Sunday, March 6, 2011

Kapitalis dan gua.

Malam semalam.

Gua berkerut dahi memikirkan tentang benda yang bini gua pesan suruh beli ni. Pesanan yang dia bagi dekat gua bukan pelik sangat pun. Benda biasa. Tapi, benda biasa-biasa ni kalau salah guna , takut lain yang jadi.

Gua repeat tanya lagi sekali dekat dia takut-takut gua yang salah dengar. Tapi jawapan dia sama jugak la. Kiranya gua tak salah la kalau beli. Ok, pesanan yang dia bagi gua terpaksa layan. Kalau tak, malam-malam gua tidur takde sapa nak urutkan pinggang gua. Gua bab-bab pinggang ni gua jaga rapat. Benda nak pakai lama.

Balik rumah gua hulur barang yang dia pesan. Sambil hulur gua perati jugak rupa bini gua. Anak gua masa ni tengah tido. Jenis tido tak tentu masa. Macam gua jugak dulu-dulu. Gua perati bukan sebab bini gua lawa sangat. Tapi gua perati sebab gua nak kepastian yang bini gua ni sihat dan waras.

Bini gua capai benda yang dia pesan terus bawak ke belakang rumah. Gua perati dari jauh. Dah setel segala benda yang dia buat, dia senyum-senyum perli sama gua. Dia tau gua jenis tak percaya. Memang pun. Tapi bini gua cakap tunggu esok baru boleh percaya.


Hari ni.

Bini gua senyum-senyum sama gua. Gua masa ni dah mengakui kehebatan bini gua. Tak sangka bini gua terer jugak bab-bab improvisasi ni walaupun selalu melayan Astro Prima malam-malam. Gua selama ni ingat gua je yang paling hebat dalam rumah. Rupanya dia lagi hebat dari gua.

Dan gua jugak tak sangka yang air coca-cola ni memang mujarab buat guna cuci baju. Napkin anak gua dah jadi macam baru beli dia punya putih. Stokin gua yang huduh pun dah jadi lawa balik.


Gua betul-betul kagum!! Tak sangka air tin coca-cola boleh jugak guna buat cuci baju selain dari buat minum. Memang gila!!

6 comments:

loki said...

gua nak cari jugak sorang bini macam ni! hehe

LadyRye said...

aku syak bini hang sudah layan tvIQ!

sebab anak aku pun tetiba suruh aku basuh baju adik dia yang putih-putih guna soda bikarbonat..

pelik!

JePh said...

Loki:
alang-alang baik lu cari 4 orang straight. senang ngurut~

Rye:

Ada ke tvIQ? mende-mende tv ni gue tak brape tau weh..

LadyRye said...

ada weih

channel 610! best gak! hahaha! aku hari-hari time sekolah aku layan ceria (affan chartered) time orang dah balik sekolah layan tvIQ (dah waheeda plak nak tengok)

time malam ja baru berpeluang nak tengok tv..balik abah depa plak nak tengok dc la, netgeo la..cerita ikan-ikan besaq..

kesian kat aku takdan tegk prima!
sobs!

JePh said...

yaka? nnt aku tengok cenel tu. mcm best ja.

Tangan Kiri XiaoLong said...

power !!

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.