Saturday, October 9, 2010

Hantu sama Robot. Mana menang?

JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2 (2010)




Cerita pasal bomoh sama bomoh beradu domba. Kali ni Mazlan pet-pet sama Cat Ruffedge saje yang ada. Sam kali ni tak berlakon sama. Macam biasa kalau ada Mazlan pet-pet berlakon, Paham-paham jela dia punya pitching suara. Cakap pun nak menjerit. Tapi lawak dalam filem ni stended la bagi melayu. Kemunculan hantu pun banyak jugak. Tapi takde la seram. Nama pun komedi seram, Komedi je lebih, seram tak berapa nak nampak pulak. Tapi kalau tengok dia punya penonton, memang David Teoh sama Ahmad Idham senyum sampai ke langit la. Buat duit lagi la kali ni.



ENTHIRAN (2010)





Hah! ambik kau. Gua pun layan Rajnikanth. Selamba masuk panggung layan sorang-sorang sampai 3 jam lebih. Masa gua tengok filem ni, gua sorang je melayu. Gila kental bai!

Okeh, citer pasal sorang saintis India (Rajnikanth) yang telah cipta satu robot yang sebijik macam dia jugak gayanya. Nama robot ni Chitti (Rajnikanth jugak yang jadi robot ni). Tapi last-last si Chitti ni masuk geng jahat sebab geng jahat dah kasi masuk cip merah ( sebelum tu dia guna cip biru) yang kasi dia jadi ganas melampau. Tapi last-last dia jadi baik balik.

Yang gua paling layan bila ushar heroin dia. Aiswarya Rai mantap sial! cun satu hal plak tu. mesti ada pakai dR. Rozmey punya produk ni. Memang cun abis! Soundtrack pun ok. Last part masa nyanyi gua tengok Rajni dah macam Maikel Jeksen. Hahahaha!!

Tapi Rajni ni kalau menari memang tak best pun. Keras macam apa ntah. Haa! dalam filem ni jugak tak banyak aksi lawan-lawan. Gua rasa sekali je kot scene lawan pakai penumbuk macam yang selalu tu. Time tu atas keretapi. Yang lain-lain banyak CGI je dia pakai buat efek lawan. Tapi CGI dia melampau-lampau! haha.. memang ganah!

Tapi, bagi gua filem Sivaji the boss lagi garang dari ni. Filem ni dah macam filem Hollywood je.

Gabungan filem Terminator, I Robot, sama Transformers. Serius gua tak tipu!
Kalau berani pegi la layan. Gua cabar! hahahaha..

13 comments:

Kahirie said...

bollywood stylo. Kalau rajin lawat blog sepg gua. Hehe

JePh said...

okeh. nnt kang gua sampai.

Fontonk said...

bollywood lu tgk wayang? haha. rare sial.
aku suka cerita falsafah. kau dah tgk 3idiots?
lakonan amir khan, kareena kapoor?
mesti tgk bro.

raina said...

aku plg layan rajnikanth neh cita chandramukhi!

JePh said...

fontonk: haha. aku tgk sbb ada subtitle. kalau tak jgn harap aku paham. 3idiots sedap gak. dgr kata amir khan nak bikin film indie nnt. bila aku tatau.

raina: cerita hantu tamil. aku pun layan gak. haha.

raina said...

maher zain waklu! gila terkejut tetiba maher zain tulis basa melayu!!! babi sungguh!!!! hahaha

weih letak shoutmix aaa senang aku maw mencarut!!!

chandramukhi best tang bila heroin kena rasuk tu, gila ngeri bijik mata terbeliak!!! nak pi kencing pun suh laki aku temanla..

JePh said...

keh keh keh..nnt aku letak shoutmix.

hg pun satu, awat tak kencin ja dpn tv. baru betui takut.. hahahaha!!

~qiFFara~ said...

best ek cite tamil tu??
heeeee...

sivaji pon layaan gak..hehe

JePh said...

takde la best sgt. hahaha..

hiro said...

sokong cte melayu!

last coment..pasni x dh..gua anti word verification..kalau entri best xpe la jugak..ces.

JePh said...

erk? comment gua ada word verification ka? gua rasa dh ejas itu hari. nnt gua cek balik. gua pun tak suka menatang tu.

entry gua takde satu pun yg best. memang pun!

gua sokong lu bai~ hahahaha~

segitujuh said...

dah ada versi download?

.s.o.f.i.a. said...

tarikan citer congkak tu sebab pompuan seksi mandi berkemban jer............... =)

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.