Friday, October 29, 2010

Renjong, kaset & bas.




Masa dalam kereta petang semalam, sambil-sambil gua pekena layan radio, tak silap gua, gua pasang chanel muzik fm rasanya, Gua tertarik pada satu iklan kemasyarakatan yang keluar masa tengah sedap gua dengar tu.

Iklan pasal 2 orang brader yang tengah sedap lepak dalam bas, lepas tu ada satu auntie yang tengah berdiri, kendian sorang brader tu dengan secara heronya kasi auntie tu duduk dekat tempat dia. Lepas tu auntie tu pun ucap la terima kasih dalam nada gembira kira macam iklan budi bahasa la lebih kurang.

Terus gua teringat pasal satu kejadian yang gua alami lebih kurang sama macam iklan tadi, cuma ending dia memang tak sama macam iklan tu. keh keh keh~

Ok. Ni kira zaman masa gua sekolah menengah di area Penang dulu. Tak silap gua masa gua masih dalam tingkatan satu atau dua la kot, sebab gua ingat-ingat lupa dah benda ni. Ni kira zaman gua baru nak belajar kenal-kenal dunia luar. Zaman-zaman keluar dengan kawan-kawan merayau sana sini. Sebab sebelum tu nak kemana ja, mesti dengan orang tua gua. Segan la gua. keh keh!

Dan masa tu jugak, transport yang selalu gua guna masa nak merayau, ada dua saja, satu adalah beskal copper handle kepak split dengan semanggang jenis labuh kaler hijau. tu kira basikal gua buat bergerak pegi sekolah. Masa tu kira musim-musim modified beskal tak kira apa genre beskal sekalipun.

Dan satu lagi transport gua adalah bas. Masa ni bas jenis ada pakai brader atau akak kondukter lagi. Tak macam sekarang, jenis guna tabung. Ni kira salah satu transport penting gua kalau nak bergerak jauh sikit dari sekolah.

Dan zaman ni jugak la gua baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti mengumpul kaset-kaset lagu. Time tu nak beli CD semua mahal lagi bagi gua. Budak sekolah la katakan. keh keh keh~

Masa ni gua baru nak kenal-kenal dengan Metallica, Nirvana semua la. Lagi satu, kedai kaset yang ada paling dekat pun tak brapa nak dekat langsung! Jauh serupa dari balakong nak ke Damansara gayanya. Kalau gua nak naik beskal memang tak mampu la nak sampai kalau di ikut dengan saiz serta kederat budak-budak gua masa tu. Jadi, gua mesti la pakai bas kalau nak ke kedai kaset tu.

Mujur jugak gua ada sorang member yang sama hobi macam gua. Kawan-kawan panggil dia Renjong. Jenis kaki kumpul kaset macam gua jugak. Jadi gua macam biasa akan gerak sama-sama dengan dia kalau ada aktiviti kaset-mengkaset nih.





Hari yang di janjikan pun tiba. Macam biasa tunggu bas dalam 15 minit, terus bas sampai depan mata. Masa ni gua ada perasan yang bas macam tak penuh lagi. Masuk dalam bas, gua dengan Renjong dah perasan tempat duduk kosong yang ada hanya tinggal 4 seat je lagi. Gua dengan Renjong ambik sorang satu seat. duduk sebelah sebelah. Tinggal la dua seat lagi. Lepas tu bas pun gerak tak cakap banyak.

Setiap perhentian bas, Ramai jugak yang naik bas ni. Yang turun tak berapa nak ramai. Sedar-sedar seat yang kosong tadi dah selamat di tapau. Lepas tu bas pun dah boleh kata penuh. Ada ramai brader sama akak-akak makwe yang dah terpaksa berdiri dalam bas tu. Gua ushar-ushar jugak mana tau ada nampak kelibat orang tua atau akak yang mengandung tengah berdiri, boleh la gua kasi duduk. Tapi gua nampak memang takde. Gua pun sambung balik tengok luar tingkap. Jauh lagi nak sampai. Bisik hati kecil gua.

Sampai la ke perhentian seterusnya, Gua yang dari tadi tengah layan ushar pemandangan nampak dua orang makcik yang agak berumur tengah rancak bersembang sambil tunggu bas berenti depan mata. Sambil tu gua perasan yang bas ni bole tahan sendat. gua tunggu-tunggu jugak kot-kot ada sesapa yang turun. Nampak gaya macam takde. Jadi mungkin makcik berdua yang tengah bersembang sambil jejak kaki ke dalam bas ni mesti kena berdiri macam rakyat-rakyat lain dalam bas ni jugak.

Kuat jugak gua dengar makcik-makcik ni bersembang. keh keh~

Bila bas ni dah makin penuh, gua perasan makcik berdua ni dah terpisah. Sorang makcik ni memang dah ke belakang bas. Sorang lagi ada betul-betul depan gua. Bukan la depan gua sangat, lebih kepada depan Renjong sebenarnya sebab gua duduk seat sebelah tingkap. Jadi maksudnya depan Renjong la kan? keh keh~

Dan gua tau yang Renjong ni punya fikiran yang sama macam gua. Dan tekaan gua betul! Renjong dengan penuh kesopanan dan kesusilaan, serta penuh dengan tawadduknya, bangun lalu cakap dekat makcik tu, "makcik, duduk la hat tempat saya ni, biaq saya ja berdiri." Masa ni satu bas ushar sama Renjong. Gua senyum-senyum dalam hati. Kalau masa ni ada fesbuk, gua dah tentu-tentu tekan butang like. keh keh keh~

Selang beberapa saat kemudian, Lu tau apa jadi? Makcik tu buat isyarat tangan tanda tak mau. Lepas tu dia menyelit celah-celah brader sambil terhoyong-hayang gerak ke belakang. Gua ushar risau je. Gua rasa takde la si Renjong ni pegang-pegang atau gesel-gesel sama makcik tu. Apasal pulak dia cabut ke belakang? Gua syak ramai jugak mata yang ushar makcik tu sambil ushar Renjong tadi. Renjong pun blur.

Rupa-rupanya dia gerak cari member dia yang dah lepas ke belakang tadi. Yang lagi tak tahan lepas dah sampai kat member dia tadi, terus sambung sembang macam mula-mula tadi. Makin rancak sembang sambil berdiri sama-sama. Gelak sikit, sembang. Gelak sikit, sembang.


Gua ushar Renjong. Renjong ushar gua. Kami sama-sama mengadap tingkap. Sambung tengok luar balik.

5 comments:

emak. bukan penari tiang said...

serious malu kalau aku jadi renjong..

nak berbudi tapi tak climax...

haha..

emak. bukan penari tiang said...

renjong tu tinggi kurus, kan?

slalu renjong neh badan tinggi kurus orng utara panggil renjong! hahah

Encik Jep said...

besan: memang malu dia time tu. haha!

memang pun dia tinggi. time tu pulak aku kecik. mcm langit dgn bumi kalau jalan bedua. hahaha!

emak. bukan penari tiang said...

time tu hang pulak kecik? awat la ni hang besaq kah?

ceh!

Encik Jep said...

kira dh besaq la dr dulu..

haha~

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.