Showing posts with label bahan bacaan.. Show all posts
Showing posts with label bahan bacaan.. Show all posts

Monday, November 1, 2010

Innerview zine #4. Sedap jugak ni!






First, gua nak ucapkan tahniah untuk team produksi innerview kerana menghasilkan salah satu zine yang bagi gua, sangat best! Gua bukan main-main. Ini serius! dari set soalan temuramah, artikel, puisi dan jugak artwork, semua gua kasi calit! memang seronok gua baca zine ni.


Baca zine ni senang. Tak payah kerut-kerut dahi pun. Sebab isu kali ni lebih membincangkan tentang budaya aktivit gig yang sekarang ni makin menjadi-jadi happeningnya. Dari segi kualiti show, kepuasan yang dimahukan oleh crowd, serta perkara-perkara sampingan tentang apa yang perlu ada dan tidak dalam sesebuah gig.


Semua tu ada dalam isu kali ni.


Gua paling suka dengan set temuramah panjang lebar bersama band Always Last. Cara diorang jawab soalan memang sangat bijak, berinfo dan kental! Band yang bukan huha-huha kosong atas pentas, tapi bila lu baca jawapan yang diorang bagi dalam zine ni, Lu akan respek band macam ni. Gua pun dah mula minat dengan band ni lepas baca interview diorang dalam ni.


Satu lagi, dalam zine ni jugak ada set temuramah bersama saudara pipiyapong kaki kretek tuan blog kepada hilang punca tu. Kalau nak tau macamana dia boleh jebak dengan benda-benda blog ni, Lu kena la baca sendiri.


Ruangan puisi pun ada. Puisi pasal Jessica Alba pun ada selit. hahaha! Ada satu artikel pasal persediaan yang perlu dilakukan oleh band apabila sesuatu gig atau persembahan yang memang gua suka. Buat band bukan setakat main musik je, tapi komitmen serta disiplin pun mesti mau kira.


Kualiti zine ni memang kemas. Walaupun tak berapa tebal, tapi banyak info yang menarik dalam zine ni dari lu baca majalah MANGGA tu. Kualiti fotostet yang buat gua kasi calit lagi sekali! Terang dan kemas.


Harga zine ni gua beli RM5. Kalau nak tau lebih lanjut pasal zine atau editor diorang, lu boleh cekidot blog diorang dekat innerviewzine.blogspot.com

Thursday, October 21, 2010

Angkara Black Metal.




Sinopsis:

Semuanya bermula daripada tugasan biasa. Budi Putra wartawan bebas yang diminta menyiasat isu Black Metal di Sungai Petani, Kedah.
Budi Putra merasakan tugasnya itu semakin mudah apabila sudah ada anggota Black metal yang sedia membantu.
Namun, rasa biasa itu menjadi luar biasa, rasa mudah itu menjadi sukar pada saat dia bertemu dengan seorang gadis yang punyai rahsia besar berkenaan Black Metal. Pada saat misteri Black Metal semakin terkuak, gadis itu pula ditemui tidak bernyawa. Budi Putra kini dihujung jalan, dan segalanya umpama di hujung tanduk. Budi Putra perlu segera bertindak....




Gua dah baca habis buku ni. Sebelum tu gua nak komen pasal cover depan buku ni. Gua beli buku ni sebab cover depan dia memang terbaik! smart sungguh gambar pentagram hitam tu. haha! Serius macam kitab satanic dia punya rupa.


Ok. buku ni tebal. Lebih kurang 205 muka surat. Saiz buku kecik sikit dari stended size zine hardcore yang guna format A5 size. Kira sedap-sedap pegang time baca dalam jamban sekalipun. Bukan macam Utusan Malaysia punya rupa. Sakit hati kalau bawak ke dalam jamban. Nak baca pun tak tenang. Besar sangat. Dah la gua jenis lepak jamban lama. Sebab tu kena ada bahan bacaan. Ni kalau asyik-asyik nak betul muka surat sebab terkulai memanjang, mana boleh tahan. Hilang fokus. Hilang semangat.


Kita cerita bab isi. Buku atau novel ni cerita pasal sorang wartawan bebas yang bernama Budi Putra di tugaskan untuk menyiasat pasal gejala black metal yang wujud di Kedah. Kedah dikatakan sebagai pusat permulaan gejala Black Metal di Malaysia ni. Kata buku ni la. Dalam masa dia menyiasat, macam-macam la yang jadi dekat dia. Lebih kurang begitu la kiranya.


Gua boleh kata yang buku ni sebenarnya adalah imaginasi penulis dalam menyampaikan tentang isu Black Metal, berpandukan keratan-keratan akhbar yang pernah wujud dalam
surat khabar masa kecoh-kecoh pasal ajaran Black Metal satu masa dulu. Pasal apa gua kata macam tu, sebab setiap artikel tentang Black Metal yang ada keluar dalam surat khabar, semua ada di taruh dalam buku ni. Sambil-sambil penulis kaitkan dengan cerita yang dia bikin.


Tapi, dari apa yang gua baca, Sebenarnya bukan pasal Black Metal sangat, lebih kepada ajaran sesat sebenarnya. Takde hubung kait antara Black Metal dengan ritual puja setan yang digambarkan dalam buku ni.


Cuma dalam satu babak, di gambarkan yang wartawan ada pegi satu gig dekat satu pusat hiburan di Georgetown Pulau pinang, Lepas tu ada satu band je yang main dalam gig tu. Masa band tu nak perform, ada beberapa orang berjubah memegang Al Quran, lalu meletakkan di atas pentas. Lepas tu ramai pulak peserta yang sama-sama letak jugak Al Quran, sampai longgokkan Al Quran MENINGGI SEPERTI PIRAMID dekat atas stage tu. Lepas tu diorang bakar Al Quran. Gig berjalan seperti biasa walaupun api marak. Mudah je kan? haha.


Agak tak logik kalau lu senang-senang nak bakar sesuatu benda dekat dalam kelab. Sepanjang gua pegi gig, belum pernah gua nampak mana-mana band metal yang bikin gimik melampau macam tu. Mau owner kelab mengamuk, pastu terus stop je gig tu. sebab tu gua cakap yang buku ni hasil imaginasi penulis semata-mata. Sekadar menggunakan isu Black Metal sebagai bahan tulisan.


Lepas tu ada pulak aksi pertarungan silat (diulangi SILAT!) di antara si wartawan
dengan Ketua ajaran sesat yang di panggil Lord. Dan macam biasa la, Lord mesti la kalah. hahaha!


Kesimpulan yang gua boleh bagi dalam buku ni, Ini bukan buku yang telus dalam menceritakan tentang budaya Black Metal di Malaysia, hanya imaginasi penulis yang juga banyak memetik artikel-artikel yang keluar dalam surat khabar arus perdana serta majalah yang satu masa dulu banyak menyampai kan berita-berita karut tentang budaya Black Metal di Malaysia.


P/S : Gua beli buku ni dekat Popular Book store, harga lebih kurang dalam RM15.

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.