Showing posts with label pandangan. Show all posts
Showing posts with label pandangan. Show all posts

Tuesday, October 5, 2010

Jangan letak kaki atas meja.. biadap!





Hai.

Lama jugak gua hilang dari alam saiber ni. Fesbuk-fesbuk semua gua tak usik. Brader blog lagi la gua tak jejak. Nak kata gua sibuk haram tak jugak. Malas tu salah satu la kot. Tapi gua terpanggil nak sembang pasal rokok sebab gua dengar merata-rata tengah diskas pasal ni. Gua pun nak la join sikit-sikit. Hahaha!

Baru-baru ni gua dengar scene rokok mainstream dah panas balik sebab harga baru dah naik 7 kupang dari harga stended. dah jejak RM10 la kalau lu jenis kaki dunhill. Gua tengok rata-rata brader-brader keliling gua yang kaki Dunhill macam pasrah je. Takde bising-bising. Tapi dari riak wajah memang gua nampak efek sedih yang mendalam.

Gua? gua takde rasa sangat. Sebab gua dah lama stop support rokok-rokok mainstream ni. Makin lama makin mencekik dia punya harga. Sekarang gua kaki rokok underground.

Gua cerita sikit pasal profil rokok mainstream lebih kurang. Rokok mainstream ni adalah seperti berikut. Gua kasi contoh sikit je. Antaranya seperti Dunhill, Winston, Salem, L&M, dan juga Pall Mall. Banyak lagi tapi cukup la tu.

Ni jenis rokok yang bayar cukai sama gomen. Tu pasal merata-rata tempat ada jual kalau lu perasan. Sebab rokok jenis ni ada lesen. Bukan haram. Itu di kira rokok yang halal. Isap jenis dapat pahala ke tidak, itu gua tak tau.

Rokok Underground pun ada macam-macam jenis. Antara nama-nama besar dalam scene adalah seperti Paradox, Nusantara hijau/merah, Soccer, dan jugak Luffman. Ada banyak tapi gua petik ni jela. Jenis ni takde pakai lesen. Semua datang secara seludup. Kira haram sebab tak reti kasi cukai sama gomen.

Jenis ni memang tak semua kedai ada jual. Memang rare. Jangan mandai-mandai pegi 7-E tanya. Memang wajib takde. Itu port rokok-rokok mainstream lepak. Bukan rokok underground okey?

Perbezaan antara rokok mainstream sama underground tak banyak. Salah satunya kalau lu tengok kotak rokok mainstream dah tentu lu jumpa gambar mayat merata-rata tempat. Tapi tidak pada rokok Underground. Rokok Underground dia punya sifat luaran masih suci. Takde gambar tekak bocor serta kaki bernanah seperti lazimnya kotak Dunhill sama Winston.

Member gua pernah jugak buat lawak pasal kotak rokok Dunhill gambar kaki nanah tu. Masa tengah makan kat mamak, ada sorang member letak kotak rokok atas meja. Member gua ni sound dia "Lu ni takde adab la kawan". Apsal? "Yang lu letak kaki atas meja nape? kurang ajar la tu,.." sambil tunjuk dekat kotak Dunhill yang ada gambar kaki tu. Mengekek-ngekek gua gelak. Celaka! boleh pulak dia buat lawak camtu. Heh~

Okeh, sambung balik.

Lagi satu cara jualan dia memang beza. Macam yang gua cakap tadi, Bukan semua kedai ada jual rokok jenis underground nih. Tak macam rokok Mainstream. Merata-rata ada. Tapi rokok underground kebanyakan lepak dekat kedai-kedai runcit atau pasar-pasar mini yang biasa-biasa. Tapi itu pun bukan semua kedai. sebab tu dia kira rare. Restoran mamak pun kadang-kadang ada selit jual sikit-sikit rokok underground nie, selain dari jual yang mainstream.

Yang paling utama perbezaan antara kedua-dua aliran rokok ni adalah harga. Jenis Underground memang murah. Kalau Dunhill 20 harga dah sama dengan topap hotling tempoh 10 hari, rokok underground harga 4-5 kali ganda murah dari tu. So, kira sendiri la berapa beza harga tu.

Cuma bab rasa sedap ke tak yang menjadi pertikaian serta buah mulut masyarakat smokers ni. Bagi gua, sedap atau tidak tak jadi hal, benda ni kira logik la. Lu beli CD filem cetak rompak harga 5 ringgit boleh campur, Lepas tu lu harap nak gambar sama sound jenis macam ori. Memang tak berapa nak bijak la lu sebagai pengguna. Kan? Sama macam rokok la, benda sedap ni subjektif. Terpulang pada selera sama poket lu. Kalau lu rasa mampu isap rokok mainstream, teruskan. Tapi gua, layan Nusantara hijau adalah satu kepuasan bagi gua buat masa sekarang.


Hahahaha!

Tapi, kalau lu tak isap rokok, tu lagi baik. Yang gua cakap kat atas tu bukan suruh lu isap, cuma sekadar pandangan gua je la. Gua cerita sama kawan-kawan, Tak salah kan?

Sunday, August 1, 2010

Pandangan gua terhadap band dan cover song nya.

Bila gua melayan satu-satu konsert atau gig, gua mesti perasan ada 1-2 band yang akan tarik sepam dua cover song setiap kali diorang perform. Dan setiap jenis cover song yang akan di bantai, selalunya akan dialun mengikut selera line up band atau di bawa seiring dengan konsep sesebuah band tu sendiri.


Misal kata kalau lu main metal, dah tentu lu akan tarik 1-2 lagu band yang menjadi pengaruh lu yang seolah-olah pemberi inspirasi terhadap perjalanan band lu ataupun untuk kepuasan lu sendiri,..serta merangkumi crowd lu. Memang agak bedebah kalau lu jenis main metal tapi cover song lu masa perform, lu bawak lagu Hail Amir.


Begitu juga dengan pemuzik-pemuzik rock, punk, thrash, indie, skin serta grunge, seboleh-bolehnya lu akan hadiahkan crowd lu dengan cover song dari band yang menjadi rujukan lu orang kan? crowd gembira,lu pun puas hati beb!


Kadang-kadang jugak, crowd sendiri akan teruja bila sesebuah band yang diminati, membawa cover dari band yang diorang pon minat. Ini akan membuatkan perasaan untuk melayan band lu menjadi berbunga-bunga. Lu lagi la eksaited kan? tambah-tambah kalau yang teruja jenis makwe dahi licin macam bontot lu (itupun kalau bontot lu jenis licin takde bisul..keh keh!)


Tapi,ada sesetengah band yang belom ada material sendiri, dapat peluang main gig, jenis bawak cover song dari mula sampai abis. Yang ni gua sendiri pelik. Lu takde barang mau konsi sama crowd, tapi lu pinjam barang band lain buat penyeri show lu.


Masalahnya camana lu boleh main gig macha? Jenis ni gua ada kesimpulan sendiri. Diorang ni stok band jenis ber'kroni' dengan organizer. tu je. Tapi sekarang ni gua rasa dah takde kot jenis-jenis camtu. Semua dah pandai bikin lagu sendiri. Sumber merata-rata. Takkan tak bole buat lagu sendiri lagi kan?


Ok,selalunya band tempatan akan semestinya membawakan cover song dari band-band luar. tak kira apa jenis genre sekali pun, kebanyakan memang akan bawak cover song dari band mat saleh. Tapi, lu orang sedar ke yang sebenarnya band-band mat saleh ni sendiri pernah atau tidak membawakan lagu dari band tempatan kita sebagai lagu cover dalam show diorang?


Aku sebenarnya tak percaya langsung yang wujud band-band luar yang berani bawak cover song dari band kita ni sehinggalah aku terjumpa video konsert yang menunjukkan band-band otai luar juga pernah membawa cover dari lagu band tempatan kita. So, kita patut rasa bangga sebab mat saleh sendiri minat ngan band kita. Tapi diorang tak tunjuk je. Nak cover line la tu.


Di sini aku sertakan video yang menjadi bukti bahwa band kita juga punya lagu yang sedap sampai band luar berani bawak masa konsert diorang berlangsung. Siap crowd banging kaw-kaw lagi walaupun aku tau diorang tak paham sepatah haram pun. Nah! saksikan di bawah ni..





Lu tengok Metallica siap cover lagu XPDC tu!! gila tersangat la rare!! kui kui! tapi di bawah ni lagi best. cuba lu tengok..





Awie sendiri rasanya tak pernah sangka Dave Mustaine punya suara cam dia,.. kah kah kah!





Lu tengok? macamana la gua boleh tatau diorang pernah cover lagu ni.. Mus May pun tak pernah cerita..tak nak riak kot? hehe~ Tapi band yang di bawah ni lagi la terbaik! lu jangan macam-macam!! Iron maiden pun pernah layan Rusty Blade.. sekarang,gua dah konfuse, sapa pengaruh sapa nie?






Nah! sekarang lu percaya kan kata-kata gua?

Saturday, July 24, 2010

Orang kita dan kesopan santunan peringkat tertinggi.





Salam 1 Malaysia [tolong jawab!].


Semalam gua berjaya buat 1 kesimpulan yang rasanya Professor di Universiti mat saleh pun tak mampu nak laburkan wang untuk kajian terperinci tentang rahsia besar orang kita yang baru gua sedar. Nak harapkan Profesor yang ada di Malaysia, diorang melampau sibuk sampai filem pun diorang nak sapu bikin kaji jugak. Lu tengok filem Anak Mami, Skrip 7707, Sifu n Tongga..jangan kata bukan Profesor yang bikin pulak! Tu pasal gua cakap yang diorang ni memang takde masa la nak kaji bukti-bukti keajaiban orang kita. Kan?.


Kajian yang gua lakukan tidak mengambil masa yang lama. Hanya dengan melepak di depan tibi, atau tarik sepam dua teh dekat mamak bistro, gua dah berjaya mengkaji aspek sosiologi,budaya,serta salasilah kemanusiaan sambil menyedut asap nusantara hijau pek 12 yang baru-baru ni naik 20 sen dari harga biasa. Ahh,..tu kira hadiah untuk PM gua yang baru sambut besday semalam. Jangan cakap gua tak membantu ekonomi negara plak!


Gua mengambil kira pelbagai faktor untuk menjadikan kajian gua ni amat berguna untuk tempoh masa yang lama. Harap-harap tahun ni gua dapat tokoh maal hijrah atas daya usaha kajian gua yang amat teliti nih. Gua serius!


Manusia dari kalangan sesetengah orang kita sebenarnya sudah di ajar untuk hidup berdikari semenjak dilahirkan. Tak percaya? apahal plak lu orang tak nak percaya plak? penat gua kaji weh! OOoo,..lu orang nak bukti ka? ada.. Takkan gua nak buat sesuatu kajian berdasarkan mimpi macam Leonardo Decaprio dok labun gua masa gua ushar Inception itu hari kan?

Bukti dia merata-rata la. Cuba lu bukak surat khabar. tak pun tibi kat umah lu orang. Agak-agak pernah tak lu orang dengar berita yang bunyi dia cam gini,.. 'Bayi di jumpai di dalam semak/ tong sampah/ tong taik' atau.. 'Bayi di tinggalkan di tangga masjid bukan tangga kelab malam'. Pernah kan?


Tu pasal gua cakap yang sebenarnya orang-orang kita ni dah mengamalkan teknik hidup berdikari semenjak lahir. Diorang bukan buang.. tapi tinggalkan untuk biar bayi tu survive sendiri-sendiri. Kadang-kadang kalau agak tak lepas, itu yang jadi mangsa anjing buat lauk kunyah-kunyah. Yang lepas hidup, dapatlah peluang muncul dalam Buletin Utama tak pun Harian Metro. Haa..lu orang dah perasan kan?


****************


Cilake punya berita!
gua jadi emo pasal hal-hal buang anak nih!
ape.. lu beranak takde rasa sakit ke cakcibor?
senang betul lu buang..
FAKK OF EN DAI la!
Lu memang suke gua mencarut bahasa inggeris pagi-pagi ni kan?

Thursday, June 24, 2010

Apa hal!

Semalam gua ada terbaca satu majalah. Muka depan majalah tu ada terpampang sorang awek dalam pose yang sangat jambu. Dia punya lentik jangan cakap la. Tu belum cerita bab pakaian dia yang setakat nampak alur di dada tu,..turun naik dada pak aji. Apalah sangat.

Gua selak-selak kain dalam. Semua cerita tentang fesyen terhot, kasut yang patut pakwe-makwe pakai, gajet-gajet terkini yang kalau korang takde, maknanya 'u ni tak urban la b!'..lebih kurang.

Senang cerita, ini bacaan untuk muda-mudi yang bukan macam gua.

Sampai satu page tu, gua berhenti kejap. Lama gua baca artikel tu. Lepas tu gua terkebil-kebil. Gua ulang balik baca. Lagi sekali gua terkebil-kebil.

Haremm sungguh!! apsal majalah ni nak cerita cara-cara yang sedap untuk lu orang berjimak dengan partner masing-masing? siap kasi tip suruh main kasar-kasar lagi! Watt de fakk nih?

Last-last gua terfikir. Mungkin sebab ni la macam-macam cerita buang anak gua selalu dengar kat tv.


Haaisshhh!!

Monday, June 21, 2010

Gua pun tak tau apa yang gua tau.

Enjin kereta gua hidupkan. Sambil-sambil gua cari siaran radio pagi-pagi ni, ada faedahnya jugak kalau gua lakukan senaman setempat antara pintu kereta dengan kerusi tempat duduk tu.

Cukup 3 kali gua tarik nafas, gua sambung cari siaran radio tu balik. Gua rasa peluh ada jugak keluar dua tiga titis. Ok laa dari tak buat apa kan?

Gua pelik betul bila pagi-pagi dejay radio cukup suka bersembang huha-huha. Nonstop. Gua kalau pagi-pagi selalu berat mulut je nak bercakap. Apatah lagi nak menyanyi lagu Shahir af8 tu.. abis kuat pun gua humming-humming dalam hati jee. Bukan orang tau pun..

kalau pun gua nak mencarut agak-agak lepas makan tengahari je. tapi tengok mood jugak. kadang-kadang dalam kereta ke tempat kerja pepagi masa tengah cucuh rokok ada mamat potong kereta gua tak kasi signal,memang gua mencarut bahasa inggeris la jawabnya.

Itu kira tahap Ghotik Malam Edan la tu gua mencarut. Kadang-kadang gua baling je kotak rokok gua kat mamat tu. Tapi selalunya gua keluar kereta ambik balik rokok gua tadi. rokok mahal bai! Kerajaan suruh gua berjimat.Tu pasal gua kutip balik. Kan dah dapat pahala sebab gua dengar cakap kerajaan.

"fakk yu maderfakker la wei!".. jerit gua.

Gua perasan mamat tu jeling-jeling side mirror motor dia yang sama model macam Adnan Sempit pakai dalam filem. Gua syak dia beli motor tu lepas tengok filem sempit. Mungkin dia bajet dia boleh tackle bos dia menggunakan kaedah filem tersebut.

So, sape kata filem tak boleh mempengaruhi manusia? Gua cakap dalam hati gua sendiri sambil sambung balik korus lagu Shahir af8 yang gua tertinggal masa mamat tu potong kereta gua tadi.

Sambung pasal dejay radio ni tadi. Selalunya,kalau slot pepagi mesti dejay dia lebih dari sorang. kadang-kadang sampai bertiga pun ada jugak.

Kadang-kadang bila gua buka radio gua dengar suara dejay lebih dari lagu. Tahap diorang merepek dalam radio tak payah cerita la. Amy Search feewitt pun tau. Yang dia ni bukak topik, dia tu plak nak selit-selit madah, sorang lagi dah tak tau nak buat apa..memang semak sial gua rasa.

Gua rasa fungsi radio untuk dengar lagu je.


Ke,.. gua yang silap?

Saturday, May 22, 2010

Gemuruh- Search & Wings

Ok. sape yang agak-agak tak kenal atau tak biasa dengar lagu ni? mesti semua pernah dengar kan?..kali ni aku nak share pasal lirik lagu ni.. tak silap aku allahyarham loloq yang cipta lirik lagu ni. ok, sebelum tu jom kita layan dulu lagu gemuruh ni kalau-kalau ada yang belum dengar lagi k?







Sebenarnya aku nak share tentang maksud lirik lagu ni..bukan apa,lirik dia ni lain macam sikit..haha.. so kat bawah ni aku kasi terjemahan lagu ni..tapi ntah betul atau tak (ni pun aku jumpa,kat mana aku dah lupa..) sama-sama kita fikir ye?



Didalam gerimis penuh rahmat (Sedang bernafsu berahi...sejuk sangat kot)
Dia tersentuh cendawan akrab (Sepasang Payudara)
Sesegar pagi yang permai damaikan (Anak dara lagi Ooi)
Tunggul dipinggir rimba ( Batang zakar dan bulu ari-arinya)
Lantas mendambakan cinta sempurna (Mahu Bersenggama)
Dari jiwa bakal surinya (Vagina tunang dia)

Didalam kelambu (Dekat rumah bujang kot...kelambu tak basuh nie)
Mendung ungu dia kesali (haha!.. baru dia tahu)
Hilang kayangan...(dah kena tebuk dah!)
Pedoman ikhtiar dan arah (Syok sangat lah nie)
Persis si putar mengangankan hidup sederhana
menjamahi hari hari mimpi mimpinya
(Apa pula nak jadi selepas nie...belum kahwin lagi plak tu)

Sendiri meratapi sekalungan sengsara (Sudah syok main selepas itu baru rasa menyesal)
Dan menelan sisa pahit maung madah pujangga (Akibat cair kena ayat lah nie)

Terbukti kasihnya hanya serampang berbisa (Tunangnya hanya nak jolok dia jer)
Menguntum gerigis besi kaca dan pawaka (Cari bala lah nie)

Tak tersedar menyerasapi (Tahu-tahu tidak datang bulan)
Ke pusar keinsanan ( Maka sudah timbul janin)
Membibitkan titis titis
Sepekat warna darah dan dosa (Gumpalan daging persenyawaan)


Haa..amacam? agak-agak betul ke tak persamaan antara lirik yang dibuat dengan maksud tu? cuba bayang kan betapa cantik metafora yang dibikin.. ayat lirik yang sangat lembut,tapi maksud dia agak berat kan? tapi macam aku kata tadi laa,tu bukan maksud sebenar lagu gemuruh..cuma saje aku taruh kat sini sebab nampak macam sempoi je kan? haha..apa apa pun..lagu ni memang layan..

Monday, October 5, 2009

meditasi embun pagi..

pagi ni..banyak agenda aku yang tergendala..semuanya gara-gara sahabat..tapi apa boleh buat..aku berpegang pada prinsip,"buat baik berpada-pada..buat jahat jangan sekali.."soo,terima dengan harapan agar kawan-kawan aku tadi mengenang jasa aku menyelamatkan punca rezeki dia..takkan aku nak bunuh harapan kehidupan insan lain..kan?kita semua kena ada perasaan susah..susah mencari rezeki,susah mengawal diri,susah melawan takdir..setiap kali datang perasaan susah,setiap kali akan ada perasaan melawan..melawan segala kesusahan..hidup ni memang bisa..setiap individu tu mesti punya perasaan bisa dalam hidup..nak taknak kena cari antidot melawan bisa yang datang..kalau ditambahkan lagi bisa yang dah cukup berbisa tuu..alamat nyawa kita makin lama makin hilang nilai..bak kata ayat dalam satu makalah yang pernah aku hadam dulu..'kalau takut mati,jangan sesekali berambut panjang..' apa yang nyata..kita kena tetap terus meraikan kehidupan sebab setiap kehidupan ada sesuatu yang bernilai..antara sedar dengan tidak..jadi,aku tetap macam sebelum-sebelum ni jugak..redha akan nilai persahabatan serta nilai kehidupan insan-insan sekeliling..walaupun terpaksa berkorban kecil atas nama persahabatan..lagipun,apa ada hal selagi benda tu tak menggugat kehidupan aku secara kasar..sama-sama kita raikan kehidupan singkat dengan sabar..kerana semua tu sebahagian dari proses kehidupan..

Thursday, September 17, 2009

1 Malaysia..

tadi petang aku pegi menyinggah ke tesco kajang..kononnya nak pegi mencari stok-stok kuih raya buat persiapan hari raya yang tak sampai dua hari ni..tapi bila memandangkan harga kuih yang konon dikatakan murah masa hujung-hujung posa ni..gua tak jadi bheli satu apa pun lagi..mahal!!..sapa kata murah?3 jenis kuih rm70..apa benda tu!.tak beraya pun tak pe kalau dh harga kuih boleh buat gua beli beras stok 2 bulan punya harga..ekonomi gua pun bukan stabil mana..tapi raya punya pasal kena berkorban macam-macam..susah betul kalau raya ni jadi tradisi pesta..sumer harga konon murah..tapi jadahnya sumer orang tau..last-last gua ngan bini terus beli barang dapur utk tahan sampai ujung bulan ni..tapi tadi masa gua jalan-jalan kat tesco tu..gua perasan orang ramai yang datang shoping ni,semuanya memilih troli..haha!..sampai bersepah troli-troli tu..yang gua mushykil untuk apa diorang memilih sangat troli tu?ada cabutan bertuah ke? nampak semua troli sama je..kesian dekat brader yang keje jaga troli tu..terhegeh-hegeh dia susun semua troli tu kat tempat simpanan troli..yang aku menyampah bila makcik-makcik yang datang bershoping tu buat-buat bodo je pilih..kenape?ada troli cantik ke?yang aku nampak semua sama je..bukan bole bawak balik pun..dari situ aku nampak yang makcik-makcik ni kuat memilih..bagi aku ni semua bodoh..bukan kena bayar pun..ambik jela mana yang dekat..semua troli sama la makcik woi!.tak kira melayu,cina,india..semua sama je..jenis suka berebut tak tentu pasal..sampai troli yang tak bersalah tu pun jadi mangsa..kah kah kah ..pulang dari tesco,aku ngan bini mengekek bila pikirkan hal troli tu..hahahaha!..

Thursday, April 16, 2009

Runtun!

Sakit,sedih,jerih,merintih..

Setapak-tapak,menapak tercampak..

Malam,pagi,siang perginya petang..

kejam cucunya adam,mulia hatinya syaitan..

Aku curang?dia mungkin...

peduli??Peduli apa!!

Satu naluri..mana datangnya?

Hitam mencelah dari celah-celah Kasih dan sayang..

Aku mahu,..siapa pun mahu..

Gila apa dunia ini?...

****

Ada komen? komen la kalau berani...

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.