Showing posts with label metal. Show all posts
Showing posts with label metal. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

Album yang gua dengar baru - baru ni.

Sori sebab lama tak lepak sini. Gua mengaku gua malas. Lagipun gua memang takde benda sangat nak cerita. Hidup gua biasa-biasa je macam orang lain. Okeh, kali ni gua cerita sikit pasal CD yang gua beli baru-baru ni. Ulasan gua macam biasa la, tak tentu arah sikit. kah kah kah!


ZUDAS KRUST 'A loyal slave to the apocalyptic order'



Zudas Krust. Band yang datang dari Jakarta. Konsep album ni lebih ke arah elemen Punk D-Beat. Ada lebih kurang 12 lagu dalam CD ni. Tolak cover song, ada 6 lagu je yang betul-betul diorang buat sendiri.

Cover song pulak dari band macam Apparatus, Rajoitus, Krass Kepala etc..Band D-Beat, main cover pun mesti D-Beat la kan?

Tapi kan best kalau band-band macam ni try bawak cover song band-band metal macam Deicide ka, Slayer ka, Sodom ka, mesti raw dan berkerak! haha!

Dari segi lirik macam biasa, bercerita tentang isu-isu berat yang selalunya di pandang ringan oleh pihak atasan. Atasan yang macamana, pandai-pandai la pikir.

Ada juga lagu dalam bahasa ibunda. Bila gua baca lirik yang dalam bahasa indonesia, Gua rasa bahasa indonesia ni lembut bunyi sebutan walaupun lirik dia agak berat. Ntah! tapi itu yang gua rasa la. Gua bagi satu contoh la :


PERANG AGAMA
Arogansi tingkat tinggi
Membunuh dan Intimidasi
Membuat surga mereka
Tak peduli korban nyawa
Perang agama!
Ataas nama tuhan tertulis
Jalan penuh darah
Kepala pisah dari badan


Betulkan gua cakap? hahaha! Ok, CD ni gua beli RM15 dari rice cooker. Boleh la kalau sesape yang nak cuba rasa apa itu D-Beat. Ni link untuk kenal lebih lanjut dengan diorang : http://www.myspace.com/zudasfukkenkrust



CASSANDRA 'Set eyes on paradise'



Ni band local. Boleh kata lama jugak diorang ni dah ujud dalam scene Metal Hardcore tempatan. Ni kira album penuh kedua selepas album Pay us suicide,torn and forgotten tahun 2004 dulu.

Kiranya ni album yang ada peningkatan dan matang dari yang sebelum ni. dari segi musik, memang banyak riffing berat dan melodi yang sedikit sebanyak ada unsur-unsur kelam, suram, sedih, marah dan segala macam perasaan yang terkubu di hati.

Part breakdown memang merata-rata dalam album ni. Boleh di katakan semua lagu wajib ada part ni. hehe! ada satu lagu yang intro agak fengtau sikit. Tapi bukan dari keseluruhan lagu macam stail band Attack-Attack tu. Stail musik lebih ke arah pengaruh dari band Killswitch engage campur All Shall Perish.

Tapi satu je kurang pasal CD ni. Dia punya sleeve artwork tak cun sangat. Simple bebenor bak kata orang Perak. Boleh di beli di kedai Auntie dekat area Campbell dengan harga RM20. Kontek diorang di sini. http://www.myspace.com/cassandra






TITIK KOMA 'Recode the Revelation'




Ini juga band metal dari seberang. Ujud sekitar 2005 lagi. Stail musik lebih ke arah death metal campur sikit-sikit hardcore. Packaging CD yang agak kemas dan menarik.

Ada 9 lagu dalam album ni. Musik agak raw dan energetik. Cuma bunyi dram sikit kedepan. Album ni dah lama sebenarnya. Gua je yang baru beli. hehehe! kalau teringin nak dengar, boleh lawat diorang di http://www.myspace.com/titikkomametal

Gua beli CD ni pun dengan harga RM15 dekat kedai rice cooker. Kedai ni dulu area Annexe CM. Cuma sekarang dah tukar ke area Jalan Tun Tan Siew Sin. Sebelah Puduraya dengan Mydin. Layanan bagus kedai ni. Cuma kedai dia tersorok sikit. Nak tau lebih lanjut try riki sini.http://ricecooker.kerbau.com/

Okeh. Ada masa gua singgah sini semula ok?

Tuesday, October 26, 2010

Black Territory - 'This is black territory' CD.




Sedap jugak album Black Territory ni. Dah lama sebenarnya album ni wujud, tapi macam biasa la, gua last-last kopek baru beli. Kalau selalu turun gig, senang la beli. Jenis gua yang boleh kira berapa kali masuk gig ni, memang kena order je la dari band atau mana-mana distro.

Gua sebenarnya start minat band ni lepas lepak maispes diorang. dengar promo dalam website diorang, gua rasa sedap lagu-lagu diorang ni. Tapi itula, benda-benda underground ni bukan senang-senang nak dapat di pasaran. Lain la kalau lu cari Lady Gaga punya stuff, memang bersepah-sepah ada.

Tapi, benda ni ikut minat. Kalau lu tak minat, bersepah macam mana pun, takdenye lu pandang. kan?

Harga CD ni RM20. Stended la bagi band Malaysia. Pro-Printed tau. Bukan jenis main-main punya barang. Ada 2 keping gambar line up band. Lirik semua ada. Tak payah risau pasal benda-benda setan. Memang tak jumpa. Hardcore mana sembang pasal setan.

Dalam album ni ada 10 lagu termasuk dengan intro sama 1 akustik. Sound dalam album ni bagi gua mantap. Takde main-main. Ini macam la bagus. Gua yang dengar pun tumpang bangga sebab diorang ni sungguh-sungguh bikin album. Bunyi semua alat muzik seimbang. Dah macam band metal omputeh dah gayanya.

Konsep diorang dari apa yang gua dengar adalah Metalcore. Bukan Makyong crossover atau Zapincore. Jangan harap jumpa benda-benda tu dalam album ni.

Dari segi lirik, kebanyakan tentang ketidak puasan hati dalam banyak isu yang kalau di pendam, maka meranalah badan. Bila dah diluahkan dalam bentuk musik, maka terhasillah seni yang mampu dikongsi bersama-sama gua(sebab gua beli album ni, gua anggap diorang bercerita dekat gua la. hehehe~).Ada jugak lagu yang ditujukan buat arwah sahabat diorang dan rakan-rakan lain.

Muzik pulak memang sedap. Gua rasa line up band ni mesti dah lama pegang alat-alat muzik ni. Sebab gua dengar cara main memang mantap, ketat, dan padat. Pada drummer, bassist,gitarist sama vocalist, gua nak ucapkan terima kasih sebab bakat lu orang memang buat gua rasa berbaloi dengan RM20 yang gua laburkan.

Lagu-lagu yang menarik bagi gua adalah In Cries, Black Territory, It's So Hard dengan Into The Mirror (akustik). Yang ni kira terbaik la. Yang lain-lain kira sedap.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal Black Territory, lu boleh cekidot maispes diorang dekat sini www.myspace.com/blackterritory atau try singgah sini: www.blackterritory.com


Ayuh burung puyuh!! (ayat gua cilok dari dalam inlay CD ni)



Makasey!

Tuesday, September 7, 2010

Raya.

Macam biasa.

Bila dah masuk hari raya, mestila kena maaf-maaf kan?

Jadi, gua pun nak jugak maaf-maaf macam orang lain.

Lu tak puasa atau saja-saja buat muka macam tengah puasa,

Gua bukan boleh bikin apa pun.

Yang gua tau, semua tengah tunggu nak beraya.

Termasuk gua.

Apa-apa pun, lu layan la lagu raya kat bawah tu.

Sedap tak sedap belakang kira.




Sunday, August 29, 2010

Bencana toksik petang-petang ni.

Gua suka band ni.

Muzik agak-agak thrash metal campur punk D-beat yang bikin gua terangsang petang-petang ni. Lu tengok gitaris punya tangan sampai berapi kasi riffing itu gitar chord.






Gua tak tau nak tulis apa sebenarnya petang-petang cam gini. Lu kasi klik, pastu lu layan brader-brader kat atas tu. Nasib la kalau brader-brader kat atas tu bukan taste lu. Tengok diam-diam sudaa.. kah! kah! kah!

Tuesday, July 6, 2010

Predicated Not Defined - "fear, forgotten and regret" CD 2010




Band yang boleh dikatakan lama jugak dalam scene metal. Aku sendiri pernah melihat persembahan diorang di Penang beberapa tahun dulu. Tak silap aku di 'Actor Studio' area sebelah pulau nun. Masa tu tempat ni memang selalu bikin gig. Kira meriah jugak lah. Sekarang ni aku dah lama tak jejak Penang. Tempat ni entah ada lagi ke idak.

Masa mula-mula aku tengok diorang perform, aku agak statik. Aku tak tau camna nak layan lagu diorang. Masa tu pun crowd banyak duduk melayan telinga dari bangun melayan kepala. Sebab diorang main metal yang agak mendayu-dayu. Tak silap aku diorang ada bawak 1 lagu cover dari Rotting Christ kot? Aku pun ingat-ingat lupa dah time tu.

Walaupun dah agak lama aku tak tengok diorang perform di pentas gig (sebab dah jarang pegi gigs..huhu sen tarak!) Tapi still aku tau diorang ni masih wujud lagi dalam scene,sebab diorang aktif main gig di merata-rata tempat. Cuma tau-tau camtu jela.

Sedar-sedar diorang dah keluarkan CD tahun 2006 dan aku tak tau..huhu. Apa bole buat, bukan semua band aku follow, Dah tu, sekarang ni banyak pulak band-band lama dan baru yang muncul. Jadi, aku cuma grab mana-mana band yang sempat je laa..(hehe!)

Sampai lah semalam..aku berjaya dapatkan album terbaru diorang di Nebiula Shop. Alang-alang beli,sebab aku dah lama tak beli CD sejak akhir-akhir ni. Jadi, peluang yang ada aku tak sia-sia kan. Tak kan nak cari mp3 jer. kalau band luar maybe aku layan mp3 je..tapi kalau local band dah tentu aku akan cari dan beli,sebab selalunya stuff-stuff metal begini bole dikatakan rare!..jadi aku suka benda-benda yang rare,..hahaha!

Sebelum tu kita ushar line up band PnD nie dulu. Mereka terdiri dari:

Azwi - backing vocalist, guitarist
Adi - bassist
Hilda - vocalist
Zack - lead guitarist
Own & Roo - drummer

Ya,ada penambahan seorang vocalis wanita dalam band ni. Nice!

Ok, tentang album ni. Album yang boleh dikatakan album metal yang banyak warna,bertenaga serta energetik dari segi muzikal. Banyak jugak elemen-elemen muzikal yang bukan tertumpu terhadap metal semata-mata. Ada terselit pengaruh jazz , fusion, dan jugak rock..hehe! Ciri muzik kemelayuan juga ada terselit pada 1 - 2 lagu. Tak lah mendayu-dayu sangat..hahaha!

Satu yang aku tabik dalam album ni adalah diorang tak tertumpu pada 1 atau 2 jenis muzik yang focus untuk setiap lagu. Banyak variasi riff-riff gitar yang boleh kita dengar dalam 1 lagu. Bukan semua orang boleh main muzik-macam ni. Bayang kan kalau diorang beraksi di pentas? memang kekuatan album ni adalah pada gitar work yang terhasil oleh permainan saudara Zack dan Azwi.

Dari segi lirikal, ada yang agak politikal seperti lagu 'Journalism' dan 'Revolution'. Tak lupa juga peringatan dan nasihat sesama kita yang berunsur ketuhanan seperti lagu 'Peringatan', 'Neutralizer' dan juga 'Pancaroba'. Kepada bangsa-bangsa melayu yang semakin bercelaru dan seringkali bertelagah sesama sendiri, ada peringatan yang ingin di suarakan dalam trek 'Melayu'.

Cuba cari album ni yang cuma berharga RM25 sahaja di pasaran. Metal yang lain dari biasa. Kualiti yang baik dari segi packaging dan susun atur layout. Mereka boleh dihubungi di myspace.com/predicatenotdefined
atau beli terus CD ni dekat Nebiula Shop,Campbell Complex,kl.

Untuk ulasan yang lebih menarik,
cuba dengar apa yang Bentara Langsuyr kata tentang mereka.


Ini sekadar pendapat dari aku. Dan aku memang tak pandai bagi pendapat.

Maaf.

MuahahahA!

Monday, July 5, 2010

ARADIA - "Draconis eulogy" CD 2010




Band yang asalnya menggunakan gelaran sebagai SRI MANGKAT. Bermula sekitar tahun 1991, diorang dah aktif dalam scene metal tempatan. Ini band tanah air,bukan dari langit atau dari seberang laut.

Jangan ingat bila majalah Mistika dah kasi bogel scene metal dengan macam-macam aktiviti riadah bebudak metal yang suka sangat pijak-pijak kitab agama, minum darah kambing, dah tu,siap ada zikir-zikir gituh,scene metal akan pupus? takkk!

Aku sendiri tak tau mana punya budak metal yang buat benda-benda tu. Rasanya kebanyakan metallers yang aku kenal takde sorang pun yang kaki minum darah.. yang makan kambing ramai ler,..hahaha!

Ok, berbalik pada album ni. CD ni didatangkan secara pro printed dan di rilis di bawah label Renascent Axis Production. Line up band adalah seperti berikut ;

COR DRACONIS - Vocal, Bass.
FAUTUS STORM - Vocal, Guitar.
BURNING TWILIGHT - Drum,Percussion & Keyboard.
TRIS MEGISTUS - Guest guitarist.

Album ni mengandungi 10 buah lagu yang tidak pernah diriliskan secara official. Boleh dikatakan kesemua trek adalah himpunan dari lagu-lagu lama Aradia yang tidak direkodkan sebelum ini. Ada trek yang telah wujud sekitar tahun 1996 lagi. Dah lebih 10 tahun tu! kalau nak di ikutkan, memang lagu-lagu dalam album ni , kesemuanya rare!

Konsep mereka? 'Extreme Occult Artisty'. Yaa.. senang cakap,.. black metal.

Sound bagi keseluruhan album ni agak baik dan kemas. bukan mendap macam zaman-zaman kaset tahun 90'an dulu. Dalam album ni, setiap instrumen dapat didengari dengan baik. Gitar stok-stok sound yang tajam membunuh, tapi sedap. Camner tu? hahaha!..

Riffing gitar yang agak melodik tapi dalam masa yang sama keras menjadikan muzik mereka kedengaran agak menarik. Memang black habis! drum pattern juga berjaya mengekalkan rentak metal hitam dengan baik. Bunyi-bunyian yang keluar dari keyboard agak mengkhayalkan dan juga boleh menaikkan mood seram. Sangat menarik!

Bila dengar CD ni mengingatkan aku pada band-band seperti As-Sahar dan Impiety. Salah satu rilisan yang patut dimiliki oleh penggemar metal yang dahagakan stok-stok metal oldschool orang lama.

Dan album ini juga dicetak hanya sebanyak 1000 salinan, lengkap dengan sticker serta poster bersaiz A3. So,kena cepat-cepat la beli sebelum barang menjadi rare. Harga pun ok,cuma RM23 sahaja. Berbaloi dengan kualiti CD ni.

Boleh cuba kontek diorang di sini dan juga di sini untu pembelian. Kalau sapa-sapa yang tinggal di sekitar kl,boleh terus dapatkan CD ni dekat Nebiula shop, Campbell Complex.

Tuesday, June 8, 2010

Siksa Kubur- Tentara Merah Darah CD 2010





Album yang terinspirasi dari filem epik 300 karya Frank Miller. Lucu bunyinya kan? tapi jika kita melihat dari cover album ini,memang nampak akan bayangan seorang Spartan yang menunjukkan arah tuju album ini. Yaa..memang sungguh band Siksa Kubur mengangkat tema filem 300 dalam keseluruhan lagu yang terkandung dalam album yang bergenrekan death metal kepala hangguk ni. Band yang berasal dari Jakarta dan telah wujud sekitar tahun 1996. Line up Siksa Kubur adalah seperti berikut:

Original line up:
Japs-vocal
Andre-lead gitar
Jangexz-drum

Live musician:
Ewyn-bass
Nyoman Saputra-2nd gitar

Ok,album ni aku beli semasa diorang datang ke Perak pada 6.06.2010 untuk menjayakan album tour mereka di Malaysia..bermain untuk gig Festival Seni Orang Muda di Batu Gajah,Perak..memang aku sendiri tak percaya yang Siksa Kubur datang kampung aku!! haha..album di jual dengan harga rm25.



list lagu yang terkandung dalam album ni adalah seperti berikut:

1. Darah Terpilih
2. Anak Lelaki Dan Serigala
3. Menanduk Melawan Tunduk
4. Neraka Setara Mata
5. Tentara Merah Darah
6. Kata Sebagai Senjata
7. Laskar Pelayan Kegelapan
8. Sayatan Kedua
9. Dewa Yang Terluka
10.Pusara Bala Tentara
11.Memoar Sang Pengobar



Seawal dari trek pertama kita dihidangkan dengan intro sampling yang sangat gelap moodnya serta dari intro ini dapat dibayangkan akan permulaan kisah tentera Spartan yang sangat-sangat kena dari segi susun atur musik. Kelam,suram serta angker bagi permulaan lagu.



Dan apa lagi yang boleh dikatakan bagi trek-trek seterusnya? dari segi muzikal, bila kali pertama aku dengar album ni..apa yang aku bayangkan adalah..ini DEICIDE dari seberang!! sangat-sangat padat permainan mereka. Riffing gitar yang tajam dan sangat-sangat mencabar maruah seorang lelaki yang ingin belajar bermain gitar..betul!..permainan gitar yang sangat kompleks,teknikal serta disulami kekerasan,bermelodik,serta laju! ditambah pula dengan hentakkan drum yang betul-betul buat aku tak senang duduk. gila la diorang ni! stroke drum dah la laju, kemas plak tu.. memang angkat ibu jari la..terbaik! aku betul-betul jatuh cinta dengan band ni.. sound keseluruhan album ni pun memang terbaik!



Memang kalau dari segi muzik,diorang ni memang boleh di kategorikan sebagai band yang keras!!..tapi jangan ingat dalam album ni diorang nyanyi puja-puja setan plak! dari segi lirikal,memang semuanya menceritakan tentang perjalanan tentera Spartan menentang kerajaan Persia seperti yang terkandung dalam filem 300. Jadi..kalau nak lagi adventure, try layan album ni sambil pasang DVD filem 300 tu. Mana tau semangat kaum-kaum Spartan tu menusuk masuk ke dalam jiwa lepas korang dengar album ni. Salah satu rilisan metal terbaik yang aku dengar setakat ni. Sangat-sangat di syorkan bagi penggemar death metal tanah seberang. Terbaik!!






www.myspace.com/siksakubur

Monday, May 17, 2010

Selamat jalan Ronnie James Dio (10/7/1942 - 16/5/2010)...




Brader-brader rockers dan mat/minah metal mesti kenal dengan Ronnie James Dio(HEAVEN AND HELL,DIO,RAINBOW & BLACK SABBATH) kan?

Saje aku nak info yang Dio 67,dah meninggalkan dunia (mati la der..)pada 16 may 2010 jam 7:45 a.m akibat dari kanser dalam perut yang dia tanggung sejak setahun yang lepas..





Dia ni boleh dikatakan legendary bagi skuad heavy metal dunia laa..dengan suara yang memang high pitch,lantang,pastu vibrato suara dia memang fuhh!..

Kalau nak tau sedap tak sedap suara dio ni..cuba dengar lagu "Dont talk to strangers"..tengok camana dia bawak lagu tu..dari part jiwang sampai ke part kerass..

haa! baru korang tau langit tu tinggi ke rendah..haha!~





Apa-apa pun,salute kepada beliau yang berjaya mewarnai dunia dengan irama metal..metal memang tak akan mati,tapi kita dah tentu mati,.ye dokk?

**** lagi info pasal kematian dio kat sini..

Friday, December 25, 2009

As Ashes Fall - 'A thought before dying' 2009 EP..



Batu Gajah adalah salah sebuah daerah yang wujud di sekitar Perak pada tahun 1870 an kalau aku tak silap.salah satu daerah yang terkenal kerana bijih timah (dulu-dulu laa..) dan masih lagi wujud sampai sekarang sebuah kapal korek yang sangat rare kalau kita rajin-rajin menyinggah ke sana..satu lagi adalah istana Kellies Castle yang juga salah satu mercu tanda bagi penduduk sekitar Batu Gajah..

dan apa kaitannya dengan band As Ashes Fall ni?? dah tentula berkait sebab band ni berasal dari sanaa!!..haha!!..ayat memula tadi sekadar bunga-bunga jee..sengaja aku tulis camtu,konon ilmiah(macam haram!..hehe).

ok,line up band ni terdiri daripada 5 orang jejaka-jejaka muda yang memperjuangkan musik bergenre metal/post hardcore..cd ni boleh dikatakan masih panas lagi sebab baru je rilis..menampilkan 4 buah lagu yang diadun dan dirakamkan di Trinity Studio,Ipoh.dan seperti biasa,cd ni aku dapat melalui pembelian secara sah dan bukan secara paksa..

sebelum tu..meh kita kenal-kenal dengan line up band As Ashes Fall ni dulu..mereka-mereka ini ialah :

Ikhwan - scream/growl.
Dean - lead gitar.
Yein - rhythm gitar.
Kaer - bass.
Ejan - drum.

pakej cd didatangkan secara pro-printed,kemas serta lengkap dengan lirik,thank list serta info mengenai band sedikit sebanyak..cover album mengingatkan aku tentang Leonardo Da Vinci..hehehe..ok, kita terus ke bahagian trak pulak..



A Thought Before Dying

intro lagu ni mengingatkan aku kepada band "Naiad"(Japan hardcore)melalui album 'hardcore emotion' yang mempunyai mood yang seakan-akan sama.bukan maksud aku diorang tiru Naiad..tapi 'mood' intro tu yang sama ok?..riffing gitar bagi lagu ni jugak baik..vocalis juga bijak mengawal suara..keseluruhan lagu adalah memuaskan cuma agak ringkas skit lagu ni..



The Sorrow Of Devotion

lagu dimulakan dengan rolling drum serta gitar yang seperti mahu menerkam sebelum tempo lagu kembali ke asal..lagu yang agak menarik serta kemas susunan lagu ni..ada kedengaran sedikit sebanyak pengaruh band 'As I Lay Dying' dalam lagu ni,cuma x ketara sangat laa..keseluruhan lagu adalah baik..



The Betrayal

haa..intro lagu ni memang sangat-sangat 'my curse' (killswitch engage) walaupun tak berapa sama,tapi bila dengar memang terus teringat band 'KsE'..memang berinfluencekan killswitch engage diorang ni..hehe!..cuma intro je,,bila masuk part chorus lain laa..penggunaan instrumen yang sangat baik serta tidak terlampau keras!..rilek-rilek jee..



Spike A Person Gun

di mulakan dengan intro yang sangat baik serta smart!..salah satu lagu yang aku suka..sound gitar balance,vokal yang bagus,drumn serta bass bijak mencorak lagu dengan cantik sekali..cuma pada permulaan solo gitar bagi lagu ni,kedengaran note-note solo yang seakan sama dengan solo band As I Lay Dying dalam album 'an ocean between us'..lagu yang mana aku dah lupa tapi dengar boleh kenal laa (haa..aku dah ingat dah..lagu 'the sound of truth'!)..walau bagaimana pun keseluruhan lagu masih As Ashes Fall yang tersendiri..



kesimpulannya..satu usaha yang bagus dalam mengetengahkan musik bergenre post-hardcore yang memang mempunyai pengikut yang agak ramai jugak di Malaysia ni..hehe!..salah satu band yang patut diberi perhatian serta dorongan bagi meramaikan lagi band-band yang ada di Malaysia ni..sekurang-kurangnya diorang ni mampu mencipta musik mereka sendiri walaupun ada kedengaran musik yang mereka hasilkan agak kedengaran sama dengan band-band influence diorang..tapi mungkin semua tu hanya kebetulan saja..dan bukan atas kehendak diorang..mana kita tahu kan?..soo,kalau nak tahu dengan lebih lanjut pasal diorang atau nak dapatkan ep diorang yang sedang panas ni,cuba-cuba la kontek diorang dekat maispess diorang serta dekat label Glendora ni..ok?

Monday, November 16, 2009

Obituary - 'darkest day' 2009

Yess... ini band death metal yang classic . band yang wujud sekitar tahun 1985 dari Tampa,Florida . aku baru je dapatkan cd ni walaupun album ni dah rilis sekitar june 2009 tempoh hari..tapi,apa ada hal kan? yang nyatanya cd ni aku dah ada dalam simpanan..soo, boleh aku ulas serba sedikit album terbaru pakcik-pakcik Obituary nih..line-up Obituary dibarisi oleh:

-john tardy - vocal
-ralph santolla - gitar
-trevor peres - gitar
-frank watkins - bass
-donald tardy - drum


lagu-lagu yang terkandung dalam cd ni adalah seperti berikut :

  1. List of Dead
  2. Blood to Give
  3. Lost Inside
  4. Outside My Head
  5. Payback
  6. Your Darkest Day
  7. This Life
  8. See Me Now
  9. Fields of Pain
  10. Violent Dreams
  11. Truth Be Told
  12. Forces Realign
  13. Left to Die

yang uniknya mengenai band ni adalah dari growling part vocal pakcik John Tardy tu sendiri.. growl dari anak tekak yang kalau silap tarik boleh batuk berdarah kaw-kaw(macam sam cromok la lebih kurang..)..memang terbaik vocal pakcik John kita ni!.dari segi musik pulak,..memang dari dulu diorang ni dah memainkan muzik pure death metal tepu yang kalau kita dengar masa sekarang ni,boleh dikatakan agak classic,raw dan pekat perasa death itu sendiri..metal yang tak terlampau laju,ada dinamik dan padu..lagu yang menjadi kesukaan aku adalah 'list of death', 'payback', 'forces realign' dan 'left to die'..gabungan riffing yang tidak terlalu teknikal, solo yang mencengkam kalbu, drumming yang kemas serta vocal yang unik menjadikan Obituary sememangnya terbaik di antara terbaik dalam class bergenre death metal tepu..cuba try cekidot band ni..asyik-asyik layan metalcore je..bosan wei!..sekali-sekala kita terbang balik ke zaman oldschool..pekena death metal plak!..lagi pun diorang ni dah wujud dari zaman 85' sampai 2009..gila legend!..gi la cari cd ni..buat koleksi.. apa ada hal kan?

Monday, November 9, 2009

Caladrius - "and there shall be no solace" 2009


kali ni aku nak mengulas cd e.p album terbaru dari sebuah band yang berasal dari Kuala Lumpur..band yang di maksudkan ialah CALADRIUS . sebuah band yang menggabungkan paduan 2 gitar harmoni berbekalkan perasa melodic metal serta di blendkan bersama irama hardcore..dapat gambaran tentang konsep diorang? ok..kita berkenalan dahulu dengan diorang ni serba sedikit..mereka ni terdiri dari 5 orang jejaka beserta seorang gadis..line-up mereka adalah seperti berikut :

nash muhandes - vocal
shadiq amani - gitar
nazeem zuhal - gitar
redzuan fendy - bassist
wan 'senndart' khairul - drummer
nadrah zainal abidin - keyboardist

kesemuanya masih lagi muda tetapi bila mendengarkan lagu-lagu dari cd diorang ni membuatkan aku macam tak percaya bahawa diorang mampu mencipta lagu dengan begitu baik sekali..muzik yang di gubah juga begitu menampakkan kematangan serta kebanyakkan lirik menceritakan tentang semangat perjuangan diri yang begitu penting dalam sebuah kehidupan..berjuang menentang sistem ketidak adilan,berjuang untuk perubahan diri,..pendek kata lirik diorang ni kebanyakannya fokus terhadap memotivasikan diri terhadap perubahan..

ok,..cd ni aku dapat melalui saudara fendy iaitu bassist kepada band caladrius ni sendiri..pakej cd yang simple bersama artwork yang menarik..( gambaran seorang insan yang merobek dadanya serta menampakkan hatinya ) mungkin membawa maksud tentang keadaan jiwa yang berkecamuk/tiada ketenangan jiwa/membuatkan diri terus memberontak dan mahu melawan..who knows? itu hanya sekadar penilaian aku sendiri..nak tau maksud dia boleh tanya terus dekat diorang orait?

mengenai lagu-lagu mereka pula,..cd ni mengandungi 5 buah lagu yang memang padat,kemas,berat serta mantap! respek betul aku kat diorang ni!..memang style mat album ni!..haha!.

lagu-lagu tersebut adalah seperti berikut :

-And there shall be no solace-

lagu ni adalah lagu pembukaan untuk ep ni dan jugak judul tajuk untuk album ni..lagu ni pendek je dan sekadar intro bagi album ni..dimulakan dengan bunyi intro guitar yang menarik dan kemudian disusuli oleh ketukan drum bersama bunyian halus keyboard yang menjadikan lagu ni agak dark sikit mood dia..ditambah pula dengan suara vocalist wanita jemputan yang lunak iaitu sarah ghazi dari band kiss the fallen menambahkan lagi mood kelam dalam lagu ni..penggunaan instrument yang baik serta kemas menyerlahkan lagi lagu ni..sebuah intro yang menarik dan best!

-what you've become-

lagu yang bermelodi disusuli dengan paduan gitar yang kemas serta padu..vocal dalam lagu ni memang smart..ala-ala matt heafy dari band trivium..bernada serta ada tone suara yang baik..tidak terlalu growling serta masih ada lenggok nyanyian yang baik..rolling part bagi drum memang kemas dan padat..penggunaan double paddle yang sangat sesuai dengan lagu..solo gitar juga tidak terlalu meleret..kualiti sound keseluruhan memang terbaik!

-alterd self-

permulaan lagu yang agak mendebarkan disusuli oleh attack drum beserta gitar yang kental membuatkan sesiapa yang dengar mesti nak bangingkan kepala ke dinding..haha! memang style lagu ni..lagu ni agak speed sikit dan vocal dalam lagu ni memang matt heafy masa part chorus..serius! haha..sedap betul vocal band ni punya suara..solo gitar jugak menambahkan rencah lagu ni..memang layan sungguh aku dengan lagu ni..drummer memang menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab serta keyboardist memang mewarnakan suasana dalam lagu ni..menjadikan lagu ni ada mood marah dan keras!

-k.o survival-

satu-satunya lagu dalam bahasa melayu.lagu yang memang akan di hafal oleh crowd semasa sing a long di gig-gig yang mereka sertai..di mulakan dengan attack drum berpadu bersama harmoni gitar yang memang sedap gila!..vocalis yang memang menyanyi ok,..bukan sekadar growling je,vocalist band ni memang betul-betul boleh menyanyi dengan baik..tone suara yang besar dan jelas memang jarang ada dekat band-band lain..jadi satu kelebihan untuk diorang!..solo gitar beserta gabungan keyboardist memang menjadikan lagu ni sedap dan ada style..cam metalasia pun ada gak..haha!..sound bagi drum serta bassist memang tak lari..antara lagu terbaik dalam album ni..fuh!

-the monster and the maiden-

lagu terbaik dalam keseluruhan lagu yang terkandung dalam album ni..sangat epik dan menyentuh jiwa!..riffing gitar yang memang padu beserta mood lagu yang dibawa oleh keyboadist memang mengasyikkan jiwa . penggunaan instrumen beserta vocal yang baik menjadikan lagu ni sangat-sangat menarik dan best..aku suka dengar ending part lagu ni..mood memang menyentuh kalbu sungguh! haha..

kesimpulan yang boleh aku katakan ialah ini adalah salah satu rilisan yang memang wajib dimiliki oleh penggemar muzik aliran metal..sangat segar dan sedap untuk di dengari..tambahan pula dengan kualiti sound yang diadun memang bukan berada dalam kategori ep dah..ni memang dah sampai tahap album dah ni!..gila jelas + semua instrument sound balance..memang rugi kalau tak dapatkan ep ni..tambahan pula harga untuk cd ni cuma RM5 saje..diulangi! RM5..memang tak sepadan langsung dengan kualiti rakaman yang terhasil..bagi penggemar trivium,avenged sevenfold serta bleeding through,ini adalah album yang sangat-sangat direkomenkan!..fullstop!..

kontek diorang di : myspace.com/caladrius untuk mendapatkan cd ni..cepat!

Sunday, September 13, 2009

five finger death punch-'way of the fist'

ni plak antara koleksi album yang aku ada untuk aku sesaja ceritakan untuk semua..band yang berasal dari los angeles dan ditubuhkan pada tahun 2005.band ni memainkan muzik bergenre groove nu-metal..line up band ni terdiri dari:

ivan 'ghost' moody -vocal
zoltan bathory -rythm gitar
jason hook -lead gitar
matt snell -bass/backing vocal
jeremy spenser -drum

dalam album ni ada terkandung 17 buah lagu,dan lagu-lagu tersebut adalah:

-ashes
-way of the fist
-salvation
-bleeding
-place to die
-devils own
-white knuckles
-never enough
-stranger than fiction
-can't heal you
-death before dishonour
-meet the monster
-from out nowhere
-devils own (live)
-hate me
-bleeding (acoustic)
-salvation (live)

album ni bagi aku agak menarik dan sedap di dengar..genre nu-metal yang bukan cam band-band nu-metal lain..lagu-lagu yang terkandung pun cukup rencah metal..ada solo gitar yang simple tapi sedap di dengar..sound gitar juga besar dan berat,memang kena la dengan style band..suara vocalist band ni pun cukup perasa hardcore dia..tone suara yang besar dan sedap..riffing gitar juga memang nu-metal yang ke arah heavy metal gak sikit-sikit..haha! kiranya bagi pengemar se7endust,trespassing,chimaira etc..boleh cari band ni..tak silap aku 22.09.09 ni album baru diorang nak keluar..so, boleh la cekidot album baru diorang nanti k?

Tuesday, August 25, 2009

Earth Crisis-to the death 2009


orait!!..kali ni aku nak bercerita pulak pasal satu band yang boleh di katakan pioneer dalam scene hardcore ni..band yang boleh disebut sebagai sthraight-edge vegan metalcore ni berasal dari Syracuse,New York..band ni dah wujud sejak tahun 1991 lagi..mereka adalah EARTH CRISIS!!..haha!!.aku kenal band ni masa album firestorm..album yang menjadi siulan anak-anak muda harkkorr masa tu..hehe!!..ok laa..line up mereka adalah seperti berikut:

Karl Buechner (vocal)
Scott Crouse (guitar)
Erick Edwards (guitar juga)
Ian "Bulldog" Edwards (bass)
Dennis Merrick (drum)


lagu yang terkandung dalam album to the death ni adalah seperti :

  1. Against the Current
  2. To Ashes
  3. So Others Live
  4. Security Threat #1
  5. When Slaves Revolt
  6. Plague Bearers
  7. Control Through Fear
  8. Cities Fall
  9. Eye of Babylon
  10. What Horrifies
  11. To the Death
selepas mendengar lagu-lagu yang terkandung dalam album ni..aku dapat dengar kelainan muzik yang diorang bawak berbanding dari album breakthrough mereka 'firestorm'..memang lain gila..album firestorm dulu agak melodik hardcore,tapi album baru kali ni memang totally hardcore berriffing metal..sound yang lebih berat serta riffing chuga-chuga yang menarik..vocal part juga dah berubah sikit..kalau dulu banyak part screaming hardcore,tapi kali ni banyak part growling..memang berat ke arah metal diorang ni sekarang..lagu yang menarik perhatian aku adalah Against the Current,Security Threat dan When Slaves Revolt..tapi sebenarnya semua lagu dalam album ni baik-baik belaka..membuatkan aku terasa mahu berjoget sambil menonjolkan jari telunjuk ke langit..haha!!..mereka juga adalah aktivist bagi animal right..bagi fan hatebreed serta throwdown,..album ini wajar dimiliki..

Tuesday, August 11, 2009

Lamb Of God-'Wrath' cd 2009


haha..kali ni aku nak bercerita tentang album terbaru dari
band 'burn the priest'(instrumental band) a.k.a
LAMB OF GOD..sure ramai yang kenal dan minat ngan band yang bergenre groove/metalcore+ speed metal ni..band ni berasal dari Richmond,Virginia dan dianggotai oleh:

Randy Blythe (vocalis yg power gila!)
Mark Morton (gitaris)
Willie Adler (gitaris jugak!)
JohnChambell (bass)
Chris Adler (drummer)

orait!..album Wrath ni rilis pada 23 february 2009.. dan lagu-lagu yang terkandung didalam cd ni adalah seperti berikut:

1. The Passing
2. In Your Words
3. Set To Fail
4. Contractor
5. Fake Messiah
6. Grace
7. Broken Hands
8. Dead Seeds
9. Everything to Nothing
10. Choke Sermon
11. Reclamation

dan bagi aku..ini adalah salah satu album terbaik yang berjaya dihasilkan oleh L.O.G..
musik yang agak kompleks,sound yang memang berat, padat dan mengancam sanubari..
cuma ada 1-2 lagu yang ada sikit-sikit bunyi dari album sacrament..lagu yang paling aku suka adalah lagu 'everything to nothing','Choke Sermon' dan 'In Your Words' ..dari intro,chorus,solo..semua terbaik..memang korang pasti akan menggoyangkan kepala bila terpasangnya cd album wrath ni..cari album ni..dengar baik-baik okeh?

Tuesday, July 28, 2009

DEAD EYES GLOW-'in search of the glory we had lost' debut cd 2008


okeh!!..kali ni aku nak review antara koleksi cd yang aku ada
sekadar untuk pengetahuan pada mereka-mereka yang tak tahu..
kali ni aku nak bawak korang ke negeri terengganu..yaa..band dead eyes glow ni berasal dari terengganu yee...geng-geng makan kopok lekor weh!..haha..

line up mereka adalah seperti berikut:

naem (screamers)
apix ( 1st gitar)
naza (2nd gitar)
munk (bass)
aren (drums)

first aku nak gitau yang cd diorang di datang kan full printed cd ok..
memang menarik sekali cover cd diorang ni..packaging yang baik dan bersungguh-sungguh..
tracklist mereka adalah:

-Burn down escuria
-The last fight
-Devil in your kiss
-Ruptured my replica
-For this death
-Deathstars and the bloody skies
-Albert einstein last supper
-The falls of greatest traitor

komen aku mengenai mereka ni..hhmm..sebuah band metalcore yang ada sikit-sikit technical
death metal dan agak bermelodik..mood lagu juga agak dark sikit..gitar dia sound agak tajam dan bunyi garing skit..tapi still berat..sound untuk drum agak kedepan sedikit..dan ada satu dua lagu drum dia agak lambat sikit tempo dia..tapi still masih boleh dilayan dengan baik..banyak gak part chuga-chuga dalam lagu diorang ni a.k.a part stop!..go!..camtu lebih kurang..best wei!.vocalist memang berhantu..ada sikit-sikit cam black metal nyer growling..best..bagi peminat all shall perish dan in flame, boleh cari band ni utk keselesaan hidup anda..best!!

Beneath The Remain-'strength in the end' ep 2008



yup!!saja je aku nak menulis tentang review band yg datangnya dari Batu Gajah,Perak..berkonsepkan new age metal
stok metal 2-3 step jugak..tapi yang ni agak hi tech skit..haha!..ok,kita mulakan dgn line up band ni dulu..panglima-panglima tersebut adalah:

john (1st vox)
crook (2nd vox)
eday (1st gitar)
ed (2nd gitar)
azhar (bass)
wak (drum session)
wan (new drummer)

cd ni ada mengandungi 6 buah lagu..pro printed cd cover dan design layout yang agak menarik dibuat oleh brader alon (line up asal BTR..)

tracklist lagu yang ada dalam cd ni seperti berikut:

* Strange new emotions
ni intro dlm cd ni..agak mellow..tapi pendek jee...

* Trapped
lagu ni ala-ala lamb of god sikit..style lagu ni pun lain macam skit..cuma bass dia sound agak semacam..metalcore yang agak bersih sound dia..

* Weak
tajuk je weak..tapi lagu dia tak weak langsung..starting lagu best..rasa cam nak gi pukul orang je bila dengar lagu ni..style gak lagu ni..faveret aku..

* Disturbance kinetics
starting lagu ni agak henjut-henjut skit..sempoi..penggunaan 2 vocal yang agak kena dengan lagu..mood lagu ni agak perlahan sikit..kalau laju best nii..

* Change my life(so very wrong)
intro lagu ni memang stylo habis..memang cun..mula-mula ingat ni lagu feng tau..tapi
metal beb..cuma vocal kena up lebih skit..camna la diorang bawak live lagu ni..best tempo lagu ni..terbaik!!

* Strength in the end
outro untuk last track yang agak robotech skit..

kesimpulan nya..ni adalah buah tangan sulung dari BTR yg masih boleh diperbaiki lagi..
track lagu yang agak ringkas(kalau byk skit lagu best ni..) tapi trademark tu dah ada..
metal alaf baru ni..kena cuba dengar dan hadam dulu..baru tau nikmat dia..haha!
boleh kontek diorang di alamat:

www.myspace.com/beneathremains


Kill My Bride -1st ep 2009..


ok..kali ni aku nak review pasal ep terbaru band kelahiran
Batu Gajah, Perak..band ni nama dia kill my bride..
nak tau apsal nama dia camtu..kena tanya diorang
sendiri..ok..ep ni mengandungi 4 buah lagu yang berkonsepkan
metalcore/nu-metal..
line up bagi band ni adalah:






are-are (vox)
faka (bass)
boy (2nd vox)
muney (drum)
bobo (lead gitar)

soo..cd ep ni edaran Glendora rec.first sekali aku nk komen ttg sleeve cover cd yg bagi aku simple
tapi menarik (nama band kaler hitam,layout putih)..soo simple.
tapi pro printed ok?..satu kelebihan utk band ni..
lagu-lagu yg terdapat dalam cd ni spt berikut:

* AK-7
Intro lagu ada bunyi bayi menangis pastu terus masuk lagu..muzik mmg metalcore abis..sound gitar cun!..berat mencengkam kalbu..haha!..part chorus tetiba ada bunyi senapang machine gun..
haha!..cool!..sebuah permulaan yg bagus..

* JERK
intro lagu ni ada semacam soulfly nyer lagu..tapi x ketara sangat..muzik yg sgt simple
tapi sedap..part rapping chorus pun best..drum ada sikit out tempo masa tengah-tengah lagu..but instrument sound semua baik..nu-metal yang ada rasaa...

* VICTIM OF DECEIT
ok..lagu ni pun sedap..dan mmg boleh buat aku terhenjut-henjut..riffing gitar yg kemas..
ada part chuga-chuga jugak..2nd vox menyerlah dalam lagu nii..

* KILL MY BRIDE
lagu faveret aku dalam cd ni..memang mantap dan best!..aku suka part gitar masa vox dia sebut 'should i..kill my bride!!'..mmg ala-ala as i lay..best!

kesimpulannya ini adalah band yang perlu diberi perhatian..diorang ni still muda-muda lagi tapi
bijak mengadun lagu dengan baik dan lirik-lirik lagu jugak bagus..
sesiapa yg berminat nak tahu lebih lanjut ttg diorang ni,
korang boleh cari di

www.myspace.com/killmybride


Sunday, July 26, 2009

KILLSWITCH ENGAGE- self title album 2009..


Orait!!!..kali ni aku nak review
tentang album terbaru dari band
metalcore dari Westfield,Messachussetts.

band apa?..Killswitch Engage la ngokk!!..
ok..band ni tertubuh pada tahun 1999 kalau tak silap aku..
line up band ni adalah dari serpihan band Aftershock,Overcast
dan Nothing stays gold..line up masa tu terdiri dari :

frontman - Jesse Leach,
1st gitaris - Adam Dutkiewicz,(mamat ni kekadang main drum untuk band ni jugak)
2nd gitaris - Joel Stroetzel,
Bassist - Mike D'antonio
Drummer - Tom Gomes

nama killswitch tu plak bassist dia yang kasi lepas tengok citer X-files..haha!..
Dipendekkan cerita..lepas berlaku sedikit salah paham,vocalist asal band ni cabut
masa album 'Alive or just breathing (2000-2002) dan digantikan oleh Howard Jones
dari Blood has been shed (BHBS)..pastu tahun 2003 plak,drummer dia si Gomes tu
plak keluar dan di gantikan oleh Justin Foley dari BHBS /Red tide..
and the rest is a history...haha!

ok,berbalik pada album terbaru mereka..ada mengandungi
11 buah lagu dan 4 bonus track..track tersebut adalah:

1. Never again
2. Starting over
3. The forgotten
4. Reckoning
5. The return
6. Alight in a darkened world
7. Take me away
8. I would do anything
9. Save me
10.Lost
12.This is goodbye

bonus track:

1. In a dead world
2. Rose of sharyn (live)
3. My curse (live)
4. Holy diver (live)

keseluruhannya....
takde ape yang menarik sangat bagi aku..
diorang hanya mengulang formula dari album-album sebelumnya..
dari segi susunan lagu..takde beza sangat dari album sebelum ni..
cuma kalau korang sebagai peminat tulen..
wajib la buat koleksi..bukan tak bagus..
diorang still bagus lagi..masih ada lagu yang boleh aku layan
dalam album ni..cuma kureenng skit aku rasa..
taste aku masih lagi pada album the end of heartache(2004)
sebab sebelum aku dengar album baru diorang,aku ada dengar
rumours yang album kali ni berat..
tapi bila dengar..ceehh!..sama je cam yang sebelum ni..
tapi apa-apa pun,still masih boleh 2-3 step lagi..haha!!

HATEBREED-'for the lions' album 2009..



Dah lama rasanya aku tak update tentang apa pun kat sini..

ok,tak mau cakap banyak..
kita mulakan sesuatu kat sini..

hari ni aku cuba nak review tentang album terbaru Hatebreed.
rasanya semua orang kenal kot diorang ni..
band yang berasal dari US..
menggunakan genre hardcore punk+metal riff..yang boleh dikatakan
menjadi.
kebanyakan band-band dari malaysia pun
banyak yang terpengaruh dengan mereka ni..kan?

ok..album terbaru diorang ni bertajuk 'for the lions'...
tapi sebenarnya lagu yang terkandung dalam album ni bukan laa baru sangat pun..
semua nya lagu cover dari band-band otai seperti metallica,slayer,sepultura,obituary..etc..
band-band yang mempengaruhi diorang dari mula dulu sampai sekarang..

list lagu yang terkandung dalam album ni;


1. Ghost of war (Slayer)
2. Suicidal Maniac (Suicidal Tendencies)
3. Escape (Metallica)
4. Hatebreeders (Misfit)
5. Set it off (Madball)
6. Thirsty and misearable (Black Flag)
7. All i have i gave (Crowbar)
8.Your Mistake (Agnostic front)
9. Im in pain (Obituary)
10. It's the limit (Cro-mag)
11. Refuse/resist (Sepultura)
12. Supertouch/shitfit (Bad brain)
13. Evil minds (D.R.I)
14. Sick of talk (Negative approach)
15. Shut me out (Sick of it all)
16. Life is pain (Merauder)
17. Hear me (Judge)
18. Boxed in (Sub zero)


bagi pendapat aku sendiri,..
sound gitar masih lagi hatebreed yang asal,
dan jika korang masih anggap yang
band-band hardcore macam hatebreed ni
hanya mampu memainkan riffing berat tanpa elemen solo waima goreng kaw-kaw..
mereka telah membuktikannya dalam album ni..nak dengar gitaris hatebreed ni menyolo..
boleh cari album nii..jamie jasta punya vocal plak..macam biasa..energetic and growl..aku pernah jugak cuba jerit cam dia,tapi x pernah jadi..haha..cuma dalam satu dua lagu memang tak kena skit suara dia ngan lagu..tapi still hardcore lagi..drum dan bass masih lagi terbaik..
pendapat aku sendiri..diorang ni agak kurang sesuai main cover..
rasanya aku masih mahukan satu album yang ada original song dari mereka..
apa-apa pun,kalau korang nak dengar cam mana diorang 'menghardcorekan' lagu
lagu saduran metal nii..kena dengar dan nilaikan sendiri k?

chhooww!~!!

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.