak bau-bau bacang sama Foo Fighter punya stail. Tapi drummer punya ketuk memang sedap. Padu mencengkam kalbu. Masuk trek 'Wanting You' dia punya mood lagu slow sikit. Kira lu bole goyang-goyang kepala kiri kanan sambil pejam-pejam mata. Trek seterusnya nama 'Six'. Yang ni memang grunge tak rabak bak kata orang-orang tua. Ok la jugak.

Masuk lagu 'Rock N Roll' dia dah ada sikit bunyi punk. Yang ni gua suka. Bukan sebab dia punk, tapi sebab dia ada part stop go lebih kurang. Kira-kira Catchy la kalau nak senang sebut. Trek 'The Enemy In Me' ni lagu leleh. Memang stok-stok keluar hitz FM kalau ikut stended semasa.

Kita beralih ke sebuah lagu instrumental pulak ye adik-adik. 'Road Trip Jam' ni kalau lu jenis kaki layan solo gitar boleh dengar macamana Re10 petik gitar sambil dengar dia mencarut pakai gitar. Power jugak dia punya skill petik. Trek 'Level 5683' boleh tahan jugak gua rasa.

Trek akhir ni gua kompom lu orang tau lagu siapa kalau lu tengok dia punya tajuk lagu. Nah! sekali 'Billie Jean'. Tau kan lagu sape? diorang bikin Cover Maikel Jeksen punya lagu jadi Rock. Ada sikit part agak-agak metal masa korus. Suara Re10 boleh tahan jugak dia punya serak. Gua dengar dia teran suara macam rilek-rilek je. Sambil tu ada jugak part dia solo tak ingat masa ujung-ujung lagu. Terbaik!

Hidden trek yang gua cerita mula-mula tadi timbul masa abis lagu billie jean. Lagu 'Rock N Roll' tapi versi bahasa melayu. Itu je la.

Kalau lu rasa nak kenal diorang, pegi area sini je.

Tuesday, August 10, 2010

Apparatus - "Hardcore Religion" CD.





Apa? empat ratus? rempah ratus? lapan ratus? jawapan,.. ini Apparatus!!! salah satu band tempatan yang berpusat di Kuala Lumpur. kalau dalam scene hardcore punk, diorang ni kira macam Motley Crue la dia punya top.

Takde.

jangan percaya.

Bab-bab top tu, gua tipu lebih kurang je tadi.


Kita cerita bab CD. Ada 12 trek jenis pendek-pendek campur padat-padat dia punya panjang lagu. Sebenarnya ni stok lagu ulang cetak dari versi putu piring hitam (LP) yang dah sold out di serata pelusuk dunia ke dalam bentuk CD. Yang ni betul. Gua tak tipu. Hidung gua tak kembang-kempis pun. itu tandanya gua jujur.


Kalau dari segi muzik yang diorang bawak, gua boleh cakap yang diorang main stok raw punk D-Beat belah-belah sweeden. Memang kalau nak cari muzik jenis hardcore berat, yang ni gua rekomen.


Dia punya sound untuk album ni jenis tak berapa kering dari Osman Kering. Kalau sekali dengar, lu boleh rasa dia punya bunyi agak-agak klasik jenis punk rock dulu-dulu. Tapi dia punya energi untuk setiap lagu memang tip-top! takde meleweh langsung.


Lupa gua nak sebut.. Line up band ni jenis 3-piece. Takde ramai sangat macam Slipknot. Semak stage kalau perform.


Rilek-rilek suda.


ahli jawatan kuasa band ni ialah:

Armsvett - gitar sama nyanyi-nyanyi.
Patto - Bass sama penyanyi latar.
Mob Yus - Drum sama gelek gerudi.


Dalam CD ni, diorang ada bawak 1 lagu cover dari band Disarm (Sweeden). Nak lagi stim, brader Honsa yang menyanyi untuk Disarm, menyanyi pulak untuk Apparatus dalam CD ni! itu lu boleh cari dalam trek yang tajuknya 'Locked up'.


Satu lagi yang menarik dalam CD ni, solo gitar dalam trek lagu 'Dead Ratts' di mainkan khas oleh saudara Ozz dari Naked Butterfly / R.O.B yang baru-baru ni dah kembali kepada penciptanya di sebabkan penyakit paru-paru berair. Solo gitar yang simple,raw tapi keras! gua suggest lu orang dengar lagu ni.


Semua line up menjalankan tanggungjawab dengan baik gua rasa. Dari segi permainan, gitaris memang stended main chord sama riffing ringkas. Dia punya sound gitar boleh tahan. Kerak-kerak gua dengar bunyi dia. Bassist sama drummer pun jenis buat kerja sama-sama. Takde main-main. Konsisten. Itu yang gua dapat dari melayan CD Apparatus ni.


Apa kata lu pulak cuba. Gua dapat CD ni dengan membeli dari band member sendiri. Produk DIY yang patut-patut layan. Lagipun, diorang sendiri yang rilis under label masing-masing.


Boleh dapat dari sini :


Total Mangel Records,
P.O Box 12482,
50780,Kuala Lumpur,
Malaysia.
totalmangel@gmail.com
totalmangelrecords.blogspot.com


Dan dari sini juga :


Disarmament Records.
P.O.Box 7126,
40704 Shah Alam,
Selangor,Malaysia.
disarmament@gmail.com
www.disarmament.tk


Tak mahal.. RM 15 + Pro Printed lagi.

********

Aiseh, gua lupa taruh link maispes diorang plak.
Lu orang try riki sini : www.myspace.com/apparatusasfukk


Try la sayang!

Tuesday, July 6, 2010

Predicated Not Defined - "fear, forgotten and regret" CD 2010




Band yang boleh dikatakan lama jugak dalam scene metal. Aku sendiri pernah melihat persembahan diorang di Penang beberapa tahun dulu. Tak silap aku di 'Actor Studio' area sebelah pulau nun. Masa tu tempat ni memang selalu bikin gig. Kira meriah jugak lah. Sekarang ni aku dah lama tak jejak Penang. Tempat ni entah ada lagi ke idak.

Masa mula-mula aku tengok diorang perform, aku agak statik. Aku tak tau camna nak layan lagu diorang. Masa tu pun crowd banyak duduk melayan telinga dari bangun melayan kepala. Sebab diorang main metal yang agak mendayu-dayu. Tak silap aku diorang ada bawak 1 lagu cover dari Rotting Christ kot? Aku pun ingat-ingat lupa dah time tu.

Walaupun dah agak lama aku tak tengok diorang perform di pentas gig (sebab dah jarang pegi gigs..huhu sen tarak!) Tapi still aku tau diorang ni masih wujud lagi dalam scene,sebab diorang aktif main gig di merata-rata tempat. Cuma tau-tau camtu jela.

Sedar-sedar diorang dah keluarkan CD tahun 2006 dan aku tak tau..huhu. Apa bole buat, bukan semua band aku follow, Dah tu, sekarang ni banyak pulak band-band lama dan baru yang muncul. Jadi, aku cuma grab mana-mana band yang sempat je laa..(hehe!)

Sampai lah semalam..aku berjaya dapatkan album terbaru diorang di Nebiula Shop. Alang-alang beli,sebab aku dah lama tak beli CD sejak akhir-akhir ni. Jadi, peluang yang ada aku tak sia-sia kan. Tak kan nak cari mp3 jer. kalau band luar maybe aku layan mp3 je..tapi kalau local band dah tentu aku akan cari dan beli,sebab selalunya stuff-stuff metal begini bole dikatakan rare!..jadi aku suka benda-benda yang rare,..hahaha!

Sebelum tu kita ushar line up band PnD nie dulu. Mereka terdiri dari:

Azwi - backing vocalist, guitarist
Adi - bassist
Hilda - vocalist
Zack - lead guitarist
Own & Roo - drummer

Ya,ada penambahan seorang vocalis wanita dalam band ni. Nice!

Ok, tentang album ni. Album yang boleh dikatakan album metal yang banyak warna,bertenaga serta energetik dari segi muzikal. Banyak jugak elemen-elemen muzikal yang bukan tertumpu terhadap metal semata-mata. Ada terselit pengaruh jazz , fusion, dan jugak rock..hehe! Ciri muzik kemelayuan juga ada terselit pada 1 - 2 lagu. Tak lah mendayu-dayu sangat..hahaha!

Satu yang aku tabik dalam album ni adalah diorang tak tertumpu pada 1 atau 2 jenis muzik yang focus untuk setiap lagu. Banyak variasi riff-riff gitar yang boleh kita dengar dalam 1 lagu. Bukan semua orang boleh main muzik-macam ni. Bayang kan kalau diorang beraksi di pentas? memang kekuatan album ni adalah pada gitar work yang terhasil oleh permainan saudara Zack dan Azwi.

Dari segi lirikal, ada yang agak politikal seperti lagu 'Journalism' dan 'Revolution'. Tak lupa juga peringatan dan nasihat sesama kita yang berunsur ketuhanan seperti lagu 'Peringatan', 'Neutralizer' dan juga 'Pancaroba'. Kepada bangsa-bangsa melayu yang semakin bercelaru dan seringkali bertelagah sesama sendiri, ada peringatan yang ingin di suarakan dalam trek 'Melayu'.

Cuba cari album ni yang cuma berharga RM25 sahaja di pasaran. Metal yang lain dari biasa. Kualiti yang baik dari segi packaging dan susun atur layout. Mereka boleh dihubungi di myspace.com/predicatenotdefined
atau beli terus CD ni dekat Nebiula Shop,Campbell Complex,kl.

Untuk ulasan yang lebih menarik,
cuba dengar apa yang Bentara Langsuyr kata tentang mereka.


Ini sekadar pendapat dari aku. Dan aku memang tak pandai bagi pendapat.

Maaf.

MuahahahA!

Monday, July 5, 2010

ARADIA - "Draconis eulogy" CD 2010




Band yang asalnya menggunakan gelaran sebagai SRI MANGKAT. Bermula sekitar tahun 1991, diorang dah aktif dalam scene metal tempatan. Ini band tanah air,bukan dari langit atau dari seberang laut.

Jangan ingat bila majalah Mistika dah kasi bogel scene metal dengan macam-macam aktiviti riadah bebudak metal yang suka sangat pijak-pijak kitab agama, minum darah kambing, dah tu,siap ada zikir-zikir gituh,scene metal akan pupus? takkk!

Aku sendiri tak tau mana punya budak metal yang buat benda-benda tu. Rasanya kebanyakan metallers yang aku kenal takde sorang pun yang kaki minum darah.. yang makan kambing ramai ler,..hahaha!

Ok, berbalik pada album ni. CD ni didatangkan secara pro printed dan di rilis di bawah label Renascent Axis Production. Line up band adalah seperti berikut ;

COR DRACONIS - Vocal, Bass.
FAUTUS STORM - Vocal, Guitar.
BURNING TWILIGHT - Drum,Percussion & Keyboard.
TRIS MEGISTUS - Guest guitarist.

Album ni mengandungi 10 buah lagu yang tidak pernah diriliskan secara official. Boleh dikatakan kesemua trek adalah himpunan dari lagu-lagu lama Aradia yang tidak direkodkan sebelum ini. Ada trek yang telah wujud sekitar tahun 1996 lagi. Dah lebih 10 tahun tu! kalau nak di ikutkan, memang lagu-lagu dalam album ni , kesemuanya rare!

Konsep mereka? 'Extreme Occult Artisty'. Yaa.. senang cakap,.. black metal.

Sound bagi keseluruhan album ni agak baik dan kemas. bukan mendap macam zaman-zaman kaset tahun 90'an dulu. Dalam album ni, setiap instrumen dapat didengari dengan baik. Gitar stok-stok sound yang tajam membunuh, tapi sedap. Camner tu? hahaha!..

Riffing gitar yang agak melodik tapi dalam masa yang sama keras menjadikan muzik mereka kedengaran agak menarik. Memang black habis! drum pattern juga berjaya mengekalkan rentak metal hitam dengan baik. Bunyi-bunyian yang keluar dari keyboard agak mengkhayalkan dan juga boleh menaikkan mood seram. Sangat menarik!

Bila dengar CD ni mengingatkan aku pada band-band seperti As-Sahar dan Impiety. Salah satu rilisan yang patut dimiliki oleh penggemar metal yang dahagakan stok-stok metal oldschool orang lama.

Dan album ini juga dicetak hanya sebanyak 1000 salinan, lengkap dengan sticker serta poster bersaiz A3. So,kena cepat-cepat la beli sebelum barang menjadi rare. Harga pun ok,cuma RM23 sahaja. Berbaloi dengan kualiti CD ni.

Boleh cuba kontek diorang di sini dan juga di sini untu pembelian. Kalau sapa-sapa yang tinggal di sekitar kl,boleh terus dapatkan CD ni dekat Nebiula shop, Campbell Complex.

Thursday, December 24, 2009

Senandung Pawer Kord - v/a 2009..





Tracks
1. T.I.M - Dia (Sheila Majid)
2. Carbon 4 Teen - Gadis Ayu (Black Dog Bone)
3. Toxictoy - Antara Cinta dan Kasih (Aishah)
4. 679 - Chow Kitt Road (Sudirman)
5. Half-Asleep - Sinaran (Sheila Majid)
6. Skunkfix - Masih Aku Terasa (Gersang)
7. Killing Steward - Basikal Tua (Sudirman)
8. The Liberals - Penganggur (Sudirman)
9. Soul Savior - Khabar Buat Ibu (Alleycats)
10. Stick No Bill - Hanya Di Radio (Headwind)
11. Cock Say Cock Dung - Suratan Takdir (Gersang)
12. Sally Faerie - Wajah Rahsia Hati (Fauziah Ahmad Daud)
13. Always Last - Persamaan (Freedom)
14. Geng Gemok Keji - Hingga Akhir Nanti (Alleycats)
15. Moda Moody - Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim)
16. Sleepyjeremy - Ayahku Dan Angkasawan (Kembara)
17. Dum Dum Tak - Rupa Tanpa Wajah (Kembara)

Notes: This is a compilation of Malaysian 80's pop songs covered and ruined with these bands own styles.



Senandung Pawer Kord? pebende tuu?..haha..tu sebenarnya adalah tajuk bagi album kompilasi lagu-lagu pop 80'an yang di bikin gubahan semula (tak nak tulis 'dijahanamkan' sebab bukan semua lagu dalam album ni jahanam) oleh band-band punk rock / indie tempatan..ada banyak band-band yang beraksi dalam kompilasi ni,dan berbagai rentak lagu yang di sampaikan oleh setiap band..

cd ni aku dapat lebih kurang sebulan yang lepas kalau tak silap aku..dan bukan dapat percuma,tapi aku beli sebagai menyokong usaha band-band tempatan menghasilkan produk-produk mereka..

pakej cd ni didatangkan secara pro-printed bak kata orang puteh..dengan cover depan inlay seperti gambar diatas (model dalam gambar tu adalah saudara andax dari band 'the liberals)..kalau di selak dari in lay cover cd tu,kita akan dapat lihat gambar serta alasan serba sedikit mengapa mereka meng 'cover' kan lagu-lagu pop tersebut..satu lagi,cd itu sendiri dihasilkan dengan rupa seperti piring hitam..haha!satu persembahan yang kreatif bagi aku dengan mengambil kira mood 80'an yang terhasil dalam album kompilasi ni..memang style!..

ok, bagi trek-trek lagu pula..ada antara band menghasilkan cover yang sangat-sangat segar!..antara yang menarik adalah lagu 'Dia' (Sheila Majid) yang di bentuk melodi seakan jazz/pop punk oleh T.I.M (tak silap aku ni one man band tau..),'Chow Kit Road' (Sudirman) yang dibikin ala-ala ska punk(siap ada horn section lagi!..) oleh band 679, 'hanya di radio' (Headwind) diolah kembali oleh Stick No Bill (yang sangat-sangat catchy suara vocalis wanita dia..ahaks!) serta lagu 'gadis dan bunga' (Rahimah Rahim) yang di cover kembali oleh Mooda Moody (serius suara vocalist memang agak gedik tapi bertempat..sedap sungguh lagu ni..ska yang best!).

kebanyakan lagu-lagu yang di cover kan ni boleh dikatakan lagu-lagu yang kita pernah dengar dulu..dan ada antaranya yang memang jarang sangat aku dengar seperti lagu 'khabar buat ibu' (Alleycat) dan 'ayahku dan angkasawan (Kembara)..

kesimpulan yang aku boleh katakan ialah memang tak rugi untuk aku dapatkan cd kompilasi macam ni!..sangat segar dan menghiburkan..penghasilan yang sangat-sangat kreatif dan memikat hati (ceewahh!..haha!)..sampaikan bini aku pun dah bersiul-siul lagu 'gadis dan bunga' sebab sangat catchy!..soo,sila dapatkan sendiri cd Senandung Pawer Kord ni untuk merasai sendiri betapa 80'an nya kita dizaman 2000' an ni sendiri!!..haha..memang menarik!..

macamana nak dapatkan cd ni? korang boleh try kontek Nervhous rec. untuk pertanyaan lanjut ok?


p/s : merry christmas!!

Sunday, December 6, 2009

Bleeding Mascara - "Beauty behind the mask" 2009




lama rasanya tak jengah blog ni..asyik sibuk ngan keje memanjang..so,bila ada kesempatan macam sekarang ni boleh la aku apdet ape yang boleh..kali ni aku nak ulas produk terbaru dari band yang wujud di sekitar manjung,Perak kalau tak silap..band yang digelarkan sebagai Bleeding Mascara..memainkan musik berentak metal + hardcore lebih kurang..

cd ni aku dapat lebih kurang 2/3 minggu sudah agaknya..bukan dapat free,tapi aku beli sebagai menyokong produk band-band tempatan..pakej cd di datangkan secara pro-printed,yakni lengkap segala sifat sebagai sebuah album..cover depan cd yang agak menggerunkan bagi sesiapa yang lemah syahwat (hehehe..)

turut dilengkapi dengan lirik untuk setiap lagu yang dimainkan oleh mereka..juga terselit gambar line-up setiap ahli di dalam inlay cd ni..


ok,line-up Bleeding Mascara adalah seperti berikut ;

Adamox - vokalis
Fattah - 1st gitar
John - 2nd gitar
Palienox - bass
Hayadi - drum / percussion

lagu-lagu yang terkandung di dalam 'Beauty behind the mask' adalah seperti berikut ;

1.awakening journey (intro)
2.winners among sinners
3.doomsday choke their dream
4.war is not over
5.breaking the heart of misery
6.tribute and worship
7.beauty behind the mask
8.drug free
9.shattered dream
10.blood tears corpse

keseluruhan yang boleh aku cakapkan..ini adalah salah satu produk yang memang patut di cari oleh penggemar musik berat..permainan alat musik bagi kesemua line-up (kecuali vokalis sebab dia nyanyi..hehe)adalah baik,kemas serta mantap..aku sendiri pernah tengok diorang perform masa di perak dulu..ternyata kesemua line-up memang bermain dengan mantap serta penuh semangat..vokalis pulak memang sebijik lamb of god punya penyanyi..high pitch siot vokal growling si adamox ni..jeles aku..hehe..lagu yang best bagi aku adalah 'winners among sinners','war is not over' dan blood tears corpse'..yang lain-lain pun best jugak,bukan tak best..heh!..sound keseluruhan bagi album ini adalah memuaskan..pendek kata tak rugi pun kalau beli album ni..salah satu band yang patut di beri perhatian..bagi penggemar lamb of god dan messhugah,ini pilihan band dari malaysia untuk korang..dan kalau nak tau lebih lanjut pasal bleeding mascara atau nak dapatkan cd album diorang,..bole cekidot diorang kat sini..babaii!!

Tuesday, November 24, 2009

Angkara - "Serangan Suara" live demo 2009




akhirnya cd yang tgh panas ni berada di dalam tangan aku..satu lagi band aliran hc/punk yang wujud di sekitar Kulim,Kedah..band yang masih baru,tapi ditunjangi oleh bekas pemain gitar 'Chenta Tiada Restu' yang pernah muncul sekitar tahun 2000. angkara muncul pada awal tahun 2009 (masih baru)dan 'serangan suara' adalah live demo pertama dari mereka..

line-up angkara adalah seperti berikut :

Rizal - 1st gitar/vocal
Razi - drum
Firdaus - bass
Mohiezan - 2nd gitar

demo ni datang dalam pakej cd-r yang simple + d.i.y layout hitam putih yang memang crusty dan smart!. cover sleeve dgn gambar tengkorak berpangkat koperal (seperti di atas) yang cantik..di hasilkan oleh Paku karat record.mengandungi 5 traxx yang sangat kejam dan keji..(haha,saja kasi saspen!)lagu yang terkandung adalah :

Aimless.
-dimulakan dengan attack drum beserta gitar yang agak sedikit tajam..intro yang memang ala-ala street punk dan kemudian terus menyerang tanpa belas melalui irama D-beat yang keras..vocal memang kena dengan style lagu yang dimainkan..penuh dengan perasaan marah yang membuak-buak..sound keseluruhan terang dan jelas..


Destroy Capitalist Bastard

-dimulakan dengan ketukan drum beserta sing a long tajuk lagu secara bersungguh-sungguh kemudian di iringi petikan gitar yang begitu dekat perasa metal,kemudian terus menyerang dengan bunyian crust punk yang begitu asyik..lagu ni memang boleh menaikkan semangat kepada sesiapa yang berjiwa rebel..yang berjiwa lembut,jangan menyibuk!!

Angkara = Malapetaka
-lagu ni memang pekat perasa hc/punk..cukup untuk membuatkan sesiapa yang mendengar mempointing kan jari ke langit sambil menjerit bersama teman-teman..lagu dinyanyikan dalam bahasa melayu.

Jeritan Derita Homeless
-Pergh!..ni antara lagu yang aku bebetul suka..dimulakan dengan intro gitar yang agak iron maiden kemudian terus diattack oleh drummer tanpa ragu-ragu..ada sikit-sikit pengaruh black metal dalam lagu ni,terutama dibahagian vocal yang memang black habiss!..lagu yang ringkas tapi berkesan untuk aku..serius best layan lagu ni.juga dinyanyikan dalam bahasa melayu.

Serangan Suara
-lagu dalam bahasa melayu juga sebagai penutup yang agak fast tetapi sangat bersemangat untuk dilayan..lirik yang memang straight to the point habis!..aku suka frasa ayat "irama yang bingit adalah suara-suara keamanan" dalam trak ni..simple tapi makan dalam..haha!



*******

apa yang boleh di katakan untuk rilisan pertama dari Angkara ni? salah satu rilisan yang patut di miliki bagi penggemar setia muzik bergenre hc/punk..kualiti sound yang baik dan kena dengan style yang di bawakan oleh mereka..lirik lagu ada disertakan sekali..memang boleh untuk dinyanyikan bersama..lagipun demo ni terhad untuk 100 keping sahaja..jadi sebelum terlambat,baik korang cari cd ni dengan menghubungi Angkara di myspace diorang ni..


kata support local act,tapi xnak beli..apa jadah!!

Saturday, November 21, 2009

Monday, November 9, 2009

Caladrius - "and there shall be no solace" 2009


kali ni aku nak mengulas cd e.p album terbaru dari sebuah band yang berasal dari Kuala Lumpur..band yang di maksudkan ialah CALADRIUS . sebuah band yang menggabungkan paduan 2 gitar harmoni berbekalkan perasa melodic metal serta di blendkan bersama irama hardcore..dapat gambaran tentang konsep diorang? ok..kita berkenalan dahulu dengan diorang ni serba sedikit..mereka ni terdiri dari 5 orang jejaka beserta seorang gadis..line-up mereka adalah seperti berikut :

nash muhandes - vocal
shadiq amani - gitar
nazeem zuhal - gitar
redzuan fendy - bassist
wan 'senndart' khairul - drummer
nadrah zainal abidin - keyboardist

kesemuanya masih lagi muda tetapi bila mendengarkan lagu-lagu dari cd diorang ni membuatkan aku macam tak percaya bahawa diorang mampu mencipta lagu dengan begitu baik sekali..muzik yang di gubah juga begitu menampakkan kematangan serta kebanyakkan lirik menceritakan tentang semangat perjuangan diri yang begitu penting dalam sebuah kehidupan..berjuang menentang sistem ketidak adilan,berjuang untuk perubahan diri,..pendek kata lirik diorang ni kebanyakannya fokus terhadap memotivasikan diri terhadap perubahan..

ok,..cd ni aku dapat melalui saudara fendy iaitu bassist kepada band caladrius ni sendiri..pakej cd yang simple bersama artwork yang menarik..( gambaran seorang insan yang merobek dadanya serta menampakkan hatinya ) mungkin membawa maksud tentang keadaan jiwa yang berkecamuk/tiada ketenangan jiwa/membuatkan diri terus memberontak dan mahu melawan..who knows? itu hanya sekadar penilaian aku sendiri..nak tau maksud dia boleh tanya terus dekat diorang orait?

mengenai lagu-lagu mereka pula,..cd ni mengandungi 5 buah lagu yang memang padat,kemas,berat serta mantap! respek betul aku kat diorang ni!..memang style mat album ni!..haha!.

lagu-lagu tersebut adalah seperti berikut :

-And there shall be no solace-

lagu ni adalah lagu pembukaan untuk ep ni dan jugak judul tajuk untuk album ni..lagu ni pendek je dan sekadar intro bagi album ni..dimulakan dengan bunyi intro guitar yang menarik dan kemudian disusuli oleh ketukan drum bersama bunyian halus keyboard yang menjadikan lagu ni agak dark sikit mood dia..ditambah pula dengan suara vocalist wanita jemputan yang lunak iaitu sarah ghazi dari band kiss the fallen menambahkan lagi mood kelam dalam lagu ni..penggunaan instrument yang baik serta kemas menyerlahkan lagi lagu ni..sebuah intro yang menarik dan best!

-what you've become-

lagu yang bermelodi disusuli dengan paduan gitar yang kemas serta padu..vocal dalam lagu ni memang smart..ala-ala matt heafy dari band trivium..bernada serta ada tone suara yang baik..tidak terlalu growling serta masih ada lenggok nyanyian yang baik..rolling part bagi drum memang kemas dan padat..penggunaan double paddle yang sangat sesuai dengan lagu..solo gitar juga tidak terlalu meleret..kualiti sound keseluruhan memang terbaik!

-alterd self-

permulaan lagu yang agak mendebarkan disusuli oleh attack drum beserta gitar yang kental membuatkan sesiapa yang dengar mesti nak bangingkan kepala ke dinding..haha! memang style lagu ni..lagu ni agak speed sikit dan vocal dalam lagu ni memang matt heafy masa part chorus..serius! haha..sedap betul vocal band ni punya suara..solo gitar jugak menambahkan rencah lagu ni..memang layan sungguh aku dengan lagu ni..drummer memang menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab serta keyboardist memang mewarnakan suasana dalam lagu ni..menjadikan lagu ni ada mood marah dan keras!

-k.o survival-

satu-satunya lagu dalam bahasa melayu.lagu yang memang akan di hafal oleh crowd semasa sing a long di gig-gig yang mereka sertai..di mulakan dengan attack drum berpadu bersama harmoni gitar yang memang sedap gila!..vocalis yang memang menyanyi ok,..bukan sekadar growling je,vocalist band ni memang betul-betul boleh menyanyi dengan baik..tone suara yang besar dan jelas memang jarang ada dekat band-band lain..jadi satu kelebihan untuk diorang!..solo gitar beserta gabungan keyboardist memang menjadikan lagu ni sedap dan ada style..cam metalasia pun ada gak..haha!..sound bagi drum serta bassist memang tak lari..antara lagu terbaik dalam album ni..fuh!

-the monster and the maiden-

lagu terbaik dalam keseluruhan lagu yang terkandung dalam album ni..sangat epik dan menyentuh jiwa!..riffing gitar yang memang padu beserta mood lagu yang dibawa oleh keyboadist memang mengasyikkan jiwa . penggunaan instrumen beserta vocal yang baik menjadikan lagu ni sangat-sangat menarik dan best..aku suka dengar ending part lagu ni..mood memang menyentuh kalbu sungguh! haha..

kesimpulan yang boleh aku katakan ialah ini adalah salah satu rilisan yang memang wajib dimiliki oleh penggemar muzik aliran metal..sangat segar dan sedap untuk di dengari..tambahan pula dengan kualiti sound yang diadun memang bukan berada dalam kategori ep dah..ni memang dah sampai tahap album dah ni!..gila jelas + semua instrument sound balance..memang rugi kalau tak dapatkan ep ni..tambahan pula harga untuk cd ni cuma RM5 saje..diulangi! RM5..memang tak sepadan langsung dengan kualiti rakaman yang terhasil..bagi penggemar trivium,avenged sevenfold serta bleeding through,ini adalah album yang sangat-sangat direkomenkan!..fullstop!..

kontek diorang di : myspace.com/caladrius untuk mendapatkan cd ni..cepat!

Tuesday, July 28, 2009

DEAD EYES GLOW-'in search of the glory we had lost' debut cd 2008


okeh!!..kali ni aku nak review antara koleksi cd yang aku ada
sekadar untuk pengetahuan pada mereka-mereka yang tak tahu..
kali ni aku nak bawak korang ke negeri terengganu..yaa..band dead eyes glow ni berasal dari terengganu yee...geng-geng makan kopok lekor weh!..haha..

line up mereka adalah seperti berikut:

naem (screamers)
apix ( 1st gitar)
naza (2nd gitar)
munk (bass)
aren (drums)

first aku nak gitau yang cd diorang di datang kan full printed cd ok..
memang menarik sekali cover cd diorang ni..packaging yang baik dan bersungguh-sungguh..
tracklist mereka adalah:

-Burn down escuria
-The last fight
-Devil in your kiss
-Ruptured my replica
-For this death
-Deathstars and the bloody skies
-Albert einstein last supper
-The falls of greatest traitor

komen aku mengenai mereka ni..hhmm..sebuah band metalcore yang ada sikit-sikit technical
death metal dan agak bermelodik..mood lagu juga agak dark sikit..gitar dia sound agak tajam dan bunyi garing skit..tapi still berat..sound untuk drum agak kedepan sedikit..dan ada satu dua lagu drum dia agak lambat sikit tempo dia..tapi still masih boleh dilayan dengan baik..banyak gak part chuga-chuga dalam lagu diorang ni a.k.a part stop!..go!..camtu lebih kurang..best wei!.vocalist memang berhantu..ada sikit-sikit cam black metal nyer growling..best..bagi peminat all shall perish dan in flame, boleh cari band ni utk keselesaan hidup anda..best!!

Beneath The Remain-'strength in the end' ep 2008



yup!!saja je aku nak menulis tentang review band yg datangnya dari Batu Gajah,Perak..berkonsepkan new age metal
stok metal 2-3 step jugak..tapi yang ni agak hi tech skit..haha!..ok,kita mulakan dgn line up band ni dulu..panglima-panglima tersebut adalah:

john (1st vox)
crook (2nd vox)
eday (1st gitar)
ed (2nd gitar)
azhar (bass)
wak (drum session)
wan (new drummer)

cd ni ada mengandungi 6 buah lagu..pro printed cd cover dan design layout yang agak menarik dibuat oleh brader alon (line up asal BTR..)

tracklist lagu yang ada dalam cd ni seperti berikut:

* Strange new emotions
ni intro dlm cd ni..agak mellow..tapi pendek jee...

* Trapped
lagu ni ala-ala lamb of god sikit..style lagu ni pun lain macam skit..cuma bass dia sound agak semacam..metalcore yang agak bersih sound dia..

* Weak
tajuk je weak..tapi lagu dia tak weak langsung..starting lagu best..rasa cam nak gi pukul orang je bila dengar lagu ni..style gak lagu ni..faveret aku..

* Disturbance kinetics
starting lagu ni agak henjut-henjut skit..sempoi..penggunaan 2 vocal yang agak kena dengan lagu..mood lagu ni agak perlahan sikit..kalau laju best nii..

* Change my life(so very wrong)
intro lagu ni memang stylo habis..memang cun..mula-mula ingat ni lagu feng tau..tapi
metal beb..cuma vocal kena up lebih skit..camna la diorang bawak live lagu ni..best tempo lagu ni..terbaik!!

* Strength in the end
outro untuk last track yang agak robotech skit..

kesimpulan nya..ni adalah buah tangan sulung dari BTR yg masih boleh diperbaiki lagi..
track lagu yang agak ringkas(kalau byk skit lagu best ni..) tapi trademark tu dah ada..
metal alaf baru ni..kena cuba dengar dan hadam dulu..baru tau nikmat dia..haha!
boleh kontek diorang di alamat:

www.myspace.com/beneathremains


Mustard- 10/ injeksi untuk emosi ep 2009..


orait!!.kali ni aku saja nak review ep band
mustard ni..apa?..tak bole..aku nyer suka la nak review apa jenis musik pun..
aku suka aku ulas..korang tak suka nasib laa..
haha!!..blog aku ni bukan khas untuk metal/hardcore jelaa..apa-apa genre pun aku belasah..janji aku suka..
musik tu universal laa..ok?
soo..kita cerita bab ep ni..aku dapat ep ni pun melalui drummer band ni sendiri..soo..biasa laa..
org dah kasi kita terima..so kat sini aku nk berkongsi pengalaman aku mendengar ep ni kat semua..
band ni sebenarnya berasal dr Teluk Anson (Intan)
tapi sekarang ni base diorang semua kat kl..soo..band ibukota laa..haha!!..line up terdiri drpd:

Amman (vox & gitar)
War-D (bass)
P-Sang (tukang pukul)
Nad (keyboardist/violin)

Ep ni mengandungi 5 buah lagu..konsep mereka harmonic indie rock ok?
lagu-lagu tersebut adalah:


* Enigma Cinta
intro lagu agak futuristik skit..mcm alien baru mendarat kat bumi..pastu terus masuk lagu.
lagu sgt radio friendly dan cukup segala perasa pop dia..
sing-a-long pun boleh..lirik boleh di fahami dengan baik walaupun tiada lirik disertakan kat inlay cd..boleh layan lagu ni..

*Only wanna be with you
intro drumming lagu ni mengingatkan aku terhadap lagu ku bahagia-melly goeslow..intro jee..
masuk gitar semua bukan laa..pujian untuk vox yg bagi aku sedap suara dia..
solo gitar simple tapi kena dgn mood lagu..bagus!

*Cinta itu universal
dah macam lagu OAG-nowwhy 2 plak intro drum dia..haha!tapi bila masuk gitar terus bukan la wei...lagu ni very happy mood..bass line dalam lagu ni baru menonjol sikit..drum beat simple tapi
kena dgn mood lagu..ada solo gitar..memang best!

*How do i suppose to loving you
still nice dan catchy lagu nie..rasa cam duduk kat taman bunga sambil picit-picit jerawat batu di muka..haha!!mood lagu memang baik..

*Catur
intro cantek..melody lagu sedap..tak rugi aku dengar..

kesimpulan nya band ni dah boleh pegi ke tengah dah..tak yah dok kat tepi-tepi lagi..haha!.
cd pun pro printed+cover cd simple tapi still ok..apa-apa pun mmg x rugi dengar cd diorang ni..
cuba kontek diorang kat

www.myspace.com/mustardzone

edaran Eyedealworks music.

Kill My Bride -1st ep 2009..


ok..kali ni aku nak review pasal ep terbaru band kelahiran
Batu Gajah, Perak..band ni nama dia kill my bride..
nak tau apsal nama dia camtu..kena tanya diorang
sendiri..ok..ep ni mengandungi 4 buah lagu yang berkonsepkan
metalcore/nu-metal..
line up bagi band ni adalah:






are-are (vox)
faka (bass)
boy (2nd vox)
muney (drum)
bobo (lead gitar)

soo..cd ep ni edaran Glendora rec.first sekali aku nk komen ttg sleeve cover cd yg bagi aku simple
tapi menarik (nama band kaler hitam,layout putih)..soo simple.
tapi pro printed ok?..satu kelebihan utk band ni..
lagu-lagu yg terdapat dalam cd ni spt berikut:

* AK-7
Intro lagu ada bunyi bayi menangis pastu terus masuk lagu..muzik mmg metalcore abis..sound gitar cun!..berat mencengkam kalbu..haha!..part chorus tetiba ada bunyi senapang machine gun..
haha!..cool!..sebuah permulaan yg bagus..

* JERK
intro lagu ni ada semacam soulfly nyer lagu..tapi x ketara sangat..muzik yg sgt simple
tapi sedap..part rapping chorus pun best..drum ada sikit out tempo masa tengah-tengah lagu..but instrument sound semua baik..nu-metal yang ada rasaa...

* VICTIM OF DECEIT
ok..lagu ni pun sedap..dan mmg boleh buat aku terhenjut-henjut..riffing gitar yg kemas..
ada part chuga-chuga jugak..2nd vox menyerlah dalam lagu nii..

* KILL MY BRIDE
lagu faveret aku dalam cd ni..memang mantap dan best!..aku suka part gitar masa vox dia sebut 'should i..kill my bride!!'..mmg ala-ala as i lay..best!

kesimpulannya ini adalah band yang perlu diberi perhatian..diorang ni still muda-muda lagi tapi
bijak mengadun lagu dengan baik dan lirik-lirik lagu jugak bagus..
sesiapa yg berminat nak tahu lebih lanjut ttg diorang ni,
korang boleh cari di

www.myspace.com/killmybride


Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.