Saturday, December 26, 2009

Potong!





semalam aku gi umah abang ipar aku..diorang ada buat makan-makan skit sempena nak meraikan anak lelaki sulung dia yang bakal menamatkan zaman bebudak dia yakni bersunat..aku sampai ke rumah diorang jam 3.30 pagi..apa gila datang umah orang jam 3 pagi kan? nak buat camna,dah aku keja malam,jaga projektor pawagam..tambah-tambah ada midnight,memang macam tu la jadinya..lagipun diorang kasi tau last minit..tu pasal tak sempat nak ejas time..

sampai je kat sana,aku memang dah agak yang abang ipar aku sure dah terbungkang tido..anak-anak dia pun sama..tinggal kak ipar aku ngan bini aku je yang menunggu aku..ops!..bini aku dah gerak keumah abang ipar aku awal lagi..yelaa,nak tolong masak apa semua lebih kurang..kiranya balik kerja je terus aku gerak ke semenyih laa..lebih kurang 40 minit jarak dari tempat keje aku dgn semenyih tu..

ok,malam tu aku di hidangkan dengan laksa johor + pulut..tu pun belen yang tinggal petang tadi..sebagai tetamu terakhir,..stended la makan belen-belen kan?aku plak perut jenis tong sampah,semua benda bole tibai,jadi takde hal la semua tu..

sambil-sambil makan tu,sempat la kitorang bercerita pasal anak buah aku yang nak bersunat tu..kata kakak ipar aku,dia bukan main eksaited lagi nak bersunat..haha!..sebab dia pun dah nak masuk darjah 5 tahun depan,soo..memang dah patut-patut bersunat laa kan?kakak ipar aku cerita yang dia memang tak sabar betul nak bersunat esoknya tuu..macam-macam budak tu tanya pasal sunat..bila orang-orang tua menyakat dekat dia pasal sunat tu sakit,..dia tak heran..

haha!..bebudak zaman sekarang memang dah bebetul kedepan..takde nye nak takut-takut!..hehe.kalau dulu-dulu mau berkejor ngan tok mudim masa bersunat sebab takut..aku?..time aku dulu masih ade lagi tok-tok mudim,tapi aku bersunat dekat klinik jee..rilek-rilek je dulu..takde nak takut-takut nyer..(jangan terpedaya dengan laporan tadi-ed)hehe!..

dulu masa aku tanya, "nak bersunat sebab apa?"..mak aku cakap "kena bersunat sebab nanti bole kawin"..aku cam konfius gak dulu.."kalau camtu tak payah la sunat,..bukan nya abang nak kawin lagi",..itu jawapan aku masa bebudak dulu..tapi skang ni dah paham la tujuan bersunat tu..untuk kesihatan tubuh badan sebenarnya..huh!..

mula-mula cuak gak bila nak kena sunat,tapi bila tengok sorang-sorang keluar dari bilik doktor sambil muka senyum-senyum kelat (sebab dapat cokelat dari misi) aku tak kisah dah..masa masuk dalam bilik rawatan tu,..perkara pertama yang aku nampak ialah doktor sama assistan dia..time tu timbul bermacam-macam perasaan..tapi aku ni jenis cuak-cuak berani..takut-takut pun aku takdela sampai nangis-nangis nak balik ke hape..

dia part yang sakit tu masa nak kena bius jee..lepas tu bila dah 'up' takde rase pape dah..aku siap tido lagi masa tu..yalaa,dah kena aircond sambil baring dah tentu tido punya..doktor pun bole buat keje dia ngan enjoy sebab takde rintihan dari aku..hehe!..jadi setelah segalanya selesai aku pun pulang sambil ditemani abah aku..

gi tu la lebih kurang pengalaman aku..berbalik pada anak buah aku pulak,lepas je sesi makan-makan tadi,kami pun borak-borak lebih kurang sebab aku memang dah ngantuk sesangat..jadi selesai berborak tu,aku pun mintak izin nak balik umah dengan bini aku..sampai-sampai je rumah,terus aku 'padam'.

esoknya macam biasa aku bekerja menunaikan tanggungjawab aku seperti biasa..tengah-tengah sedap melepak kat tempat keje, bini aku call sambil gelak-gelak..aku tanya nape gelak? dia cakap yang tadi kakak ipar aku call bagitau yang anak dia yang nak bersunat tu tak jadi sunat..

pulak dah,aku tanya sebab apa?dia cakap masa dekat klinik tu dia rilek-rilek je ok..tapi masa doktor tu keluarkan jarum (belum cucuk lagi) untuk bius,..serta merta dia berubah..terus dia menangis tarak ingat sambil hentak-hentak kaki!..soo,doktor pun surrender jelaa..doktor cakap postpone dulu ke minggu depan..sebab tak ble nak buat apa kalau dia still merengek cam gitu..asyik jerit "nak balik! nak balik!" jee..kendian bila dengar je citer dari bini aku tu,..aku pulak bantai gelak kaw-kaw..


**********

Cehh!..budak-budak sekarang memang tak hero!!..kah!kah!kah!...lain kali dengar 'Disfear' dulu laa masa nak sunat!..kah!kah!kah!

1 comment:

kimisai said...

cencang jek..wakakaa

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.