Wednesday, November 17, 2010

Selamat jalan lembu korban..

Keh keh keh.

Macam-macam cerita minggu ni gua dengar. Dari hal gelang, hal iron maiden, sampai cerita bomoh hantu bercinta. Gua senyum-senyum je.

Gua pun dah lama tak menulis dekat sini. Mungkin jugak gua dah makin malas menulis. Tak kisah la semua tu.

Raya Haji pun dah nak mula. Yang mana balik ke kampung tu, Hati-hati di jalan raya. Biar lembu yang terkorban, jangan lu pulak yang jadi lembu.

Okey la. gua singgah kejap je kat sini. Tunggu la nanti, ada masa gua menulis lagi.


Selamat Hari Raya Aidil Adha ye?

Monday, November 1, 2010

Innerview zine #4. Sedap jugak ni!






First, gua nak ucapkan tahniah untuk team produksi innerview kerana menghasilkan salah satu zine yang bagi gua, sangat best! Gua bukan main-main. Ini serius! dari set soalan temuramah, artikel, puisi dan jugak artwork, semua gua kasi calit! memang seronok gua baca zine ni.


Baca zine ni senang. Tak payah kerut-kerut dahi pun. Sebab isu kali ni lebih membincangkan tentang budaya aktivit gig yang sekarang ni makin menjadi-jadi happeningnya. Dari segi kualiti show, kepuasan yang dimahukan oleh crowd, serta perkara-perkara sampingan tentang apa yang perlu ada dan tidak dalam sesebuah gig.


Semua tu ada dalam isu kali ni.


Gua paling suka dengan set temuramah panjang lebar bersama band Always Last. Cara diorang jawab soalan memang sangat bijak, berinfo dan kental! Band yang bukan huha-huha kosong atas pentas, tapi bila lu baca jawapan yang diorang bagi dalam zine ni, Lu akan respek band macam ni. Gua pun dah mula minat dengan band ni lepas baca interview diorang dalam ni.


Satu lagi, dalam zine ni jugak ada set temuramah bersama saudara pipiyapong kaki kretek tuan blog kepada hilang punca tu. Kalau nak tau macamana dia boleh jebak dengan benda-benda blog ni, Lu kena la baca sendiri.


Ruangan puisi pun ada. Puisi pasal Jessica Alba pun ada selit. hahaha! Ada satu artikel pasal persediaan yang perlu dilakukan oleh band apabila sesuatu gig atau persembahan yang memang gua suka. Buat band bukan setakat main musik je, tapi komitmen serta disiplin pun mesti mau kira.


Kualiti zine ni memang kemas. Walaupun tak berapa tebal, tapi banyak info yang menarik dalam zine ni dari lu baca majalah MANGGA tu. Kualiti fotostet yang buat gua kasi calit lagi sekali! Terang dan kemas.


Harga zine ni gua beli RM5. Kalau nak tau lebih lanjut pasal zine atau editor diorang, lu boleh cekidot blog diorang dekat innerviewzine.blogspot.com

Friday, October 29, 2010

Renjong, kaset & bas.




Masa dalam kereta petang semalam, sambil-sambil gua pekena layan radio, tak silap gua, gua pasang chanel muzik fm rasanya, Gua tertarik pada satu iklan kemasyarakatan yang keluar masa tengah sedap gua dengar tu.

Iklan pasal 2 orang brader yang tengah sedap lepak dalam bas, lepas tu ada satu auntie yang tengah berdiri, kendian sorang brader tu dengan secara heronya kasi auntie tu duduk dekat tempat dia. Lepas tu auntie tu pun ucap la terima kasih dalam nada gembira kira macam iklan budi bahasa la lebih kurang.

Terus gua teringat pasal satu kejadian yang gua alami lebih kurang sama macam iklan tadi, cuma ending dia memang tak sama macam iklan tu. keh keh keh~

Ok. Ni kira zaman masa gua sekolah menengah di area Penang dulu. Tak silap gua masa gua masih dalam tingkatan satu atau dua la kot, sebab gua ingat-ingat lupa dah benda ni. Ni kira zaman gua baru nak belajar kenal-kenal dunia luar. Zaman-zaman keluar dengan kawan-kawan merayau sana sini. Sebab sebelum tu nak kemana ja, mesti dengan orang tua gua. Segan la gua. keh keh!

Dan masa tu jugak, transport yang selalu gua guna masa nak merayau, ada dua saja, satu adalah beskal copper handle kepak split dengan semanggang jenis labuh kaler hijau. tu kira basikal gua buat bergerak pegi sekolah. Masa tu kira musim-musim modified beskal tak kira apa genre beskal sekalipun.

Dan satu lagi transport gua adalah bas. Masa ni bas jenis ada pakai brader atau akak kondukter lagi. Tak macam sekarang, jenis guna tabung. Ni kira salah satu transport penting gua kalau nak bergerak jauh sikit dari sekolah.

Dan zaman ni jugak la gua baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti mengumpul kaset-kaset lagu. Time tu nak beli CD semua mahal lagi bagi gua. Budak sekolah la katakan. keh keh keh~

Masa ni gua baru nak kenal-kenal dengan Metallica, Nirvana semua la. Lagi satu, kedai kaset yang ada paling dekat pun tak brapa nak dekat langsung! Jauh serupa dari balakong nak ke Damansara gayanya. Kalau gua nak naik beskal memang tak mampu la nak sampai kalau di ikut dengan saiz serta kederat budak-budak gua masa tu. Jadi, gua mesti la pakai bas kalau nak ke kedai kaset tu.

Mujur jugak gua ada sorang member yang sama hobi macam gua. Kawan-kawan panggil dia Renjong. Jenis kaki kumpul kaset macam gua jugak. Jadi gua macam biasa akan gerak sama-sama dengan dia kalau ada aktiviti kaset-mengkaset nih.





Hari yang di janjikan pun tiba. Macam biasa tunggu bas dalam 15 minit, terus bas sampai depan mata. Masa ni gua ada perasan yang bas macam tak penuh lagi. Masuk dalam bas, gua dengan Renjong dah perasan tempat duduk kosong yang ada hanya tinggal 4 seat je lagi. Gua dengan Renjong ambik sorang satu seat. duduk sebelah sebelah. Tinggal la dua seat lagi. Lepas tu bas pun gerak tak cakap banyak.

Setiap perhentian bas, Ramai jugak yang naik bas ni. Yang turun tak berapa nak ramai. Sedar-sedar seat yang kosong tadi dah selamat di tapau. Lepas tu bas pun dah boleh kata penuh. Ada ramai brader sama akak-akak makwe yang dah terpaksa berdiri dalam bas tu. Gua ushar-ushar jugak mana tau ada nampak kelibat orang tua atau akak yang mengandung tengah berdiri, boleh la gua kasi duduk. Tapi gua nampak memang takde. Gua pun sambung balik tengok luar tingkap. Jauh lagi nak sampai. Bisik hati kecil gua.

Sampai la ke perhentian seterusnya, Gua yang dari tadi tengah layan ushar pemandangan nampak dua orang makcik yang agak berumur tengah rancak bersembang sambil tunggu bas berenti depan mata. Sambil tu gua perasan yang bas ni bole tahan sendat. gua tunggu-tunggu jugak kot-kot ada sesapa yang turun. Nampak gaya macam takde. Jadi mungkin makcik berdua yang tengah bersembang sambil jejak kaki ke dalam bas ni mesti kena berdiri macam rakyat-rakyat lain dalam bas ni jugak.

Kuat jugak gua dengar makcik-makcik ni bersembang. keh keh~

Bila bas ni dah makin penuh, gua perasan makcik berdua ni dah terpisah. Sorang makcik ni memang dah ke belakang bas. Sorang lagi ada betul-betul depan gua. Bukan la depan gua sangat, lebih kepada depan Renjong sebenarnya sebab gua duduk seat sebelah tingkap. Jadi maksudnya depan Renjong la kan? keh keh~

Dan gua tau yang Renjong ni punya fikiran yang sama macam gua. Dan tekaan gua betul! Renjong dengan penuh kesopanan dan kesusilaan, serta penuh dengan tawadduknya, bangun lalu cakap dekat makcik tu, "makcik, duduk la hat tempat saya ni, biaq saya ja berdiri." Masa ni satu bas ushar sama Renjong. Gua senyum-senyum dalam hati. Kalau masa ni ada fesbuk, gua dah tentu-tentu tekan butang like. keh keh keh~

Selang beberapa saat kemudian, Lu tau apa jadi? Makcik tu buat isyarat tangan tanda tak mau. Lepas tu dia menyelit celah-celah brader sambil terhoyong-hayang gerak ke belakang. Gua ushar risau je. Gua rasa takde la si Renjong ni pegang-pegang atau gesel-gesel sama makcik tu. Apasal pulak dia cabut ke belakang? Gua syak ramai jugak mata yang ushar makcik tu sambil ushar Renjong tadi. Renjong pun blur.

Rupa-rupanya dia gerak cari member dia yang dah lepas ke belakang tadi. Yang lagi tak tahan lepas dah sampai kat member dia tadi, terus sambung sembang macam mula-mula tadi. Makin rancak sembang sambil berdiri sama-sama. Gelak sikit, sembang. Gelak sikit, sembang.


Gua ushar Renjong. Renjong ushar gua. Kami sama-sama mengadap tingkap. Sambung tengok luar balik.

Tuesday, October 26, 2010

Black Territory - 'This is black territory' CD.




Sedap jugak album Black Territory ni. Dah lama sebenarnya album ni wujud, tapi macam biasa la, gua last-last kopek baru beli. Kalau selalu turun gig, senang la beli. Jenis gua yang boleh kira berapa kali masuk gig ni, memang kena order je la dari band atau mana-mana distro.

Gua sebenarnya start minat band ni lepas lepak maispes diorang. dengar promo dalam website diorang, gua rasa sedap lagu-lagu diorang ni. Tapi itula, benda-benda underground ni bukan senang-senang nak dapat di pasaran. Lain la kalau lu cari Lady Gaga punya stuff, memang bersepah-sepah ada.

Tapi, benda ni ikut minat. Kalau lu tak minat, bersepah macam mana pun, takdenye lu pandang. kan?

Harga CD ni RM20. Stended la bagi band Malaysia. Pro-Printed tau. Bukan jenis main-main punya barang. Ada 2 keping gambar line up band. Lirik semua ada. Tak payah risau pasal benda-benda setan. Memang tak jumpa. Hardcore mana sembang pasal setan.

Dalam album ni ada 10 lagu termasuk dengan intro sama 1 akustik. Sound dalam album ni bagi gua mantap. Takde main-main. Ini macam la bagus. Gua yang dengar pun tumpang bangga sebab diorang ni sungguh-sungguh bikin album. Bunyi semua alat muzik seimbang. Dah macam band metal omputeh dah gayanya.

Konsep diorang dari apa yang gua dengar adalah Metalcore. Bukan Makyong crossover atau Zapincore. Jangan harap jumpa benda-benda tu dalam album ni.

Dari segi lirik, kebanyakan tentang ketidak puasan hati dalam banyak isu yang kalau di pendam, maka meranalah badan. Bila dah diluahkan dalam bentuk musik, maka terhasillah seni yang mampu dikongsi bersama-sama gua(sebab gua beli album ni, gua anggap diorang bercerita dekat gua la. hehehe~).Ada jugak lagu yang ditujukan buat arwah sahabat diorang dan rakan-rakan lain.

Muzik pulak memang sedap. Gua rasa line up band ni mesti dah lama pegang alat-alat muzik ni. Sebab gua dengar cara main memang mantap, ketat, dan padat. Pada drummer, bassist,gitarist sama vocalist, gua nak ucapkan terima kasih sebab bakat lu orang memang buat gua rasa berbaloi dengan RM20 yang gua laburkan.

Lagu-lagu yang menarik bagi gua adalah In Cries, Black Territory, It's So Hard dengan Into The Mirror (akustik). Yang ni kira terbaik la. Yang lain-lain kira sedap.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal Black Territory, lu boleh cekidot maispes diorang dekat sini www.myspace.com/blackterritory atau try singgah sini: www.blackterritory.com


Ayuh burung puyuh!! (ayat gua cilok dari dalam inlay CD ni)



Makasey!

Thursday, October 21, 2010

Angkara Black Metal.




Sinopsis:

Semuanya bermula daripada tugasan biasa. Budi Putra wartawan bebas yang diminta menyiasat isu Black Metal di Sungai Petani, Kedah.
Budi Putra merasakan tugasnya itu semakin mudah apabila sudah ada anggota Black metal yang sedia membantu.
Namun, rasa biasa itu menjadi luar biasa, rasa mudah itu menjadi sukar pada saat dia bertemu dengan seorang gadis yang punyai rahsia besar berkenaan Black Metal. Pada saat misteri Black Metal semakin terkuak, gadis itu pula ditemui tidak bernyawa. Budi Putra kini dihujung jalan, dan segalanya umpama di hujung tanduk. Budi Putra perlu segera bertindak....




Gua dah baca habis buku ni. Sebelum tu gua nak komen pasal cover depan buku ni. Gua beli buku ni sebab cover depan dia memang terbaik! smart sungguh gambar pentagram hitam tu. haha! Serius macam kitab satanic dia punya rupa.


Ok. buku ni tebal. Lebih kurang 205 muka surat. Saiz buku kecik sikit dari stended size zine hardcore yang guna format A5 size. Kira sedap-sedap pegang time baca dalam jamban sekalipun. Bukan macam Utusan Malaysia punya rupa. Sakit hati kalau bawak ke dalam jamban. Nak baca pun tak tenang. Besar sangat. Dah la gua jenis lepak jamban lama. Sebab tu kena ada bahan bacaan. Ni kalau asyik-asyik nak betul muka surat sebab terkulai memanjang, mana boleh tahan. Hilang fokus. Hilang semangat.


Kita cerita bab isi. Buku atau novel ni cerita pasal sorang wartawan bebas yang bernama Budi Putra di tugaskan untuk menyiasat pasal gejala black metal yang wujud di Kedah. Kedah dikatakan sebagai pusat permulaan gejala Black Metal di Malaysia ni. Kata buku ni la. Dalam masa dia menyiasat, macam-macam la yang jadi dekat dia. Lebih kurang begitu la kiranya.


Gua boleh kata yang buku ni sebenarnya adalah imaginasi penulis dalam menyampaikan tentang isu Black Metal, berpandukan keratan-keratan akhbar yang pernah wujud dalam
surat khabar masa kecoh-kecoh pasal ajaran Black Metal satu masa dulu. Pasal apa gua kata macam tu, sebab setiap artikel tentang Black Metal yang ada keluar dalam surat khabar, semua ada di taruh dalam buku ni. Sambil-sambil penulis kaitkan dengan cerita yang dia bikin.


Tapi, dari apa yang gua baca, Sebenarnya bukan pasal Black Metal sangat, lebih kepada ajaran sesat sebenarnya. Takde hubung kait antara Black Metal dengan ritual puja setan yang digambarkan dalam buku ni.


Cuma dalam satu babak, di gambarkan yang wartawan ada pegi satu gig dekat satu pusat hiburan di Georgetown Pulau pinang, Lepas tu ada satu band je yang main dalam gig tu. Masa band tu nak perform, ada beberapa orang berjubah memegang Al Quran, lalu meletakkan di atas pentas. Lepas tu ramai pulak peserta yang sama-sama letak jugak Al Quran, sampai longgokkan Al Quran MENINGGI SEPERTI PIRAMID dekat atas stage tu. Lepas tu diorang bakar Al Quran. Gig berjalan seperti biasa walaupun api marak. Mudah je kan? haha.


Agak tak logik kalau lu senang-senang nak bakar sesuatu benda dekat dalam kelab. Sepanjang gua pegi gig, belum pernah gua nampak mana-mana band metal yang bikin gimik melampau macam tu. Mau owner kelab mengamuk, pastu terus stop je gig tu. sebab tu gua cakap yang buku ni hasil imaginasi penulis semata-mata. Sekadar menggunakan isu Black Metal sebagai bahan tulisan.


Lepas tu ada pulak aksi pertarungan silat (diulangi SILAT!) di antara si wartawan
dengan Ketua ajaran sesat yang di panggil Lord. Dan macam biasa la, Lord mesti la kalah. hahaha!


Kesimpulan yang gua boleh bagi dalam buku ni, Ini bukan buku yang telus dalam menceritakan tentang budaya Black Metal di Malaysia, hanya imaginasi penulis yang juga banyak memetik artikel-artikel yang keluar dalam surat khabar arus perdana serta majalah yang satu masa dulu banyak menyampai kan berita-berita karut tentang budaya Black Metal di Malaysia.


P/S : Gua beli buku ni dekat Popular Book store, harga lebih kurang dalam RM15.

Friday, October 15, 2010

Kepada Boyfriend anak aku.

Okeh,

Sambil-sambil lepak, apa kata lu try baca peringatan di bawah. Mana tau satu masa nanti berguna untuk lu pakai. Keutamaan untuk mereka yang mempunyai anak gadis macam gua ni.

(Ni bukan gua yang tulis. Tapi gua rasa macam best, so gua tampal sini.)


*************


Kepada Boyfriend anak aku,

Peraturan 1:
Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon-hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar, sebab ko takkan ambik ape-ape atau sesapa.

Peraturan 2:
Jangan ko pegang-pegang anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang-pegang anak aku, aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah.

Peraturan 3:
Aku tau skang nih fesyen budak-budak pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok-elok cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4:
Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari-hari kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain-lain, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tu! dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5:
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko. ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain-lain topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: "bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula?" Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6:
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks-aweks lain yang lagi kiut-miut. aku takde hal ngan kelebihan ko tu. selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai-pandai cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7:
Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le buat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8:
Tempat-tempat berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa-apa tempat yang leh duduk-duduk atau baring-baring. tempat-tempat yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat-tempat yang gelap. Tempat-tempat yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat-tempat yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan dan pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium-cium tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy-spy aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main-main ngan aku.

Peraturan 10:
Ko patut takut ngan aku ni. kalo boleh biar sampai sangat-sangat takut. Aku ni dok teringat-ingat lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap-senyap pastu dok berbual kat laman aku nak tembak. aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua-dua tangan ko tinggi-tinggi. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian.


Yg ditakuti,

Bapak Kepada Girlfriend ko.


***********


Amacam? boleh pakai tak? hahaha.



P/s: Sumber berita gua ambil dari SINI.

Saturday, October 9, 2010

Hantu sama Robot. Mana menang?

JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2 (2010)




Cerita pasal bomoh sama bomoh beradu domba. Kali ni Mazlan pet-pet sama Cat Ruffedge saje yang ada. Sam kali ni tak berlakon sama. Macam biasa kalau ada Mazlan pet-pet berlakon, Paham-paham jela dia punya pitching suara. Cakap pun nak menjerit. Tapi lawak dalam filem ni stended la bagi melayu. Kemunculan hantu pun banyak jugak. Tapi takde la seram. Nama pun komedi seram, Komedi je lebih, seram tak berapa nak nampak pulak. Tapi kalau tengok dia punya penonton, memang David Teoh sama Ahmad Idham senyum sampai ke langit la. Buat duit lagi la kali ni.



ENTHIRAN (2010)





Hah! ambik kau. Gua pun layan Rajnikanth. Selamba masuk panggung layan sorang-sorang sampai 3 jam lebih. Masa gua tengok filem ni, gua sorang je melayu. Gila kental bai!

Okeh, citer pasal sorang saintis India (Rajnikanth) yang telah cipta satu robot yang sebijik macam dia jugak gayanya. Nama robot ni Chitti (Rajnikanth jugak yang jadi robot ni). Tapi last-last si Chitti ni masuk geng jahat sebab geng jahat dah kasi masuk cip merah ( sebelum tu dia guna cip biru) yang kasi dia jadi ganas melampau. Tapi last-last dia jadi baik balik.

Yang gua paling layan bila ushar heroin dia. Aiswarya Rai mantap sial! cun satu hal plak tu. mesti ada pakai dR. Rozmey punya produk ni. Memang cun abis! Soundtrack pun ok. Last part masa nyanyi gua tengok Rajni dah macam Maikel Jeksen. Hahahaha!!

Tapi Rajni ni kalau menari memang tak best pun. Keras macam apa ntah. Haa! dalam filem ni jugak tak banyak aksi lawan-lawan. Gua rasa sekali je kot scene lawan pakai penumbuk macam yang selalu tu. Time tu atas keretapi. Yang lain-lain banyak CGI je dia pakai buat efek lawan. Tapi CGI dia melampau-lampau! haha.. memang ganah!

Tapi, bagi gua filem Sivaji the boss lagi garang dari ni. Filem ni dah macam filem Hollywood je.

Gabungan filem Terminator, I Robot, sama Transformers. Serius gua tak tipu!
Kalau berani pegi la layan. Gua cabar! hahahaha..

Tuesday, October 5, 2010

Jangan letak kaki atas meja.. biadap!





Hai.

Lama jugak gua hilang dari alam saiber ni. Fesbuk-fesbuk semua gua tak usik. Brader blog lagi la gua tak jejak. Nak kata gua sibuk haram tak jugak. Malas tu salah satu la kot. Tapi gua terpanggil nak sembang pasal rokok sebab gua dengar merata-rata tengah diskas pasal ni. Gua pun nak la join sikit-sikit. Hahaha!

Baru-baru ni gua dengar scene rokok mainstream dah panas balik sebab harga baru dah naik 7 kupang dari harga stended. dah jejak RM10 la kalau lu jenis kaki dunhill. Gua tengok rata-rata brader-brader keliling gua yang kaki Dunhill macam pasrah je. Takde bising-bising. Tapi dari riak wajah memang gua nampak efek sedih yang mendalam.

Gua? gua takde rasa sangat. Sebab gua dah lama stop support rokok-rokok mainstream ni. Makin lama makin mencekik dia punya harga. Sekarang gua kaki rokok underground.

Gua cerita sikit pasal profil rokok mainstream lebih kurang. Rokok mainstream ni adalah seperti berikut. Gua kasi contoh sikit je. Antaranya seperti Dunhill, Winston, Salem, L&M, dan juga Pall Mall. Banyak lagi tapi cukup la tu.

Ni jenis rokok yang bayar cukai sama gomen. Tu pasal merata-rata tempat ada jual kalau lu perasan. Sebab rokok jenis ni ada lesen. Bukan haram. Itu di kira rokok yang halal. Isap jenis dapat pahala ke tidak, itu gua tak tau.

Rokok Underground pun ada macam-macam jenis. Antara nama-nama besar dalam scene adalah seperti Paradox, Nusantara hijau/merah, Soccer, dan jugak Luffman. Ada banyak tapi gua petik ni jela. Jenis ni takde pakai lesen. Semua datang secara seludup. Kira haram sebab tak reti kasi cukai sama gomen.

Jenis ni memang tak semua kedai ada jual. Memang rare. Jangan mandai-mandai pegi 7-E tanya. Memang wajib takde. Itu port rokok-rokok mainstream lepak. Bukan rokok underground okey?

Perbezaan antara rokok mainstream sama underground tak banyak. Salah satunya kalau lu tengok kotak rokok mainstream dah tentu lu jumpa gambar mayat merata-rata tempat. Tapi tidak pada rokok Underground. Rokok Underground dia punya sifat luaran masih suci. Takde gambar tekak bocor serta kaki bernanah seperti lazimnya kotak Dunhill sama Winston.

Member gua pernah jugak buat lawak pasal kotak rokok Dunhill gambar kaki nanah tu. Masa tengah makan kat mamak, ada sorang member letak kotak rokok atas meja. Member gua ni sound dia "Lu ni takde adab la kawan". Apsal? "Yang lu letak kaki atas meja nape? kurang ajar la tu,.." sambil tunjuk dekat kotak Dunhill yang ada gambar kaki tu. Mengekek-ngekek gua gelak. Celaka! boleh pulak dia buat lawak camtu. Heh~

Okeh, sambung balik.

Lagi satu cara jualan dia memang beza. Macam yang gua cakap tadi, Bukan semua kedai ada jual rokok jenis underground nih. Tak macam rokok Mainstream. Merata-rata ada. Tapi rokok underground kebanyakan lepak dekat kedai-kedai runcit atau pasar-pasar mini yang biasa-biasa. Tapi itu pun bukan semua kedai. sebab tu dia kira rare. Restoran mamak pun kadang-kadang ada selit jual sikit-sikit rokok underground nie, selain dari jual yang mainstream.

Yang paling utama perbezaan antara kedua-dua aliran rokok ni adalah harga. Jenis Underground memang murah. Kalau Dunhill 20 harga dah sama dengan topap hotling tempoh 10 hari, rokok underground harga 4-5 kali ganda murah dari tu. So, kira sendiri la berapa beza harga tu.

Cuma bab rasa sedap ke tak yang menjadi pertikaian serta buah mulut masyarakat smokers ni. Bagi gua, sedap atau tidak tak jadi hal, benda ni kira logik la. Lu beli CD filem cetak rompak harga 5 ringgit boleh campur, Lepas tu lu harap nak gambar sama sound jenis macam ori. Memang tak berapa nak bijak la lu sebagai pengguna. Kan? Sama macam rokok la, benda sedap ni subjektif. Terpulang pada selera sama poket lu. Kalau lu rasa mampu isap rokok mainstream, teruskan. Tapi gua, layan Nusantara hijau adalah satu kepuasan bagi gua buat masa sekarang.


Hahahaha!

Tapi, kalau lu tak isap rokok, tu lagi baik. Yang gua cakap kat atas tu bukan suruh lu isap, cuma sekadar pandangan gua je la. Gua cerita sama kawan-kawan, Tak salah kan?

Monday, September 27, 2010

Cerita satu malam.

"Masjid dah tak ramai orang ye b?"..

bini gua sound tepet sama gua masa kami sama-sama dalam kereta on the way ke rumah pakcik gua yang ada bikin makan-makan sikit sempena hari raya semalam. Itu jam dah time semayang isya'.

Dia sambung lagi,

"Masa bulan puasa hari tu penuh, sampai ke luar masjid orang semayang kan?"

Gua angguk-angguk tanda paham apa yang cuba dia sampaikan sambil-sambil jeling makwe dekat bus stop simpang lampu isyarat. Gua pandang bini gua yang tengah tidurkan anak dara gua sambil senyum.

"bulan puasa pun awal bulan je penuh, ujung-ujung ramadhan semua pakat kejar Tesco sama Carrefour jaa. Pastu balik kampung, kasi penuh haiwey ramai-ramai".. Gua jawab balik sambil pasang rokok sama perlahankan radio. Masa tu radio kereta gua akak Lady Gaga tengah perform dekat hot fm.

"Haa..tapi kan, ada sorang akak tu dekat 10 tahun kawin, tak pernah balik raya dekat kampung dia.. asyik-asyik kampung husband dia je,.. dah tu, mak mertua plak macam haram perangai. Dia je yang kontrol semua. Kesian akak tu b".. Bini gua cerita sama gua. Gua terkejut sambil terpancut asap rokok dari bibir gua yang mungil tu.

Bini gua sambung lagi..

"Yang tak tahan tu, bila dah nak balik ke rumah mak dia, mak mertua dia suruh masak macam-macam masa nak balik kampung tu. Macam saja-saja tahan tak kasi balik. Last-last mak dia mati masa tunggu dia balik. Kesian tau"..

"Husband dia takkan diam ja?" Gua jadi panas bila dengar ada manusia macam gitu.

"Husband jenis anak mak. Tu pasal jadi macam tu." Balas bini gua.

"Mana boleh macam tu. Kalau dah sampai sepuloh tahun kawin, kena tolak ansur la".. Gua kasi pandangan yang logik dekat bini gua.

Bagi gua..sebagai seorang suami, lu mesti ada satu sifat adil dalam menguruskan keluarga lu. Memang lu ada hak untuk buat peraturan dalam hal balik-balik kampung ni, Tapi agak-agak la..ni sampai sepuloh tahun lu tak jejak umah mertua lu, apa jenis manusia lu ni? masa lu kawin dengan anak dia, Lu punya baik sampai setan surrender nak goda sama lu. Alih-alih dah dapat, lu lagi setan dari setan. Apa kot? kesian la sama bini lu tu. Macam bangsat perangai! gua marah ni. Yang mak lu tu pun jangan la mengada-ngada sangat! pikir la perasaan menantu lu! sepuloh tahun tu..aduhh!

Gua tak puas hati beb! gua tanya sama bini gua famili mana yang buat macam tu? kalau sedara-mara gua,gua nak jugak sound seketul dua. Biar dia menangis peluk-peluk kaki gua ni. Kendian gua nak ajak dia sparring lebih kurang. Kalah menang kira nasip!

Sambil-sambil bini gua kasi susu sama anak gua, dia pun jawab tenang,..


" Ala, famili dalam Cerekarama dekat tv3 semalam. Sedih b citer tu"..

Masa ni lu jangan tanya apasal Lady Gaga menyanyi kuat-kuat dekat dalam kereta gua. Nasip la kalau orang gelar gua Freemason ka, apa ka.

Gua bengang okeh?!

Friday, September 17, 2010

DISCHARGE - Beginning of the end.




CD ni gua angkat dari Mad Yus (Apparatus/Total Mangel Recs.). Dia bagitau yang dia dapat ni pun selepas hasil trade dengan label-label luar. Tak banyak, ada 2-3 keping je yang dia simpan. Rasanya dekat sini takde lagi kot label yang distrokan CD ni.

Gua mula-mula ingat nak suruh dia simpankan dulu CD ni. Tapi bila gua pikir balik, Karang kalau dah takde, baru nak terhegeh-hegeh cari, tak ke naya kalau gua menangis sorang-sorang nanti?

Jadi, gua angkat jela terus. Senangkan? walaupun gua mula-mula rasa sangsi sikit untuk beli (sebab ada 3 bijik lagu je dalam CD ni), Tapi bila gua balik rumah dan mula pasang, Gua senyum. Pandai sungguh Mad Yus ni amik hati gua.

Line up diorang untuk EP ni:

Rat - vokalis (band asal, Varukers)
Bones - gitaris
Roy - bassis
Terry - drumis


Ini kira reunion semula kesemua line up asal Discharge kecuali dia punya penyanyi selepas berpecah kejap. Gua pun tak pasti apa hal vokalis asal tak join sama. Tapi yang ganti kasi suara pun bukan orang lain, dia punya die hard fan jugak. Vocal dia boleh tahan. Suara besar macam tengah marah dia punya gaya. Kira kena dengan musik.

Dari segi jenisan musik, diorang dah kembali ke arah hardcore punk. Dah tak jebak ke metal sangat. Tapi, tetap ada pengaruh metal dalam lagu ni.

lagu yang terkandung dalam CD ni macam yang gua cakap tadi, ada 3 je.

1. The beginning of the end.
Dia punya riffing memang boleh kata jenis clasik. Drum pulak memang d-beat la. Melodi memang tip-top. Vocal punya tarik pun brutal. Sedap sial lagu ni. Sound keseluruhan memang sangat jelas dan baik!

2. Blood of the innocent.
Yang ni ada bunyi metal lebih kurang. Drum memang rilek je ketuk laju-laju.
Yang ni ada sikit bunyi metal. Solo gitar pun kemas walaupun simple. memang layan gua dengan lagu ni.

3. They lie, you die.
Riffing dia macam motorhead sikit. Brutal dan keras! drum punya beat memang attack habis. Gua nobatkan lagu ni sebagai lagu terbaik dalam album ni. Betul-betul hardcore punk!

CD ni kalau lu pasang dekat komputer, lu boleh layan video diorang jamming dekat studio, sambil-sambil ada sikit temubual. Memang dah tua dah brader-brader ni. Tapi tetap punk!

Kalau sesape yang minat Disclose, Conflict dengan Motorhead, Lu mesti layan dengan Discharge. Best!

Thursday, September 16, 2010

From Dhaka with love.

Itu hari gua ada sembang sikit pasal 1 brader Dhaka stok iras-iras gua dalam entri pasal hari kemerdekaan kan?

Tadi gua ada lepak kejap dengan dia. Dia ni asal Bangladesh. Bujang lagi. Tak silap gua dah 3 tahun lepak sini. Sini tu maksud gua negara ni. Bukan lepak blog ni. okeh, nak kata muka macam hero hindustan, Gua tak tau belah mana yang sama. Macam takde langsung persamaan di situ. Umur dia lebih setahun dua dari gua.

Dia ni antara staff-staff penting dekat opis gua. Agak kalau opis gua berserabut atas bawah, dia la yang akan datang menyelamatkan keadaan sambil usung mop, penyapu dan sebagainya. Tugas pembersihan memang takde lari mana dah. Semua dia pegang.

Bila gua perati dia, gua rasa dia ni lagi kental hidup dari gua. Bayangkan dari Bangladesh semata-mata datang sini cari rezeki. Tinggal keluarga, tinggal makwe semata-mata nak kerja. Bukan kerja senang. Gua pun tak brape nak sanggup.

Masa tengah sembang hal-hal dunia dengan dia, tetiba henset dia berbunyi. Gua perasan sesuatu. Gua amati lagi bunyi yang keluar dari henset dia secara fokus,..

gua macam kenal je intro lagu ni.

+
+
+
+

Pergh! sekali lagu Sejati Wings dia pakai!!


Gua senyum lebih kurang.

Monday, September 13, 2010

Oh! mamak koner..

Semenjak gua berkecimpung dalam arena rumahtangga ni, gua dah jarang-jarang sangat melekat dekat kedai mamak. Kalau dulu-dulu, kedai mamak ni bagi gua, macam aur dengan tebing dia punya erat. Asal bunyi lepak je, nak tak nak kedai mamak memang tak lari.

Gua rasa sepatutnya kedai mamak patut-patut dah masuk dalam kalendar pelancongan negara. Sebab apa gua kata macam tu? sebab kalau lu nak kenal rakyat Malaysia, lu tak payah lari jauh. lu singgah je mana-mana mamak koner, lu kompom boleh jumpa macam-macam kaum dekat situ.

Gua nak cerita sikit pasal pengalaman gua masa gua mula bergiat aktif dalam aktiviti melepak dekat satu kedai mamak area ipoh 5-6 tahun sudah.

Masa tu, gua bujang. Makwe-makwe jangan harap. Ini bermakna, gua bebas untuk berjahanam sesuka hati tanpa memikirkan perasaan pihak perempuan bergelar makwe. Masa ni jugak profesion gua tak tentu arah lagi. kejap keje kilang, kejap keje kedai 2 ringgit, kekadang tolong member jual ikan dekat pasar tani, ikut lori antar barang pun penah sikit-sikit.ada sekali tu, nyaris-nyaris gua terjebak dengan scene bisnes bersistemkan piramid. Nasib tuhan menyebelahi gua, gua tak jadi join scene tu.

Jadi, gua punya sen pun tak tentu hala jugak la. Tapi gua tak kesah. Gua bukan ada makwe nak kasi hadiah besday pun. Nak belanja tengok wayang lagi la haram tak pernah.

Okeh, gua sambung pasal mamak balik. Nak di jadikan cerita, ada sorang member gua ni ajak gua lepak . Macam biasa, destinasi gua dengan dia tak lain tak bukan kedai mamak. Adala 3-4 lagi kaum join sama. Bukan apa, nak meraikan gaji pertama member gua yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan di sebuah gerai buah tepi haiwei PLUS.

Gua kalau pasal makan memang betul-betul 'in'. Tambah-tambah bila orang tolong bayar. Nak tak nak gua terpaksa oder menu paling hit la. Yela, orang belanja, kita kena hargai. Jadi kena la oder menu terbaik kan?

Bila sampai kedai, macam biasa kena pilih seat. Sitting jenis tak main duduk dalam kedai. Tak true. Minda tak berkembang. Mesti kena lepak luar kedai, tambah-tambah area tepi jalan dekat-dekat bucu parit. Baru orang muda. Zaman tu mana ada kereta lagi. Semua stok naik moto tumpang kawan-kawan. Parking moto pun dekat-dekat dengan meja.

Gua? macam biasa mestila menumpang..hehe.

Bila dah ramai-ramai melepak, macam gampang la dia punya peel. Huha-huha sembang takde ujung pangkal. Menu yang dioder pun dah sampai, masing-masing paham apa nak buat. Sambil-sambil kunyah, ada jugak selit huha-huha tadi. Sedar-sedar semua setel habis.

Sedang asyik merehatkan perut, tiba-tiba... BANGG! satu kereta sama satu moto eksiden depan mata. Dia punya dentum memang terbaik. Gua bajet mesti ada yang keluar surat kabar esok pagi. Macam biasa, bila jadi musibah di kawasan umum, ramai la yang meluru macam langau. Termasuklah grup-grup yang lepak dekat mamak ni. Mamak-kedai tak payah cakapla. Semua kelam kabut macam dunia nak kiamat. Member-member gua pun sama kecoh. Terus melompat atas moto sambil idupkan enjin. Gua yang menumpang pun ikut sama. Dalam hati gua bangga berkawan dengan kawan-kawan yang prihatin. Gua bersyukur.

Tapi bila dah gerak, Gua rasa lain macam. Scene eksiden tadi dah sayup-sayup dekat belakang gua.

Cilakak! memang betul la gua makan free! Gua pandang member gua yang konon belanja makan tadi. Dia punya gelak serupa setan. Dia sendiri pun makan free jugak! Penat gua bersyukur tadi. Macam gampang sekor-sekor punya perangai.

+
+
+
+

Apa jadi dengan brader moto eksiden tu gua pun tak tau. Gua agak dia selamat jela. Gua pun harap mamak kedai tu halalkan la makan minum gua. Sumpah gua takde niat nak buat camtu. Keadaan je yang memaksa. Kan?

Saturday, September 11, 2010

Friday, September 10, 2010

Kasim Indie rock - part 2.

Sambungan dari sini.



'Arghh! bosan betul duduk Melaka ni. Orang berjiwa seni macam aku mana boleh lepak Melaka!..' bentak Kasim sambil menerajang tingkap.

Krangg!! bunyi kaca tingkap yang jahanam akibat tendangan separas yang di berikan Kasim secara percuma tak payah bayar. Habis gugur kaca-kaca tingkap terus ke tingkat bawah flat. Nasib tiada sesiapa di bawah. 'Kalau ada pun nasip la!' seloroh Kasim pada diri sendiri.

Tiba-tiba entah macam mana, Mak Yam melompat terbang dari dapur sambil menghunus kaki kanan tepat menuju ke muka Kasim. Dengan tenang Kasim tertiarap ke lantai. Nyaris-nyaris jugak kepala nak tersangkut dekat kabel tibi. Nasip umurnya panjang lagi.

Jauh jugak kalau nak di pikir-pikir ikut logik akal dari dapur ke ruang depan Mak Yam terbang. Nak kata muda-muda dulu belajar ilmu batin, Jangan harap. Mak Yam mana pernah percaya ilmu-ilmu tu semua. Khurafat katanya.

'Lain kali jangan nak belagak rebel dalam rumah. Ko ingat tingkap tu saja-saja diorang bikin nak kasi ko sepak ke?' marah Mak Yam sambil kaki di muka Kasim. Kasim diam tak menjawab. Agak-agak dah reda sikit amarah Mak Yam, baru di angkatnya kaki dari muka Kasim. Kasim bangun sambil betul-betulkan baju lebih kurang. Lalu Kasim bersuara,

'Kenapa mak nak jugak pindah ke sini? Terang-terang tokei kilang tu bodo. Apsal jaga kilang plak kena riki harga sampai kesini?' Tanya Kasim mahukan kepastian.

'Ko apa tau Sim,..ni lah sumber rezeki kita selama ko membesar dari dulu. Mak ni orang penting kilang tu. Mana ada orang lain yang diorang percaya selain mak,..' jawab Mak Yam sedikit bangga.

'Tapi dah macam kena tipu je ngan tokei tu. baik cari keje lain kalau dah camtu'. Balas Kasim lagi.

'Keje apa lagi yang mak boleh bikin?' tanya Mak Yam.

'Elehh, belambak keje kalau mak nak. Tu, dalam fesbuk siap ada keje jenis sekali login dapat rm100. Kan senang tu.. tak keluar peluh pun. Masyuk pun masyuukk!!'.. terang Kasim lagi.

'Jangan jadi bodoh Sim, tu semua sistem piramid punya bisnes. Piramid tu ada sangkut-paut dengan dajal, Freemason semua. Ko jangan termakan dakyah-dakyah dajal ni. Bahaya!'.. terang mak Yam lagi.

Kasim diam. Tak nak menjawab lagi. Dia tau mak Yam ni banyak membaca blog. Macam orang melayu lain jugak. Tu pasal macam-macam benda dia tau. Kasim tak ambik berat pasal blog. Yang dia tau dia hanya minat dengan benda-benda Indie saja. Lain-lain hal semua tak masuk kepala hotak. Senang cakap hidup mati hanya indie di hati. Lebih kurang.

Tiba-tiba,

pintu rumah mereka di ketuk.

Sape pulak yang datang nie? Kasim merungut sendirian..



(bersambung..)

Thursday, September 9, 2010

Deja Voodoo Spells - Bite




CD ni dah lama gua simpan. Di sebabkan gua tengah boring sebab tak ada bahan nak dajalkan bini gua masa lepak-lepak tadi, gua saja-saja mau sembang pasal CD band Deja Voodoo Spells (DVS).

Gua beli CD ni rasanya awal tahun sudah. Ada 10 trek dalam album ni. 1 trek bonus ada selit celah-celah lagu akhir. Tak silap gua ini album ke dua diorang. Line up diorang macam yang gua tulis kat bawah tu:

Re10 ('Rethan' kalau betul gua punya sebutanla..) - Gitaris sambil menyanyi.
Rozaimi - pemain bass.
Ainol - Drummer ( tak silap gua dia dulu ketuk drum untuk Kristal zaman diorang kecik-kecik dulu.)

Konsep diorang gua pasti bukan tekno fengtau. Yup! Memang. Sebab diorang main Hard Rock ada sikit-sikit bunyi Grunge. Keseluruhan bunyi untuk album gua bagi A+. Sound memang jelas. Takde bunyi serupa lu lepak dalam gaung.

Trek mula-mula saja sudah bikin gempak. nama lagu 'Melanophobia'. Memang fast dia punya intro. Gua dengar sedap. Solo gitar pun smart. Terus gua pegi trek ke-2. 'Bite' ada sikit gua dengar macam Kurt Cobain punya gaya nyanyi. Ini pun lagu kencang. Jadi gua terus ke next trek bak kata orang putih.

'What will be will be' ada pulak bau-bau bacang sama Foo Fighter punya stail. Tapi drummer punya ketuk memang sedap. Padu mencengkam kalbu. Masuk trek 'Wanting You' dia punya mood lagu slow sikit. Kira lu bole goyang-goyang kepala kiri kanan sambil pejam-pejam mata. Trek seterusnya nama 'Six'. Yang ni memang grunge tak rabak bak kata orang-orang tua. Ok la jugak.

Masuk lagu 'Rock N Roll' dia dah ada sikit bunyi punk. Yang ni gua suka. Bukan sebab dia punk, tapi sebab dia ada part stop go lebih kurang. Kira-kira Catchy la kalau nak senang sebut. Trek 'The Enemy In Me' ni lagu leleh. Memang stok-stok keluar hitz FM kalau ikut stended semasa.

Kita beralih ke sebuah lagu instrumental pulak ye adik-adik. 'Road Trip Jam' ni kalau lu jenis kaki layan solo gitar boleh dengar macamana Re10 petik gitar sambil dengar dia mencarut pakai gitar. Power jugak dia punya skill petik. Trek 'Level 5683' boleh tahan jugak gua rasa.

Trek akhir ni gua kompom lu orang tau lagu siapa kalau lu tengok dia punya tajuk lagu. Nah! sekali 'Billie Jean'. Tau kan lagu sape? diorang bikin Cover Maikel Jeksen punya lagu jadi Rock. Ada sikit part agak-agak metal masa korus. Suara Re10 boleh tahan jugak dia punya serak. Gua dengar dia teran suara macam rilek-rilek je. Sambil tu ada jugak part dia solo tak ingat masa ujung-ujung lagu. Terbaik!

Hidden trek yang gua cerita mula-mula tadi timbul masa abis lagu billie jean. Lagu 'Rock N Roll' tapi versi bahasa melayu. Itu je la.

Kalau lu rasa nak kenal diorang, pegi area sini je.

Tuesday, September 7, 2010

Raya.

Macam biasa.

Bila dah masuk hari raya, mestila kena maaf-maaf kan?

Jadi, gua pun nak jugak maaf-maaf macam orang lain.

Lu tak puasa atau saja-saja buat muka macam tengah puasa,

Gua bukan boleh bikin apa pun.

Yang gua tau, semua tengah tunggu nak beraya.

Termasuk gua.

Apa-apa pun, lu layan la lagu raya kat bawah tu.

Sedap tak sedap belakang kira.




Friday, September 3, 2010

Pali Budak Baik.

Pali memang baik. Rajin pulak tu. Cukup serba serbi. Hensem tak payah cerita.

Mana la orang Kampung Tekap tak sayang ngan dia. Suzi anak Uncle Arip pun boleh sangkut. Selalu miskol-miskol si Pali dalam telipon. Bak kata satu kumpulan rock melayu 90 an dulu,.."Dalam diam aku mencintai mu". Lebih kurang.

Bila tersebarnya berita si Pali ditangkap polis pagi tadi, ramai orang kampung Tekap kecoh-kecoh. Brader-brader yang selalu bergomol pasal politik kat warung Mak Ejah bidan pun dah ada bahan baru buat sembang. Tu belum kira status apdet dekat fesbuk. Punya la femes si Pali ni, tuhan aje yang tahu.

Pak Sudin pun sama kecoh. Kesana kemari nak tau pasal kes Pali. tanya sana. tanya sini. Tak padan dengan tua. Tapi nak kata apa, dia memang begitu. Orang kampung semua cakap si Pali kompom kena tangkap. Lagi menggila la Pak Sudin cari berita.


'Apa kes sebenarnya ni?' tanya Pak Sudin sama Parjo.

Parjo sebagai member si Pali ni tunduk mengadap kaki. Bukan member rapat mana sangat pun, sekadar member berkebun dalam fesbuk je kiranya. Oleh kerana dia je yang sempat Pak Sudin nampak masa lepak bersnooker lepas solat jumaat petang tadi, nak tak nak terpaksa la si Parjo ni mengadap orang tua tu.

'Gua pun tak tau cerita betul pasal Pali tadi tok,.. last gua jumpa dia masa dia tengah komen gambar si Saripah dengan laki baru dia semalam. Itupun dalam fesbuk tok,..' jawab Parjo sedikit gugup.

+
+
+
+

Pak Sudin.

Dia sebenarnya penghulu kampung Tekap. Bekas askar pencen. sempat la sembelih dua tiga tengkuk pejuang gerila masa kat Burma dulu. Tu pasal Parjo nampak gayat bila di tegur Pak Sudin.

'So, sapa yang tau pasal kes Pali ni?' tanya Pak Sudin lagi.

'Cuba tok tanya Ijan. Mesti dia tau punyoo!!'..


Pak Sudin makin tensen. Rasanya si Pali ni semua orang kenal. Takkan takde sape pun tahu cerita sebenar pasal dia? Apa kes sampai kena tangkap dek polis ni?

'Aaarrgghh!..' Jerit Pak Sudin sedikit letih.

Tak lama kemudian, sayup-sayup terdengar suara katak pisang menyanyi gaya-gaya awie dari belakang.

~Mengemis kasih oranggg aa aanng,..tak sedar siapakah diri~


'Macam gampang dia punya stroke menyanyi. Patut la kena halau masa odisyen mentor itu hari..' kata Pak Sudin dalam hati.


'Hah! aku baru cadang nak gegar pintu rumah hang tadi. Nasip hang sampai..' kata Pak Sudin.

'Apsal tok? nak panggil saya menyanyi time kenduri anak tok nanti ek? jawapan dari Ijan yang agak mengundang maut lagaknya.

'Tang tu kita cerita lain. Ni aku nak tanya hang, dah kecoh satu kampung cerita pasal Pali. Hang tau ka pasaipa ngan dia? Apahal sampai dia kena tangkap?' tanya Pak Sudin sambil mata memandang tepat ke muka Ijan.

'Ooo..pasal tu je ke?'

'Yelaaa!!..' jawab Pak Sudin balik.

'Memang la dia kena tangkap pagi tadi..biasa la tu.." rilek-rilek je Ijan jawab sama Pak Sudin.

'Biasa apa!!..jadi memang betul la kata orang kampung ni. Apa sebab dia kena tangkap?' makin kental soalan dari Pak Sudin. Dari riak wajah, memang nampak perangai tak sabar orang tua ni.


'Yee. Pagi tadi Pali kena tangkap. Dekat trafic light ujung pekan tu. Polis TANGKAP GAMBAR dia pakai kamera dekat tiang lampu. Sebab dia langgar lampu merah. Kan ke dia ada post status pasal tu dekat fesbuk tadi. Tok tak online ka?'.. jawab Ijan tenang.

'Celaka punya orang kampung!! mentang-mentang broadband aku kena potong, korang pedajal aku. Babi!!.. Angin gila Pak Sudin dah naik.


+
+
+

Akhirnya, semua penduduk kampung Tekap mati di bunuh oleh Pak Sudin. Termasuk Pali.

Sekian.

`Tammat~


**********

P/S: broadband gua buat hal. cilake!

Thursday, September 2, 2010

Greatest hits - The Who




Gua angkut CD ni semalam dekat Speedy. Lu kena paham jenis orang gila dengar muzik macam gua. Jenis tak toleh mana kalau dah minat. Masalahnya gua bukan peminat tegar band ni. Jadi, macamana gua boleh terjebak beli CD ni?

Satu je punca yang bikin gua terjebak.

Cerita CSI.

Tak kira la CSI Miami atau NY. Asal start je cerita, mesti keluar intro lagu band ni. Gua pun tak tau tu lagu band The Who.

Asalnya masa abis je cerita tu, gua tunggu part thank list sebab nak tau sapa punya lagu yang diorang tibai bikin intro tu. Sekali timbul nama Pete Townshend. Nah, sapa pulak brader ni? Gua macam pernah-pernah dengar je nama tu. Tapi memang tak pernah. Gua tak tunggu lama, terus semak brader Pete ni dekat jabatan pendaftaran Google untuk keterangan lanjut.

Dan keputusan gua tersebut membawa gua kepada nama The Who. Dah tu semalam masa gua tengah lepak-lepak dekat Speedy, sekali album The Who ni ada terselit celah-celah rak. Last yang gua sedar, album ni dah ada dekat CD player gua.

The Who ni rupa-rupanya dah lama sial naik turun stage bikin konsert. Semenjak dari tahun 1964. Patut la gua tak tau. Gua pun belum lahir lagi time ni. Bapak gua pun under age lagi time ni. So, ni kira brader-brader warga emas la.

Jenis muzik, English rock sempoi-sempoi. Bukan stok main berat riffing kucar kacir. Lu dengar memang rilek-rilek je layan. Gua syak budak-budak indie banyak jugak ceduk stail brader-brader ni main. Memang catchy bak kata gua.

Dalam CD ni jugak ada 19 lagu-lagu terbaik diorang sepanjang zaman. Kalau lu nak kenal ngan diorang, boleh mula dengan CD ni gua agak. Antara lagu yang ada macam lagu 'Behind blue eyes' (yang ni limb bizkit ada try bikin cover, tapi tak sentap macam yang ori!), 'Baba O riley' (ini trek CSI), 'Won't get fooled again' (yang ni pun CSI sapu) dan 'Who are you' (pun CSI).

Gua suka jugak diorang ni main. Tambah-tambah skill brader Keith Moon punya hentakan drum. Memikat wa cakap lu. Memang tahap orang lama punya gaya. Vokalis punya pitching pun sempoi. Suara agak blues tak blues la jugak. Tapi serius sedap suara brader Roger Daltrey ni. Gitaris dia sapa lagi kalau bukan brader Pete yang gua admire dari tadi kan? Bass line dia gua kasi calit sama brader John Endwistle sebab sound bass dia ke depan sikit dari gitar. Kira menonjol sikit la.

Harga CD ni tak silap gua rm 29.90 kat Speedy. Tapi sekarang ni tengah sale, diorang pakat-pakat jual 2 CD RM 50. Boleh campur. Original dah tentu la tu. Gua tak pandai sedut mp3. Nasib la kan?

Wednesday, September 1, 2010

ROCK AT LARGE: Free WEEZER CD!

Sapa-sapa yang minat ngan band Weezer, sila la menyinggah ke blog Abang Ben (krenmaut / rock at large). Dia ni dulu gitaris band Langsuyr, bukan langsuir hantu terbang sana sini.

Bukan apa, dia tengah rajin kasi CD free sama lu orang. Gua pun try sama contest tu. Lu tengok gua punya baik hati ajak lu orang join sesama, lagi lu mau lepak sini. dah, pi klik gambar kat sebelah tu. Gua tunggu lu orang kat sana.

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka saja-saja.

Merdeka!!
pung pang sana sini..
Agak-agak lu merdeka?
Apa benda merdeka bagi lu?


Dulu kena jajah,
Sekarang lu agak-agak?


Sama ada lu sambut atau tidak,
Satu je gua nak lu tau..

GUA CAYA SAMA LU!!


*************

Cerita lain.


Gua tanya satu brader cleaner stok rupa iras-iras gua versi dhaka..

apa lu tau pasal Malaysia
punya national day?

Dia kasi jawab,..


~Suthi kay ell pigi jalan-jalan. Seronok!~


Sekian..terimaaa kaseee!

Sunday, August 29, 2010

Bencana toksik petang-petang ni.

Gua suka band ni.

Muzik agak-agak thrash metal campur punk D-beat yang bikin gua terangsang petang-petang ni. Lu tengok gitaris punya tangan sampai berapi kasi riffing itu gitar chord.






Gua tak tau nak tulis apa sebenarnya petang-petang cam gini. Lu kasi klik, pastu lu layan brader-brader kat atas tu. Nasib la kalau brader-brader kat atas tu bukan taste lu. Tengok diam-diam sudaa.. kah! kah! kah!

Thursday, August 26, 2010

Persoalan yang serius dari hati.




Cerita santai-santai.


Malam semalam, masa gua lepak-lepak dekat rumah sambil layan anak gua main sembur air liur (stended budak 6 bulan punya main), gua di kejutkan oleh bunyi siren kereta polis abang gerak khas tengah ligat kejar satu kereta dekat luar rumah gua.

Dia punya laju gua bajet memang tengah kejar sesuatu. Kiranya bunyi siren kereta polis yang selalu gua dengar kalau layan movie, kini gua berpeluang dengar secara live dekat rumah gua. Nasib takde bunyi pistol. Kalau tak gua saspek abang polis tengah kejar budak takde lesen la kot.

Gua bukan teruja apa sangat, cuma gua terpikir yang sekarang ni gua duduk dekat New York ke Miami? Tetiba gua rasa seram.

Agak-agak indeks jenayah dekat Malaysia ni, makin naik ke menurun haa?

********

Cerita lain.


Walaupun gua ni peminat muzik berat, yakni muzik puja setan kalau mengikut apa yang harian metro atau mastika punya takrifan, gua tak pernah kecik hati. Gua rasa akidah gua masih stabil. So, gua tak kisah sangat la pasal tu..

Tapi bila ada kes buang bayi, sembelih anak, kes-kes ragut, bunuh diri, merompak apa semua,

Gua cuba tanya diri gua sendiri..

Agak-agak siapa sebenarnya yang puja setan tu haa?

Saturday, August 14, 2010

Salt & Monga (2010 film).

SALT.





Angelina Jolie dalam filem ni gua sangkut betul. Apsal dia nampak cun dalam filem ni? part tu yang gua musykil. Action dalam cerita ni gua tak heran sangat. tapi dia punya motif cerita gila gua nampak!


Rupa-rupanya selama ni bukan Amerika punya kerajaan yang suka huha-huha merata-rata. Tapi semua ni Rusia yang kasi komplot. Amerika tak bersalah dalam isu perang. Itu apa yang gua nampak dalam cerita ni la. Amerika semua baik-baik. Stended betul!


Tapi biasa la kalau Hollywood bikin filem, lu jangan sangkut sangat. Tapi, Angelina Jolie memang sangat makwe dalam filem ni. Gua bajet kat Amerika, Jamu Mak Dara dah selamat sampai. Jangan-jangan dR Rozmey punya JM 5 pun ada kalau betul-betul cari kan?



MONGA 2010.





Taiwan punya filem gengster stok-stok Young and Dangerous. Jalan cerita simple. Pasal group-group samseng kat satu pekan(Monga). Action kira jadi. Berdasarkan tahun 1980 an. Gua suka outfit pelakon dalam cerita ni. kool habis! Bab-bab gaduh memang stylo la.





Ada masa filem ni lawak, ada masa dia datang cerita sedih. tapi kalau lu orang suka filem City of God, gua paksa lu layan filem ni. Memang jalan cerita tak sama, tapi flow dia lebih kurang. Sedap!


********

Gua puasa belum gagal lagi.

lu pulak amacam?

Tuesday, August 10, 2010

Apparatus - "Hardcore Religion" CD.





Apa? empat ratus? rempah ratus? lapan ratus? jawapan,.. ini Apparatus!!! salah satu band tempatan yang berpusat di Kuala Lumpur. kalau dalam scene hardcore punk, diorang ni kira macam Motley Crue la dia punya top.

Takde.

jangan percaya.

Bab-bab top tu, gua tipu lebih kurang je tadi.


Kita cerita bab CD. Ada 12 trek jenis pendek-pendek campur padat-padat dia punya panjang lagu. Sebenarnya ni stok lagu ulang cetak dari versi putu piring hitam (LP) yang dah sold out di serata pelusuk dunia ke dalam bentuk CD. Yang ni betul. Gua tak tipu. Hidung gua tak kembang-kempis pun. itu tandanya gua jujur.


Kalau dari segi muzik yang diorang bawak, gua boleh cakap yang diorang main stok raw punk D-Beat belah-belah sweeden. Memang kalau nak cari muzik jenis hardcore berat, yang ni gua rekomen.


Dia punya sound untuk album ni jenis tak berapa kering dari Osman Kering. Kalau sekali dengar, lu boleh rasa dia punya bunyi agak-agak klasik jenis punk rock dulu-dulu. Tapi dia punya energi untuk setiap lagu memang tip-top! takde meleweh langsung.


Lupa gua nak sebut.. Line up band ni jenis 3-piece. Takde ramai sangat macam Slipknot. Semak stage kalau perform.


Rilek-rilek suda.


ahli jawatan kuasa band ni ialah:

Armsvett - gitar sama nyanyi-nyanyi.
Patto - Bass sama penyanyi latar.
Mob Yus - Drum sama gelek gerudi.


Dalam CD ni, diorang ada bawak 1 lagu cover dari band Disarm (Sweeden). Nak lagi stim, brader Honsa yang menyanyi untuk Disarm, menyanyi pulak untuk Apparatus dalam CD ni! itu lu boleh cari dalam trek yang tajuknya 'Locked up'.


Satu lagi yang menarik dalam CD ni, solo gitar dalam trek lagu 'Dead Ratts' di mainkan khas oleh saudara Ozz dari Naked Butterfly / R.O.B yang baru-baru ni dah kembali kepada penciptanya di sebabkan penyakit paru-paru berair. Solo gitar yang simple,raw tapi keras! gua suggest lu orang dengar lagu ni.


Semua line up menjalankan tanggungjawab dengan baik gua rasa. Dari segi permainan, gitaris memang stended main chord sama riffing ringkas. Dia punya sound gitar boleh tahan. Kerak-kerak gua dengar bunyi dia. Bassist sama drummer pun jenis buat kerja sama-sama. Takde main-main. Konsisten. Itu yang gua dapat dari melayan CD Apparatus ni.


Apa kata lu pulak cuba. Gua dapat CD ni dengan membeli dari band member sendiri. Produk DIY yang patut-patut layan. Lagipun, diorang sendiri yang rilis under label masing-masing.


Boleh dapat dari sini :


Total Mangel Records,
P.O Box 12482,
50780,Kuala Lumpur,
Malaysia.
totalmangel@gmail.com
totalmangelrecords.blogspot.com


Dan dari sini juga :


Disarmament Records.
P.O.Box 7126,
40704 Shah Alam,
Selangor,Malaysia.
disarmament@gmail.com
www.disarmament.tk


Tak mahal.. RM 15 + Pro Printed lagi.

********

Aiseh, gua lupa taruh link maispes diorang plak.
Lu orang try riki sini : www.myspace.com/apparatusasfukk


Try la sayang!

Tuesday, August 3, 2010

War all the time - Discography CD.





Band ni datang dari Leeds, United Kingdom. Gua tak pernah jejak kaki ke sana. Paling jauh gua sampai pun Kashmir. Itu pun dalam mimpi. Jadi, gua tak tau macamana rupa UK yang sebenar. Kalau tengok movie, gua tau situ banyak makwe tinggi kaki putih-putih.


Jenis muzik stok D-beat crust core laju tak ingat. Gua dengar diorang main ada sikit bunyi cam Container Crusties From Hell sama Beyond Description . Tapi yang tu ada bunyi metal sikit. Cd ni kalau tak salah versi asian tour punya cetak. Boleh kata album Discography. Kebanyakan lagu adalah dari split bersama dengan band-band seperti The Horror dan Whole In The Head. Dalam cd ni ada 17 trek untuk lu kaji. 3 trek dari kesemua lagu dalam album ni jenis unreleased. kira-kira ada la sikit lagu rare.


Kalau dah jenis main D-beat, apa lagi yang lu orang nak bayangkan? memang syok la wallawei! Musik jenis laju takde singgah-singgah mana dah. Mamat-mamat crusties mesti stim konek kalau dengar. Gitar bunyi kasar jenis scrumming atas bawah gua rasa. Drum sama bass macam biasa takde lari mana dah.


Gua dengar setiap trek dia punya drummer main padu. Jenis main drum berpeluh kangkang memang stended kalau lu dah main crust core camni. Sound keseluruhan memang puas hati. Semua alat musik lu boleh dengar jelas. Nak lagi best, Lu pasang kuat-kuat serupa lu tengok wayang punya fader sound.


Tapi macam biasa kalau jenis musik macam ni, lu jangan harap nak layan lebih dari 3-4 minit setiap trek. Semua jenis pendek-pendek je. Tapi sebab jenis rancak, lu memang tak kisah dah.


Kalau lu nak tau lebih lanjut pasal band ni, cuba check maispes diorang ni :
www.myspace.com/warallthetimeuk


Ni pulak alamat label distro tempatan yang kasi rilis Album ni. Lu kalau teringin nak beli, kontek je diorang tanya sendiri. Murah je. Tak silap gua, gua beli RM 10 sahaja.


Black Conflict Records : www.geocities.com/blacxkonflik

Cactus Distro : cactusdistro.cjb.net

Basement records : basement.recordstore@gmail.com

Pure Minds Records : pureminds.records@gmail.com

Monday, August 2, 2010

Moderat Likvidation - Swedish punk lu jangan main-main!




"Never mind the bootlegs..Here's the real deal"..tertera di cover cd band nih. Ini band yang memang di kenali bagi mamat-mamat punk jenis hitam putih. Bukan jenis punk stok-stok bunkface baju kaler-kaler. Tapi gua tak pasti la kalau-kalau Bunkface ada ambil pengaruh dari diorang. Gua dengar lagu revolusi cam takde plak bunyi-bunyi swedish hardcore.


Ok, diorang dah wujud sekitar tahun 1980 an. Band yang dah lama dalam scene hardcore punk belah-belah Sweeden. Masih ngepunk hingga kini. Lu sendiri kira brapa lama diorang dah ada.


Cd ni jenis compilasi trek-trek terbaik diorang. Ada 20 lagu cukup-cukup dalam cd ni. Semua lagu di rekod dalam tahun 1983. Memang rare. tapi lu jangan ingat sound dalam cd ni sebu jenis bunyi angin. Sebab semua lagu dah di re mastered semula dekat Cutting Room, Stockholm dalam tahun 2006 kalau mengikut apa yang gua ceduk kat kulit cover cd ni. Jadinya kualiti sound dah serupa durian D24 yang bersepah kat tepi-tepi jalan area Kampung Gajah. Lazat memikat wa cakap lu.


Konsep diorang Hc punk D-beat lebih kurang gua rasa. Stok melodik-melodik memang tak lari. Rasanya ramai punk dalam dunia ni yang memang dah hafal habis lagu yang tajuknya 'nitad'. Siap ada 2 trek 'Nitad' dalam cd nie. Memang cun. Kalau lu belek lirik.. semua dalam bahasa Sweeden. 1 trek je yang ada cakap english. Tu dalam lagu 'Hiroshima' yang cerita pasal perang.


Tapi bab muzik memang cun. Dia punya catchy tak payah cakap. Memang sedap. Ada lagu stok gitar solo jenis mabuk-mabuk punya petik. Memang sempoi. Nampak memang ada style beb. Siap ada 1 lagu nama "Atombomb" jenis intro akustik yang stok band-band metal punya selera, Tapi sekali masuk riffing terus berubah ke D-beat punya side. Cara betul!




Dia punya gitar jenis sound tak tajam sangat. Tapi gua paling suka drum dia punya bunyi. Memang klasik. Jenis bunyi sepak kotak dia punya macam. Tak sepadat sound drum band metal. Sesuai gila. Tapi tu jenis gua punya taste la. Orang lain gua tak tau.


Cuba try kontek diorang dekat sini www.myspace.com/moderatlikvidation

tak pun cari kat record label diorang di sini www.havocrex.com

Yang ni pulak diorang punya website. Try la tegur-tegur diorang kat sini www.moderatlikvidation.com

Sunday, August 1, 2010

Pandangan gua terhadap band dan cover song nya.

Bila gua melayan satu-satu konsert atau gig, gua mesti perasan ada 1-2 band yang akan tarik sepam dua cover song setiap kali diorang perform. Dan setiap jenis cover song yang akan di bantai, selalunya akan dialun mengikut selera line up band atau di bawa seiring dengan konsep sesebuah band tu sendiri.


Misal kata kalau lu main metal, dah tentu lu akan tarik 1-2 lagu band yang menjadi pengaruh lu yang seolah-olah pemberi inspirasi terhadap perjalanan band lu ataupun untuk kepuasan lu sendiri,..serta merangkumi crowd lu. Memang agak bedebah kalau lu jenis main metal tapi cover song lu masa perform, lu bawak lagu Hail Amir.


Begitu juga dengan pemuzik-pemuzik rock, punk, thrash, indie, skin serta grunge, seboleh-bolehnya lu akan hadiahkan crowd lu dengan cover song dari band yang menjadi rujukan lu orang kan? crowd gembira,lu pun puas hati beb!


Kadang-kadang jugak, crowd sendiri akan teruja bila sesebuah band yang diminati, membawa cover dari band yang diorang pon minat. Ini akan membuatkan perasaan untuk melayan band lu menjadi berbunga-bunga. Lu lagi la eksaited kan? tambah-tambah kalau yang teruja jenis makwe dahi licin macam bontot lu (itupun kalau bontot lu jenis licin takde bisul..keh keh!)


Tapi,ada sesetengah band yang belom ada material sendiri, dapat peluang main gig, jenis bawak cover song dari mula sampai abis. Yang ni gua sendiri pelik. Lu takde barang mau konsi sama crowd, tapi lu pinjam barang band lain buat penyeri show lu.


Masalahnya camana lu boleh main gig macha? Jenis ni gua ada kesimpulan sendiri. Diorang ni stok band jenis ber'kroni' dengan organizer. tu je. Tapi sekarang ni gua rasa dah takde kot jenis-jenis camtu. Semua dah pandai bikin lagu sendiri. Sumber merata-rata. Takkan tak bole buat lagu sendiri lagi kan?


Ok,selalunya band tempatan akan semestinya membawakan cover song dari band-band luar. tak kira apa jenis genre sekali pun, kebanyakan memang akan bawak cover song dari band mat saleh. Tapi, lu orang sedar ke yang sebenarnya band-band mat saleh ni sendiri pernah atau tidak membawakan lagu dari band tempatan kita sebagai lagu cover dalam show diorang?


Aku sebenarnya tak percaya langsung yang wujud band-band luar yang berani bawak cover song dari band kita ni sehinggalah aku terjumpa video konsert yang menunjukkan band-band otai luar juga pernah membawa cover dari lagu band tempatan kita. So, kita patut rasa bangga sebab mat saleh sendiri minat ngan band kita. Tapi diorang tak tunjuk je. Nak cover line la tu.


Di sini aku sertakan video yang menjadi bukti bahwa band kita juga punya lagu yang sedap sampai band luar berani bawak masa konsert diorang berlangsung. Siap crowd banging kaw-kaw lagi walaupun aku tau diorang tak paham sepatah haram pun. Nah! saksikan di bawah ni..





Lu tengok Metallica siap cover lagu XPDC tu!! gila tersangat la rare!! kui kui! tapi di bawah ni lagi best. cuba lu tengok..





Awie sendiri rasanya tak pernah sangka Dave Mustaine punya suara cam dia,.. kah kah kah!





Lu tengok? macamana la gua boleh tatau diorang pernah cover lagu ni.. Mus May pun tak pernah cerita..tak nak riak kot? hehe~ Tapi band yang di bawah ni lagi la terbaik! lu jangan macam-macam!! Iron maiden pun pernah layan Rusty Blade.. sekarang,gua dah konfuse, sapa pengaruh sapa nie?






Nah! sekarang lu percaya kan kata-kata gua?

Tuesday, July 27, 2010

Cuci the musical 2 - memang kasi cuci habis!





Semalam, aku ngan sorang sahabat dapat peluang pegi melayan teater yang tak berapa teater kat salah satu istana dalam negara yang takde sultan. Istana Budaya namanya. Dah nama pun istana, lu jangan memandai datang nak bikin kucar-kacir. Datang sini lu kena jadi seorang yang kool, baru lu rasa diri lu bangsawan brader..


Tujuan kami datang hanya ada 1 je sebab musabab. Nak melayan Cuci the Musical. Ni dah masuk kali ke-2 diorang bikin atas permintaan ramai. Tak silap aku tahun lepas dah ada. Jadi tahun ni diorang repeat balik. Kalau dah sampai 2 kali diorang masuk istana budaya, tu kira ada 'sesuatu' tentang musical ni.


Ok, kalau lu dah layan filem cuci kat tibi atau panggung, cerita dia lu semua dah tau. Pasal 4 beradik yang bukak kompeni cuci banggunan dan teringin sangat nak cuci klcc. Ahh, tak payah aku nak cerita pasal filem tu. lu dah tengok..lagi aku nak kasi tau. buang taik betul!


Kita cerita pasal teater ni. Aku ngan sahabat aku sampai tepat-tepat pukul 8.30 malam. kalau ikut masa tayangan dekat tiket, memang on time. Bangga betul aku bila berjaya menepati masa dengan cemerlang. Ingat senang ka? kalau dah nama tu melayu, memang biasa la nak lambat-lambat. Tapi,disebabkan kami nak lepak istana, kena la datang awal. Kata bangsawan kan?


Satu lagi, lu nak masuk istana jangan nak dressing macam Lady Gaga jenis tak ada iman tuh. Nak masuk istana kena smart. Topi sama selipar jangan ngada-ngada nak sarung. Baju cam biasa kena taruh kolar. Tapi kalau lu nak lagi true, lu dressing baju melayu sama kain selimpang sambil selit keris. Agak iras-iras Nordin Ahmad filem jebat. Itu kira 50-50 la. Antara lu lepas masuk atau lu kena tendang balik.


Kita cerita bab persembahan lebih kurang. Teater Cuci ni berelemen musical. Style berlakon sambil selit-selit nyanyi. Jenis menari plak kaedah beramai-ramai ikut step. Jenis lagu pun ada macam-macam. Ada hip hop, jazz sikit-sikit, pop RnB pun terselit gak. Cuma metal je yang aku tak perasan. Mungkin diorang lupa nak selit. Takpa, tu mungkin ada kemudian.


Bab lakonan plak, aku boleh kata yang show ni memang totally komedi jenis ala-ala spontan. Ada yang macam pakai skrip, ada plak yang aku tengok macam jenis keluar idea time-time tu jugak. Selamba jenis takde tunggu-tunggu. Kalau dekat depan lu tu dah ada hero-hero macam Afdlin Shauki (Fairil), Awie (Jojo), Hans Isaac (Khai), Nabil ( C'tan) sama Harith Iskandar (Wira), apa lu orang saspect? memang terbarai aku gelak tak toleh kiri kanan dah.


Tapi, kalau lu rasa lawak diorang sama macam dalam filem, lu silap. Lawak stok jenis sindir-sindir isu masa kini memang tak lari. Isu pasal nabil kena saman 2 juta hinggit tu pun ada selit. Jenis lawak dabel meaning pun diorang tibai. Pisang Jojo punya hal.


Heroin ada 2 orang je dalam show ni. Vanida Imran sama Jaclyn Victor. Diorang memang kena. Bab belakon sama menyanyi, senang-senang diorang tapau. Ada 1 babak jaclyn Victor dah aku tengok sama macam tina turner dia punya dress up. dalam musical ni,dia ganti Umie Aida dalam filem yang tangkap cinta sama si Jojo. Vanida plak ganti si Erra Fazira dalam show ni.


Part lawak memang merata-rata. Tapi taste aku lebih pada Awie. Dia memang rockers yang reti melawak! Siap ada part menyanyi solo lagi masa atas pentas. Jenis nyanyi lagu sedih-sedih tapi dia bikin jadi lawak senang-senang. Habis barai satu Istana gelakkan dia. Punch line ayat masa dia sebut "saya ni nampak lembut,tapi lurus".. kasi bikin dinding Istana bergegar dengan dekahan penonton yang memang gelak secara ikhlas takde simpan-simpan!


Nabil yang ganti si A.C tokei gelang tu pun buat aku gelak malam tu. Dia ni memang bab-bab selamba kira dah cukup rencah dah. Sempat jugak dia turun bawah stage main kacau-kacau sama penonton. Aku perasan 1 makcik sampai lap-lap mata bawah spek dia sebab tak tahan kena penangan Nabil.


Bab penari-penari latar yang ramai-ramai bikin penuh stage pun kira cantek dah. Walaupun aku nampak ada sorang dua jenis makan semut sebab lupa step, tapi keseluruhan memang aku layan tengok awek sama brader-brader berdansa depan aku. Yang bestnya,penari latar pun boleh bikin punch line ayat sampai bikin penonton terbarai dengan gelak. Apa lagi lu nak kan? Siap boleh main tarik-tarik pitching suara sama Harith Iskandar. Yang tu memang aku gelak tarak cover dah.


Dia punya props pun jenis bikin tarik tolak atas pentas nampak best. Ada scene sama macam dalam filem. Part diorang panjat banggunan masa bertanding cuci tingkap pun ada. Siap main naik gondola sampai keatas pun ada. Memang layan la ngan prop-prop nie. Rasanya banyak jugak modal kalau aku nak syer sama Hans Isaac masa next show kalau tengok dia punya prop jenis canggih-canggih ni. Kira kensel je la kalau gitu.


Show jenis 3 jam lebih yang bikin semua merana dengan gelak takde tutup-tutup mulut dah. Kiranya memang sebab tu lah diorang repeat buat kali ke-2 show Cuci ni. Kalau dari apa yang aku sendiri alami masa tengok show ni, tak mustahil diorang kasi bikin buat kali ke-3 kot. Memang berbaloi dengan gelak takde cover dari penonton. Siap dapat standing ovation lagi! memang berbaloi-baloi la brader!


Oh, lupa nak cakap. Aku masuk tengok secara free sebab Astro kasi 2 tiket percuma tak payah bayar untuk pelanggan yang hensem macam aku ni. Tu pasal dapat tengok sehari awal dari tarikh show. Khas untuk pelanggan katanya.


Makaseh bebanyak la uncle Astro ye?


*******

Macam kena pegi masuk mengadap istana buat kali ke-2 je nampaknya?
jenis tak reti nak puas-puas.
tapi benda sedap memang kena pekena banyak-banyak kali la kan?

Saturday, July 24, 2010

Orang kita dan kesopan santunan peringkat tertinggi.





Salam 1 Malaysia [tolong jawab!].


Semalam gua berjaya buat 1 kesimpulan yang rasanya Professor di Universiti mat saleh pun tak mampu nak laburkan wang untuk kajian terperinci tentang rahsia besar orang kita yang baru gua sedar. Nak harapkan Profesor yang ada di Malaysia, diorang melampau sibuk sampai filem pun diorang nak sapu bikin kaji jugak. Lu tengok filem Anak Mami, Skrip 7707, Sifu n Tongga..jangan kata bukan Profesor yang bikin pulak! Tu pasal gua cakap yang diorang ni memang takde masa la nak kaji bukti-bukti keajaiban orang kita. Kan?.


Kajian yang gua lakukan tidak mengambil masa yang lama. Hanya dengan melepak di depan tibi, atau tarik sepam dua teh dekat mamak bistro, gua dah berjaya mengkaji aspek sosiologi,budaya,serta salasilah kemanusiaan sambil menyedut asap nusantara hijau pek 12 yang baru-baru ni naik 20 sen dari harga biasa. Ahh,..tu kira hadiah untuk PM gua yang baru sambut besday semalam. Jangan cakap gua tak membantu ekonomi negara plak!


Gua mengambil kira pelbagai faktor untuk menjadikan kajian gua ni amat berguna untuk tempoh masa yang lama. Harap-harap tahun ni gua dapat tokoh maal hijrah atas daya usaha kajian gua yang amat teliti nih. Gua serius!


Manusia dari kalangan sesetengah orang kita sebenarnya sudah di ajar untuk hidup berdikari semenjak dilahirkan. Tak percaya? apahal plak lu orang tak nak percaya plak? penat gua kaji weh! OOoo,..lu orang nak bukti ka? ada.. Takkan gua nak buat sesuatu kajian berdasarkan mimpi macam Leonardo Decaprio dok labun gua masa gua ushar Inception itu hari kan?

Bukti dia merata-rata la. Cuba lu bukak surat khabar. tak pun tibi kat umah lu orang. Agak-agak pernah tak lu orang dengar berita yang bunyi dia cam gini,.. 'Bayi di jumpai di dalam semak/ tong sampah/ tong taik' atau.. 'Bayi di tinggalkan di tangga masjid bukan tangga kelab malam'. Pernah kan?


Tu pasal gua cakap yang sebenarnya orang-orang kita ni dah mengamalkan teknik hidup berdikari semenjak lahir. Diorang bukan buang.. tapi tinggalkan untuk biar bayi tu survive sendiri-sendiri. Kadang-kadang kalau agak tak lepas, itu yang jadi mangsa anjing buat lauk kunyah-kunyah. Yang lepas hidup, dapatlah peluang muncul dalam Buletin Utama tak pun Harian Metro. Haa..lu orang dah perasan kan?


****************


Cilake punya berita!
gua jadi emo pasal hal-hal buang anak nih!
ape.. lu beranak takde rasa sakit ke cakcibor?
senang betul lu buang..
FAKK OF EN DAI la!
Lu memang suke gua mencarut bahasa inggeris pagi-pagi ni kan?

Sunday, July 11, 2010

Sembang hujung minggu..

-PREDATOR 2010-




Cerita ni boleh layan. Action kira biasa stended Hollywood. Kalau nak banding dengan Gerak Khas the movie, baik lu jangan buang masa. Gila apa?

Tapi satu je yang gua rasa tak kena. Apsal tetiba si Predator tu mengada-ngada nak lawan-lawan pedang ngan mamat Yakuza tu? dah tu lawan mampus plak tu? Kan ke ko ada laser? terus tembak je la..

ngada-ngada betul.





-DESPICABLE ME 2010-




Yang ni gua layan. Pasal perompak yang gila tahyul! Aje gila nak rompak bulan. Tapi jalan cerita sedap. Ada sangkut tentang famili.

Gua paling tak tahan musuh si Gru. Gila perasan stylo. Tapi part dia muncul yang paling lawak! Gua suka cerita ni.





-ZOO 2010-




Mazlan pet-pet hero cerita ni. Kalau lu orang suka dengar dia cakap jerit-jerit, boleh layan filem ni. Cerita pasal isu seludup haiwan.

Tapi bukan haiwan dalam hutan belantara, nak lagi Godfather, cilok binatang dalam Zoo bai!. Ops!.. kalau lu orang nak tengok Lisa Surihani cuci kandang, sila layan cerita ni.


Dah..tu je yang sempat.

babai!!

Wednesday, July 7, 2010

Blogger Prob?

Semalam gua pelik apsal gua comment kat blog gua macam cilake asyik error. 4 kali try send comment,ade kuar,tapi tak boleh detect. Gua ingat gua sorang je kena, rupanya ramai lagi mengalami nasib yang sama..So, bukan salah ibu mengandung, tapi salah bapak tak boleh beranak..hahahaha!!

Takpe, kita cuba lagi hari ni..

Tuesday, July 6, 2010

Predicated Not Defined - "fear, forgotten and regret" CD 2010




Band yang boleh dikatakan lama jugak dalam scene metal. Aku sendiri pernah melihat persembahan diorang di Penang beberapa tahun dulu. Tak silap aku di 'Actor Studio' area sebelah pulau nun. Masa tu tempat ni memang selalu bikin gig. Kira meriah jugak lah. Sekarang ni aku dah lama tak jejak Penang. Tempat ni entah ada lagi ke idak.

Masa mula-mula aku tengok diorang perform, aku agak statik. Aku tak tau camna nak layan lagu diorang. Masa tu pun crowd banyak duduk melayan telinga dari bangun melayan kepala. Sebab diorang main metal yang agak mendayu-dayu. Tak silap aku diorang ada bawak 1 lagu cover dari Rotting Christ kot? Aku pun ingat-ingat lupa dah time tu.

Walaupun dah agak lama aku tak tengok diorang perform di pentas gig (sebab dah jarang pegi gigs..huhu sen tarak!) Tapi still aku tau diorang ni masih wujud lagi dalam scene,sebab diorang aktif main gig di merata-rata tempat. Cuma tau-tau camtu jela.

Sedar-sedar diorang dah keluarkan CD tahun 2006 dan aku tak tau..huhu. Apa bole buat, bukan semua band aku follow, Dah tu, sekarang ni banyak pulak band-band lama dan baru yang muncul. Jadi, aku cuma grab mana-mana band yang sempat je laa..(hehe!)

Sampai lah semalam..aku berjaya dapatkan album terbaru diorang di Nebiula Shop. Alang-alang beli,sebab aku dah lama tak beli CD sejak akhir-akhir ni. Jadi, peluang yang ada aku tak sia-sia kan. Tak kan nak cari mp3 jer. kalau band luar maybe aku layan mp3 je..tapi kalau local band dah tentu aku akan cari dan beli,sebab selalunya stuff-stuff metal begini bole dikatakan rare!..jadi aku suka benda-benda yang rare,..hahaha!

Sebelum tu kita ushar line up band PnD nie dulu. Mereka terdiri dari:

Azwi - backing vocalist, guitarist
Adi - bassist
Hilda - vocalist
Zack - lead guitarist
Own & Roo - drummer

Ya,ada penambahan seorang vocalis wanita dalam band ni. Nice!

Ok, tentang album ni. Album yang boleh dikatakan album metal yang banyak warna,bertenaga serta energetik dari segi muzikal. Banyak jugak elemen-elemen muzikal yang bukan tertumpu terhadap metal semata-mata. Ada terselit pengaruh jazz , fusion, dan jugak rock..hehe! Ciri muzik kemelayuan juga ada terselit pada 1 - 2 lagu. Tak lah mendayu-dayu sangat..hahaha!

Satu yang aku tabik dalam album ni adalah diorang tak tertumpu pada 1 atau 2 jenis muzik yang focus untuk setiap lagu. Banyak variasi riff-riff gitar yang boleh kita dengar dalam 1 lagu. Bukan semua orang boleh main muzik-macam ni. Bayang kan kalau diorang beraksi di pentas? memang kekuatan album ni adalah pada gitar work yang terhasil oleh permainan saudara Zack dan Azwi.

Dari segi lirikal, ada yang agak politikal seperti lagu 'Journalism' dan 'Revolution'. Tak lupa juga peringatan dan nasihat sesama kita yang berunsur ketuhanan seperti lagu 'Peringatan', 'Neutralizer' dan juga 'Pancaroba'. Kepada bangsa-bangsa melayu yang semakin bercelaru dan seringkali bertelagah sesama sendiri, ada peringatan yang ingin di suarakan dalam trek 'Melayu'.

Cuba cari album ni yang cuma berharga RM25 sahaja di pasaran. Metal yang lain dari biasa. Kualiti yang baik dari segi packaging dan susun atur layout. Mereka boleh dihubungi di myspace.com/predicatenotdefined
atau beli terus CD ni dekat Nebiula Shop,Campbell Complex,kl.

Untuk ulasan yang lebih menarik,
cuba dengar apa yang Bentara Langsuyr kata tentang mereka.


Ini sekadar pendapat dari aku. Dan aku memang tak pandai bagi pendapat.

Maaf.

MuahahahA!

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.