Sunday, September 13, 2009

KRASSKEPALA-'Total Destruction' tape

ok,ni kali aku nak bercerita mengenai rilisan dari satu band yang berasal dari bandung,indonesia..band yang memberi nama sebagai krasskepala..nama yang agak kool bagi aku..haha..mereka-mereka ini terdiri daripada:

krasskunk - gitar
krassmargowman - bass
krassatcil - gitar
krassama - vocalis
krasspohon - vocalis
krasstoro - drummer

konsep band ni adalah D-beat crust punx..aku memang suka betul kalau muzik style-style D-beat ni..rasa best dan bersemangat je bila dengar lagu-lagu D-beat ni..ok,dalam tape ni ada mengandungi 13 buah lagu yang simple dan ringkas tapi menarik untuk di hadam..sound bagi tape ni agak kering + raw tapi jelas dan bersesuaian dengan konsep band ni sendiri..masih boleh didengari tanpa perlu bergaduh sesama sendiri..hehe..riffing chord yang digunakan memang simple dan sound gitar juga ok..tidak terlalu berat,yang mana agak keras + tajam..sesuai sangat dengan muzik punk canggung macam ni..rilisan dari band ni juga turut disertakan lirik bagi memudahkan kita turut bernyanyi bersama..memang satu kemestian bagi band-band hc/punk untuk melampirkan lirik bagi memudahkan kita mengetahui perjuangan yang di juang oleh kaum-kaum minoriti seperti mereka..(err,kaum ke? haha)satu kelebihan bagi mereka-mereka yang memperjuangkan etika d.i.y ..bukan macam sesetengah band metal yang hanya pentingkan muzik dari lirik itu sendiri..lirik tu sangat penting ok? apakejadahnya korang buat rilisan tapi muzik je yang kami dengar..kami pun nak jugak tau apa yang korang jeritkan dalam lagu-lagu yang korang mainkan..sekurang-kurangnya bila ada lirik,kalau korang main gig kat mana-mana boleh jugak kitorang nyanyi sesama walaupun dalam hati..ada paham?lirik juga satu seni ok?berbalik pada krasskepala,lirik mereka banyak berkisarkan tentang kaum-kaum atasan yang suka merasuah yang menjadi motto bagi golongan atasan iaitu ada duit,ada kuasa..mereka juga menulis tentang golongan atasan yang merompak orang-orang miskin,polis yang zalim(mintak duit dekat orang,tak kasi ugut antar lokap)..mereka juga menulis tentang bagaimana mereka ini menolak untuk dijajah dan mahukan kebebasan..kesimpulannya mereka ni semua sangat-sangat politikal..siapa kata punk itu hanya sampah masyarakat?aku rasa golongan-golongan hc/punk ni lebih tinggi lagi tahap kesedaran politik mereka dari golongan atasan..haha..sebab apa?sebab kehidupan kita juga adalah politik..so,jangan nafi tentang tu..dalam rilisan ni jugak ada mengandungi satu lagu ala-ala busking pada permulaan lagu..diikuti dengan solo ala-ala blues kendian terus ke punkrokksehingga abis lagu yang bagi pendapat aku sangat kool bro..haha!..dan lagu terakhir dalam tape ni juga bagus..diorang memberi nasihat kepada semua orang tak kira siapa yang kaki minum,pemabok,dan penghisap(hisap apa?lu pikir la sendiri bai..haha)agar berjaga-jaga dengan pak polisi..haha!..

kesimpulan yang boleh aku katakan iaitu ini adalah sebuah rilisan yang agak menarik dan best! cuba korang kenali band ni dekat myspace.com/krasskepala

jumpa lagi yaww!!

No comments:

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.