Tuesday, March 15, 2011

Mastika dan Black Metal. Ada lagi?

Di Jepun ramai orang tengah risau pasal loji nuclear yang meletup disebabkan Tsunami. Gua agak bimbang jugak dengan benda-benda begini. Walaupun gua bukan orang Jepun, Tapi gua salah seorang yang sangat berminat tentang benda-benda yang hebat dari Jepun macam komik, kartun, muzik, filem serta budaya dari sana. Bila jadi benda-benda musibah begini, Gua rasa sayu sikit.

Ini hal nuclear brader, bukan kabait mercun. Sebab tu bila dengar ura-ura negara gua sendiri nak bina loji nuclear, gua dah rasa lain. Bukan besar mana pun negara gua ni. Gua dengar-dengar kesan letupan nuclear dari jepun tu boleh merebak sampai ke Filipina. Dah dekat dah tu dengan negara gua. Gua harap sangat brader pihak atasan tu timbang-timbang la pasal hal-hal nuclear ni.


**********


Hal botol susu pun gua bengang jugak. Tiba-tiba ada racun. Hal-hal macam ni mana boleh biar. tunggu sampai 2012 baru nak haramkan penjualan? Kerja gila semua ni. Mungkin stok lama perlu di habisi sebelum tiba waktu pengharaman? Gua syak jalan cerita dia begitu la. Benda-benda membabitkan bayi dan kanak-kanak ni jangan la berkira sangat. Kalau dah bahaya tu, haramkan serta merta la.

Ini membabitkan generasi masa depan. Bukan main-main punya hal. Boleh pulak nak haram secara berperingkat. Kalau dah terbukti boleh mendatangkan kesan gangguan sistem hormon dan fungsi tubuh, jangan tunggu-tunggu. Gua takut anak gua nanti dapat suami separuh lelaki separuh mutant pulak. Susah pulak gua nak menjawab dekat tok kadi nanti.


***********

Gua lalu kedai mamak tadi. Belek-belek majalah sekali nampak Mastika isu baru. Muka depan gua perasan ada tajuk pasal BLACK METAL.

Gua blah.

4 comments:

LadyRye said...

pertama : surah asy-syuaaraa' juz 26

kedua : ni yang bagi aku frust - hak menetek anak aku yang gagal! kalau aku mampu tetekkan affan, tak hingin aku beli-beli botol susu murahan tu! benda ni dah lama, tapi botol yang diluluskan tu apa ke jadah namanya avant apa tah, harga macam emas! gomen melesia memang lembab! harap tetek rosmah saja besaq!

ketiga : mastika coba-coba nak naikkan rating jualan..biasalah..dulu dah gila babi laku pasal isu blackmetal, la ni dah nak bankrupt, cuba la balik taktik lama! murah!

sorry ter emo

aku bengang lagi bab kereta ni! semua blog aku masuk aku emo hari ni!

WAHAHAHAHAH!

JePh said...

haha. takpa, gue paham.

amdnjb said...

ada hati lagi lu tgk muka depan mastika tu. woi skrg dh 2011!! huwahahhaha

iaryylr said...

Selamat Petang Bro,
Bab 1 tu saya sokong, negara kita kecik jer..
Bab 3 tu tang mastika tu memang seperti diorang tiada isu lain...

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.