Wednesday, September 30, 2009

Jin Notti-film antu punggung tahun ini..haha!

aku sempat menonton film ni masa tak dapat balik beraya pada raya pertama dan kedua..jadi kesempatan yang ada aku habiskan masa untuk tonton film jin notti ni..bukan nak kutuk laa..masa aku tengok trailer film ni kat umah pun sebenarnya aku tak tertarik langsung nak tengok citer ni,..aku dapat agak yang film ni mesti cam haram..telahan aku memang benar! ni la salah satu antara bebanyak film melayu yang memang hampeh!..jin moden ber CGI..di barisi oleh pelakon/penyanyi dan pengacara seperti farah fauzana,mawi,adibah noor,accapan,bob lokman dan bla,bla,bla...filem ni mengisahkan tentang notti (lakonan farah fauzana)yang dipenjarakan di dalam penjara jin kerana tak reti buat benda-benda jahat..semasa dia dihadapkan di dalam mahkamah jin,beliau diselamatkan oleh peguam jin beliau dan diberikan peluang untuk melakukan kejahatan di bumi..jika dia berjaya selesaikan tugas jahat dia akan dibebaskan dari penjara jin,dan jika tidak,dia akan diturunkan kebumi dan jadi manusia biasa tanpa ada apa-apa kuasa istimewa jin..bermula la episod cerita ni,dan penonton boleh tengok macamana notti ni buat benda-benda jahat kat dunia manusia..lepas aku dah tonton film ni..terus terang yang aku memang tak enjoy langsung bila tengok citer ni..watak pelakon yang jadi hero iaitu mawi (watak dia dalam filem ni adalah sebagai inspektor polis yang tinggal dalam pondok kat tengah hutan..boleh terima akal ka?)memang kabur..aku sendiri tak tau yang dia ni rupanya seorang polis..sebab takde penekanan watak polis dalam film ni..dia sebenarnya menyamar sebagai samseng untuk settlekan kes kongsi gelap(ini pun satu hal,..apa kes kongsi gelap pun aku tak nampak..tau-tau kena tangkap..tu pasal aku anggap film ni tangkap muat..)
babak aksi dalam film ni buat aku tergelak besar..aku tau la mawi tu ada silat(aku tau pun sebab baca gosip dalam paper..ha ha!)tapi buat la aksi fight tu real skit..ni nampak mawi gaduh pun cam kayu..memang tangkap muat la film ni..asal babak gaduh je..aku gelak..tak real!..isi cerita pun kureng..teladan dia aku nampak..buat jahat tak elok..kena buat baik..tapi tolongla bikin film tu ada isi skit! kalau nak sampaikan moral buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali..budak-budak tengok kartun kat tv pun dah cukup belajar moral..malah lebih lagi diorang bole dapat..lakonan farah fauzana pun biase-biase je..takde hebat mana pun..jadi kepada semua..selamat menonton film yang membodohkan anda di mana anda keluarkan duit untuk di perbodoh-bodohkan oleh pengarah film yang aku rasa anak didik prof razak kunun tu..bayangkan adik sepupu aku yang berumur 6 tahun tu sendiri cakap kenapa cerita ni bodoh sangat..siap ada hantu punggung yang memang bodoh..sapa-sapa nak tolong jawabkan ke?


ttuuiihh!!

Thursday, September 17, 2009

1 Malaysia..

tadi petang aku pegi menyinggah ke tesco kajang..kononnya nak pegi mencari stok-stok kuih raya buat persiapan hari raya yang tak sampai dua hari ni..tapi bila memandangkan harga kuih yang konon dikatakan murah masa hujung-hujung posa ni..gua tak jadi bheli satu apa pun lagi..mahal!!..sapa kata murah?3 jenis kuih rm70..apa benda tu!.tak beraya pun tak pe kalau dh harga kuih boleh buat gua beli beras stok 2 bulan punya harga..ekonomi gua pun bukan stabil mana..tapi raya punya pasal kena berkorban macam-macam..susah betul kalau raya ni jadi tradisi pesta..sumer harga konon murah..tapi jadahnya sumer orang tau..last-last gua ngan bini terus beli barang dapur utk tahan sampai ujung bulan ni..tapi tadi masa gua jalan-jalan kat tesco tu..gua perasan orang ramai yang datang shoping ni,semuanya memilih troli..haha!..sampai bersepah troli-troli tu..yang gua mushykil untuk apa diorang memilih sangat troli tu?ada cabutan bertuah ke? nampak semua troli sama je..kesian dekat brader yang keje jaga troli tu..terhegeh-hegeh dia susun semua troli tu kat tempat simpanan troli..yang aku menyampah bila makcik-makcik yang datang bershoping tu buat-buat bodo je pilih..kenape?ada troli cantik ke?yang aku nampak semua sama je..bukan bole bawak balik pun..dari situ aku nampak yang makcik-makcik ni kuat memilih..bagi aku ni semua bodoh..bukan kena bayar pun..ambik jela mana yang dekat..semua troli sama la makcik woi!.tak kira melayu,cina,india..semua sama je..jenis suka berebut tak tentu pasal..sampai troli yang tak bersalah tu pun jadi mangsa..kah kah kah ..pulang dari tesco,aku ngan bini mengekek bila pikirkan hal troli tu..hahahaha!..

Sunday, September 13, 2009

five finger death punch-'way of the fist'

ni plak antara koleksi album yang aku ada untuk aku sesaja ceritakan untuk semua..band yang berasal dari los angeles dan ditubuhkan pada tahun 2005.band ni memainkan muzik bergenre groove nu-metal..line up band ni terdiri dari:

ivan 'ghost' moody -vocal
zoltan bathory -rythm gitar
jason hook -lead gitar
matt snell -bass/backing vocal
jeremy spenser -drum

dalam album ni ada terkandung 17 buah lagu,dan lagu-lagu tersebut adalah:

-ashes
-way of the fist
-salvation
-bleeding
-place to die
-devils own
-white knuckles
-never enough
-stranger than fiction
-can't heal you
-death before dishonour
-meet the monster
-from out nowhere
-devils own (live)
-hate me
-bleeding (acoustic)
-salvation (live)

album ni bagi aku agak menarik dan sedap di dengar..genre nu-metal yang bukan cam band-band nu-metal lain..lagu-lagu yang terkandung pun cukup rencah metal..ada solo gitar yang simple tapi sedap di dengar..sound gitar juga besar dan berat,memang kena la dengan style band..suara vocalist band ni pun cukup perasa hardcore dia..tone suara yang besar dan sedap..riffing gitar juga memang nu-metal yang ke arah heavy metal gak sikit-sikit..haha! kiranya bagi pengemar se7endust,trespassing,chimaira etc..boleh cari band ni..tak silap aku 22.09.09 ni album baru diorang nak keluar..so, boleh la cekidot album baru diorang nanti k?

Mellakka-discography'08 tape..


satu lagi band klasik yang datang dari Finland..sebuah discography yang memang best,classic,punk dan raw bagi aku..mengandungi 15 buah lagu yang dirangkum dari 2 buah ep serta 1 demo seawal tahun 1984..aku tak dapat nak ulas lirik lagu-lagu dari discography ni sebab kesemua lirik lagu dalam bahasa finland..langsung aku tak paham..kalau ada sesiapa yang mampu berbahasa finland,maybe bole terangkan pada aku maksud setiap kata yang terkandung dalam lagu mellakka ni..ok,kaset mellakka ni aku dapat dari distro terbaru yang wujud di sekitar selangor iaitu Total Mangel recs..diasaskan oleh drummer apparatus/defeat..sound yang terdapat dalam tape ni agak raw dari segi muzik,tapi jangan silap..kualiti sound keseluruhan memang baik dan jelas..aku sangat suka akan tone drum mellakka ni..sound dia klasik beb! memang menepati citarasa aku untuk band bergenre punk ni..manakala sound bass yang agak kedepan..menyerlahkan lagi semangat klasik dalam tape ni..memang sebiji-sebiji bunyi bass dia..haha..rasanya sekarang memang dah takde band punk kat malaysia ni yang boleh dapat tone sound macam diorang ni..maybe sebab dulu recording cara analog..bukan macam sekarang yang 100% digital recording..jadi tahap klasik dia memang berbeza..vocal bagi band ni juga baik..dalam erti kata jelas sebutan dia masa menyanyi..kiranya boleh sing a long dengan lirik walaupun tak paham apa yang dia nyanyikan..chord yang digunakan pun memang tak lari dengan 3 chord style..soo..memang raw+klasik sungguh!..jadi,pada sesape yang berminat dengan mellakka ni..bole cekidot diorang di laman web diorang ni..

adios comrad!

KRASSKEPALA-'Total Destruction' tape

ok,ni kali aku nak bercerita mengenai rilisan dari satu band yang berasal dari bandung,indonesia..band yang memberi nama sebagai krasskepala..nama yang agak kool bagi aku..haha..mereka-mereka ini terdiri daripada:

krasskunk - gitar
krassmargowman - bass
krassatcil - gitar
krassama - vocalis
krasspohon - vocalis
krasstoro - drummer

konsep band ni adalah D-beat crust punx..aku memang suka betul kalau muzik style-style D-beat ni..rasa best dan bersemangat je bila dengar lagu-lagu D-beat ni..ok,dalam tape ni ada mengandungi 13 buah lagu yang simple dan ringkas tapi menarik untuk di hadam..sound bagi tape ni agak kering + raw tapi jelas dan bersesuaian dengan konsep band ni sendiri..masih boleh didengari tanpa perlu bergaduh sesama sendiri..hehe..riffing chord yang digunakan memang simple dan sound gitar juga ok..tidak terlalu berat,yang mana agak keras + tajam..sesuai sangat dengan muzik punk canggung macam ni..rilisan dari band ni juga turut disertakan lirik bagi memudahkan kita turut bernyanyi bersama..memang satu kemestian bagi band-band hc/punk untuk melampirkan lirik bagi memudahkan kita mengetahui perjuangan yang di juang oleh kaum-kaum minoriti seperti mereka..(err,kaum ke? haha)satu kelebihan bagi mereka-mereka yang memperjuangkan etika d.i.y ..bukan macam sesetengah band metal yang hanya pentingkan muzik dari lirik itu sendiri..lirik tu sangat penting ok? apakejadahnya korang buat rilisan tapi muzik je yang kami dengar..kami pun nak jugak tau apa yang korang jeritkan dalam lagu-lagu yang korang mainkan..sekurang-kurangnya bila ada lirik,kalau korang main gig kat mana-mana boleh jugak kitorang nyanyi sesama walaupun dalam hati..ada paham?lirik juga satu seni ok?berbalik pada krasskepala,lirik mereka banyak berkisarkan tentang kaum-kaum atasan yang suka merasuah yang menjadi motto bagi golongan atasan iaitu ada duit,ada kuasa..mereka juga menulis tentang golongan atasan yang merompak orang-orang miskin,polis yang zalim(mintak duit dekat orang,tak kasi ugut antar lokap)..mereka juga menulis tentang bagaimana mereka ini menolak untuk dijajah dan mahukan kebebasan..kesimpulannya mereka ni semua sangat-sangat politikal..siapa kata punk itu hanya sampah masyarakat?aku rasa golongan-golongan hc/punk ni lebih tinggi lagi tahap kesedaran politik mereka dari golongan atasan..haha..sebab apa?sebab kehidupan kita juga adalah politik..so,jangan nafi tentang tu..dalam rilisan ni jugak ada mengandungi satu lagu ala-ala busking pada permulaan lagu..diikuti dengan solo ala-ala blues kendian terus ke punkrokksehingga abis lagu yang bagi pendapat aku sangat kool bro..haha!..dan lagu terakhir dalam tape ni juga bagus..diorang memberi nasihat kepada semua orang tak kira siapa yang kaki minum,pemabok,dan penghisap(hisap apa?lu pikir la sendiri bai..haha)agar berjaga-jaga dengan pak polisi..haha!..

kesimpulan yang boleh aku katakan iaitu ini adalah sebuah rilisan yang agak menarik dan best! cuba korang kenali band ni dekat myspace.com/krasskepala

jumpa lagi yaww!!

Saturday, September 5, 2009

Cebisan Rintihan Terakhir...

Dalam ruang-ruang nafas..

Kita wujud dari satu impian indah..

Yang terkadang menyimpang dari ruang harapan bagai melebihi kemampuan..

Dan itu pasti!..Tetap pasti!..

Jangan duga akan kepastian itu..

Masa memberikan kelebihan yang sempurna..

Dari pengabaian yang wujud antara sedar dan kelam..

Mungkin cukup rasa sesuatu nikmat itu..

Aku juga mahukan yang sama..

Mampu atau tidak,berikan cuma harapan..

Kita terus cari dari tapak yang dihentak-hentak..

Laluan berlainan dari arus yang sama..

Sunyi juga akhirnya..pasti.

Nada alam makin menjauh..jauhnya kicauan,laungan,bisikan..

Tiada..tetap tiada..

Namun itu semua sebahagian dari alam yang berjasad..

Tempuh walau terpaksa,kerna itu juga kita..

Gembira pada saat-saat itu..agar pedih terus berlalu..

Bahagia pasti wujud walau beribu duri-duri bisa menusuk tertusuk..

Jika hentakan dari alam itu tidak terus hanya di situ..

Terpaku disitu..

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.