Sunday, February 27, 2011

Main guli dan impaknya terhadap gua.



Saje gua letak gambar ni. Padahal takde sangkut cerita langsung.




Satu ketika sekitar tahun 1992-1994.

Gua menolak basikal sementara pulang dari mengaji. Tayar basikal gua pancit sikit. Tapi takde hal. Gua boleh tukar tiub sendiri. Gua syak tadi kena paku masa gua lawan wheelie-wheelie dengan Dolah sebelum mengaji tadi. Selalunya begitu la rutin gua sebelum masuk mengadap ustaz mengaji gua.

Bawak basikal tak pegang handel memang sangat trend masa zaman tu. Setakat jatuh luka tu, tak jadi apa bagi gua. Main basikal sampai berpeluh merata celah, kemudian selamba masuk mengaji. Rilek abis. Songkok penuh dengan peluh? Tu belakang cerita.

Tapi masa mengaji, Gua memang kusyuk. Kusyuk gua bersebab. Sebab mudah, Ustaz gua ni muka memang Rambo habis. Tu je. Gua dulu cukup takut dengan dia. Ustaz Deris. Dia ni keje TNB. Selalu waktu mengaji kadang-kadang petang, kekadang malam. Ikut waktu keje dia. Masa mengaji, Rotan panjang wajib ada dekat sebelah dia. Tapi tak pernah dia hayun pun. Sekadar acah gua dengan bebudak lain je.

Mengaji dengan dia ok. Cuma kadang-kadang masa gua perdengarkan bacaan, dia terlelap. Bunyi dengkur dia pun kadang-kadang menyelit jugak masa gua baca. Gua paham dia penat kerja. Mengajar pulak budak-budak yang dekat 20 orang. Tapi tak tau la kalau ustaz gua tido sebab gua mengaji sedap. Boleh jadi jugak tu. Cuma takde la gua tanya dekat dia. Kang takut timbul riak pulak kan?

Bila abis je mengaji petang, memang dah tentu gua dengan budak-budak mengaji lain dah setting aktiviti main pulak. Budak-budak la katakan. Main tu maksudnya main bola, basikal, tak pun main gasing. bukan main atas tilam. Tu cerita lain.

Jadinya, antara petang-petang tu, gua ngan budak-budak gua dah set nak main guli. Balik rumah semua selongkar guli masing-masing. Kadang-kadang cedok guli dalam akuarium ikan. Tu keje member gua, Najib. Dulu-dulu takde budak yang rajin kumpul action figure apa semua, yang penuh dekat rumah jenis benda macam guli, gasing dengan layang-layang. Budak-budak sekarang gua tak tau la pulak.

Tapi bila kitorang dah standby nak main, member gua si Najib tak sampai lagi. Nak tak nak kitorang main dulu la. Kang dia sampai masuk jela mana-mana team pun. Tak sampai setengah jam, Najib sampai. Gua perasan dia bawak guli. Tapi ada benda lain jugak dia bawak.

Sampai-sampai je muka dia lain macam sikit. Terus dia panggil semua orang datang kat dia. Gua buat tak pot sangat. Biasa la muka macam tu. Tak kena marah, sakit perut. Tu je la. Gua tengok member-member lain semua kerumun dia. Gua pun nak tak nak pegi jugak la. Macam ada benda penting la pulak.

Bila gua sampai dekat, Gua tengok najib tengah tunjuk satu benda macam buku. Tapi tak tebal sangat la gua nampak. Gua perati dekat-dekat. Gua tak puas hati gua pegi laaaagi dekat..




Rupa-rupanya benda yang dia bawak tu kalendar. Nak lagi best kalendar gambar kakak mat saleh posing tak pakai baju.

kah! kah! kah!

Saturday, February 26, 2011

Kasim Indie Rock - part 3.

Sambungan dari sini dengan sini.


"Pegi tengok sape yang datang tu Sim,.."

Kasim dengan gaya tenang bergerak ke pintu. Mak Yam sebenarnya tau yang Kasim masih marah dekat dirinya. Cuma tak ditunjuk sangat. Hormat mungkin.

Pintu masih lagi di ketuk.

"Sabo la sikit! Apa pesen datang rumah orang main ketuk pintu kuat-kuat ni." Kasim sedikit marah. Gaya marah saling tak tumpah macam perangai arwah bapanya, Bang Harun. Arwahnya dulu main kugiran juga. Posisi gitar utama. Kalau ada kenduri kawin di Ipoh, tak sah kalau takde beliau dan Orkes Cahaya memeriahkan pengantin. Sebut saja lagu apa, waima Black Sabbath sekalipun boleh dicover dengan tenang. Tapi dah ajal, beliau akhirnya meninggal akibat eksiden.

Pintu dibuka sedikit kasar.

Kasim tergamam. Kelu lidah tak payah cerita. "sape plak minah ni?" seru Kasim dalam hati. Ya, di hadapan Kasim muncul seorang gadis yang lebih kurang sebaya umur, segak gaya muka serta tubuh, berdiri sambil tersenyum. Wajah Sid Vicious terpampang di bajunya.

" Hai,..err, sebenarnya saya ni jiran sebelah. Mak yang suruh datang sebab nak kasi adress email blog mak saya untuk mak awak. Biar ramai sikit yang jadi followers dia katanya." Sambil menghulurkan sekeping kertas kepada Kasim.

Kasim macam biasa kelu. Diam je dari tadi. Maklum la makwe lawa ada di depan. Berjiran pulak tu.

"Saya pun tak paham dengan mak tu. Duduk sebelah rumah pun nak bercerita dalam blog-blog pulak. Susah jugak saya nak paham perangai dia." sambung gadis tadi lagi.

"By the way, nama saya Nana. Awak?"

Kasim masih lagi diam. Nak bertegur, tak keluar apa pulak dari mulut. "Ah sudah.."
Bentak Kasim.

"Err.. sayye Kashim." Sedikit sumbang bunyi sebutan. Gugup punya pasal.

"Ooo,..ok la. Saye nak gerak dulu. Ada hal sikit. Nanti senang-senang kita sembang ye?" Ucap Nana lembut.

Kasim hanya mengangguk tanda paham. Gugup sampai tak mampu bercakap. Rugi sungguh!

"Sape tu Sim?" Mak Yam menjerit dari dapur.

Kasim macam biasa kelu. Tak dapat dia nak lupakan wajah Nana tadi. Cantik.
Perasaan hati Kasim bagai debunga wangi bak kata Lefthanded.

Mak Yam yang dari tadi pelik sebab Kasim asyik tersenyum tak henti-henti.

"Ni Bang Harun punya perangai la ni. Dah macam orang takde akidah je rupanya." Mak Yam membebel.

Bang Harun jugak yang kena.


Bersambung...

Tuesday, February 22, 2011

Album yang gua dengar baru - baru ni.

Sori sebab lama tak lepak sini. Gua mengaku gua malas. Lagipun gua memang takde benda sangat nak cerita. Hidup gua biasa-biasa je macam orang lain. Okeh, kali ni gua cerita sikit pasal CD yang gua beli baru-baru ni. Ulasan gua macam biasa la, tak tentu arah sikit. kah kah kah!


ZUDAS KRUST 'A loyal slave to the apocalyptic order'



Zudas Krust. Band yang datang dari Jakarta. Konsep album ni lebih ke arah elemen Punk D-Beat. Ada lebih kurang 12 lagu dalam CD ni. Tolak cover song, ada 6 lagu je yang betul-betul diorang buat sendiri.

Cover song pulak dari band macam Apparatus, Rajoitus, Krass Kepala etc..Band D-Beat, main cover pun mesti D-Beat la kan?

Tapi kan best kalau band-band macam ni try bawak cover song band-band metal macam Deicide ka, Slayer ka, Sodom ka, mesti raw dan berkerak! haha!

Dari segi lirik macam biasa, bercerita tentang isu-isu berat yang selalunya di pandang ringan oleh pihak atasan. Atasan yang macamana, pandai-pandai la pikir.

Ada juga lagu dalam bahasa ibunda. Bila gua baca lirik yang dalam bahasa indonesia, Gua rasa bahasa indonesia ni lembut bunyi sebutan walaupun lirik dia agak berat. Ntah! tapi itu yang gua rasa la. Gua bagi satu contoh la :


PERANG AGAMA
Arogansi tingkat tinggi
Membunuh dan Intimidasi
Membuat surga mereka
Tak peduli korban nyawa
Perang agama!
Ataas nama tuhan tertulis
Jalan penuh darah
Kepala pisah dari badan


Betulkan gua cakap? hahaha! Ok, CD ni gua beli RM15 dari rice cooker. Boleh la kalau sesape yang nak cuba rasa apa itu D-Beat. Ni link untuk kenal lebih lanjut dengan diorang : http://www.myspace.com/zudasfukkenkrust



CASSANDRA 'Set eyes on paradise'



Ni band local. Boleh kata lama jugak diorang ni dah ujud dalam scene Metal Hardcore tempatan. Ni kira album penuh kedua selepas album Pay us suicide,torn and forgotten tahun 2004 dulu.

Kiranya ni album yang ada peningkatan dan matang dari yang sebelum ni. dari segi musik, memang banyak riffing berat dan melodi yang sedikit sebanyak ada unsur-unsur kelam, suram, sedih, marah dan segala macam perasaan yang terkubu di hati.

Part breakdown memang merata-rata dalam album ni. Boleh di katakan semua lagu wajib ada part ni. hehe! ada satu lagu yang intro agak fengtau sikit. Tapi bukan dari keseluruhan lagu macam stail band Attack-Attack tu. Stail musik lebih ke arah pengaruh dari band Killswitch engage campur All Shall Perish.

Tapi satu je kurang pasal CD ni. Dia punya sleeve artwork tak cun sangat. Simple bebenor bak kata orang Perak. Boleh di beli di kedai Auntie dekat area Campbell dengan harga RM20. Kontek diorang di sini. http://www.myspace.com/cassandra






TITIK KOMA 'Recode the Revelation'




Ini juga band metal dari seberang. Ujud sekitar 2005 lagi. Stail musik lebih ke arah death metal campur sikit-sikit hardcore. Packaging CD yang agak kemas dan menarik.

Ada 9 lagu dalam album ni. Musik agak raw dan energetik. Cuma bunyi dram sikit kedepan. Album ni dah lama sebenarnya. Gua je yang baru beli. hehehe! kalau teringin nak dengar, boleh lawat diorang di http://www.myspace.com/titikkomametal

Gua beli CD ni pun dengan harga RM15 dekat kedai rice cooker. Kedai ni dulu area Annexe CM. Cuma sekarang dah tukar ke area Jalan Tun Tan Siew Sin. Sebelah Puduraya dengan Mydin. Layanan bagus kedai ni. Cuma kedai dia tersorok sikit. Nak tau lebih lanjut try riki sini.http://ricecooker.kerbau.com/

Okeh. Ada masa gua singgah sini semula ok?

Tuesday, February 15, 2011

Jammed!

Sedap jugak dengar musik begini. Rasa nak joget pun ada. Nak makan nasi pun ada. Tapi band ni kira bagus la. Video jenis buat sendiri. Lagu hepi-hepi tapi politikal. gua benda-benda macam ni gua suka la. Tak berat kepala kalau layan.

Band baru tak baru, lama tak lama la jugak. Tapi yang nyata, ini salah satu band yang jadi playlist untuk gua dengar hari-hari.

Benda-benda sedap mesti kena kongsi.






Gua takde idea nak menulis lagi. Babai~

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.