Tuesday, April 13, 2010

Pogo Punk Mengancam 2010 : show yang sangat hype!




Jam dekat dinding rumah aku menunjukkan pukul 2:30 petang..aku tengah menunggu panggilan telipon dari member aku yang sama-sama nak pegi gig ni..dia pun baru balik dari kenduri kawin..so,lepas dapat panggilan dari dia mengatakan dia dah ready,aku pon bersiap-siap ke rumah dia..jarak rumah aku ke rumah dia boleh dikatakan jauh jugak laa..makan masa 40 minit itupun kalau tak jamm..mengenangkan yang gig bermula pukul 2 petang,aku cuba rushing selaju yang boleh..mujur jalanraya time tu tak jamm langsung..maybe sebab hari minggu,semua orang lepak umah layan cerita hindi kat tv3 kot..entah!..hehe..

Kami terus bergerak dari rumah dia ke Ampang..2 orang je pun,tak ramai sebab member-member lain sibuk ngan komitmen masing-masing..takpalah,aku ok jee..lagipun kalau nak di ikutkan aku memang dah lama tak pegi gig semenjak dah kawin dan dah ada sorang anak..masa nak beriadah terhad..jadi,bila dapat peluang macam ni aku memang tak lepas peluang laa..tambah pula gig kali ni band dari Ottawa,Canada datang buat tour,soo..bertambah excited la aku..haha!

Jarak dari rumah dia ke Ampang plak makan masa dalam 1 jam lebih kurang..dekat flyer tulis show bermula pukul 3 petang..tapi kami rilek-rilek je dalam kereta..bukan apa,dah boleh agak yang show mesti belum mula lagi..biasa la,..punk punya time..hehe..gig ni tour bagi band Germ Attak yang berpengkalan di Ottawa,Canada..show kat ampang ni kiranya show terakhir di Malaysia dalam siri jelajah tour mereka bermula di Singapura,Johor Bahru dan terakhir di Ampang,kl..

Aku ngan member aku ni sebenarnya bukan dari kl pun asalnya..kami dulu sama-sama dari Penang..member sekolah lagipun..tapi last-last merantau ke kolumpo sebab rezeki dah ada kat sini..tu yang tercampak kat kl ni..hehe..duduk kl boleh kata bertahun jugak laa..tapi serius jalan kat kl kami memang tak hafal langsung..semua pakai agak + ikut dan jee..aku pernah pegi ke Noisy studio ni sekali je..tu pun 2 tahun sudah kot..tapi sampai sekarang tak hafal jalan nak kesana..haha!..memori aku memang tak sampai 1GB..tu pasal susah nak ingat jalan..hampeh tull!

Pusing punya pusing..last-last jumpa jugak kawasan kejadian tuu..tu pun jenuh jugak la mencari..haha..tengok jam dah menunjukkan pukul 4 petang..langit pulak dah nampak macam tanda-tanda nak hujan..padahal masa akau dalam kereta tadi bukan main panas je cuaca..takpa la,sekurang-kurangnya sejuk sikit cuaca hari ni..

Aku ngan member aku pun terus menuju ke venue..dari jauh kami dah agak yakin yang mesti 1-2 band kita dah terlepas nak tengok..takpa la,janji jangan band Germ Attak yang terlepas sudaa..sebab tu antara band yang di highlight kan..bila sampai je kat situ aku tengok suasana sekitar cam sunyi jee..adalah 5-6 orang punkers yang kami perasan lepak kat kedai mamak sebelah venue tu..musykil jugak..tapi dah kedengaran sound gitar dengan drum kat dalam venue tu..last-last baru dapat tau yang gig masih belum mula..pergh!..kiranya kami tak terlepas langsung laa..memang betui-betui punk punya time!..haha..

Sempat kami jumpa member yang sama-sama follow tour Germ Attak dari Singapore sampai kl ni..lepas tanya kabar lebih kurang,aku ngan member aku tu pegi lepak kat kedai mamak sebelah venue tu..minum air jee,kasi hilang dahaga sementara tunggu gig mula..nampak makin ramai yang dah datang..hujan pun mulai turun..tapi tak lebat sangat..ok lah tu..

tunggu punya tunggu last-last gig mula pukul 7pm..tu diaaa..sikit punya beza masa dalam flyer ngan masa sebenar..haha!!aku ngan member aku tu sempat pekena roti canai pulak sebab kenyang nasi kenduri dah hilang dia kata..semua sebab gig lambat mula..di sebabkan kami dah lama tak layan gig..jadi semua kelewatan kami tolak tepi..lagi pun dengar cerita yang band-band tour semuanya baru sampai dari Johor tengah hari tu jugak..so muka masing-masing memang ketat sebab keletihan..ye laa,3 hari berturut-turut main show..memang penat laa..tido kompom tak cukup tuu..

Show pertama di mulakan dengan band yang berasal dari Singapore..band LIFE LOCK tak silap aku..set 3 piece sebagai pembuka..bassist dia tak silap aku dulu ada main ngan band EDORA..show yang agak bertenaga dengan jenisan muzik dis-core..dengan hentakan drum yang padat serta sound gitar yang bingit memang membuatkan jiwa menjadi kacau..hehe..crowd masih rilek-rilek kat depan stage..belum panas lagi..satu persembahan yang baik dari mereka..

band seterusnya adalah band LYCANT MILITIA..band yang juga membawakan muzik berentak punk yang ada sedikit elemen metal dalam lagu mereka..line up band ni semua penuh patches kat seluar..persembahan yang baik dan bertenaga dari mereka..ada di selitkan lagu cover dari LEFTHANDED iaitu 'debunga wangi' yang agak rabak di penghujung persembahan..heh!..crowd masih lagi rilek-rilek isap rokok..

Band seterusnya yang memang aku sendiri ternanti-nanti..VAULT!!!..band thrash metal yang punk!..band yang bikin ramai banging kat depan stage..memang show yang sangat thrash..ada lagu cover 'heavy metal attack' dimainkan..show yang sangat bertenaga dari setiap line up mereka..mereka memang berjaya membuatkan crowd mengila..aku sendiri teruja melayan lagu-lagu diorang..1st time tengok diorang perform beb!..lepas ni kalau ada lagi show dari diorang,maybe aku turun kot,tu pun kalau ada masa..hehe!

habis je show VAULT,aku ngan member aku jalan-jalan ke gerai yang ada kat dalam venue sambil membelek-belek stuff yang di jual..banyak juga cd,kaset button patches,stiker dan t-shirt yang di jual..tak silap aku ada 3-4 gerai yang jual stuff kat dalam tuu..

Lepas belek-belek lebih kurang,kami keluar minum kat mamak sebelah..aku rasa mamak yang meniaga kat sebelah venue ni kalau hari sabtu ahad ni mesti penuh kedai dia..masyukk pun lebih la..haha!..kalau hari biasa,rasanya tak ramai kot yang datang kedai dia..kedai dia bebetul tepi jalan,dah tu takde parking..soo,memang susah orang nak datang lepak minum kedai dia..bila ada gig baru aku nampak penuh je kedai dia..haha!. Ane!..u patut ucap terima kasih sama itu studio punya tauke sebab di punya studio kasi u untung ini hari..hahaha!!

masa lepak minum ni ada 1 lagi band tengah perform..tak silap aku band FEROCIOUS INFERNO..band bergenre crust..tapi aku tak tengok sebab tengah melantak..huhu..masuk je kat dalam balik,band seterusnya iaitu band PENYANGAK..band bergenre hardcore punk yang memang punk habis..set diorang ringkas jee..tapi enjoy!..

Band berikutnya adalah band yang menggelarkan diri mereka sebagai SKITSOFRENIA..ni pun band hardcore punk..gitaris yang memang thrash habis rambut dia..hehe!!..band ni pun gempak!..aku layan betul ngan lagu-lagu diorang..habis 1 lagu,terus sambung lagu lain..memang tak kasi can crowd lepak-lepak..muzik yang bertenaga dan membuatkan crowd menggila!..

habis set SKITSOFRENIA,keadaan kembali normal..jam pun dah menunjukkan waktu 10:30 malam..kelihatan kelibat Patto,Mob serta Arms Svett naik ke pentas..tu diaa..APPARATUS sudah mai!!..ni memang band yang boleh di katakan legend di Malaysia bagi scene d.i.y hc/punk bagi aku..band D-beat yang memang rock n roll sekarang ni..hehe!..swedish hardcore yang memang best!..memainkan lagu-lagu dari e.p mereka yang membuatkan crowd tak berdiam diri di hadapan stage..along sebagai frontman memang bijak mengawal suasana di pentas..gaya beliau memetik gitar memang rockstar habiss!!..bassist yang asyik melompat menyerlahkan lagi ke 'hardcore' an mereka..sangat bertenaga walaupun masih keletihan tak cukup tido..haha!!..drummer tak payah cakap laa..memang D-Beat tarak hingat dia punya stroke!..konsisten gila si mob ni..apa-apa pun,ini salah satu show terbaik APPARATUS bagi aku..kalau sesiapa masih belum mengenali mereka,korang memang rugi..diorang juga baru meriliskan cd terbaru mereka yang bertajuk 'hardcore religion'..

akhirnya band yang semua nanti-nantikan..apalagi kalau bukan GERM ATTAK!!..Band yang datang untuk tour sulung mereka di Malaysia..berasal dari Ottawa,Canada..mereka memainkan muzik bergenre punk rock yang memang mantap!..lagu pertama saja dah berjaya membuatkan crowd berpogo tak ingat dunia..masa ni aku perasan ada sorang makwe yang nyaris nak jatuh sebab berdiri dekat kawasan crowd tengah berpogo..dia kena body touch skit,tapi takde apa-apa yang berlaku..dia pon senyum je..maybe sebab paham situasi kat situ..cayalah!! set 3 piece dari GERM ATTAK yang bebetul ketat!..gitaris yang menyanyi dengan penuh perasaan..mata terbeliak sambil terjelir lidah mengunyah lirik..haha!!..hyperaktif sungguh diorang ni..tapi sayangnya aku sempat tengok 3 lagu je dari diorang..sebab? time tu dah nak dekat jam 12 malam..kami kena balik sebab esoknya kerja bai..walaupun tak sempat tengok habis,tapi aku memang berpuas hati denga gig pada hari ni..memang enjoy!!

sampai umah,mata pon dah berat..badan pon letih sebab berdiri lama sangat..main ngan anak kejap..sedar-sedar aku dah terlelap..cehh!!

2 comments:

Dr. Bentara said...

Penyangak!!! Best lagu depa nih!

Encik Jep said...

uihh,..mmg best,tapi set depa itu hari ringkas skit..x pueh!

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.