Sunday, August 1, 2010

Pandangan gua terhadap band dan cover song nya.

Bila gua melayan satu-satu konsert atau gig, gua mesti perasan ada 1-2 band yang akan tarik sepam dua cover song setiap kali diorang perform. Dan setiap jenis cover song yang akan di bantai, selalunya akan dialun mengikut selera line up band atau di bawa seiring dengan konsep sesebuah band tu sendiri.


Misal kata kalau lu main metal, dah tentu lu akan tarik 1-2 lagu band yang menjadi pengaruh lu yang seolah-olah pemberi inspirasi terhadap perjalanan band lu ataupun untuk kepuasan lu sendiri,..serta merangkumi crowd lu. Memang agak bedebah kalau lu jenis main metal tapi cover song lu masa perform, lu bawak lagu Hail Amir.


Begitu juga dengan pemuzik-pemuzik rock, punk, thrash, indie, skin serta grunge, seboleh-bolehnya lu akan hadiahkan crowd lu dengan cover song dari band yang menjadi rujukan lu orang kan? crowd gembira,lu pun puas hati beb!


Kadang-kadang jugak, crowd sendiri akan teruja bila sesebuah band yang diminati, membawa cover dari band yang diorang pon minat. Ini akan membuatkan perasaan untuk melayan band lu menjadi berbunga-bunga. Lu lagi la eksaited kan? tambah-tambah kalau yang teruja jenis makwe dahi licin macam bontot lu (itupun kalau bontot lu jenis licin takde bisul..keh keh!)


Tapi,ada sesetengah band yang belom ada material sendiri, dapat peluang main gig, jenis bawak cover song dari mula sampai abis. Yang ni gua sendiri pelik. Lu takde barang mau konsi sama crowd, tapi lu pinjam barang band lain buat penyeri show lu.


Masalahnya camana lu boleh main gig macha? Jenis ni gua ada kesimpulan sendiri. Diorang ni stok band jenis ber'kroni' dengan organizer. tu je. Tapi sekarang ni gua rasa dah takde kot jenis-jenis camtu. Semua dah pandai bikin lagu sendiri. Sumber merata-rata. Takkan tak bole buat lagu sendiri lagi kan?


Ok,selalunya band tempatan akan semestinya membawakan cover song dari band-band luar. tak kira apa jenis genre sekali pun, kebanyakan memang akan bawak cover song dari band mat saleh. Tapi, lu orang sedar ke yang sebenarnya band-band mat saleh ni sendiri pernah atau tidak membawakan lagu dari band tempatan kita sebagai lagu cover dalam show diorang?


Aku sebenarnya tak percaya langsung yang wujud band-band luar yang berani bawak cover song dari band kita ni sehinggalah aku terjumpa video konsert yang menunjukkan band-band otai luar juga pernah membawa cover dari lagu band tempatan kita. So, kita patut rasa bangga sebab mat saleh sendiri minat ngan band kita. Tapi diorang tak tunjuk je. Nak cover line la tu.


Di sini aku sertakan video yang menjadi bukti bahwa band kita juga punya lagu yang sedap sampai band luar berani bawak masa konsert diorang berlangsung. Siap crowd banging kaw-kaw lagi walaupun aku tau diorang tak paham sepatah haram pun. Nah! saksikan di bawah ni..





Lu tengok Metallica siap cover lagu XPDC tu!! gila tersangat la rare!! kui kui! tapi di bawah ni lagi best. cuba lu tengok..





Awie sendiri rasanya tak pernah sangka Dave Mustaine punya suara cam dia,.. kah kah kah!





Lu tengok? macamana la gua boleh tatau diorang pernah cover lagu ni.. Mus May pun tak pernah cerita..tak nak riak kot? hehe~ Tapi band yang di bawah ni lagi la terbaik! lu jangan macam-macam!! Iron maiden pun pernah layan Rusty Blade.. sekarang,gua dah konfuse, sapa pengaruh sapa nie?






Nah! sekarang lu percaya kan kata-kata gua?

5 comments:

deaf_angel said...

ermmm...
last dua ke tiga kali aku nengok deep purple,
mesti don airey bawak lagu rasa sayang eh

Paan said...

Apa de hal? Backstreet Boys sblm mainstream diorang time jamming kaver Mass Separation kalo lu nak tau. Tak kencing punya ah.

JePh said...

deaf : betui tu bro.. lu ada mention dalam blog lu itu hari. yang legend2 mmg pandai amik hati crowd..heheh!

paan : gua percaya lu mmg tak kencing. kiranya dulu diorang geng2 grindcore la ye? hahaha!

raina said...

gila bodo! hahaha

tapi serious mcam betoi!

ka memang betoi???

JePh said...

betoi la weh! (hidung kembang kempih tanda menipu~)

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.