Monday, November 2, 2009

Sap kok luu!..


aku kenal rokok masa umur aku tak silap dalam 14 tahun..masa form 2 laa..tahun 1995 time aku duduk kat penang nun..punca aku isap rokok bukan atas desakan member pun,tapi sebab aku suka tengok orang yang isap rokok sambil buat asap kepul bentuk O ..ala yang bila kita tarik rokok,pastu kita sembur sambil mulut muncung bulat,pastu asap tu keluar ala-ala bunga berkepul-kepul..haha..memang smart gila!..pastu bila lepak ngan member,diorang plak keluarkan kotak rokok,pastu tarik sebatang keluar,kendian cucuh!..pergh! stylo abis bila tengok member simpan kotak rokok dalam poket seluar..haha!..mula dari tu aku pun berjinak-jinak dalam kelab kaki rokok antarabangsa..first time sedut memang macam gampang perasaan aku time tu..ade rasa nak demam,nak pitam,nak muntah pun ade gak sikit-sikit..tak best langsung!..tekak rasa kering dah tu batuk tarak hingat punya..tapi member aku cakap "biasalaa..first time"..aku pun angguk jee.walaupun perasaan tu bercampur baur..time tu jugak teringat kat abah ngan mak aku..dalam hati dok pikir kalau kantoi ni mati aku kena sebat ngan tali pinggang!..serius cuak bila terpikirkan tali pinggang kulit cap crocodile abah aku..bontot aku dah 2 kali merasa penangan tali pinggang tu..kali pertama kena masa sekolah rendah kalau tak silap..kena tibai sebab aku ngan member aku buat pondok ala-ala khemah dalam hutan area perumahan aku ,guna tikar getah yang aku ambik dalam stor bapak aku,tanpa izin dia..aku ingat tikar tu dah tak pakai lagi,aku kebas jelaa..mana aku tau tikar tu nak letak kat dewan mesyuarat orang ramai kat area taman aku tu..mau tak mengamuk dia time tu..haha!..memang kena rembat laa..kali kedua plak masa aku main dalam parit besar kat taman rumah aku jugak..parit tu bersambung ke longkang besar yang memang dalam + hanyir..kalau salah timing,memang kompom lemas..tapi masa tu mana nak ingat semua tu..tu zaman-zaman suria perkasa hitam tengah top kat tv..semua nak jadi hero..hero mana takut lemas walaupun tak tau berenang kan?..kena plak time aku tengah betul-betul bawah longkang tu,..bapak aku jenguk dari atas sebab time tu dia baru balik keje kilang kat prai..memang dia punya laluan la melintas longkang besar tu..bila aku nampak je bapak aku time tu,..secara automatik aku terus gerak balik umah tanpa disuruh..member-member aku yang lain pun terus terdiam..yelaa,dah kantoi..bapak aku suruh diorang gerak balik umah masing-masing..time nak sampai rumah tu macam-macam ada dalam pikiran aku..bila sampai je bapak aku tak cakap banyak..terus suruh aku merukuk kat depan dinding kendian dalam sekelip mata zzaaass!!..tali pinggang tu menyerang bontot aku tanpa sempat aku mengelak..seminggu aku kena denda duduk dalam rumah lepas kejadian tu..huhu..apa nak kata,sendiri salah..terima la..haha!..berbalik tentang kisah rokok tadi,start pada hari aku batuk-batuk tu..terus aku mula jadi perokok..tapi masih dalam taraf poser lagi..sebab apa?..sebab aku isap tak sedut dalam-dalam..cuma tarik kendian terus hembus je..kalau tengok dari kaler asap pun tak nampak pekat dia punya blend..hehe!..hembus keluar dari lubang hidung pun takde asap sebab tak tarik dalam..cuma sekadar hembus kosong je..berbulu je member aku nak kasi rokok..haha, time tu jugak aku masih belum berani nak beli rokok sendiri..(yelaa,time ni aku comel weh!siap ada kakak angkat chinesse form 5 lagi tau..camner nak beli rokok sebab rupa pun masih budak-budak lagi..haha!)cuma mintak belas ehsan kengkawan yang sudi nak kasi..tak dapat rokok dalam sehari pun aku tak kisah,tak ketagih pun sebab masih taraf poser lagi..isap rokok pun kena sembunyi-sembunyi wei! mana ada lesen lagi time tu..banyak jugak port kami merokok masa tu..tapi paling selamat merokok dalam hutan bakau sebelah sekolah aku..siap ada port mancing lagi..haha!..zaman-zaman tu OAG tengah naik dengan 60' tv..kiranya time ni OAG memang tengah top dalam tahun 1994/95 camtu..aku pun baru nak berjinak-jinak dalam scene muzik berat..kiranya masih poser serta masih tercari-cari jati diri laa..kiranya setahun jugakla aku isap rokok taraf poser ni..masuk tahun 1997..aku naik tingkatan 3..haa..zaman nak ambik PMR ni memang zaman aku rajin belajar..dan kalau nak tau..tahun 1997 ni jugak aku ngan member-member sekolah yang kaki rokok ni stop merokok selama setahun yakni sehingga abis PMR..ni semua konon-kononnya nak ambik berkat PMR la kiranya..haha!..aku memang takde masalah nak berhenti rokok tu sebab masih taraf poser,bila-bila pun bole stop..diorang la sakit..tapi semuanya berjaya menempuh halangan..habis je PMR,masukla tahun honeymoon..haha!form 4 memang tahun honeymoon buat budak-budak sekolah aku..sebab tahun ni mana ada peperiksaan penting..jadi semua gi sekolah sekadar memenuhi tuntutan mak bapak je..tapi bukan semua la camtu,ada jugak yang memang niat betul nak belajar..ade yang tak..aku?..dua-dua niat tu ada..huhu..tahun ni jugak aku dah mula kembali merokok bersama kengkawan kembali..kali ni aku dah berani sedut dalam-dalam dah..mula-mula pening skit..tapi bak kata pepatah,"alah bisa tegal biasa"..sampai skang aku tak tau apa makna tegal tu..huhu..time ni dah berani beli rokok sendiri dah..cuma kena ada teman laa..sengsorang blum berani lagi..haha!..rokok pun dah berani bawak masuk dalam sekolah dah..time ni la aku ramai kenal perokok-perokok dalam sekolah..semuanya aku kenal kat dalam tandas..tapi keadaan tandas pelajar aku memang macam laknat!..kotor tahap gaban!!..taik bersepah-sepah sampai ke dinding..gila apo!!diorang main lempar najis ke apa aku sendiri takde jawapan..tak paham aku!dari mula aku masuk sekolah sampai tamat SPM aku tak pernah berak dalam tandas tu..serius takde selera!..sanggup aku tahan berak kat sekolah daripada menjatuhkan maruah aku di tandas sekolah..dah la tu,pintu jamban tak pernah elok,kekadang langsung takde pintu!..camner nak berak? ingat duduk dalam penjara ka berak tak pakai pintu?tandas pompuan tak tau la camner,sebab tak pernah try masuk pun..tapi kalau tandas lelaki dia memang macam haram!kekadang aku terpikir takkan cikgu sekolah aku takde keluarkan peruntukan untuk sediakan pintu jamban ni?tak pun diorang memang dah fed-up nak tukar pintu sebab asal tukar je kena karate ngan bebudak sekolah..ye la kot kan?..selalunya time waktu rehat lepas makan memang destinasi kitorang menuju ke tandas laa..masa sampai tu memang ramai dah kaum yang bermastautin kat dalam tuu..siap ada yang tukang jaga line kat luar,takut-takut cikgu datang buat ambush!..tapi memang tak pernah kantoi pun..bebudak sekolah aku semua pakar dalam kerja-kerja setan ni..haha.. masuk kat dalam je penuh asap rokok keluar dari hidung bebudak ni..memang havoc betul!!bayangkan sebatang rokok cukup untuk 10 tekak!..setiap kali ade je mamat yang pasang rokok..ade laa suara yang akan cakap "first cut!..kendian "2nd cut!" dan seterusnya laa..bukan semua bebudak kat dalam tu yang kami kenal..tapi di sebabkan tradisi berkongsi rokok ni la yang membuatkan kitorang kenal mengenal sesama sendiri..masa dalam toilet ni la kami nak beramah mesra sambil sedut rokok tu..memang best la time tu!..haha!..dan seterusnya sampai sekarang ni aku masih lagi merokok walaupun pernah cuba-cuba nak stop..tapi tak pernah berjaya..haha!..tapi aku dah nekad yang masuk tahun depan aku akan stop merokok memandangkan makin lama aku rasa makin tak lasak dah..harap-harap berjaya la misi kali ni..entah laa..

No comments:

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.