Sunday, July 11, 2010

Sembang hujung minggu..

-PREDATOR 2010-




Cerita ni boleh layan. Action kira biasa stended Hollywood. Kalau nak banding dengan Gerak Khas the movie, baik lu jangan buang masa. Gila apa?

Tapi satu je yang gua rasa tak kena. Apsal tetiba si Predator tu mengada-ngada nak lawan-lawan pedang ngan mamat Yakuza tu? dah tu lawan mampus plak tu? Kan ke ko ada laser? terus tembak je la..

ngada-ngada betul.





-DESPICABLE ME 2010-




Yang ni gua layan. Pasal perompak yang gila tahyul! Aje gila nak rompak bulan. Tapi jalan cerita sedap. Ada sangkut tentang famili.

Gua paling tak tahan musuh si Gru. Gila perasan stylo. Tapi part dia muncul yang paling lawak! Gua suka cerita ni.





-ZOO 2010-




Mazlan pet-pet hero cerita ni. Kalau lu orang suka dengar dia cakap jerit-jerit, boleh layan filem ni. Cerita pasal isu seludup haiwan.

Tapi bukan haiwan dalam hutan belantara, nak lagi Godfather, cilok binatang dalam Zoo bai!. Ops!.. kalau lu orang nak tengok Lisa Surihani cuci kandang, sila layan cerita ni.


Dah..tu je yang sempat.

babai!!

2 comments:

Dr. Bentara said...

Nak pergi tengok Toy Story 3. Tapi ada versi 3D je. Tiket mahal. Total 2 dewasa 4 anak nak cecah RM100!!! gilaaaa...

Encik Jep said...

haha..tunggu dvd pirate la abg ben. versi 3d ngan biasa tak byk beza..tak payah buang duit dgn 3d tu..

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.