Showing posts with label luar punya movie. Show all posts
Showing posts with label luar punya movie. Show all posts

Saturday, October 9, 2010

Hantu sama Robot. Mana menang?

JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2 (2010)




Cerita pasal bomoh sama bomoh beradu domba. Kali ni Mazlan pet-pet sama Cat Ruffedge saje yang ada. Sam kali ni tak berlakon sama. Macam biasa kalau ada Mazlan pet-pet berlakon, Paham-paham jela dia punya pitching suara. Cakap pun nak menjerit. Tapi lawak dalam filem ni stended la bagi melayu. Kemunculan hantu pun banyak jugak. Tapi takde la seram. Nama pun komedi seram, Komedi je lebih, seram tak berapa nak nampak pulak. Tapi kalau tengok dia punya penonton, memang David Teoh sama Ahmad Idham senyum sampai ke langit la. Buat duit lagi la kali ni.



ENTHIRAN (2010)





Hah! ambik kau. Gua pun layan Rajnikanth. Selamba masuk panggung layan sorang-sorang sampai 3 jam lebih. Masa gua tengok filem ni, gua sorang je melayu. Gila kental bai!

Okeh, citer pasal sorang saintis India (Rajnikanth) yang telah cipta satu robot yang sebijik macam dia jugak gayanya. Nama robot ni Chitti (Rajnikanth jugak yang jadi robot ni). Tapi last-last si Chitti ni masuk geng jahat sebab geng jahat dah kasi masuk cip merah ( sebelum tu dia guna cip biru) yang kasi dia jadi ganas melampau. Tapi last-last dia jadi baik balik.

Yang gua paling layan bila ushar heroin dia. Aiswarya Rai mantap sial! cun satu hal plak tu. mesti ada pakai dR. Rozmey punya produk ni. Memang cun abis! Soundtrack pun ok. Last part masa nyanyi gua tengok Rajni dah macam Maikel Jeksen. Hahahaha!!

Tapi Rajni ni kalau menari memang tak best pun. Keras macam apa ntah. Haa! dalam filem ni jugak tak banyak aksi lawan-lawan. Gua rasa sekali je kot scene lawan pakai penumbuk macam yang selalu tu. Time tu atas keretapi. Yang lain-lain banyak CGI je dia pakai buat efek lawan. Tapi CGI dia melampau-lampau! haha.. memang ganah!

Tapi, bagi gua filem Sivaji the boss lagi garang dari ni. Filem ni dah macam filem Hollywood je.

Gabungan filem Terminator, I Robot, sama Transformers. Serius gua tak tipu!
Kalau berani pegi la layan. Gua cabar! hahahaha..

Saturday, August 14, 2010

Salt & Monga (2010 film).

SALT.





Angelina Jolie dalam filem ni gua sangkut betul. Apsal dia nampak cun dalam filem ni? part tu yang gua musykil. Action dalam cerita ni gua tak heran sangat. tapi dia punya motif cerita gila gua nampak!


Rupa-rupanya selama ni bukan Amerika punya kerajaan yang suka huha-huha merata-rata. Tapi semua ni Rusia yang kasi komplot. Amerika tak bersalah dalam isu perang. Itu apa yang gua nampak dalam cerita ni la. Amerika semua baik-baik. Stended betul!


Tapi biasa la kalau Hollywood bikin filem, lu jangan sangkut sangat. Tapi, Angelina Jolie memang sangat makwe dalam filem ni. Gua bajet kat Amerika, Jamu Mak Dara dah selamat sampai. Jangan-jangan dR Rozmey punya JM 5 pun ada kalau betul-betul cari kan?



MONGA 2010.





Taiwan punya filem gengster stok-stok Young and Dangerous. Jalan cerita simple. Pasal group-group samseng kat satu pekan(Monga). Action kira jadi. Berdasarkan tahun 1980 an. Gua suka outfit pelakon dalam cerita ni. kool habis! Bab-bab gaduh memang stylo la.





Ada masa filem ni lawak, ada masa dia datang cerita sedih. tapi kalau lu orang suka filem City of God, gua paksa lu layan filem ni. Memang jalan cerita tak sama, tapi flow dia lebih kurang. Sedap!


********

Gua puasa belum gagal lagi.

lu pulak amacam?

Sunday, July 11, 2010

Sembang hujung minggu..

-PREDATOR 2010-




Cerita ni boleh layan. Action kira biasa stended Hollywood. Kalau nak banding dengan Gerak Khas the movie, baik lu jangan buang masa. Gila apa?

Tapi satu je yang gua rasa tak kena. Apsal tetiba si Predator tu mengada-ngada nak lawan-lawan pedang ngan mamat Yakuza tu? dah tu lawan mampus plak tu? Kan ke ko ada laser? terus tembak je la..

ngada-ngada betul.





-DESPICABLE ME 2010-




Yang ni gua layan. Pasal perompak yang gila tahyul! Aje gila nak rompak bulan. Tapi jalan cerita sedap. Ada sangkut tentang famili.

Gua paling tak tahan musuh si Gru. Gila perasan stylo. Tapi part dia muncul yang paling lawak! Gua suka cerita ni.





-ZOO 2010-




Mazlan pet-pet hero cerita ni. Kalau lu orang suka dengar dia cakap jerit-jerit, boleh layan filem ni. Cerita pasal isu seludup haiwan.

Tapi bukan haiwan dalam hutan belantara, nak lagi Godfather, cilok binatang dalam Zoo bai!. Ops!.. kalau lu orang nak tengok Lisa Surihani cuci kandang, sila layan cerita ni.


Dah..tu je yang sempat.

babai!!

Sunday, May 23, 2010

Jom layan filem!

THE BOUNTY HUNTER (2010)





filem yang boleh di katakan sedap. kisah tentang seorang pemburu ganjaran(Gerald Butler) yang memburu seorang wartawan akhbar iaitu bekas bini(Jennifer Aniston) dia untuk di hantar ke lokap. alih-alih terpaksa menyelesai kan satu kes pembunuhan,yang mana bini dia tengah siasat. lebih kurang camtu la sinopsis dia. lakonan kedua-dua pelakon memang sempoi. babak lucu pun ok,takde bodoh sangat. dan filem ni memang tak lembab. jadi agak berbaloi menonton filem ni. cuma jennifer aniston nampak agak tua dalam filem ni. keseluruhan filem ok dan boleh di layan.




NIGHTMARE ON ELM STREET (2010)





ini filem yang menceritakan kembali sisi asal bagaimana Freddy Krueger menjadi seorang pembunuh mimpi yang amat ditakuti oleh semua penduduk yang tinggal di elm street. suspen yang mengujakan jika kita menonton di panggung wayang kerana bunyian-bunyiannya yang memang buat aku melatah!..haha. cuma aku agak terganggu oleh kemunculan freddy yang memang tak menakutkan langsung!..watak freddy kali ni macam makhluk mumia dalam filem the mummy!.. terus down aku rasa. teknik cgi yang canggih belum tentu melahirkan efek seram yang bagus. rasanya pembawa watak asal freddy iaitu robert englund lebih menakutkan dalam drama bersiri berbanding watak freddy dalam filem nih walaupun beliau hanya menggunakan efek make up sahaja. ini yang tak bestnya kalau semua nak cgi. ciss!




ANDARTU TERLAMPAU (2010)





filem arahan oleh Din Cj dan di terbitkan oleh heroin/hero filem ni sendiri. Haliza Misbun memang menunjuk kan 'aset' beliau di dalam filem ni. haha.. cuma jalan cerita agak longgar dan tema filem ni rasanya dah banyak kali di terjemahkan dalam drama tv. kisah mengenai seorang wanita yang sibuk mencari calon suami sambil menayangkan dada. wahaha!..takde apa yang menarik sangat dalam filem ni. walaupun ada ramai pelakon-pelakon yang hebat,tapi belum mampu untuk menjadikan filem ni menarik. kurang betul garam dalam cerita ni. dah,tak nak cerita pasal filem melayu dah. kang bila kutuk ada orang marah. tapi tu lah kenyataan nya. filem kita wajah kita. ok,sambung kerja balik. chow!

Tuesday, April 20, 2010

Kick Ass the movie 2010 - memang tendang bontot siot!




Filem ni pasal sorang mamat yang teringin nak jadi superhero macam batman,superman,spiderman,cicakman,keluangman etc..memang dia berjaya jadi superhero,tapi dengan cara yang memang hati kering!..serius mamat ni hati kering sebab dia memang takde ciri-ciri seorang superhero..tapi teringin sangat nak jadi superhero.

cerita ni memang lawak + ganas!..dalam filem ni banyak adegan bunuh yang sangat kejam..potong kaki,badan hancur kena gelek ngan lori sampah..memang gila nampak real adegan bunuh-bunuh tuu..aku yang tengok pun rasa geli ngan adegan tu..tapi,jalan cerita dia memang best!..tak bosan langsung!..

setiap adegan pertarungan akan di selitkan dengan lagu-lagu punk rock yang sangat-sangat happy!..boleh bayangkan tak?adegan kejam,tapi soundtrack lagu punk rock? tapi yang nyata..memang stylo beb!..tabik aku pada pengarah yang bijak mengadun soundtrack..haha!!

dalam filem ni Nicholas Cage ada berlakon sebagai guest appearing..yang memang berjaya menghidupkan watak sebagai Big Daddy yang memang sangat pandai mengajar anak perempuan dia..haha!!apa barang budak perempuan main teddy bear kan? baik main senapang..senapang betul plak tuu!!..haha,cool beb!

apa-apa pun filem ni memang wajib tengok!..serius best!!..tak caya pi tengok sendiri..hahaha!!

Friday, February 19, 2010

marathon movie la sangat..





filem yang sepatutnya menarik tapi jadi tak menarik..jalan cerita yang agak kelam kabut..ape motif nak tonjolkan mila af dekat poster padahal dia belakon 2-3 part je pun?..tu pun kayu..sian puteri sarah liyana yang jadi heroin filem ni..haha!..filem ni yang buat kelakar pun cuma pada si nabil sama dengan ebby yus jee..dialog diorang memang lawak!..jalan cerita memang ntah ape-ape ntah!..rupa-rupanya pengarah filem ni pun pensyarah uitm..sama saing ngan prof razak mohaideen,..soo,tak nak cakap ape lah kan? satu lagi,..kemunculan meet uncle hussein pun macam takde pun takpe kot..nampak cam mengganggu jer..ntah laa,aku memang blurr ngan filem ni..bagi peminat nabil,jangan harapkan sesuatu yang besarrr dari filem ni ok?










ni filem yang sangat-sangat fantasi..macam-macam makhluk ada dalam filem ni..haha!..jalan cerita yang mudah di fahami..mengisahkan tentang seorang budak yang separuh dewa yang dituduh mencuri kilat sakti dari dewa,yang mana dia sendiri tak tahu yang dia tu ada kuasa dewa..siap ada penjaga lagi yang merupakan sahabat baik dia di sekolah..kalau nak lagi senang,filem ni macam kisah-kisah bunian yang ada dalam masyarakat melayu laa..filem ni mengingatkan aku pada harry potter..cuma jalan cerita dia tak sama..yang sama mungkin filem ni ada sambungan macam filem harry potter tuu..cuma,aku dapat kesan 2 part yang agak kantoi dalam filem ni..heheheh!..filem yang bole laa untuk dilayan..










ni plak filem cinta yang menghimpunkan ramai pelakon-pelakon yang boleh di kategorikan sebagai pelakon gred A di hollywood..cerita mengenai sambutan hari valentine serta makna valentine itu sendiri terhadap diri diorang..jalan cerita memang menarik,dan pelakon-pelakon tersebut memang best..tapi bila tengok filem ni..membuatkan aku teringatkan filem "cinta" karya khabir bhatia..haha..memang tak sama langsung..tapi ntah!..aku teringat filem tu plak..mungkin sebab tema cinta kot? apa-apa pun,bagi pasangan yang bercinta,memang sesuai la kalau tonton filem ni..menarik!!



*****************


maaf,..ulasan kali ni agak ringkas,..memang sengaja!!

wakakakaka!!

Thursday, December 31, 2009

Sherlock Holmes 2009 movie..






Baru-baru ni aku sempat layan film Sherlock Holmes..memula aku tengok trailer citer ni nampak macam best jee..dan bila dah tengok,pehh!..memang best la citer ni..filem ni diangkat dari novel penulisan Arthur Conan Doyle yang memang terkenal tentang kisah-kisah penyiasatan waktu aku bebudak dulu..tapi aku tak follow pun novel dia,..cuma tau-tau macam tu jelaa..ahaks!

okeh! citer dia mengenai misteri pembunuhan yang dilakukan oleh Blackwood,seorang pembunuh yang sangat kejam serta ala-ala ahli sihir yang telah membunuh ramai gadis di sekitar London pada tahun 1891..

Sherlock Holmes (Robert Downey Jr.) serta sidekick dia iaitu Dr. John Watson (Jude Law) telah di tugaskan untuk menyiasat misteri pembunuhan tersebut,dan akhirnya berjaya menangkap si Blackwood tadi dan seterusnya berjaya membawa Blackwood tadi kemuka pengadilan..Blackwood tadi di jatuhi hukuman gantung sampai mati dan semuanya kembali seperti biasa..

penduduk kota london semua meraikan kematian Blackwood yang sangat-sangat digeruni tersebut tapi,cuba teka? Blackwood tadi sebenarnya hidup kembali dan terus menjalankan misi dia yang paling penting iaitu menakluk kuasa yang tertinggi di U.S..haha! memang pelik kan camner orang dah mati boleh hidup balik..dan seterusnya bermula la adegan-adegan yang memang akan buat korang semua enjoy dengan aksi serta lawak yang terhasil dalam filem ni..

lepas aku tengok citer ni..memang aku akui yang filem ni sangat-sangat menghiburkan aku..terutama sekali babak-babak 'deductive skill' dia yang buat aku macam..."perrghh! smart siot otak dia pikir!"..haha..

memang menarik part tu..lakonan Robert Downey Jr pun memang best dan kena ngan watak dia sebagai Sherlock Holmes tu..latar belakang filem tu plak memang klasik!..dan aku paling suka tengok lokasi dimana Tower Bridge (dekat River Thames tuu..) yang baru nak dibina..nampak rangka jambatan tu jee..haha! memang klasik sungguh!..

filem ni memang tak berat sangat dan walaupun aku tak tau sangat pasal novel-novel Sherlock Holmes sebelum ni,tapi melalui filem ni aku memang tak perlu nak belek-belek balik novel dia yang lepas-lepas..cukup melalui filem ni je kita dah boleh tau macamana rupa Sherlock Holmes ni..

senang cakap tak payah risau kalau tak baca pun novel dia,sesapa yang nak tengok filem ni,boleh je gi tengok..cuma,mana tau..mungkin lepas dah abis tengok citer ni,baru korang nak cari balik novel dia (rasanya mungkin ramai jugak orang yang buat camtu)sebab nak layan deductive skill dia yang memang sempoi tu..hahaha!..

dan masa ending citer ni,semua persoalan yang kita tengok sepanjang filem ni berjalan akan di kupas secara detail oleh Sherlock Holmes ni..dan inilah part klimak yang sangat-sangat best bagi aku..haha..

jadi sape-sape yang rasa minat citer-citer ala-ala CSI,ataupun Detektif Conan tuu..elok sangat la gi layan filem ni,dan sape-sape yang dah layan citer ni,tunggu je la sambungan filem ni nanti (sebab Profesor Moriarty still ade lagi) dan aku sendiri pun mengharapkan sambungan citer ni,sebab nak tengok lagi 'deductive skill' dia yang menarik tu..haha!..

Soo..kita tunggu jela sama-sama nanti okay?

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.