Thursday, October 21, 2010

Angkara Black Metal.




Sinopsis:

Semuanya bermula daripada tugasan biasa. Budi Putra wartawan bebas yang diminta menyiasat isu Black Metal di Sungai Petani, Kedah.
Budi Putra merasakan tugasnya itu semakin mudah apabila sudah ada anggota Black metal yang sedia membantu.
Namun, rasa biasa itu menjadi luar biasa, rasa mudah itu menjadi sukar pada saat dia bertemu dengan seorang gadis yang punyai rahsia besar berkenaan Black Metal. Pada saat misteri Black Metal semakin terkuak, gadis itu pula ditemui tidak bernyawa. Budi Putra kini dihujung jalan, dan segalanya umpama di hujung tanduk. Budi Putra perlu segera bertindak....




Gua dah baca habis buku ni. Sebelum tu gua nak komen pasal cover depan buku ni. Gua beli buku ni sebab cover depan dia memang terbaik! smart sungguh gambar pentagram hitam tu. haha! Serius macam kitab satanic dia punya rupa.


Ok. buku ni tebal. Lebih kurang 205 muka surat. Saiz buku kecik sikit dari stended size zine hardcore yang guna format A5 size. Kira sedap-sedap pegang time baca dalam jamban sekalipun. Bukan macam Utusan Malaysia punya rupa. Sakit hati kalau bawak ke dalam jamban. Nak baca pun tak tenang. Besar sangat. Dah la gua jenis lepak jamban lama. Sebab tu kena ada bahan bacaan. Ni kalau asyik-asyik nak betul muka surat sebab terkulai memanjang, mana boleh tahan. Hilang fokus. Hilang semangat.


Kita cerita bab isi. Buku atau novel ni cerita pasal sorang wartawan bebas yang bernama Budi Putra di tugaskan untuk menyiasat pasal gejala black metal yang wujud di Kedah. Kedah dikatakan sebagai pusat permulaan gejala Black Metal di Malaysia ni. Kata buku ni la. Dalam masa dia menyiasat, macam-macam la yang jadi dekat dia. Lebih kurang begitu la kiranya.


Gua boleh kata yang buku ni sebenarnya adalah imaginasi penulis dalam menyampaikan tentang isu Black Metal, berpandukan keratan-keratan akhbar yang pernah wujud dalam
surat khabar masa kecoh-kecoh pasal ajaran Black Metal satu masa dulu. Pasal apa gua kata macam tu, sebab setiap artikel tentang Black Metal yang ada keluar dalam surat khabar, semua ada di taruh dalam buku ni. Sambil-sambil penulis kaitkan dengan cerita yang dia bikin.


Tapi, dari apa yang gua baca, Sebenarnya bukan pasal Black Metal sangat, lebih kepada ajaran sesat sebenarnya. Takde hubung kait antara Black Metal dengan ritual puja setan yang digambarkan dalam buku ni.


Cuma dalam satu babak, di gambarkan yang wartawan ada pegi satu gig dekat satu pusat hiburan di Georgetown Pulau pinang, Lepas tu ada satu band je yang main dalam gig tu. Masa band tu nak perform, ada beberapa orang berjubah memegang Al Quran, lalu meletakkan di atas pentas. Lepas tu ramai pulak peserta yang sama-sama letak jugak Al Quran, sampai longgokkan Al Quran MENINGGI SEPERTI PIRAMID dekat atas stage tu. Lepas tu diorang bakar Al Quran. Gig berjalan seperti biasa walaupun api marak. Mudah je kan? haha.


Agak tak logik kalau lu senang-senang nak bakar sesuatu benda dekat dalam kelab. Sepanjang gua pegi gig, belum pernah gua nampak mana-mana band metal yang bikin gimik melampau macam tu. Mau owner kelab mengamuk, pastu terus stop je gig tu. sebab tu gua cakap yang buku ni hasil imaginasi penulis semata-mata. Sekadar menggunakan isu Black Metal sebagai bahan tulisan.


Lepas tu ada pulak aksi pertarungan silat (diulangi SILAT!) di antara si wartawan
dengan Ketua ajaran sesat yang di panggil Lord. Dan macam biasa la, Lord mesti la kalah. hahaha!


Kesimpulan yang gua boleh bagi dalam buku ni, Ini bukan buku yang telus dalam menceritakan tentang budaya Black Metal di Malaysia, hanya imaginasi penulis yang juga banyak memetik artikel-artikel yang keluar dalam surat khabar arus perdana serta majalah yang satu masa dulu banyak menyampai kan berita-berita karut tentang budaya Black Metal di Malaysia.


P/S : Gua beli buku ni dekat Popular Book store, harga lebih kurang dalam RM15.

11 comments:

Ijau D. Koceng said...

kalau BENTARA yang tulis, aku percaya >:)

hahahaha! (ampun abg ben, klu dia baca komen aku ni)

Abang Ben said...

Mungkin kalau aku buat novel ni... lagi laku!

Abang Ben said...

Mungkin kalau aku buat novel ni... lagi laku!

JePh said...

gua sokong!!!!

raina said...

black metal asai kedah?

pala otak dia la..

black metal asai penang larhhh!!!

Fontonk said...

abg ben buat lah satu buku. mesti laku. hahaha

aku arrituh ada jumpa buku ni jgk. tp bila dah baca sinopsis, tgk cam menentang black metal, terus aku tak baca. mesti macam mastika jgk ceritanya. hahaha

ang tak terasa rugi ke beli buku ni? hahaa

JePh said...

haha.. siot ja hg fontonk. dah beli, tak bole kata apa dah. sekali baca je la. haha!

AyuZ DeathWisH said...

klau versi comic mesti aku baca

born82 said...

sebuah pembongkaran yang berani la sangat..

w4rlock said...

aku dgr lagu black metal.ok jer..^_^.

Anonymous said...

mengarut punyer citer ...faktarnyer ke longkang.....

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.