Wednesday, September 30, 2009

Jin Notti-film antu punggung tahun ini..haha!

aku sempat menonton film ni masa tak dapat balik beraya pada raya pertama dan kedua..jadi kesempatan yang ada aku habiskan masa untuk tonton film jin notti ni..bukan nak kutuk laa..masa aku tengok trailer film ni kat umah pun sebenarnya aku tak tertarik langsung nak tengok citer ni,..aku dapat agak yang film ni mesti cam haram..telahan aku memang benar! ni la salah satu antara bebanyak film melayu yang memang hampeh!..jin moden ber CGI..di barisi oleh pelakon/penyanyi dan pengacara seperti farah fauzana,mawi,adibah noor,accapan,bob lokman dan bla,bla,bla...filem ni mengisahkan tentang notti (lakonan farah fauzana)yang dipenjarakan di dalam penjara jin kerana tak reti buat benda-benda jahat..semasa dia dihadapkan di dalam mahkamah jin,beliau diselamatkan oleh peguam jin beliau dan diberikan peluang untuk melakukan kejahatan di bumi..jika dia berjaya selesaikan tugas jahat dia akan dibebaskan dari penjara jin,dan jika tidak,dia akan diturunkan kebumi dan jadi manusia biasa tanpa ada apa-apa kuasa istimewa jin..bermula la episod cerita ni,dan penonton boleh tengok macamana notti ni buat benda-benda jahat kat dunia manusia..lepas aku dah tonton film ni..terus terang yang aku memang tak enjoy langsung bila tengok citer ni..watak pelakon yang jadi hero iaitu mawi (watak dia dalam filem ni adalah sebagai inspektor polis yang tinggal dalam pondok kat tengah hutan..boleh terima akal ka?)memang kabur..aku sendiri tak tau yang dia ni rupanya seorang polis..sebab takde penekanan watak polis dalam film ni..dia sebenarnya menyamar sebagai samseng untuk settlekan kes kongsi gelap(ini pun satu hal,..apa kes kongsi gelap pun aku tak nampak..tau-tau kena tangkap..tu pasal aku anggap film ni tangkap muat..)
babak aksi dalam film ni buat aku tergelak besar..aku tau la mawi tu ada silat(aku tau pun sebab baca gosip dalam paper..ha ha!)tapi buat la aksi fight tu real skit..ni nampak mawi gaduh pun cam kayu..memang tangkap muat la film ni..asal babak gaduh je..aku gelak..tak real!..isi cerita pun kureng..teladan dia aku nampak..buat jahat tak elok..kena buat baik..tapi tolongla bikin film tu ada isi skit! kalau nak sampaikan moral buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali..budak-budak tengok kartun kat tv pun dah cukup belajar moral..malah lebih lagi diorang bole dapat..lakonan farah fauzana pun biase-biase je..takde hebat mana pun..jadi kepada semua..selamat menonton film yang membodohkan anda di mana anda keluarkan duit untuk di perbodoh-bodohkan oleh pengarah film yang aku rasa anak didik prof razak kunun tu..bayangkan adik sepupu aku yang berumur 6 tahun tu sendiri cakap kenapa cerita ni bodoh sangat..siap ada hantu punggung yang memang bodoh..sapa-sapa nak tolong jawabkan ke?


ttuuiihh!!

No comments:

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.