Friday, October 29, 2010

Renjong, kaset & bas.




Masa dalam kereta petang semalam, sambil-sambil gua pekena layan radio, tak silap gua, gua pasang chanel muzik fm rasanya, Gua tertarik pada satu iklan kemasyarakatan yang keluar masa tengah sedap gua dengar tu.

Iklan pasal 2 orang brader yang tengah sedap lepak dalam bas, lepas tu ada satu auntie yang tengah berdiri, kendian sorang brader tu dengan secara heronya kasi auntie tu duduk dekat tempat dia. Lepas tu auntie tu pun ucap la terima kasih dalam nada gembira kira macam iklan budi bahasa la lebih kurang.

Terus gua teringat pasal satu kejadian yang gua alami lebih kurang sama macam iklan tadi, cuma ending dia memang tak sama macam iklan tu. keh keh keh~

Ok. Ni kira zaman masa gua sekolah menengah di area Penang dulu. Tak silap gua masa gua masih dalam tingkatan satu atau dua la kot, sebab gua ingat-ingat lupa dah benda ni. Ni kira zaman gua baru nak belajar kenal-kenal dunia luar. Zaman-zaman keluar dengan kawan-kawan merayau sana sini. Sebab sebelum tu nak kemana ja, mesti dengan orang tua gua. Segan la gua. keh keh!

Dan masa tu jugak, transport yang selalu gua guna masa nak merayau, ada dua saja, satu adalah beskal copper handle kepak split dengan semanggang jenis labuh kaler hijau. tu kira basikal gua buat bergerak pegi sekolah. Masa tu kira musim-musim modified beskal tak kira apa genre beskal sekalipun.

Dan satu lagi transport gua adalah bas. Masa ni bas jenis ada pakai brader atau akak kondukter lagi. Tak macam sekarang, jenis guna tabung. Ni kira salah satu transport penting gua kalau nak bergerak jauh sikit dari sekolah.

Dan zaman ni jugak la gua baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti mengumpul kaset-kaset lagu. Time tu nak beli CD semua mahal lagi bagi gua. Budak sekolah la katakan. keh keh keh~

Masa ni gua baru nak kenal-kenal dengan Metallica, Nirvana semua la. Lagi satu, kedai kaset yang ada paling dekat pun tak brapa nak dekat langsung! Jauh serupa dari balakong nak ke Damansara gayanya. Kalau gua nak naik beskal memang tak mampu la nak sampai kalau di ikut dengan saiz serta kederat budak-budak gua masa tu. Jadi, gua mesti la pakai bas kalau nak ke kedai kaset tu.

Mujur jugak gua ada sorang member yang sama hobi macam gua. Kawan-kawan panggil dia Renjong. Jenis kaki kumpul kaset macam gua jugak. Jadi gua macam biasa akan gerak sama-sama dengan dia kalau ada aktiviti kaset-mengkaset nih.





Hari yang di janjikan pun tiba. Macam biasa tunggu bas dalam 15 minit, terus bas sampai depan mata. Masa ni gua ada perasan yang bas macam tak penuh lagi. Masuk dalam bas, gua dengan Renjong dah perasan tempat duduk kosong yang ada hanya tinggal 4 seat je lagi. Gua dengan Renjong ambik sorang satu seat. duduk sebelah sebelah. Tinggal la dua seat lagi. Lepas tu bas pun gerak tak cakap banyak.

Setiap perhentian bas, Ramai jugak yang naik bas ni. Yang turun tak berapa nak ramai. Sedar-sedar seat yang kosong tadi dah selamat di tapau. Lepas tu bas pun dah boleh kata penuh. Ada ramai brader sama akak-akak makwe yang dah terpaksa berdiri dalam bas tu. Gua ushar-ushar jugak mana tau ada nampak kelibat orang tua atau akak yang mengandung tengah berdiri, boleh la gua kasi duduk. Tapi gua nampak memang takde. Gua pun sambung balik tengok luar tingkap. Jauh lagi nak sampai. Bisik hati kecil gua.

Sampai la ke perhentian seterusnya, Gua yang dari tadi tengah layan ushar pemandangan nampak dua orang makcik yang agak berumur tengah rancak bersembang sambil tunggu bas berenti depan mata. Sambil tu gua perasan yang bas ni bole tahan sendat. gua tunggu-tunggu jugak kot-kot ada sesapa yang turun. Nampak gaya macam takde. Jadi mungkin makcik berdua yang tengah bersembang sambil jejak kaki ke dalam bas ni mesti kena berdiri macam rakyat-rakyat lain dalam bas ni jugak.

Kuat jugak gua dengar makcik-makcik ni bersembang. keh keh~

Bila bas ni dah makin penuh, gua perasan makcik berdua ni dah terpisah. Sorang makcik ni memang dah ke belakang bas. Sorang lagi ada betul-betul depan gua. Bukan la depan gua sangat, lebih kepada depan Renjong sebenarnya sebab gua duduk seat sebelah tingkap. Jadi maksudnya depan Renjong la kan? keh keh~

Dan gua tau yang Renjong ni punya fikiran yang sama macam gua. Dan tekaan gua betul! Renjong dengan penuh kesopanan dan kesusilaan, serta penuh dengan tawadduknya, bangun lalu cakap dekat makcik tu, "makcik, duduk la hat tempat saya ni, biaq saya ja berdiri." Masa ni satu bas ushar sama Renjong. Gua senyum-senyum dalam hati. Kalau masa ni ada fesbuk, gua dah tentu-tentu tekan butang like. keh keh keh~

Selang beberapa saat kemudian, Lu tau apa jadi? Makcik tu buat isyarat tangan tanda tak mau. Lepas tu dia menyelit celah-celah brader sambil terhoyong-hayang gerak ke belakang. Gua ushar risau je. Gua rasa takde la si Renjong ni pegang-pegang atau gesel-gesel sama makcik tu. Apasal pulak dia cabut ke belakang? Gua syak ramai jugak mata yang ushar makcik tu sambil ushar Renjong tadi. Renjong pun blur.

Rupa-rupanya dia gerak cari member dia yang dah lepas ke belakang tadi. Yang lagi tak tahan lepas dah sampai kat member dia tadi, terus sambung sembang macam mula-mula tadi. Makin rancak sembang sambil berdiri sama-sama. Gelak sikit, sembang. Gelak sikit, sembang.


Gua ushar Renjong. Renjong ushar gua. Kami sama-sama mengadap tingkap. Sambung tengok luar balik.

Tuesday, October 26, 2010

Black Territory - 'This is black territory' CD.




Sedap jugak album Black Territory ni. Dah lama sebenarnya album ni wujud, tapi macam biasa la, gua last-last kopek baru beli. Kalau selalu turun gig, senang la beli. Jenis gua yang boleh kira berapa kali masuk gig ni, memang kena order je la dari band atau mana-mana distro.

Gua sebenarnya start minat band ni lepas lepak maispes diorang. dengar promo dalam website diorang, gua rasa sedap lagu-lagu diorang ni. Tapi itula, benda-benda underground ni bukan senang-senang nak dapat di pasaran. Lain la kalau lu cari Lady Gaga punya stuff, memang bersepah-sepah ada.

Tapi, benda ni ikut minat. Kalau lu tak minat, bersepah macam mana pun, takdenye lu pandang. kan?

Harga CD ni RM20. Stended la bagi band Malaysia. Pro-Printed tau. Bukan jenis main-main punya barang. Ada 2 keping gambar line up band. Lirik semua ada. Tak payah risau pasal benda-benda setan. Memang tak jumpa. Hardcore mana sembang pasal setan.

Dalam album ni ada 10 lagu termasuk dengan intro sama 1 akustik. Sound dalam album ni bagi gua mantap. Takde main-main. Ini macam la bagus. Gua yang dengar pun tumpang bangga sebab diorang ni sungguh-sungguh bikin album. Bunyi semua alat muzik seimbang. Dah macam band metal omputeh dah gayanya.

Konsep diorang dari apa yang gua dengar adalah Metalcore. Bukan Makyong crossover atau Zapincore. Jangan harap jumpa benda-benda tu dalam album ni.

Dari segi lirik, kebanyakan tentang ketidak puasan hati dalam banyak isu yang kalau di pendam, maka meranalah badan. Bila dah diluahkan dalam bentuk musik, maka terhasillah seni yang mampu dikongsi bersama-sama gua(sebab gua beli album ni, gua anggap diorang bercerita dekat gua la. hehehe~).Ada jugak lagu yang ditujukan buat arwah sahabat diorang dan rakan-rakan lain.

Muzik pulak memang sedap. Gua rasa line up band ni mesti dah lama pegang alat-alat muzik ni. Sebab gua dengar cara main memang mantap, ketat, dan padat. Pada drummer, bassist,gitarist sama vocalist, gua nak ucapkan terima kasih sebab bakat lu orang memang buat gua rasa berbaloi dengan RM20 yang gua laburkan.

Lagu-lagu yang menarik bagi gua adalah In Cries, Black Territory, It's So Hard dengan Into The Mirror (akustik). Yang ni kira terbaik la. Yang lain-lain kira sedap.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal Black Territory, lu boleh cekidot maispes diorang dekat sini www.myspace.com/blackterritory atau try singgah sini: www.blackterritory.com


Ayuh burung puyuh!! (ayat gua cilok dari dalam inlay CD ni)



Makasey!

Thursday, October 21, 2010

Angkara Black Metal.




Sinopsis:

Semuanya bermula daripada tugasan biasa. Budi Putra wartawan bebas yang diminta menyiasat isu Black Metal di Sungai Petani, Kedah.
Budi Putra merasakan tugasnya itu semakin mudah apabila sudah ada anggota Black metal yang sedia membantu.
Namun, rasa biasa itu menjadi luar biasa, rasa mudah itu menjadi sukar pada saat dia bertemu dengan seorang gadis yang punyai rahsia besar berkenaan Black Metal. Pada saat misteri Black Metal semakin terkuak, gadis itu pula ditemui tidak bernyawa. Budi Putra kini dihujung jalan, dan segalanya umpama di hujung tanduk. Budi Putra perlu segera bertindak....




Gua dah baca habis buku ni. Sebelum tu gua nak komen pasal cover depan buku ni. Gua beli buku ni sebab cover depan dia memang terbaik! smart sungguh gambar pentagram hitam tu. haha! Serius macam kitab satanic dia punya rupa.


Ok. buku ni tebal. Lebih kurang 205 muka surat. Saiz buku kecik sikit dari stended size zine hardcore yang guna format A5 size. Kira sedap-sedap pegang time baca dalam jamban sekalipun. Bukan macam Utusan Malaysia punya rupa. Sakit hati kalau bawak ke dalam jamban. Nak baca pun tak tenang. Besar sangat. Dah la gua jenis lepak jamban lama. Sebab tu kena ada bahan bacaan. Ni kalau asyik-asyik nak betul muka surat sebab terkulai memanjang, mana boleh tahan. Hilang fokus. Hilang semangat.


Kita cerita bab isi. Buku atau novel ni cerita pasal sorang wartawan bebas yang bernama Budi Putra di tugaskan untuk menyiasat pasal gejala black metal yang wujud di Kedah. Kedah dikatakan sebagai pusat permulaan gejala Black Metal di Malaysia ni. Kata buku ni la. Dalam masa dia menyiasat, macam-macam la yang jadi dekat dia. Lebih kurang begitu la kiranya.


Gua boleh kata yang buku ni sebenarnya adalah imaginasi penulis dalam menyampaikan tentang isu Black Metal, berpandukan keratan-keratan akhbar yang pernah wujud dalam
surat khabar masa kecoh-kecoh pasal ajaran Black Metal satu masa dulu. Pasal apa gua kata macam tu, sebab setiap artikel tentang Black Metal yang ada keluar dalam surat khabar, semua ada di taruh dalam buku ni. Sambil-sambil penulis kaitkan dengan cerita yang dia bikin.


Tapi, dari apa yang gua baca, Sebenarnya bukan pasal Black Metal sangat, lebih kepada ajaran sesat sebenarnya. Takde hubung kait antara Black Metal dengan ritual puja setan yang digambarkan dalam buku ni.


Cuma dalam satu babak, di gambarkan yang wartawan ada pegi satu gig dekat satu pusat hiburan di Georgetown Pulau pinang, Lepas tu ada satu band je yang main dalam gig tu. Masa band tu nak perform, ada beberapa orang berjubah memegang Al Quran, lalu meletakkan di atas pentas. Lepas tu ramai pulak peserta yang sama-sama letak jugak Al Quran, sampai longgokkan Al Quran MENINGGI SEPERTI PIRAMID dekat atas stage tu. Lepas tu diorang bakar Al Quran. Gig berjalan seperti biasa walaupun api marak. Mudah je kan? haha.


Agak tak logik kalau lu senang-senang nak bakar sesuatu benda dekat dalam kelab. Sepanjang gua pegi gig, belum pernah gua nampak mana-mana band metal yang bikin gimik melampau macam tu. Mau owner kelab mengamuk, pastu terus stop je gig tu. sebab tu gua cakap yang buku ni hasil imaginasi penulis semata-mata. Sekadar menggunakan isu Black Metal sebagai bahan tulisan.


Lepas tu ada pulak aksi pertarungan silat (diulangi SILAT!) di antara si wartawan
dengan Ketua ajaran sesat yang di panggil Lord. Dan macam biasa la, Lord mesti la kalah. hahaha!


Kesimpulan yang gua boleh bagi dalam buku ni, Ini bukan buku yang telus dalam menceritakan tentang budaya Black Metal di Malaysia, hanya imaginasi penulis yang juga banyak memetik artikel-artikel yang keluar dalam surat khabar arus perdana serta majalah yang satu masa dulu banyak menyampai kan berita-berita karut tentang budaya Black Metal di Malaysia.


P/S : Gua beli buku ni dekat Popular Book store, harga lebih kurang dalam RM15.

Friday, October 15, 2010

Kepada Boyfriend anak aku.

Okeh,

Sambil-sambil lepak, apa kata lu try baca peringatan di bawah. Mana tau satu masa nanti berguna untuk lu pakai. Keutamaan untuk mereka yang mempunyai anak gadis macam gua ni.

(Ni bukan gua yang tulis. Tapi gua rasa macam best, so gua tampal sini.)


*************


Kepada Boyfriend anak aku,

Peraturan 1:
Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon-hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar, sebab ko takkan ambik ape-ape atau sesapa.

Peraturan 2:
Jangan ko pegang-pegang anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang-pegang anak aku, aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah.

Peraturan 3:
Aku tau skang nih fesyen budak-budak pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok-elok cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4:
Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari-hari kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain-lain, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tu! dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5:
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko. ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain-lain topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: "bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula?" Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6:
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks-aweks lain yang lagi kiut-miut. aku takde hal ngan kelebihan ko tu. selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai-pandai cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7:
Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le buat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8:
Tempat-tempat berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa-apa tempat yang leh duduk-duduk atau baring-baring. tempat-tempat yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat-tempat yang gelap. Tempat-tempat yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat-tempat yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan dan pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium-cium tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy-spy aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main-main ngan aku.

Peraturan 10:
Ko patut takut ngan aku ni. kalo boleh biar sampai sangat-sangat takut. Aku ni dok teringat-ingat lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap-senyap pastu dok berbual kat laman aku nak tembak. aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua-dua tangan ko tinggi-tinggi. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian.


Yg ditakuti,

Bapak Kepada Girlfriend ko.


***********


Amacam? boleh pakai tak? hahaha.



P/s: Sumber berita gua ambil dari SINI.

Saturday, October 9, 2010

Hantu sama Robot. Mana menang?

JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2 (2010)




Cerita pasal bomoh sama bomoh beradu domba. Kali ni Mazlan pet-pet sama Cat Ruffedge saje yang ada. Sam kali ni tak berlakon sama. Macam biasa kalau ada Mazlan pet-pet berlakon, Paham-paham jela dia punya pitching suara. Cakap pun nak menjerit. Tapi lawak dalam filem ni stended la bagi melayu. Kemunculan hantu pun banyak jugak. Tapi takde la seram. Nama pun komedi seram, Komedi je lebih, seram tak berapa nak nampak pulak. Tapi kalau tengok dia punya penonton, memang David Teoh sama Ahmad Idham senyum sampai ke langit la. Buat duit lagi la kali ni.



ENTHIRAN (2010)





Hah! ambik kau. Gua pun layan Rajnikanth. Selamba masuk panggung layan sorang-sorang sampai 3 jam lebih. Masa gua tengok filem ni, gua sorang je melayu. Gila kental bai!

Okeh, citer pasal sorang saintis India (Rajnikanth) yang telah cipta satu robot yang sebijik macam dia jugak gayanya. Nama robot ni Chitti (Rajnikanth jugak yang jadi robot ni). Tapi last-last si Chitti ni masuk geng jahat sebab geng jahat dah kasi masuk cip merah ( sebelum tu dia guna cip biru) yang kasi dia jadi ganas melampau. Tapi last-last dia jadi baik balik.

Yang gua paling layan bila ushar heroin dia. Aiswarya Rai mantap sial! cun satu hal plak tu. mesti ada pakai dR. Rozmey punya produk ni. Memang cun abis! Soundtrack pun ok. Last part masa nyanyi gua tengok Rajni dah macam Maikel Jeksen. Hahahaha!!

Tapi Rajni ni kalau menari memang tak best pun. Keras macam apa ntah. Haa! dalam filem ni jugak tak banyak aksi lawan-lawan. Gua rasa sekali je kot scene lawan pakai penumbuk macam yang selalu tu. Time tu atas keretapi. Yang lain-lain banyak CGI je dia pakai buat efek lawan. Tapi CGI dia melampau-lampau! haha.. memang ganah!

Tapi, bagi gua filem Sivaji the boss lagi garang dari ni. Filem ni dah macam filem Hollywood je.

Gabungan filem Terminator, I Robot, sama Transformers. Serius gua tak tipu!
Kalau berani pegi la layan. Gua cabar! hahahaha..

Tuesday, October 5, 2010

Jangan letak kaki atas meja.. biadap!





Hai.

Lama jugak gua hilang dari alam saiber ni. Fesbuk-fesbuk semua gua tak usik. Brader blog lagi la gua tak jejak. Nak kata gua sibuk haram tak jugak. Malas tu salah satu la kot. Tapi gua terpanggil nak sembang pasal rokok sebab gua dengar merata-rata tengah diskas pasal ni. Gua pun nak la join sikit-sikit. Hahaha!

Baru-baru ni gua dengar scene rokok mainstream dah panas balik sebab harga baru dah naik 7 kupang dari harga stended. dah jejak RM10 la kalau lu jenis kaki dunhill. Gua tengok rata-rata brader-brader keliling gua yang kaki Dunhill macam pasrah je. Takde bising-bising. Tapi dari riak wajah memang gua nampak efek sedih yang mendalam.

Gua? gua takde rasa sangat. Sebab gua dah lama stop support rokok-rokok mainstream ni. Makin lama makin mencekik dia punya harga. Sekarang gua kaki rokok underground.

Gua cerita sikit pasal profil rokok mainstream lebih kurang. Rokok mainstream ni adalah seperti berikut. Gua kasi contoh sikit je. Antaranya seperti Dunhill, Winston, Salem, L&M, dan juga Pall Mall. Banyak lagi tapi cukup la tu.

Ni jenis rokok yang bayar cukai sama gomen. Tu pasal merata-rata tempat ada jual kalau lu perasan. Sebab rokok jenis ni ada lesen. Bukan haram. Itu di kira rokok yang halal. Isap jenis dapat pahala ke tidak, itu gua tak tau.

Rokok Underground pun ada macam-macam jenis. Antara nama-nama besar dalam scene adalah seperti Paradox, Nusantara hijau/merah, Soccer, dan jugak Luffman. Ada banyak tapi gua petik ni jela. Jenis ni takde pakai lesen. Semua datang secara seludup. Kira haram sebab tak reti kasi cukai sama gomen.

Jenis ni memang tak semua kedai ada jual. Memang rare. Jangan mandai-mandai pegi 7-E tanya. Memang wajib takde. Itu port rokok-rokok mainstream lepak. Bukan rokok underground okey?

Perbezaan antara rokok mainstream sama underground tak banyak. Salah satunya kalau lu tengok kotak rokok mainstream dah tentu lu jumpa gambar mayat merata-rata tempat. Tapi tidak pada rokok Underground. Rokok Underground dia punya sifat luaran masih suci. Takde gambar tekak bocor serta kaki bernanah seperti lazimnya kotak Dunhill sama Winston.

Member gua pernah jugak buat lawak pasal kotak rokok Dunhill gambar kaki nanah tu. Masa tengah makan kat mamak, ada sorang member letak kotak rokok atas meja. Member gua ni sound dia "Lu ni takde adab la kawan". Apsal? "Yang lu letak kaki atas meja nape? kurang ajar la tu,.." sambil tunjuk dekat kotak Dunhill yang ada gambar kaki tu. Mengekek-ngekek gua gelak. Celaka! boleh pulak dia buat lawak camtu. Heh~

Okeh, sambung balik.

Lagi satu cara jualan dia memang beza. Macam yang gua cakap tadi, Bukan semua kedai ada jual rokok jenis underground nih. Tak macam rokok Mainstream. Merata-rata ada. Tapi rokok underground kebanyakan lepak dekat kedai-kedai runcit atau pasar-pasar mini yang biasa-biasa. Tapi itu pun bukan semua kedai. sebab tu dia kira rare. Restoran mamak pun kadang-kadang ada selit jual sikit-sikit rokok underground nie, selain dari jual yang mainstream.

Yang paling utama perbezaan antara kedua-dua aliran rokok ni adalah harga. Jenis Underground memang murah. Kalau Dunhill 20 harga dah sama dengan topap hotling tempoh 10 hari, rokok underground harga 4-5 kali ganda murah dari tu. So, kira sendiri la berapa beza harga tu.

Cuma bab rasa sedap ke tak yang menjadi pertikaian serta buah mulut masyarakat smokers ni. Bagi gua, sedap atau tidak tak jadi hal, benda ni kira logik la. Lu beli CD filem cetak rompak harga 5 ringgit boleh campur, Lepas tu lu harap nak gambar sama sound jenis macam ori. Memang tak berapa nak bijak la lu sebagai pengguna. Kan? Sama macam rokok la, benda sedap ni subjektif. Terpulang pada selera sama poket lu. Kalau lu rasa mampu isap rokok mainstream, teruskan. Tapi gua, layan Nusantara hijau adalah satu kepuasan bagi gua buat masa sekarang.


Hahahaha!

Tapi, kalau lu tak isap rokok, tu lagi baik. Yang gua cakap kat atas tu bukan suruh lu isap, cuma sekadar pandangan gua je la. Gua cerita sama kawan-kawan, Tak salah kan?

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.