Thursday, August 26, 2010

Persoalan yang serius dari hati.




Cerita santai-santai.


Malam semalam, masa gua lepak-lepak dekat rumah sambil layan anak gua main sembur air liur (stended budak 6 bulan punya main), gua di kejutkan oleh bunyi siren kereta polis abang gerak khas tengah ligat kejar satu kereta dekat luar rumah gua.

Dia punya laju gua bajet memang tengah kejar sesuatu. Kiranya bunyi siren kereta polis yang selalu gua dengar kalau layan movie, kini gua berpeluang dengar secara live dekat rumah gua. Nasib takde bunyi pistol. Kalau tak gua saspek abang polis tengah kejar budak takde lesen la kot.

Gua bukan teruja apa sangat, cuma gua terpikir yang sekarang ni gua duduk dekat New York ke Miami? Tetiba gua rasa seram.

Agak-agak indeks jenayah dekat Malaysia ni, makin naik ke menurun haa?

********

Cerita lain.


Walaupun gua ni peminat muzik berat, yakni muzik puja setan kalau mengikut apa yang harian metro atau mastika punya takrifan, gua tak pernah kecik hati. Gua rasa akidah gua masih stabil. So, gua tak kisah sangat la pasal tu..

Tapi bila ada kes buang bayi, sembelih anak, kes-kes ragut, bunuh diri, merompak apa semua,

Gua cuba tanya diri gua sendiri..

Agak-agak siapa sebenarnya yang puja setan tu haa?

5 comments:

Fontonk said...

haha. setail jgk tibe2 ada aksi kejar ngejar depan rumah. rasa mcm kita sdg tinggal kat bandar yg sgt ghetto.

aku stuju, walaupun kita dgr muzik yg berat, tapi at least kita masih tak buat jenayah besar. kecuali fitnah. hehe. harap diterima taubat kita

sama sama la hindarkan diri dari shaitan, musuh yg nyata.

emak. bukan penari tiang said...

ghetto..aku suka!

Encik Jep said...

fontonk : betul tu bro..kasi calit sikit!

raina : calit gak! haha~

TheBentPencil said...

hahaha...

beberapa tahun lepas aku pindah dari bandar X ke bandar Y (negeri selangor)

1st night kat bandar Y ak da dengar siren polis kejar2, n mat rempit jerit2 sana sini.

ak rase cam berpindah dari Manhattan ke New Orleans. FFFFUUUUUU

p.s. yang kuat romen tu kaki layan pop and rnb.mana taknye lagu2 pasal masuk keluar hotel, video klip booties je memanjang. lagi rela ak layan avenged sevenfold terjun lubang hell. ahahah

Encik Jep said...

hahaha.. gua pun ada rasa yg diorg ni stok lyn spice girl goyang-goyang. tu pasal akidah ada sikit goyang.. haha!

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.