Sunday, September 13, 2009

Mellakka-discography'08 tape..


satu lagi band klasik yang datang dari Finland..sebuah discography yang memang best,classic,punk dan raw bagi aku..mengandungi 15 buah lagu yang dirangkum dari 2 buah ep serta 1 demo seawal tahun 1984..aku tak dapat nak ulas lirik lagu-lagu dari discography ni sebab kesemua lirik lagu dalam bahasa finland..langsung aku tak paham..kalau ada sesiapa yang mampu berbahasa finland,maybe bole terangkan pada aku maksud setiap kata yang terkandung dalam lagu mellakka ni..ok,kaset mellakka ni aku dapat dari distro terbaru yang wujud di sekitar selangor iaitu Total Mangel recs..diasaskan oleh drummer apparatus/defeat..sound yang terdapat dalam tape ni agak raw dari segi muzik,tapi jangan silap..kualiti sound keseluruhan memang baik dan jelas..aku sangat suka akan tone drum mellakka ni..sound dia klasik beb! memang menepati citarasa aku untuk band bergenre punk ni..manakala sound bass yang agak kedepan..menyerlahkan lagi semangat klasik dalam tape ni..memang sebiji-sebiji bunyi bass dia..haha..rasanya sekarang memang dah takde band punk kat malaysia ni yang boleh dapat tone sound macam diorang ni..maybe sebab dulu recording cara analog..bukan macam sekarang yang 100% digital recording..jadi tahap klasik dia memang berbeza..vocal bagi band ni juga baik..dalam erti kata jelas sebutan dia masa menyanyi..kiranya boleh sing a long dengan lirik walaupun tak paham apa yang dia nyanyikan..chord yang digunakan pun memang tak lari dengan 3 chord style..soo..memang raw+klasik sungguh!..jadi,pada sesape yang berminat dengan mellakka ni..bole cekidot diorang di laman web diorang ni..

adios comrad!

No comments:

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.