Thursday, December 31, 2009

Sherlock Holmes 2009 movie..






Baru-baru ni aku sempat layan film Sherlock Holmes..memula aku tengok trailer citer ni nampak macam best jee..dan bila dah tengok,pehh!..memang best la citer ni..filem ni diangkat dari novel penulisan Arthur Conan Doyle yang memang terkenal tentang kisah-kisah penyiasatan waktu aku bebudak dulu..tapi aku tak follow pun novel dia,..cuma tau-tau macam tu jelaa..ahaks!

okeh! citer dia mengenai misteri pembunuhan yang dilakukan oleh Blackwood,seorang pembunuh yang sangat kejam serta ala-ala ahli sihir yang telah membunuh ramai gadis di sekitar London pada tahun 1891..

Sherlock Holmes (Robert Downey Jr.) serta sidekick dia iaitu Dr. John Watson (Jude Law) telah di tugaskan untuk menyiasat misteri pembunuhan tersebut,dan akhirnya berjaya menangkap si Blackwood tadi dan seterusnya berjaya membawa Blackwood tadi kemuka pengadilan..Blackwood tadi di jatuhi hukuman gantung sampai mati dan semuanya kembali seperti biasa..

penduduk kota london semua meraikan kematian Blackwood yang sangat-sangat digeruni tersebut tapi,cuba teka? Blackwood tadi sebenarnya hidup kembali dan terus menjalankan misi dia yang paling penting iaitu menakluk kuasa yang tertinggi di U.S..haha! memang pelik kan camner orang dah mati boleh hidup balik..dan seterusnya bermula la adegan-adegan yang memang akan buat korang semua enjoy dengan aksi serta lawak yang terhasil dalam filem ni..

lepas aku tengok citer ni..memang aku akui yang filem ni sangat-sangat menghiburkan aku..terutama sekali babak-babak 'deductive skill' dia yang buat aku macam..."perrghh! smart siot otak dia pikir!"..haha..

memang menarik part tu..lakonan Robert Downey Jr pun memang best dan kena ngan watak dia sebagai Sherlock Holmes tu..latar belakang filem tu plak memang klasik!..dan aku paling suka tengok lokasi dimana Tower Bridge (dekat River Thames tuu..) yang baru nak dibina..nampak rangka jambatan tu jee..haha! memang klasik sungguh!..

filem ni memang tak berat sangat dan walaupun aku tak tau sangat pasal novel-novel Sherlock Holmes sebelum ni,tapi melalui filem ni aku memang tak perlu nak belek-belek balik novel dia yang lepas-lepas..cukup melalui filem ni je kita dah boleh tau macamana rupa Sherlock Holmes ni..

senang cakap tak payah risau kalau tak baca pun novel dia,sesapa yang nak tengok filem ni,boleh je gi tengok..cuma,mana tau..mungkin lepas dah abis tengok citer ni,baru korang nak cari balik novel dia (rasanya mungkin ramai jugak orang yang buat camtu)sebab nak layan deductive skill dia yang memang sempoi tu..hahaha!..

dan masa ending citer ni,semua persoalan yang kita tengok sepanjang filem ni berjalan akan di kupas secara detail oleh Sherlock Holmes ni..dan inilah part klimak yang sangat-sangat best bagi aku..haha..

jadi sape-sape yang rasa minat citer-citer ala-ala CSI,ataupun Detektif Conan tuu..elok sangat la gi layan filem ni,dan sape-sape yang dah layan citer ni,tunggu je la sambungan filem ni nanti (sebab Profesor Moriarty still ade lagi) dan aku sendiri pun mengharapkan sambungan citer ni,sebab nak tengok lagi 'deductive skill' dia yang menarik tu..haha!..

Soo..kita tunggu jela sama-sama nanti okay?

5 comments:

anakrusanani said...

smart2.. klasik yang sedap

pisey said...

nk tgk tp xtrtgok lg.
btw,
nanny tu mmg lawak.

n;
gua 'sis' lah.apa bro2.

lempang kang!

JePh said...

haha..
sori sis,
jgn lempang gua..

pisey said...

haha.
cool saja.

JePh said...

oraitttttt!!..

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.