Monday, September 27, 2010

Cerita satu malam.

"Masjid dah tak ramai orang ye b?"..

bini gua sound tepet sama gua masa kami sama-sama dalam kereta on the way ke rumah pakcik gua yang ada bikin makan-makan sikit sempena hari raya semalam. Itu jam dah time semayang isya'.

Dia sambung lagi,

"Masa bulan puasa hari tu penuh, sampai ke luar masjid orang semayang kan?"

Gua angguk-angguk tanda paham apa yang cuba dia sampaikan sambil-sambil jeling makwe dekat bus stop simpang lampu isyarat. Gua pandang bini gua yang tengah tidurkan anak dara gua sambil senyum.

"bulan puasa pun awal bulan je penuh, ujung-ujung ramadhan semua pakat kejar Tesco sama Carrefour jaa. Pastu balik kampung, kasi penuh haiwey ramai-ramai".. Gua jawab balik sambil pasang rokok sama perlahankan radio. Masa tu radio kereta gua akak Lady Gaga tengah perform dekat hot fm.

"Haa..tapi kan, ada sorang akak tu dekat 10 tahun kawin, tak pernah balik raya dekat kampung dia.. asyik-asyik kampung husband dia je,.. dah tu, mak mertua plak macam haram perangai. Dia je yang kontrol semua. Kesian akak tu b".. Bini gua cerita sama gua. Gua terkejut sambil terpancut asap rokok dari bibir gua yang mungil tu.

Bini gua sambung lagi..

"Yang tak tahan tu, bila dah nak balik ke rumah mak dia, mak mertua dia suruh masak macam-macam masa nak balik kampung tu. Macam saja-saja tahan tak kasi balik. Last-last mak dia mati masa tunggu dia balik. Kesian tau"..

"Husband dia takkan diam ja?" Gua jadi panas bila dengar ada manusia macam gitu.

"Husband jenis anak mak. Tu pasal jadi macam tu." Balas bini gua.

"Mana boleh macam tu. Kalau dah sampai sepuloh tahun kawin, kena tolak ansur la".. Gua kasi pandangan yang logik dekat bini gua.

Bagi gua..sebagai seorang suami, lu mesti ada satu sifat adil dalam menguruskan keluarga lu. Memang lu ada hak untuk buat peraturan dalam hal balik-balik kampung ni, Tapi agak-agak la..ni sampai sepuloh tahun lu tak jejak umah mertua lu, apa jenis manusia lu ni? masa lu kawin dengan anak dia, Lu punya baik sampai setan surrender nak goda sama lu. Alih-alih dah dapat, lu lagi setan dari setan. Apa kot? kesian la sama bini lu tu. Macam bangsat perangai! gua marah ni. Yang mak lu tu pun jangan la mengada-ngada sangat! pikir la perasaan menantu lu! sepuloh tahun tu..aduhh!

Gua tak puas hati beb! gua tanya sama bini gua famili mana yang buat macam tu? kalau sedara-mara gua,gua nak jugak sound seketul dua. Biar dia menangis peluk-peluk kaki gua ni. Kendian gua nak ajak dia sparring lebih kurang. Kalah menang kira nasip!

Sambil-sambil bini gua kasi susu sama anak gua, dia pun jawab tenang,..


" Ala, famili dalam Cerekarama dekat tv3 semalam. Sedih b citer tu"..

Masa ni lu jangan tanya apasal Lady Gaga menyanyi kuat-kuat dekat dalam kereta gua. Nasip la kalau orang gelar gua Freemason ka, apa ka.

Gua bengang okeh?!

19 comments:

raina said...

ai laik yor bini!!

wahahahahha!

tapi ayat 'Gua terkejut sambil terpancut asap rokok dari bibir gua yang mungil tu.' adalah sedikit muntah!


mungil????


wadehel bibir lu mungil???????

raina said...

GELIIIIIIII

lagi aku baca ayat mungil tu, lagi bertambah geli! arrghh!

raina said...

pasepa aku baca lagi????













ARGHHHHHHHH!!!! FUUUUU!

JePh said...

serius wei..bibir gua mmg mungil.

HAHAHAHAHA!!

raina said...

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

mengapa reply comment aku pun hang sebut camtu lagi




arrrghhhhhhhhhhhhhhh!

JePh said...

Dah mungil..nak buat camana?
opps! tersebut lagi..


HAHAHAHAHAHAHA!

raina said...

*mati*

aku dah arwah neh, xda lagi la sapa maw komen blog hang

sebab perkataan MUNGIL tuh...

owwh..

amat...

celaka!

*mati*

JePh said...

takda komen pn xpa. bkn aku dpt duit pun..haha!! nasip laa~

hg tanam di mana? bole aku ziarah raya tahun dpn..hahahaha!!

raina said...

ni sorang lagi tak reti eprisiet orang!!! len kali ucap timakasih!



tak payah lawat..nanti aku mai terbang hinggap kipas bilik hang..tak pun merangkak terketaq-ketaq kat lantai dapuq hang.. jangan takut..suh bini hang buat pulut kuning setalam dengan ayam golek jamu aku..teluq rebus jangan lupa..

dan zinger kfc

triple cis beger mekdi

laksa asam uncle jon

dan lain lain lagi..

heh..aku hantu yang lapar..

sebab mati ketika sedang marah!

JePh said...

hahaha..rilek2, aku mmg aprisiet komen org pa. tapi, kalau dpt duit lagi aku aprisiet kaw-kaw!!

ni hantu jenih apa kuat melantak nih?

Hahahahahaha!!

raina said...

dasar bibir mungil mata duitan idung kembang telinga tuli!

register la nuffnang

nanti aku click laju-laju! bleh laa buat beli puting kat baby hang..eh baby hang ppuan kan, jom besan???

jgn risau, anak jantan aku gagah perkasa. sgt pasti anak hang bahagia zahir dan batin..

duit belanja bagitaw saja! no hal, no tawar menawar!

JePh said...

duh! malas aku nak nuffnang2.
entry pun ikut mood bila nak tulis.

yup! anak aku ppuan, baru 7 bln. bole ja kalau nk besan. blom ada org cop lg nih! haha..

yg gagah2 tu aku mau la jd menantu.haha..

aiseh, no hal okeh, no tawar menawar plak dah.. ni kena meeting sama mak dia dulu la camtu..
hehehe~

Frozen666 said...

adoiyai gua igt lu hanguk2 layan thrash metal....

time ramadhan xde majlis makan2...tu yg ramai kat mesjid...dunia akhir zaman le katekan....cekik di utamakan dulu

JePh said...

heh! takde thrash, lady gaga pun gua try hangguk jugak..haha!

betul la tu. ramadhan bulan mkn free kt masjid, penuh la kan.

Fontonk said...

gila kesian mak tu, mati tunggu anak dia tak balik2. laki tu cam haram jgk.
haha. sparring kalah menang kira nasib.
Last last cerekarama? memang cilakalama lah aku baca entry ni. pergh!
akak lady gaga tetap dihati jeph. haha.

weyh, mungil tu apa dia?

Belia Benci Rempit said...

http://rempitcelaka.blogspot.com/

JePh said...

fontonk: lady gaga ra..ra..ra!! heh!

mungil ni kira lentik bro~ kah kah kah!

raina said...

ah! pontong pun tanya mungil!

hang tengok tu..semua pun pelik dengan perkataan mungil tuh

hang sorang ja guna

mungil

ah! tension!

~qiFFara~ said...

hahahahahahaha..
lawak bace komen raina ngn jeph nih~~

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.