Tuesday, August 25, 2009

Earth Crisis-to the death 2009


orait!!..kali ni aku nak bercerita pulak pasal satu band yang boleh di katakan pioneer dalam scene hardcore ni..band yang boleh disebut sebagai sthraight-edge vegan metalcore ni berasal dari Syracuse,New York..band ni dah wujud sejak tahun 1991 lagi..mereka adalah EARTH CRISIS!!..haha!!.aku kenal band ni masa album firestorm..album yang menjadi siulan anak-anak muda harkkorr masa tu..hehe!!..ok laa..line up mereka adalah seperti berikut:

Karl Buechner (vocal)
Scott Crouse (guitar)
Erick Edwards (guitar juga)
Ian "Bulldog" Edwards (bass)
Dennis Merrick (drum)


lagu yang terkandung dalam album to the death ni adalah seperti :

  1. Against the Current
  2. To Ashes
  3. So Others Live
  4. Security Threat #1
  5. When Slaves Revolt
  6. Plague Bearers
  7. Control Through Fear
  8. Cities Fall
  9. Eye of Babylon
  10. What Horrifies
  11. To the Death
selepas mendengar lagu-lagu yang terkandung dalam album ni..aku dapat dengar kelainan muzik yang diorang bawak berbanding dari album breakthrough mereka 'firestorm'..memang lain gila..album firestorm dulu agak melodik hardcore,tapi album baru kali ni memang totally hardcore berriffing metal..sound yang lebih berat serta riffing chuga-chuga yang menarik..vocal part juga dah berubah sikit..kalau dulu banyak part screaming hardcore,tapi kali ni banyak part growling..memang berat ke arah metal diorang ni sekarang..lagu yang menarik perhatian aku adalah Against the Current,Security Threat dan When Slaves Revolt..tapi sebenarnya semua lagu dalam album ni baik-baik belaka..membuatkan aku terasa mahu berjoget sambil menonjolkan jari telunjuk ke langit..haha!!..mereka juga adalah aktivist bagi animal right..bagi fan hatebreed serta throwdown,..album ini wajar dimiliki..

Babi!!

gua ke pasar malam semalam..beli barang-barang dapur untuk kegunaan sepanjang minggu,sambil belek-belek seluar -seluar bundle yang banyak dijual kat sekitar sini..lama sebenarnya gua tak berjalan ke pasar malam..semua sebab faktor keje gua yang kekadang pagi,kekadang malam..masa-masa untuk gua berhibur pun kekadang terbatas disebabkan keje..

jadi bila gua dapat waktu yang sesuai,gua ajak bini gua follow gua gi pasar malam..dia pun dah lama gua tak bawak gi jalan-jalan..last gua bawak dia berjalan ritu pun masa gi hospital selayang..gi melawat pak sedara gua yang kena suspek jangkitan virus H1N1..tu boleh dikira berjalan ke?lagipun dia tak bleh masuk..gua je masuk ngan makcik gua..memang teruk siot pembawaan virus ni..badan pakcik gua penuh ngan wayar je..dia plak tengah koma,soo..memang kesian..

soo,semalam gua ajak dia gi pasar malam..kami sampai ke pasar malam dalam jam 8..apa yang gua nampak,tak ramai orang yang ada..semuanya sebab H1N1 (gua rasa laa)..sambil-sambil gua cuci mata tengok barang-barang,gua perati satu kedai jual dvd pirate yang agak penuh ngan manusia..gua ushar dekat-dekat..'1 dvd rm 2'..pergh!..patut ramai manusia kat sini..kata gua dalam hati..

gua pun apa lagi,terus join crowd kat situ..dvd plak dia letak berlonggok je macam jual kuih..memang sapa cepat dia dapat la jawabnya..gua tengok,boleh tahan gak citer yang ada,yang baru keluar panggung,yang belum keluar panggung,yang takkan keluar panggung pun belambak-lambak..gua pilih lima cd..baru rm 10(kata gua dalam hati)..

gua rasa best betul sebab keluar duit 10 hinggit tapi bole dapat 5 movie best-best..gua sambar..terus gi bayar kat mamat cina tu..kiranya berbaloi la gua berebut-rebut ngan brader kat sebelah gua ni..haha!!

habis shopping je,kami pun gerak balik umah..sampai umah je,gua terus sambar salah satu cd yang gua beli sebab hajat nak tengok citer tu..cd pertama gua buka citer ice age 3..bila gua bukak je cd dari sarung plastik tu,..skali cd citer drama hong kong yang episod-episod tuu..babi!!..gua kena kencing ni..gua buka semua cd yang gua beli untuk kepastian..memang babi!! takde satu citer pun yang gua beli sama dengan apa yang tertera kat cover sleeve cd tuu..sumer citer drama hong kong episod-episod..celaka betul!!

padan muka gua!!..kena gelak ngan bini gua lagi...ciss!!

Friday, August 21, 2009

Semacam...

J : "Aiks?..belum puase lagi ko dah sibuk cari mp3 lagu raye?..
peh!!..semangat gilaa!!"..

G : "mesti laa..takut tak sempat save dalam tipon"..


**********

bukan aku.tapi member tempat keje aku.
macam-macam peel..

Tuesday, August 11, 2009

Lamb Of God-'Wrath' cd 2009


haha..kali ni aku nak bercerita tentang album terbaru dari
band 'burn the priest'(instrumental band) a.k.a
LAMB OF GOD..sure ramai yang kenal dan minat ngan band yang bergenre groove/metalcore+ speed metal ni..band ni berasal dari Richmond,Virginia dan dianggotai oleh:

Randy Blythe (vocalis yg power gila!)
Mark Morton (gitaris)
Willie Adler (gitaris jugak!)
JohnChambell (bass)
Chris Adler (drummer)

orait!..album Wrath ni rilis pada 23 february 2009.. dan lagu-lagu yang terkandung didalam cd ni adalah seperti berikut:

1. The Passing
2. In Your Words
3. Set To Fail
4. Contractor
5. Fake Messiah
6. Grace
7. Broken Hands
8. Dead Seeds
9. Everything to Nothing
10. Choke Sermon
11. Reclamation

dan bagi aku..ini adalah salah satu album terbaik yang berjaya dihasilkan oleh L.O.G..
musik yang agak kompleks,sound yang memang berat, padat dan mengancam sanubari..
cuma ada 1-2 lagu yang ada sikit-sikit bunyi dari album sacrament..lagu yang paling aku suka adalah lagu 'everything to nothing','Choke Sermon' dan 'In Your Words' ..dari intro,chorus,solo..semua terbaik..memang korang pasti akan menggoyangkan kepala bila terpasangnya cd album wrath ni..cari album ni..dengar baik-baik okeh?

Saturday, August 1, 2009

Jamming bersama Dragon Force!!












Semalam...lepas balik keje,aku ngan wife gi shopping barang-barang keperluan rumah..

takde beli ape sangat pun..just stok brg mkn + brg kesihatan utk ibu mengandung..lepas
pusing-pusing lebih kurang,kami pun gerak balik..

on the way balik,teringat nak melawat abang ipar aku and famili dia jap..so,kami terus je bergegas ke rumah dia..jam masa tu menunjukkan pukul 8.30 malam..aku dah set ngan bini aku..

"kita singgah kejap pastu dalam jam 10.30 mlm lebih kurang kita balik la yee?" kata aku..

bini aku cakap.."ok jee.."

aku pun malas nak pi umah orang lama-lama sangat sebab esoknya aku keje pagi..soo,kalau bole nak tido awal sebab aku ni susah bangun pagi kalau tak cukup tido..sambil-sambil tu nak gi tanya pasal tiket konsert Search di awan biru tu sekali..bukan apa,kakak ipar aku adik kepada drummer Search,..ala,brader Yazid tuu..jadi selalunya kalau ada konsert Search..brader Yazid selalu passing tiket free kat dia..tu yang teringin nak mintak 2 keping tiket kalau ada..

yelaa,..konsert tu bukan selalu dapat tengok..lagipun dengar-dengar ini mungkin konsert terakhir Search..jadi aku teringin nak bersama-sama melakar sejarah berada buat kali terakhir bersama Search, salah satu living legend yang byk mempengaruhi band-band selepas mereka..
member-member indonesia pun tabik kat diorang ni dulu..

ok,..bila sampai ke rumah abg ipar aku tu,..tengah borak-borak ngan kakak ipar aku lebih kurang (sebab baru je sampai..),
tetiba abg ipar aku keluar sambil membawa sesuatu di tangan beliau..aku tergamam kejap sebab macam kenal ngan benda tuu..bila tengok dekat-dekat..tu dia!!..dia bawak set Ps 2 beserta 2 bijik gitar utk main game guitar hero..

kalau korang nak tau..aku ni bukan kaki game.. tak minat sangat ngan video game apa-apa pun..
waima game dalam henpon sekalipun..betul!!..aku rasa cam cepat bosan ngan benda ni..

jadi bila abg ipar aku bawak guitar hero utk ajak aku berentap..aku cam nak taknak je memula..
tapi lepas diasak berulang-ulang,..aku terima cabaran dia..

pertama kali aku main guitar hero ni dalam hidup aku..sebelum ni main gitar kapok biasa je..
bila pegang gitar Ps ni rasa cam lain..

dalam hati aku cakap,best sangat ke main gitar plastik ni..sebab aku rasa baik aku main gitar betul yg bertali tu..lagi feel!!..

tapi ternyata telahan aku silap..bila aku dah mula tahu main sikit-sikit,..rasa best dh mula timbul..aku continue je bila abis satu-satu lagu..lagu dalam game tu pulak kene ngan jiwa aku..
semua lagu heavy yang sedap-sedap belaka..part solo-solo yang sebelum ni tak pernah aku berjaya main menggunakan gitar sebenar,..telah berjaya aku sempurnakan dalam guitar hero ni..haha!

akhirnya aku mula main lagu Dragon Force,tajuk lagu dia 'through the fire and flame'..gila solo power metal tarak ingat punya..aku repeat lagu ni dekat 5-6 kali jugak laa..dah sehabis kangkang aku menyental button gitar tuu..trimolo dah terkehel-kehel aku sental..abang ipar aku satu famili gelak besar bila tengok aku perform..

aku time tu dah rasa cam aku pulak gitarist asal band tuu..hahaha!!..serius aku dah jatuh cinta ngan game ni..mungkin sebab dia guna gitar kot..salah satu instrument yang aku mmg minat dari dulu..tapi dengan game ni,...bini aku yang tak reti main gitar pun bole bersandar bahu sambil menyolo bersama aku..haha!!..

game ni mmg terbaik!!..aku dah berkira-kira nak sambar Ps 2 bila dah cukup duit..tunggu aku settle road tax kereta aku dulu laa,..baru bole sambar natang ni..haha!!..

malam tu aku pulang ke rumah berbekalkan impian utk memiliki Ps 2 nnt..jam 3.00 pagi aku ngan wife sampai rumah..pastu kena perli ngan bini aku..'kata nak balik awal tadi.."aku balas ngan senyuman malu-malu ayam kat dia..bila dah terbaring sambil nak lelapkan mata je,..
baru aku teringat yang aku lupa nak tanya pasal tiket Search kat abg ipar aku tadi..

Aduyaii!!..

*********
konsert Search malam ni la weii!!..berbaloi-baloi bak kata Amy..

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.