Tuesday, March 8, 2011

Ubat.

Ni cerita member gua.

Dia ni kerja dekat Hospital. Hari tu dia cerita pengalaman dia jumpa sorang pakcik yang datang ke hospital. Gua dengar dia cerita mula-mula tak brape nak tangkap jugak. Tapi bila lama sikit, baru gua paham. Pastu gua bantai gelak.

Member gua ni jawatan dia dekat hospital kerja sebagai pembantu perubatan. Jenis bantu-bantu doktor pegang-pegang playar masa operation kot gayanya. Ntah. Gua bukan tau sangat. Tapi jenis kerja ada pencen sedap la.

Pada suatu hari, sewaktu member gua ni bertugas dengan penuh berdedikasi serta penuh dengan semangat 1 Malaysia, Datang sorang pakcik yang kalau di ikutkan gaya, memang berumur jugak. Tujuan pakcik ni datang nak ambik ubat katanya. Member gua memang biasa kerja-kerja ubat ni. Dah memang kerja dia pun. Jadi sebelum kasi ubat apa yang patut, macam biasa mesti kena periksa dulu sakit apa.

Member gua pun tanya la dulu dekat pakcik ni.

'Sakit apa pakcik?'


Pakcik tu jawab balik.

'Pakcik rasa gatai-gatai kat badan.'


Okeh, bila dah periksa apa yang patut, member gua pun tau la apa punca dan ubat apa nak kasi sama pakcik tu.

Masa ni la kejadian yang tak di sangka-sangka pun berlaku. (Ceh! bukan jadi apa sangat. Gua sebenarnya tak tau nak karang ayat sangat, hehe..)

Dengan selamba pakcik tu senyum-senyum cakap kat member gua tadi,

'Dik.. pakcik ni jenis susah nak makan ubat ayor minum ni. Kalau boleh bagi pakcik ubat GATAI BIJI udah ler.. senang pakcik nak nelan..'

Masa ni member gua dah jenuh menahan gelak takut terbarai. Gua lepas tu bila dengar balik memang gelak jugak la.

Kombinasi ayat pakcik tu memang A gua rasa. haha!

4 comments:

LadyRye said...

ubat gatai bijik??

babi punya pakcik!!!! hahahahaha!

sepatutnya kena ada toma'ninah di ayat itu

ubat gatai - bijik

atau penambahan ayat iaitu yang

contoh : ubat gatai yang bijik

eh, awat aku kedengaran seperti cikgu bahasa melesia??? hahaha!

JePh said...

hahaha!

member aku cakap dia sebut sekali harung ja.. tu yang bunyi lain macam~

LadyRye said...

seb baik member hang tak tanya

tadi kata gatai badan, ni gatai bijik plak! bijik yang mana satu??

mau lepas tu dia kena prescribe ubat darah tinggi plak bagi pakcik tu! wakakak!

Anonymous said...

Gatai bijik

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.