Thursday, September 16, 2010

From Dhaka with love.

Itu hari gua ada sembang sikit pasal 1 brader Dhaka stok iras-iras gua dalam entri pasal hari kemerdekaan kan?

Tadi gua ada lepak kejap dengan dia. Dia ni asal Bangladesh. Bujang lagi. Tak silap gua dah 3 tahun lepak sini. Sini tu maksud gua negara ni. Bukan lepak blog ni. okeh, nak kata muka macam hero hindustan, Gua tak tau belah mana yang sama. Macam takde langsung persamaan di situ. Umur dia lebih setahun dua dari gua.

Dia ni antara staff-staff penting dekat opis gua. Agak kalau opis gua berserabut atas bawah, dia la yang akan datang menyelamatkan keadaan sambil usung mop, penyapu dan sebagainya. Tugas pembersihan memang takde lari mana dah. Semua dia pegang.

Bila gua perati dia, gua rasa dia ni lagi kental hidup dari gua. Bayangkan dari Bangladesh semata-mata datang sini cari rezeki. Tinggal keluarga, tinggal makwe semata-mata nak kerja. Bukan kerja senang. Gua pun tak brape nak sanggup.

Masa tengah sembang hal-hal dunia dengan dia, tetiba henset dia berbunyi. Gua perasan sesuatu. Gua amati lagi bunyi yang keluar dari henset dia secara fokus,..

gua macam kenal je intro lagu ni.

+
+
+
+

Pergh! sekali lagu Sejati Wings dia pakai!!


Gua senyum lebih kurang.

4 comments:

raina said...

aku syak dia sendiri pun tataw makna lagu tu..mebi brader kaunter hp setting bagi dia! wahahahah!

JePh said...

ya tak ya jugak! hahaha!

gabanMorka said...

semangat kemelayuan sejati betol...haha

JePh said...

tu la..gua syak bangla ni ada sikit darah melayu. haha~

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.