Saturday, January 29, 2011

Susu dan Kasut.





Cuaca malam yang sejuk menyebabkan gua tibai 2 helai selimut buat tido. Tapi tak lama jugak la gua lena, Sebab bini gua dah sepak-sepak kaki gua suruh bangun buat susu anak. Mana dia belajar main sepak-sepak kaki suami ntah. tak ingat dosa agaknya. Anak dara gua yang baru nak genap setahun umur pun jenis tak agak-agak, susu badan tak nak telan, susu lembu jugak dia pilih. Nasib jugak dia tak reti nak pilih KLCC lagi, kalau tak dah tentu glamer anak gua masuk blog hiburan. Last-last gua jugak la yang kena ejas susu badan. Gua kan bertanggungjawab.

Sambil-sambil bangun keluar dari bilik gua intai celah-celah tingkap. Gelap lagi. Pukul brapa gua tak pasti. Gua perati jam dinding. Baru lepas pukul 3 pagi. Patutla gua kena terajang tadi. Sebab masa-masa ni gua memang patut tengah tido mati. Gua tuju ke dapur. Masak air. Susu semua gua dah ready letak dalam botol. Tunggu cerek gua bersiul, gua tuang air panas secara tertib dan penuh dengan sifat-sifat kelelakian.

Anak gua yang dari tadi tak berenti menangis terus diam bila gua sumbatkan susu dekat mulut dia. Gua tengok dia punya telan memang jenis rakus. Lapar betol. Gua tau susu yang gua bikin memang sedap. Sebab tu anak gua tak pernah komplen. Bini gua masa ni buat tak pot. Terus pekena tido.

Gua pulak bila dah bangun terus tak boleh nak tido balik. Apa yang patut gua buat? gua buntu kejap. Gua rasa kalau gua pekena gosok gigi pun cantek jugak. Baru sedap gua nak layan nescafe tarik pagi-pagi ni. Gua rasa agak kurang ajar kalau jenis sarapan tak di mulakan dengan menggosok gigi. Tapi tu bagi gua je la. Orang lain gua mana tau.

Gua perati anak gua. Nampak benor kenyang. Mulut pun tak becok macam tadi. Senyap. Gua tau dia dah tido. Rumah gua kembali sunyi macam selalu. Abis gua gosok gigi,Gua bancuh nescafe pakai susu yang gua beli hari tu. Gua bawak nescafe sama roti gardenia masuk bilik sebelah. Bilik ni kira pot tempat gua lepak-lepak. Dalam bilik ni ada radio, Poster band sama filem, CD, Kaset, Pc dengan tibi 14 inci buat stok layan dvd sama main video game. Jadi, gua cadang nak lepak pekena radio sambil tunggu matahari timbul.

Macam biasa gua terpaksa la layan lagu jenis riffing tunggang terbalik buat bekal gua nak berjaga sampai ke timbulnya matahari. Orang cakap bila dengar lagu-lagu keras, mata boleh segar. Gua syak orang tu tipu la. Sebab gua baru pasang track pertama, sedar-sedar bini gua dah kejut gua pakai kaki lagi sekali. Nescafe sama roti pun gua tak sempat usik. Celaka gua tertidur balik. hahaha!!

Kali kedua gua bangun matahari dah timbul. Jadinya, gua bersiap lebih kurang ke tempat kerja. Gosok gigi gua rasa tak payah. Sebab pukul 3 tadi gua dah gosok apa. Kumur-kumur sudah la kan? Tapi bini gua bising. Okey laa, gua gosok jugak la gigi sekali lagi. Ambik hati punya pasal.

Bila gua keluar ke pintu gua tengok kasut keje gua dah hilang. Kasut yang dah sebati dengan bau kaki gua tu pun ada yang berkenan. Gua tak paham dengan dunia sekarang.

Last-last tadi gua terpaksa pergi kerja dengan kasut jogging. Cis~

Friday, January 28, 2011

NUCLEAR DEATH TERROR


BLACK BLOOD PRESENTS:

NUCLEAR DEATH TERROR. Brutal apocalyptic crust/punk from Copenhagen, Denmark. Ex-URO, started 2003, added members with a solid line-up formed around late Summer 2004. After few line up changes they hired Tim(ex-PISSCHRIST) as their new drummer. Other members also a co-writer in well known metal mag ZERO TOLERANCE. As they made a CELTIC FROST’s important number Morbid Tales on their la...test second EP. The new sounds surely will be embark as punk and metal. Also taken Scandinavian Hardcore as influences in their musical style. The heaviness of old- BOLT THROWER and CELTIC FROST, and the pounding of DISCHARGE and ANTI CIMEX! On December 31st 2010 until February 2011 they starting Total Nuclear Annihilation Tour. Kick start from Australia, Japan, Singapore and last stop at Kuala Lumpur. MALAYSIA.


Salah satu aksi langsung yang paling dinanti-nantikan oleh para crusties di Malaysia. Yang bukan crusties pun bole kalau nak cuba. Takde darah kambing, takde bakar kitab. yeahhh!!

nuclear-death-terror.com

nuclear death terror myspace

nuclear death terror blogspot

Thursday, January 27, 2011

Fasha Sandha

Satu dunia kecoh pasal anak muda arab bangun menentang sistem diktator dan korup,

Kita di sini di saji dengan berita anak muda bernama Fasha Sandha.

Sungguh gua tak paham!

Tuesday, January 25, 2011

Gua malu hari ni!

Tadi petang,

gua singgah satu kedai runcit. Tujuan gua takde lain, cari susu tin. Apa jenama gua tak peduli. Janji susu pekat. Gua nak pekena nescafe ais.

"Susu area mana bro?" tanya gua dekat brader kedai. Sambil-sambil mata gua ligat memandang makwe-makwe student berbaju nurse penuh dalam kedai tu. Area situ memang penuh dengan pelajar kolej kesihatan. Masa tu jugak gua terpikir nak pengsan. Mana tau dalam ramai-ramai student, ada yang berbesar hati nak bikin CPR dekat gua.

Mengingatkan tujuan sebenar gua dekat kedai tu, Gua batalkan niat gua tadi.

"Belakang sana bang.." jawab brader tadi, tenang.

Gua terus berjalan menuju ke belakang. Sambil-sambil tu gua pandang lagi makwe-makwe tadi. Sempat jugak makwe-makwe tadi tu pandang gua balik. Siap ada yang kasi flying kiss lagi. Gua pun tak cakap banyak terus peluk kuat-kuat bawak makwe tadi gi pejabat kadi. Akhirnya kami pun hidup bahagia selama-lamanya.

Ok, gua acah je tadi. Gua sambung balik cerita asal.

Lepas gua jumpa barang yang gua nak, Gua pegi kaunter. Masa ni memang ada 2 orang makwe tengah perati gua senyum-senyum dari belakang. Gua macam biasa buat bodo (tapi sebenarnya gua suka jugak). " Abang dah kawin la sayang,.." rayu gua dalam hati.

Abis je bayar, gua gerak keluar. Tiba-tiba makwe yang senyum-senyum dekat gua tadi panggil gua dari belakang.

"Abangggg~..." lembut je gua dengar.

"Yee.. ada apa-apa yang boleh saya bantu?". Gua jawab macam brader-brader dalam cerita gerak khas.

Makwe tu terus hulur tangan. Gua pun cadang nak hulur jugak, tapi kemudian gua perasan lain.

"Tadi masa abang jalan benda ni jatuh. Saya nak pulangkan balik." makwe tu senyum lagi.

Gua capai sambil gerak laju terus masuk kereta. Sambil-sambil seluk tangan dalam poket seluar, gua perasan koyak. Macamana boleh gua tak perasan yang henpon gua jatuh ni? Nak lagi haru, gua terbawak henpon mainan anak gua! bukan henpon gua!


Gua betul-betul malu tadi. Sumpah gua tak jejak dah kaki gua kat kedai tu lagi. Sumpah!

Sunday, January 23, 2011

Gua dan Status.

Gua sebenarnya takut nak cakap.

Tapi kadang-kadang benda-benda remeh ni la yang buat segala macam kerja terbengkalai. Tapi kalau gua tak cakap, gua takut gua di cop pengkhianat. Jadi gua kena cakap jugak la kan?

Ok la,..

Gua sebenarnya ada dua status warganegara.

Satu, dah tentu-tentu la Malaysia.

Satu lagi?


Err,.. warganegara Fesbuk.

Persamaan diantara Justin Bieber dengan gua.

kah kah kah! gua tipu je. Sila abaikan tajuk di atas.

Yaa, gua sedar memang dah lama sebenarnya gua biarkan blog gua ni hidup tanpa nafkah batin yang sepatutnya gua bagi. Gua jugak tau yang memang blog gua jenis blog pipih yang kalau ada pun takpe, kalau takde lagilah takpe. kan? kan? kan?

Gua hari tu dah tekad nak berenti menulis blog gua yang memang kopak takde isu nih sebenarnya, Tapi betul la orang cakap, kalau dah ketagih, memang susah nak tinggal. Untuk pengetahuan, Selama gua berenti dari menulis, gua memang tak sign in langsung ke sini. Kalau pun gua datang singgah, gua taip url kariudang tu je. Itu pun sebab gua nak baca list-list entry yang ada kat bloglist gua sebelah kanan tu.

Bagi gua, tulisan diorang ni lagi sedap untuk gua layan. Dan kadang-kadang buat gua terpikir (bukan kadang-kadang, selalu sebenarnya), Macamana diorang ni boleh bikin artikel yang kekadang tu simple je, tapi bila baca, gua rasa nak berdiri tepuk dahi (err, tangan sebenarnya) sebab benda-benda tu bikin gua menganga sorang-sorang.

Gua akui yang gua bukan pandai sangat menulis, kalau baca blog gua, memang takde satu pun artikel jenis bijak-bijak. Semua stok merapu takde ujung pangkal. Syok sendiri la senang cakap. Semuanya sebab gua ni memang bukan jenis pandai sangat menulis. Kalu gua bikin review pun, semua kelaut je. bukan betul sangat pun. keh keh keh~

Semua ni gua salahkan pada ketagihan gua terhadap penulisan. Macam ketagih gua terhadap rokok, macam tu jugak la menulis, gua belasah je tulis walaupun tak berapa bijak. Jenis menulis pun gua tak pernah nak karang-karang. Apa yang gua tulis sebelum ni on the spot idea tu datang masa gua ketuk keyboard.

Tapi yang jenis review tu semua gua dengar + tengok dulu la. Takkan gua nak tipu cakap dah dengar, tapi sebenarnya tak. Tu kerja orang bangang. Gua pulak takde la bangang. Bodo sikit-sikit tu biasa la. keh keh keh~

Harap-harap kali ni gua berani la nak menulis balik, itu pun kalau ada idea. Gua tak reti sangat nak cari-cari idea ni. Nak cerita hal-hal politik kepartian, gua tak menganut mana-mana parti politik. Tak kan gua nak sembang pulak kan?

Nak cerita pasal kucing gua dengan anak dia? gua mana ada bela kucing. Gila apa gua nak cerita? Cerita hal-hal rumah tangga gua? Lagila tak laku. Kalau gua glemer macam Herman Tino, boleh la gua tulis gosip diri gua sendiri. Kan?

Jadinya, gua akan cuba menulis kembali dalam blog ni. Sayang jugak kalau nak tinggal.


P/S : Nasib jugak scene blog ni bukan jenis sistem kerja. Kalau tak dah lama dah gua kena buang kerja dari blog. keh keh keh!

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.