Sunday, May 23, 2010

Jom layan filem!

THE BOUNTY HUNTER (2010)





filem yang boleh di katakan sedap. kisah tentang seorang pemburu ganjaran(Gerald Butler) yang memburu seorang wartawan akhbar iaitu bekas bini(Jennifer Aniston) dia untuk di hantar ke lokap. alih-alih terpaksa menyelesai kan satu kes pembunuhan,yang mana bini dia tengah siasat. lebih kurang camtu la sinopsis dia. lakonan kedua-dua pelakon memang sempoi. babak lucu pun ok,takde bodoh sangat. dan filem ni memang tak lembab. jadi agak berbaloi menonton filem ni. cuma jennifer aniston nampak agak tua dalam filem ni. keseluruhan filem ok dan boleh di layan.




NIGHTMARE ON ELM STREET (2010)





ini filem yang menceritakan kembali sisi asal bagaimana Freddy Krueger menjadi seorang pembunuh mimpi yang amat ditakuti oleh semua penduduk yang tinggal di elm street. suspen yang mengujakan jika kita menonton di panggung wayang kerana bunyian-bunyiannya yang memang buat aku melatah!..haha. cuma aku agak terganggu oleh kemunculan freddy yang memang tak menakutkan langsung!..watak freddy kali ni macam makhluk mumia dalam filem the mummy!.. terus down aku rasa. teknik cgi yang canggih belum tentu melahirkan efek seram yang bagus. rasanya pembawa watak asal freddy iaitu robert englund lebih menakutkan dalam drama bersiri berbanding watak freddy dalam filem nih walaupun beliau hanya menggunakan efek make up sahaja. ini yang tak bestnya kalau semua nak cgi. ciss!




ANDARTU TERLAMPAU (2010)





filem arahan oleh Din Cj dan di terbitkan oleh heroin/hero filem ni sendiri. Haliza Misbun memang menunjuk kan 'aset' beliau di dalam filem ni. haha.. cuma jalan cerita agak longgar dan tema filem ni rasanya dah banyak kali di terjemahkan dalam drama tv. kisah mengenai seorang wanita yang sibuk mencari calon suami sambil menayangkan dada. wahaha!..takde apa yang menarik sangat dalam filem ni. walaupun ada ramai pelakon-pelakon yang hebat,tapi belum mampu untuk menjadikan filem ni menarik. kurang betul garam dalam cerita ni. dah,tak nak cerita pasal filem melayu dah. kang bila kutuk ada orang marah. tapi tu lah kenyataan nya. filem kita wajah kita. ok,sambung kerja balik. chow!

3 comments:

Abang Ben said...

bounty hunters tu dapat review hampeh dari kebanyakan reviewer. Romantik komedi sekarang memang dah takde idea.

Nerzhul said...

kalau tak tayang dada mana laki nak tengok ye dak? hahahaa..

filem kita wajah kita? sebab tu filem malaysia hanya ada isu rumah tangga, kasih sayang dan rempit di sana sini. trademark agaknya. mane tikar terbang zaman p.ramlee?

JePh said...

abg ben

maybe masa saya tengok citer tu hati tgh sedap..tapi mmg cerita ni bukan terbaik, cuma ok je laa.

nerzhul

good point!

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.