Showing posts with label band luar. Show all posts
Showing posts with label band luar. Show all posts

Friday, September 17, 2010

DISCHARGE - Beginning of the end.




CD ni gua angkat dari Mad Yus (Apparatus/Total Mangel Recs.). Dia bagitau yang dia dapat ni pun selepas hasil trade dengan label-label luar. Tak banyak, ada 2-3 keping je yang dia simpan. Rasanya dekat sini takde lagi kot label yang distrokan CD ni.

Gua mula-mula ingat nak suruh dia simpankan dulu CD ni. Tapi bila gua pikir balik, Karang kalau dah takde, baru nak terhegeh-hegeh cari, tak ke naya kalau gua menangis sorang-sorang nanti?

Jadi, gua angkat jela terus. Senangkan? walaupun gua mula-mula rasa sangsi sikit untuk beli (sebab ada 3 bijik lagu je dalam CD ni), Tapi bila gua balik rumah dan mula pasang, Gua senyum. Pandai sungguh Mad Yus ni amik hati gua.

Line up diorang untuk EP ni:

Rat - vokalis (band asal, Varukers)
Bones - gitaris
Roy - bassis
Terry - drumis


Ini kira reunion semula kesemua line up asal Discharge kecuali dia punya penyanyi selepas berpecah kejap. Gua pun tak pasti apa hal vokalis asal tak join sama. Tapi yang ganti kasi suara pun bukan orang lain, dia punya die hard fan jugak. Vocal dia boleh tahan. Suara besar macam tengah marah dia punya gaya. Kira kena dengan musik.

Dari segi jenisan musik, diorang dah kembali ke arah hardcore punk. Dah tak jebak ke metal sangat. Tapi, tetap ada pengaruh metal dalam lagu ni.

lagu yang terkandung dalam CD ni macam yang gua cakap tadi, ada 3 je.

1. The beginning of the end.
Dia punya riffing memang boleh kata jenis clasik. Drum pulak memang d-beat la. Melodi memang tip-top. Vocal punya tarik pun brutal. Sedap sial lagu ni. Sound keseluruhan memang sangat jelas dan baik!

2. Blood of the innocent.
Yang ni ada bunyi metal lebih kurang. Drum memang rilek je ketuk laju-laju.
Yang ni ada sikit bunyi metal. Solo gitar pun kemas walaupun simple. memang layan gua dengan lagu ni.

3. They lie, you die.
Riffing dia macam motorhead sikit. Brutal dan keras! drum punya beat memang attack habis. Gua nobatkan lagu ni sebagai lagu terbaik dalam album ni. Betul-betul hardcore punk!

CD ni kalau lu pasang dekat komputer, lu boleh layan video diorang jamming dekat studio, sambil-sambil ada sikit temubual. Memang dah tua dah brader-brader ni. Tapi tetap punk!

Kalau sesape yang minat Disclose, Conflict dengan Motorhead, Lu mesti layan dengan Discharge. Best!

Tuesday, August 3, 2010

War all the time - Discography CD.





Band ni datang dari Leeds, United Kingdom. Gua tak pernah jejak kaki ke sana. Paling jauh gua sampai pun Kashmir. Itu pun dalam mimpi. Jadi, gua tak tau macamana rupa UK yang sebenar. Kalau tengok movie, gua tau situ banyak makwe tinggi kaki putih-putih.


Jenis muzik stok D-beat crust core laju tak ingat. Gua dengar diorang main ada sikit bunyi cam Container Crusties From Hell sama Beyond Description . Tapi yang tu ada bunyi metal sikit. Cd ni kalau tak salah versi asian tour punya cetak. Boleh kata album Discography. Kebanyakan lagu adalah dari split bersama dengan band-band seperti The Horror dan Whole In The Head. Dalam cd ni ada 17 trek untuk lu kaji. 3 trek dari kesemua lagu dalam album ni jenis unreleased. kira-kira ada la sikit lagu rare.


Kalau dah jenis main D-beat, apa lagi yang lu orang nak bayangkan? memang syok la wallawei! Musik jenis laju takde singgah-singgah mana dah. Mamat-mamat crusties mesti stim konek kalau dengar. Gitar bunyi kasar jenis scrumming atas bawah gua rasa. Drum sama bass macam biasa takde lari mana dah.


Gua dengar setiap trek dia punya drummer main padu. Jenis main drum berpeluh kangkang memang stended kalau lu dah main crust core camni. Sound keseluruhan memang puas hati. Semua alat musik lu boleh dengar jelas. Nak lagi best, Lu pasang kuat-kuat serupa lu tengok wayang punya fader sound.


Tapi macam biasa kalau jenis musik macam ni, lu jangan harap nak layan lebih dari 3-4 minit setiap trek. Semua jenis pendek-pendek je. Tapi sebab jenis rancak, lu memang tak kisah dah.


Kalau lu nak tau lebih lanjut pasal band ni, cuba check maispes diorang ni :
www.myspace.com/warallthetimeuk


Ni pulak alamat label distro tempatan yang kasi rilis Album ni. Lu kalau teringin nak beli, kontek je diorang tanya sendiri. Murah je. Tak silap gua, gua beli RM 10 sahaja.


Black Conflict Records : www.geocities.com/blacxkonflik

Cactus Distro : cactusdistro.cjb.net

Basement records : basement.recordstore@gmail.com

Pure Minds Records : pureminds.records@gmail.com

Monday, August 2, 2010

Moderat Likvidation - Swedish punk lu jangan main-main!




"Never mind the bootlegs..Here's the real deal"..tertera di cover cd band nih. Ini band yang memang di kenali bagi mamat-mamat punk jenis hitam putih. Bukan jenis punk stok-stok bunkface baju kaler-kaler. Tapi gua tak pasti la kalau-kalau Bunkface ada ambil pengaruh dari diorang. Gua dengar lagu revolusi cam takde plak bunyi-bunyi swedish hardcore.


Ok, diorang dah wujud sekitar tahun 1980 an. Band yang dah lama dalam scene hardcore punk belah-belah Sweeden. Masih ngepunk hingga kini. Lu sendiri kira brapa lama diorang dah ada.


Cd ni jenis compilasi trek-trek terbaik diorang. Ada 20 lagu cukup-cukup dalam cd ni. Semua lagu di rekod dalam tahun 1983. Memang rare. tapi lu jangan ingat sound dalam cd ni sebu jenis bunyi angin. Sebab semua lagu dah di re mastered semula dekat Cutting Room, Stockholm dalam tahun 2006 kalau mengikut apa yang gua ceduk kat kulit cover cd ni. Jadinya kualiti sound dah serupa durian D24 yang bersepah kat tepi-tepi jalan area Kampung Gajah. Lazat memikat wa cakap lu.


Konsep diorang Hc punk D-beat lebih kurang gua rasa. Stok melodik-melodik memang tak lari. Rasanya ramai punk dalam dunia ni yang memang dah hafal habis lagu yang tajuknya 'nitad'. Siap ada 2 trek 'Nitad' dalam cd nie. Memang cun. Kalau lu belek lirik.. semua dalam bahasa Sweeden. 1 trek je yang ada cakap english. Tu dalam lagu 'Hiroshima' yang cerita pasal perang.


Tapi bab muzik memang cun. Dia punya catchy tak payah cakap. Memang sedap. Ada lagu stok gitar solo jenis mabuk-mabuk punya petik. Memang sempoi. Nampak memang ada style beb. Siap ada 1 lagu nama "Atombomb" jenis intro akustik yang stok band-band metal punya selera, Tapi sekali masuk riffing terus berubah ke D-beat punya side. Cara betul!




Dia punya gitar jenis sound tak tajam sangat. Tapi gua paling suka drum dia punya bunyi. Memang klasik. Jenis bunyi sepak kotak dia punya macam. Tak sepadat sound drum band metal. Sesuai gila. Tapi tu jenis gua punya taste la. Orang lain gua tak tau.


Cuba try kontek diorang dekat sini www.myspace.com/moderatlikvidation

tak pun cari kat record label diorang di sini www.havocrex.com

Yang ni pulak diorang punya website. Try la tegur-tegur diorang kat sini www.moderatlikvidation.com

Tuesday, June 8, 2010

Siksa Kubur- Tentara Merah Darah CD 2010





Album yang terinspirasi dari filem epik 300 karya Frank Miller. Lucu bunyinya kan? tapi jika kita melihat dari cover album ini,memang nampak akan bayangan seorang Spartan yang menunjukkan arah tuju album ini. Yaa..memang sungguh band Siksa Kubur mengangkat tema filem 300 dalam keseluruhan lagu yang terkandung dalam album yang bergenrekan death metal kepala hangguk ni. Band yang berasal dari Jakarta dan telah wujud sekitar tahun 1996. Line up Siksa Kubur adalah seperti berikut:

Original line up:
Japs-vocal
Andre-lead gitar
Jangexz-drum

Live musician:
Ewyn-bass
Nyoman Saputra-2nd gitar

Ok,album ni aku beli semasa diorang datang ke Perak pada 6.06.2010 untuk menjayakan album tour mereka di Malaysia..bermain untuk gig Festival Seni Orang Muda di Batu Gajah,Perak..memang aku sendiri tak percaya yang Siksa Kubur datang kampung aku!! haha..album di jual dengan harga rm25.



list lagu yang terkandung dalam album ni adalah seperti berikut:

1. Darah Terpilih
2. Anak Lelaki Dan Serigala
3. Menanduk Melawan Tunduk
4. Neraka Setara Mata
5. Tentara Merah Darah
6. Kata Sebagai Senjata
7. Laskar Pelayan Kegelapan
8. Sayatan Kedua
9. Dewa Yang Terluka
10.Pusara Bala Tentara
11.Memoar Sang Pengobar



Seawal dari trek pertama kita dihidangkan dengan intro sampling yang sangat gelap moodnya serta dari intro ini dapat dibayangkan akan permulaan kisah tentera Spartan yang sangat-sangat kena dari segi susun atur musik. Kelam,suram serta angker bagi permulaan lagu.



Dan apa lagi yang boleh dikatakan bagi trek-trek seterusnya? dari segi muzikal, bila kali pertama aku dengar album ni..apa yang aku bayangkan adalah..ini DEICIDE dari seberang!! sangat-sangat padat permainan mereka. Riffing gitar yang tajam dan sangat-sangat mencabar maruah seorang lelaki yang ingin belajar bermain gitar..betul!..permainan gitar yang sangat kompleks,teknikal serta disulami kekerasan,bermelodik,serta laju! ditambah pula dengan hentakkan drum yang betul-betul buat aku tak senang duduk. gila la diorang ni! stroke drum dah la laju, kemas plak tu.. memang angkat ibu jari la..terbaik! aku betul-betul jatuh cinta dengan band ni.. sound keseluruhan album ni pun memang terbaik!



Memang kalau dari segi muzik,diorang ni memang boleh di kategorikan sebagai band yang keras!!..tapi jangan ingat dalam album ni diorang nyanyi puja-puja setan plak! dari segi lirikal,memang semuanya menceritakan tentang perjalanan tentera Spartan menentang kerajaan Persia seperti yang terkandung dalam filem 300. Jadi..kalau nak lagi adventure, try layan album ni sambil pasang DVD filem 300 tu. Mana tau semangat kaum-kaum Spartan tu menusuk masuk ke dalam jiwa lepas korang dengar album ni. Salah satu rilisan metal terbaik yang aku dengar setakat ni. Sangat-sangat di syorkan bagi penggemar death metal tanah seberang. Terbaik!!






www.myspace.com/siksakubur

Monday, November 16, 2009

Obituary - 'darkest day' 2009

Yess... ini band death metal yang classic . band yang wujud sekitar tahun 1985 dari Tampa,Florida . aku baru je dapatkan cd ni walaupun album ni dah rilis sekitar june 2009 tempoh hari..tapi,apa ada hal kan? yang nyatanya cd ni aku dah ada dalam simpanan..soo, boleh aku ulas serba sedikit album terbaru pakcik-pakcik Obituary nih..line-up Obituary dibarisi oleh:

-john tardy - vocal
-ralph santolla - gitar
-trevor peres - gitar
-frank watkins - bass
-donald tardy - drum


lagu-lagu yang terkandung dalam cd ni adalah seperti berikut :

  1. List of Dead
  2. Blood to Give
  3. Lost Inside
  4. Outside My Head
  5. Payback
  6. Your Darkest Day
  7. This Life
  8. See Me Now
  9. Fields of Pain
  10. Violent Dreams
  11. Truth Be Told
  12. Forces Realign
  13. Left to Die

yang uniknya mengenai band ni adalah dari growling part vocal pakcik John Tardy tu sendiri.. growl dari anak tekak yang kalau silap tarik boleh batuk berdarah kaw-kaw(macam sam cromok la lebih kurang..)..memang terbaik vocal pakcik John kita ni!.dari segi musik pulak,..memang dari dulu diorang ni dah memainkan muzik pure death metal tepu yang kalau kita dengar masa sekarang ni,boleh dikatakan agak classic,raw dan pekat perasa death itu sendiri..metal yang tak terlampau laju,ada dinamik dan padu..lagu yang menjadi kesukaan aku adalah 'list of death', 'payback', 'forces realign' dan 'left to die'..gabungan riffing yang tidak terlalu teknikal, solo yang mencengkam kalbu, drumming yang kemas serta vocal yang unik menjadikan Obituary sememangnya terbaik di antara terbaik dalam class bergenre death metal tepu..cuba try cekidot band ni..asyik-asyik layan metalcore je..bosan wei!..sekali-sekala kita terbang balik ke zaman oldschool..pekena death metal plak!..lagi pun diorang ni dah wujud dari zaman 85' sampai 2009..gila legend!..gi la cari cd ni..buat koleksi.. apa ada hal kan?

Sunday, September 13, 2009

five finger death punch-'way of the fist'

ni plak antara koleksi album yang aku ada untuk aku sesaja ceritakan untuk semua..band yang berasal dari los angeles dan ditubuhkan pada tahun 2005.band ni memainkan muzik bergenre groove nu-metal..line up band ni terdiri dari:

ivan 'ghost' moody -vocal
zoltan bathory -rythm gitar
jason hook -lead gitar
matt snell -bass/backing vocal
jeremy spenser -drum

dalam album ni ada terkandung 17 buah lagu,dan lagu-lagu tersebut adalah:

-ashes
-way of the fist
-salvation
-bleeding
-place to die
-devils own
-white knuckles
-never enough
-stranger than fiction
-can't heal you
-death before dishonour
-meet the monster
-from out nowhere
-devils own (live)
-hate me
-bleeding (acoustic)
-salvation (live)

album ni bagi aku agak menarik dan sedap di dengar..genre nu-metal yang bukan cam band-band nu-metal lain..lagu-lagu yang terkandung pun cukup rencah metal..ada solo gitar yang simple tapi sedap di dengar..sound gitar juga besar dan berat,memang kena la dengan style band..suara vocalist band ni pun cukup perasa hardcore dia..tone suara yang besar dan sedap..riffing gitar juga memang nu-metal yang ke arah heavy metal gak sikit-sikit..haha! kiranya bagi pengemar se7endust,trespassing,chimaira etc..boleh cari band ni..tak silap aku 22.09.09 ni album baru diorang nak keluar..so, boleh la cekidot album baru diorang nanti k?

Tuesday, August 25, 2009

Earth Crisis-to the death 2009


orait!!..kali ni aku nak bercerita pulak pasal satu band yang boleh di katakan pioneer dalam scene hardcore ni..band yang boleh disebut sebagai sthraight-edge vegan metalcore ni berasal dari Syracuse,New York..band ni dah wujud sejak tahun 1991 lagi..mereka adalah EARTH CRISIS!!..haha!!.aku kenal band ni masa album firestorm..album yang menjadi siulan anak-anak muda harkkorr masa tu..hehe!!..ok laa..line up mereka adalah seperti berikut:

Karl Buechner (vocal)
Scott Crouse (guitar)
Erick Edwards (guitar juga)
Ian "Bulldog" Edwards (bass)
Dennis Merrick (drum)


lagu yang terkandung dalam album to the death ni adalah seperti :

  1. Against the Current
  2. To Ashes
  3. So Others Live
  4. Security Threat #1
  5. When Slaves Revolt
  6. Plague Bearers
  7. Control Through Fear
  8. Cities Fall
  9. Eye of Babylon
  10. What Horrifies
  11. To the Death
selepas mendengar lagu-lagu yang terkandung dalam album ni..aku dapat dengar kelainan muzik yang diorang bawak berbanding dari album breakthrough mereka 'firestorm'..memang lain gila..album firestorm dulu agak melodik hardcore,tapi album baru kali ni memang totally hardcore berriffing metal..sound yang lebih berat serta riffing chuga-chuga yang menarik..vocal part juga dah berubah sikit..kalau dulu banyak part screaming hardcore,tapi kali ni banyak part growling..memang berat ke arah metal diorang ni sekarang..lagu yang menarik perhatian aku adalah Against the Current,Security Threat dan When Slaves Revolt..tapi sebenarnya semua lagu dalam album ni baik-baik belaka..membuatkan aku terasa mahu berjoget sambil menonjolkan jari telunjuk ke langit..haha!!..mereka juga adalah aktivist bagi animal right..bagi fan hatebreed serta throwdown,..album ini wajar dimiliki..

Sunday, July 26, 2009

KILLSWITCH ENGAGE- self title album 2009..


Orait!!!..kali ni aku nak review
tentang album terbaru dari band
metalcore dari Westfield,Messachussetts.

band apa?..Killswitch Engage la ngokk!!..
ok..band ni tertubuh pada tahun 1999 kalau tak silap aku..
line up band ni adalah dari serpihan band Aftershock,Overcast
dan Nothing stays gold..line up masa tu terdiri dari :

frontman - Jesse Leach,
1st gitaris - Adam Dutkiewicz,(mamat ni kekadang main drum untuk band ni jugak)
2nd gitaris - Joel Stroetzel,
Bassist - Mike D'antonio
Drummer - Tom Gomes

nama killswitch tu plak bassist dia yang kasi lepas tengok citer X-files..haha!..
Dipendekkan cerita..lepas berlaku sedikit salah paham,vocalist asal band ni cabut
masa album 'Alive or just breathing (2000-2002) dan digantikan oleh Howard Jones
dari Blood has been shed (BHBS)..pastu tahun 2003 plak,drummer dia si Gomes tu
plak keluar dan di gantikan oleh Justin Foley dari BHBS /Red tide..
and the rest is a history...haha!

ok,berbalik pada album terbaru mereka..ada mengandungi
11 buah lagu dan 4 bonus track..track tersebut adalah:

1. Never again
2. Starting over
3. The forgotten
4. Reckoning
5. The return
6. Alight in a darkened world
7. Take me away
8. I would do anything
9. Save me
10.Lost
12.This is goodbye

bonus track:

1. In a dead world
2. Rose of sharyn (live)
3. My curse (live)
4. Holy diver (live)

keseluruhannya....
takde ape yang menarik sangat bagi aku..
diorang hanya mengulang formula dari album-album sebelumnya..
dari segi susunan lagu..takde beza sangat dari album sebelum ni..
cuma kalau korang sebagai peminat tulen..
wajib la buat koleksi..bukan tak bagus..
diorang still bagus lagi..masih ada lagu yang boleh aku layan
dalam album ni..cuma kureenng skit aku rasa..
taste aku masih lagi pada album the end of heartache(2004)
sebab sebelum aku dengar album baru diorang,aku ada dengar
rumours yang album kali ni berat..
tapi bila dengar..ceehh!..sama je cam yang sebelum ni..
tapi apa-apa pun,still masih boleh 2-3 step lagi..haha!!

HATEBREED-'for the lions' album 2009..



Dah lama rasanya aku tak update tentang apa pun kat sini..

ok,tak mau cakap banyak..
kita mulakan sesuatu kat sini..

hari ni aku cuba nak review tentang album terbaru Hatebreed.
rasanya semua orang kenal kot diorang ni..
band yang berasal dari US..
menggunakan genre hardcore punk+metal riff..yang boleh dikatakan
menjadi.
kebanyakan band-band dari malaysia pun
banyak yang terpengaruh dengan mereka ni..kan?

ok..album terbaru diorang ni bertajuk 'for the lions'...
tapi sebenarnya lagu yang terkandung dalam album ni bukan laa baru sangat pun..
semua nya lagu cover dari band-band otai seperti metallica,slayer,sepultura,obituary..etc..
band-band yang mempengaruhi diorang dari mula dulu sampai sekarang..

list lagu yang terkandung dalam album ni;


1. Ghost of war (Slayer)
2. Suicidal Maniac (Suicidal Tendencies)
3. Escape (Metallica)
4. Hatebreeders (Misfit)
5. Set it off (Madball)
6. Thirsty and misearable (Black Flag)
7. All i have i gave (Crowbar)
8.Your Mistake (Agnostic front)
9. Im in pain (Obituary)
10. It's the limit (Cro-mag)
11. Refuse/resist (Sepultura)
12. Supertouch/shitfit (Bad brain)
13. Evil minds (D.R.I)
14. Sick of talk (Negative approach)
15. Shut me out (Sick of it all)
16. Life is pain (Merauder)
17. Hear me (Judge)
18. Boxed in (Sub zero)


bagi pendapat aku sendiri,..
sound gitar masih lagi hatebreed yang asal,
dan jika korang masih anggap yang
band-band hardcore macam hatebreed ni
hanya mampu memainkan riffing berat tanpa elemen solo waima goreng kaw-kaw..
mereka telah membuktikannya dalam album ni..nak dengar gitaris hatebreed ni menyolo..
boleh cari album nii..jamie jasta punya vocal plak..macam biasa..energetic and growl..aku pernah jugak cuba jerit cam dia,tapi x pernah jadi..haha..cuma dalam satu dua lagu memang tak kena skit suara dia ngan lagu..tapi still hardcore lagi..drum dan bass masih lagi terbaik..
pendapat aku sendiri..diorang ni agak kurang sesuai main cover..
rasanya aku masih mahukan satu album yang ada original song dari mereka..
apa-apa pun,kalau korang nak dengar cam mana diorang 'menghardcorekan' lagu
lagu saduran metal nii..kena dengar dan nilaikan sendiri k?

chhooww!~!!

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.