Monday, May 3, 2010

Review konsert Double Trouble 1 May 2010




Satu ulasan dari aku yang bermandi peluh semasa di sana...





Perjalanan ke Bukit Kiara di sulami dengan hujan lebat sekitar jam 6.30 petang..aku gerak dengan 3 orang lagi member dalam 1 kereta kecil berjenama haiwan sambil layan dengar cd lagu double trouble dalam kereta..konon-konon nak ambik mood dulu sebelum sampai ke tempat kejadian..sambil-sambil dengar timbul macam-macam persoalan tentang konsert ni.."agak-agak awie bole ke tarik lagi haa?", "hang ingat ramai ke tak yang turun konsert ni?", "band Ungu ngan Tokio Hotel pun perform hari ni gak kan? abih laa crowd banyak pecah-pecah"..lebih kurang cam tu la persoalan yang bermain di mulut masing-masing..


Tiba di tempat kejadian..kami dah nampak yang jalan dah penuh dengan kereta kiri kanan.."abih la jamm dah mai dh ni!.."jerit member aku..memang jamm teruk sepanjang simpang ke venue..sambil-sambil nampak geng-geng moto besar tengah lalu sama-sama nak ke venue..aku baget ni mesti geng sayap-sayap wings..yeargh!!..memang pun!!..sambil-sambil abang polis tengah mengawal lalu lintas,..kami menunggu dengan sabar kat dalam kereta..

Akhirnya bila dah lepas dari kesesakan trafik,kami terus melilau mencari parking kereta..sampai kat 1 trafik light,nampak ade banner menunjukkan arah tempat letak kereta bagi konsert kat situ..apa lagi,terus je pecut ke arah anak panah..sampai je kat parking,brader parking hulur resit sambil di minta bayar rm7..apa? 7 ringgit ka?..memang trouble ni..awat mahai sangat? nak tak nak kena masuk jugak la..tengok jam dah pukul 7 lebih..hujan pun dah berenti..

kami berjalan dari parking ke venue..aku memang tak pernah datang sini pon..1st time turun Bukit Kiara..dari parking ke venua mau ada dalam 1.5 kilometer kot jarak dia..PEERRRGGHH! penat gila menapak..haha!!..nak tak nak,kena redah jugak..semua jenis tak tau nak jalan kemana..last-last follow belakang orang..dah tu,tempat tak tau..kena follow orang je laa..haha!..sambil jalan-jalan,ada 2-3 orang brader jual tag pass konsert rm 5..nak beli ke tak? err..takpa,lain kali la kot..haha!!

akhirnya lepas dah exercise dari parking..kami pun sampai..peergh! masa ni aku dah tak tau nak cakap apa..ramai gila manusiaa!!..dah tu keliling jalan banyak gila orang meniaga..ada yang jual air,ada jual nugget,ada jual topi lampu jenis tanduk setan,jual poster karikatur gambar Wings ngan Search pun ada, jual t-shirt pa semua..dah macam pasar malam!..crowd memang dah betul-betul pack!!..

Tapi kami tak masuk venue lagi..tengah tunggu member-member lain datang,semua tersekat dengan jamm..bukan apa,ikut hati memang nak masuk jee sebab takut tak dapat tempat plak..tapi memandangkan tiket takde kat kami(member lain pegangkan tiket,dia plak belum sampai..ciss sungguh!)nak tak nak tunggu je la sampai kaum semua sampai dulu..huhu..

Akhirnya sampai jugak depa ni..jam plak dah menunjukkan jam 8.40 malam..shit! dah lambat dah ni!terus je kitorang jalan ke pintu masuk..macam biasa laa,berhimpit-himpit dengan manusia-manusia rock sepanjang jalan..sambil-sambil telinga dah dengar jerit pekik crowd kat dalam venue..pehh! bertambah excited la kami..haha!!

masa sampai kat gate,brader jaga tiket dah jerit-jerit suruh semua crowd pegang tiket masing-masing masa nak koyak nanti..tak boleh pas-pas kat member..outside food pon tak bleh masuk!..(dalam hati aku cakap dah macam nak masuk panggung wayang punya law nih..)hahaha!!

Soo..lepas dah berjaya melintasi gate,kitorang pun jalan beramai-ramai ke pintu masuk utama..masa sampai kat pintu masuk,sekali lagi terpaksa berhimpit-himpit dengan manusia-manusia ngerock yang lain..adehh!! penat siak berhimpit!..lepas aje aktiviti tolak menolak berlaku,akhirnya kami berjaya masuk ke dalam venue..bila masuk je ke dalam,aku dapat saksikan lautan manusia yang dah ada kat dalam venue tuu..memang betul-betul penuh!..dalam hati aku dok pikir cukup ke tak tempat kat dalam ni..sebab kat luar tu berlambak lagi orang yang nak masuk..gila betul!!

Masa ni dj rock malaya,Ismahalil hamzah tengah dok sibuk tenangkan crowd yang tak sabar-sabar nak layan konsert..masa ni aku dah rasa semacam..bukan apa,bahang panas dah mula menyerang!..belum mula lagi tapi peluh yang keluar dah macam baru abis main futsal..panas siot!!..ntah ada aircond ke tak,aku pon tak tau..yang nyata memang panas gila venue..masa ni aku perasan dah 2-3 orang pengsan..haha!..camna bole pengsan ni kak? lain kali sebelum datang sila makan dulu barang sepinggan dua nasi ye? rugi je bayar rm70 pastu datang untuk pengsan..adooii!!

Lebih kurang jam 9 malam,tirai konsert pun di buka..kelibat rockstar sudah mula menampakkan susuk-susuk tubuh masing-masing..yeahh!!..konsert sudah mau mula!..ok, kat sini aku kasi list-list lagu yang diorang main malam tu..aku dapat pon dari deaf-angel serius aku sendiri tak hafal tajuk lagu yang depa main..



1. Intro / Ides Of March ( Wings & Search & Iron Maiden haha )
2. Gemuruh ( Wings & Search )
3. Paranoid ( Search )
4. Analogi 0.1 ( Search )
5. Puisi Merdeka ( Wings )
6. Gema Di Inderaloka ( Wings )

7. Balada Pemuzik Jalanan ( Amy vocals + Wings band )
8. Opera Hidup ( Awie vocals + Search band )
9. Alam Barzakh ( Wings )
10. Mabuk Tujuh Lautan ( Wings )
11. Sejati ( Wings )
12. Kau Masih Berdegil ( Wings )

13. Drum solo ( Yazit + Black )
14. Isi dan Kulit ( Search )
15. Isabella ( Search )
16. Emmanuelle ( Search )
17. Cakap Memang Murah ( Search )

18-23 Medley
18. Rozana ( Search + Wings )
19. Semalam Yang Hangat ( Wings + Search )
20. Gadisku ( Search + Wings )
21. Taman Rashidah Utama ( Wings + Search )
22. Meniti Titian Usang ( Search + Wings )
23. Mimpi Misteri Syakila ( Wings + Search )

24. Nur Nilam Sari ( Search + Wings )
25. Guitar solo ( Kid + Joe )
26. Rock n Roll Lu Punya Suka ( Wings + Search )
27. Pasti ( Search + Wings )

Haaa...tu la setlist lagu untuk malam ni..cuma,yang agak kurang enak bagi aku pada malam ni ialah berkenaan dengan sound gitar yang tak dengar sangat..ujung-ujung je bunyi dia..bass gitar ok la skit sound dia..drum plak memang sempoi!..kena plak dengan skill permainan dari ke dua-dua drummer legend kita tuu yang sangat-sangat hebat!..memang sedap la bunyi drum depa..cuma tu laa,gitar memang aku dengar ujung-ujung jee..feel terus down skit..huhu!


Tapi yang aku paling tabik adalah Awie!!..suara dia memang terbaik!!..kiranya terjawab sudah persoalan kami masa kat dalam kereta tadi..serius part lagu gemuruh dia tarik memang tak pecah!..cuma mic je yang maybe problem..sebab agak tak jelas suara dia masa 1-2 lagu..tapi memang gua tabik sama lu la awie!!..tengok lengan dia pun dah nampak balik ketul-ketul otot..sebelom ni nampak lebar jee..haha!!..


Amy plak aku rasa cam ada sikit kureng..tapi bukan keseluruhan laa..dia still rockin lagi weh!!..suara pun masih maintain cam selalu..tapi kalau di bandingkan dengan awie malam tuu,memang awie menang laa!!


part yang paling kelakar masa lagu Rock n Roll Lu Punya Suka..Awie ngan Amy siap main lawan-lawan tarik suara..masa part sebut "lu punya",..Awie siap tunjuk-tunjuk jari kat anu Amy..wakaka!!..gila lawak!..dah tu Awie siap dukung-dukung Amy lagi..memang sempoi la dua-dua rockstar ni..haha!!..tapi masa awal-awal konsert pun depa dah buat lawak mesra cium-cium pipi..haha!!


Masa pertengahan konsert,diorang ada buat sedikit speech pasal allahyarham datuk Mohammed Rahmat yang diorang anggap sebagai 'bapa' diorang..


Tapi satu je yang aku nak komplen..safety. yaa,tahap keselamatan memang agak longgar laa,sebab pintu masuk ngan keluar cuma ada 1 jee..bayangkan 20'000 orang bersesak nak masuk ngan nak keluar..tu takpe lagi,buatnya ade kebakaran dalam tu,ke bumbung venue runtuh ka,..tak ke naya jadinya..


Kesian kat sorang brader gempal yang jatuh longkang (dalam sial longkang tuu..) masa orang tengah sesak-sesak nak keluar gate..aku bajet pengsan,tapi nasib baik dia ok..cuma,hish..dalam siak longkang tuu!!..

Bak kata brader-brader yang aku sempat tengok kat GALA TV PLUS tentang konsert double trouble ni,depa kata"..Awie,Amy STRONG! STRONG!.."

7 comments:

deaf_angel said...

aloha

aku dengar ada mamat 'dislocated' shoulder beb.
kecoh abis malam tu..

JePh said...

maybe brader yg jatuh longkang tu kot.kalau tengok kedalaman longkang tu memang boleh bikin cedera badan.masa dia bangun nampak steady,tapi tak tau la lps tu..

Garbiula said...

brader yang jatuh longkang tu member aku lah woi... tempat dah la gelap, kaki dah longlai, mata naik kabur, telinga dah desing... aku puin nyaris nak jatuh longkang tu... tapi refleks cepat sikit... dia jatuh aku tarik angkat.. sian wei... sakit jugak kaki member aku tu... apa pun memang best la malam tu... legenda...

JePh said...

Garbiula..aisey,member hg ka? dia amacam skang? masa kejadian tu aku bajet longkang tu biase2 jee..skali tengok mak oi dalam gilaa!..tapi apa nak kata dah,rock punya pasal!

Garbiula said...

paras pinggang jugak laa... bodoh punya longkang tak bertutup... hahahah

MIKENOSH said...

brudder jatuh longkang tu tak mengalami kecederaan serius.....thankGod...janji RAAWWKKKK!!

Nerzhul said...

yeah janji rock. rock panas malam tu. hahaa

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.