Thursday, June 24, 2010

Apa hal!

Semalam gua ada terbaca satu majalah. Muka depan majalah tu ada terpampang sorang awek dalam pose yang sangat jambu. Dia punya lentik jangan cakap la. Tu belum cerita bab pakaian dia yang setakat nampak alur di dada tu,..turun naik dada pak aji. Apalah sangat.

Gua selak-selak kain dalam. Semua cerita tentang fesyen terhot, kasut yang patut pakwe-makwe pakai, gajet-gajet terkini yang kalau korang takde, maknanya 'u ni tak urban la b!'..lebih kurang.

Senang cerita, ini bacaan untuk muda-mudi yang bukan macam gua.

Sampai satu page tu, gua berhenti kejap. Lama gua baca artikel tu. Lepas tu gua terkebil-kebil. Gua ulang balik baca. Lagi sekali gua terkebil-kebil.

Haremm sungguh!! apsal majalah ni nak cerita cara-cara yang sedap untuk lu orang berjimak dengan partner masing-masing? siap kasi tip suruh main kasar-kasar lagi! Watt de fakk nih?

Last-last gua terfikir. Mungkin sebab ni la macam-macam cerita buang anak gua selalu dengar kat tv.


Haaisshhh!!

Tuesday, June 22, 2010

Kasim Indie rock - part 1.

Satu petang di sebuah flat di tengah bandaraya ipoh.


"kita kena pindah dari sini Sim.." jerit Mak Yam kepada Kasim sambil tangannya sibuk mengupdate status fesbuk dari henpon yang baru diservis dekat kedai Murugaya.

Kasim akur. Dia sedar yang dia tak boleh membantah keputusan ibunya untuk berpindah ke Melaka bandaraya bersejarah seperti yang selalu diucapkan cikgu Zakiah semasa di sekolah tempoh hari.

Ibunya telah di tugaskan oleh 'Syarikat Sarung Bantal Ah Keong Best' untuk meninjau harga sarung bantal yang di katakan murah di Melaka. Seorang ibu tunggal yang bekerja di kampeni tersebut sebagai pengawal keselamatan yang tugas khususnya adalah memeriksa badan setiap pekerja setiap kali mereka ingin pulang kerumah. Memeriksa kalau-kalau ada pekerja yang cuba menyorokkan sarung bantal untuk di bawa pulang. Maklum lah hari raya semakin hampir.

Apa gila pengawal keselamatan pulak yang ditugaskan untuk ke Melaka? Mana pegawai pemasaran syarikat? Dah tu suruh periksa harga sampai kena pindah kesana?

"Aje gile deme nih!.." kata Kasim.

Kasim sendiri tak paham taraf keilmuan tokey kilang sarung tersebut. Kasim syak mungkin ini kampeni warisan keluarga. Biar bodoh macamana sekalipun, Anak beranak juga yang kaya. Pikir Kasim sambil mengemas kotak bajunya.

*
*
*
*

Keesokan hari..

Kasim termenung di tingkap flat yang baru ibunya sewa di pinggir bandar Melaka. Rumah lama beliau dan baru di duduki itu tidak banyak bezanya. Hanya berbeza tingkat sahaja. Keadaan ruang dalam rumah masih tetap sama.

beliau teringatkan rakan-rakan band indie beliau di Ipoh. Sekarang memang musim indie. Kasim pun turut indie. Tugas di bahagian vokalis kini telah hilang setelah ketiadaan beliau. Nak harapkan Lan barai, jauh panggang dari pinggang. Setakat rebut-rebut mikrofon masa jamming,apalah sangat.

Getus beliau sedikit riak.


Bersambung....

Monday, June 21, 2010

Gua pun tak tau apa yang gua tau.

Enjin kereta gua hidupkan. Sambil-sambil gua cari siaran radio pagi-pagi ni, ada faedahnya jugak kalau gua lakukan senaman setempat antara pintu kereta dengan kerusi tempat duduk tu.

Cukup 3 kali gua tarik nafas, gua sambung cari siaran radio tu balik. Gua rasa peluh ada jugak keluar dua tiga titis. Ok laa dari tak buat apa kan?

Gua pelik betul bila pagi-pagi dejay radio cukup suka bersembang huha-huha. Nonstop. Gua kalau pagi-pagi selalu berat mulut je nak bercakap. Apatah lagi nak menyanyi lagu Shahir af8 tu.. abis kuat pun gua humming-humming dalam hati jee. Bukan orang tau pun..

kalau pun gua nak mencarut agak-agak lepas makan tengahari je. tapi tengok mood jugak. kadang-kadang dalam kereta ke tempat kerja pepagi masa tengah cucuh rokok ada mamat potong kereta gua tak kasi signal,memang gua mencarut bahasa inggeris la jawabnya.

Itu kira tahap Ghotik Malam Edan la tu gua mencarut. Kadang-kadang gua baling je kotak rokok gua kat mamat tu. Tapi selalunya gua keluar kereta ambik balik rokok gua tadi. rokok mahal bai! Kerajaan suruh gua berjimat.Tu pasal gua kutip balik. Kan dah dapat pahala sebab gua dengar cakap kerajaan.

"fakk yu maderfakker la wei!".. jerit gua.

Gua perasan mamat tu jeling-jeling side mirror motor dia yang sama model macam Adnan Sempit pakai dalam filem. Gua syak dia beli motor tu lepas tengok filem sempit. Mungkin dia bajet dia boleh tackle bos dia menggunakan kaedah filem tersebut.

So, sape kata filem tak boleh mempengaruhi manusia? Gua cakap dalam hati gua sendiri sambil sambung balik korus lagu Shahir af8 yang gua tertinggal masa mamat tu potong kereta gua tadi.

Sambung pasal dejay radio ni tadi. Selalunya,kalau slot pepagi mesti dejay dia lebih dari sorang. kadang-kadang sampai bertiga pun ada jugak.

Kadang-kadang bila gua buka radio gua dengar suara dejay lebih dari lagu. Tahap diorang merepek dalam radio tak payah cerita la. Amy Search feewitt pun tau. Yang dia ni bukak topik, dia tu plak nak selit-selit madah, sorang lagi dah tak tau nak buat apa..memang semak sial gua rasa.

Gua rasa fungsi radio untuk dengar lagu je.


Ke,.. gua yang silap?

Tuesday, June 8, 2010

Siksa Kubur- Tentara Merah Darah CD 2010





Album yang terinspirasi dari filem epik 300 karya Frank Miller. Lucu bunyinya kan? tapi jika kita melihat dari cover album ini,memang nampak akan bayangan seorang Spartan yang menunjukkan arah tuju album ini. Yaa..memang sungguh band Siksa Kubur mengangkat tema filem 300 dalam keseluruhan lagu yang terkandung dalam album yang bergenrekan death metal kepala hangguk ni. Band yang berasal dari Jakarta dan telah wujud sekitar tahun 1996. Line up Siksa Kubur adalah seperti berikut:

Original line up:
Japs-vocal
Andre-lead gitar
Jangexz-drum

Live musician:
Ewyn-bass
Nyoman Saputra-2nd gitar

Ok,album ni aku beli semasa diorang datang ke Perak pada 6.06.2010 untuk menjayakan album tour mereka di Malaysia..bermain untuk gig Festival Seni Orang Muda di Batu Gajah,Perak..memang aku sendiri tak percaya yang Siksa Kubur datang kampung aku!! haha..album di jual dengan harga rm25.



list lagu yang terkandung dalam album ni adalah seperti berikut:

1. Darah Terpilih
2. Anak Lelaki Dan Serigala
3. Menanduk Melawan Tunduk
4. Neraka Setara Mata
5. Tentara Merah Darah
6. Kata Sebagai Senjata
7. Laskar Pelayan Kegelapan
8. Sayatan Kedua
9. Dewa Yang Terluka
10.Pusara Bala Tentara
11.Memoar Sang Pengobar



Seawal dari trek pertama kita dihidangkan dengan intro sampling yang sangat gelap moodnya serta dari intro ini dapat dibayangkan akan permulaan kisah tentera Spartan yang sangat-sangat kena dari segi susun atur musik. Kelam,suram serta angker bagi permulaan lagu.



Dan apa lagi yang boleh dikatakan bagi trek-trek seterusnya? dari segi muzikal, bila kali pertama aku dengar album ni..apa yang aku bayangkan adalah..ini DEICIDE dari seberang!! sangat-sangat padat permainan mereka. Riffing gitar yang tajam dan sangat-sangat mencabar maruah seorang lelaki yang ingin belajar bermain gitar..betul!..permainan gitar yang sangat kompleks,teknikal serta disulami kekerasan,bermelodik,serta laju! ditambah pula dengan hentakkan drum yang betul-betul buat aku tak senang duduk. gila la diorang ni! stroke drum dah la laju, kemas plak tu.. memang angkat ibu jari la..terbaik! aku betul-betul jatuh cinta dengan band ni.. sound keseluruhan album ni pun memang terbaik!



Memang kalau dari segi muzik,diorang ni memang boleh di kategorikan sebagai band yang keras!!..tapi jangan ingat dalam album ni diorang nyanyi puja-puja setan plak! dari segi lirikal,memang semuanya menceritakan tentang perjalanan tentera Spartan menentang kerajaan Persia seperti yang terkandung dalam filem 300. Jadi..kalau nak lagi adventure, try layan album ni sambil pasang DVD filem 300 tu. Mana tau semangat kaum-kaum Spartan tu menusuk masuk ke dalam jiwa lepas korang dengar album ni. Salah satu rilisan metal terbaik yang aku dengar setakat ni. Sangat-sangat di syorkan bagi penggemar death metal tanah seberang. Terbaik!!






www.myspace.com/siksakubur

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.