Saturday, January 29, 2011

Susu dan Kasut.





Cuaca malam yang sejuk menyebabkan gua tibai 2 helai selimut buat tido. Tapi tak lama jugak la gua lena, Sebab bini gua dah sepak-sepak kaki gua suruh bangun buat susu anak. Mana dia belajar main sepak-sepak kaki suami ntah. tak ingat dosa agaknya. Anak dara gua yang baru nak genap setahun umur pun jenis tak agak-agak, susu badan tak nak telan, susu lembu jugak dia pilih. Nasib jugak dia tak reti nak pilih KLCC lagi, kalau tak dah tentu glamer anak gua masuk blog hiburan. Last-last gua jugak la yang kena ejas susu badan. Gua kan bertanggungjawab.

Sambil-sambil bangun keluar dari bilik gua intai celah-celah tingkap. Gelap lagi. Pukul brapa gua tak pasti. Gua perati jam dinding. Baru lepas pukul 3 pagi. Patutla gua kena terajang tadi. Sebab masa-masa ni gua memang patut tengah tido mati. Gua tuju ke dapur. Masak air. Susu semua gua dah ready letak dalam botol. Tunggu cerek gua bersiul, gua tuang air panas secara tertib dan penuh dengan sifat-sifat kelelakian.

Anak gua yang dari tadi tak berenti menangis terus diam bila gua sumbatkan susu dekat mulut dia. Gua tengok dia punya telan memang jenis rakus. Lapar betol. Gua tau susu yang gua bikin memang sedap. Sebab tu anak gua tak pernah komplen. Bini gua masa ni buat tak pot. Terus pekena tido.

Gua pulak bila dah bangun terus tak boleh nak tido balik. Apa yang patut gua buat? gua buntu kejap. Gua rasa kalau gua pekena gosok gigi pun cantek jugak. Baru sedap gua nak layan nescafe tarik pagi-pagi ni. Gua rasa agak kurang ajar kalau jenis sarapan tak di mulakan dengan menggosok gigi. Tapi tu bagi gua je la. Orang lain gua mana tau.

Gua perati anak gua. Nampak benor kenyang. Mulut pun tak becok macam tadi. Senyap. Gua tau dia dah tido. Rumah gua kembali sunyi macam selalu. Abis gua gosok gigi,Gua bancuh nescafe pakai susu yang gua beli hari tu. Gua bawak nescafe sama roti gardenia masuk bilik sebelah. Bilik ni kira pot tempat gua lepak-lepak. Dalam bilik ni ada radio, Poster band sama filem, CD, Kaset, Pc dengan tibi 14 inci buat stok layan dvd sama main video game. Jadi, gua cadang nak lepak pekena radio sambil tunggu matahari timbul.

Macam biasa gua terpaksa la layan lagu jenis riffing tunggang terbalik buat bekal gua nak berjaga sampai ke timbulnya matahari. Orang cakap bila dengar lagu-lagu keras, mata boleh segar. Gua syak orang tu tipu la. Sebab gua baru pasang track pertama, sedar-sedar bini gua dah kejut gua pakai kaki lagi sekali. Nescafe sama roti pun gua tak sempat usik. Celaka gua tertidur balik. hahaha!!

Kali kedua gua bangun matahari dah timbul. Jadinya, gua bersiap lebih kurang ke tempat kerja. Gosok gigi gua rasa tak payah. Sebab pukul 3 tadi gua dah gosok apa. Kumur-kumur sudah la kan? Tapi bini gua bising. Okey laa, gua gosok jugak la gigi sekali lagi. Ambik hati punya pasal.

Bila gua keluar ke pintu gua tengok kasut keje gua dah hilang. Kasut yang dah sebati dengan bau kaki gua tu pun ada yang berkenan. Gua tak paham dengan dunia sekarang.

Last-last tadi gua terpaksa pergi kerja dengan kasut jogging. Cis~

2 comments:

nana shah said...

hahahaha.. bau yang hamis tu la yg syok.. hahaha

JePh said...

hahaha. bau tungkik kot!

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.