Monday, September 13, 2010

Oh! mamak koner..

Semenjak gua berkecimpung dalam arena rumahtangga ni, gua dah jarang-jarang sangat melekat dekat kedai mamak. Kalau dulu-dulu, kedai mamak ni bagi gua, macam aur dengan tebing dia punya erat. Asal bunyi lepak je, nak tak nak kedai mamak memang tak lari.

Gua rasa sepatutnya kedai mamak patut-patut dah masuk dalam kalendar pelancongan negara. Sebab apa gua kata macam tu? sebab kalau lu nak kenal rakyat Malaysia, lu tak payah lari jauh. lu singgah je mana-mana mamak koner, lu kompom boleh jumpa macam-macam kaum dekat situ.

Gua nak cerita sikit pasal pengalaman gua masa gua mula bergiat aktif dalam aktiviti melepak dekat satu kedai mamak area ipoh 5-6 tahun sudah.

Masa tu, gua bujang. Makwe-makwe jangan harap. Ini bermakna, gua bebas untuk berjahanam sesuka hati tanpa memikirkan perasaan pihak perempuan bergelar makwe. Masa ni jugak profesion gua tak tentu arah lagi. kejap keje kilang, kejap keje kedai 2 ringgit, kekadang tolong member jual ikan dekat pasar tani, ikut lori antar barang pun penah sikit-sikit.ada sekali tu, nyaris-nyaris gua terjebak dengan scene bisnes bersistemkan piramid. Nasib tuhan menyebelahi gua, gua tak jadi join scene tu.

Jadi, gua punya sen pun tak tentu hala jugak la. Tapi gua tak kesah. Gua bukan ada makwe nak kasi hadiah besday pun. Nak belanja tengok wayang lagi la haram tak pernah.

Okeh, gua sambung pasal mamak balik. Nak di jadikan cerita, ada sorang member gua ni ajak gua lepak . Macam biasa, destinasi gua dengan dia tak lain tak bukan kedai mamak. Adala 3-4 lagi kaum join sama. Bukan apa, nak meraikan gaji pertama member gua yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan di sebuah gerai buah tepi haiwei PLUS.

Gua kalau pasal makan memang betul-betul 'in'. Tambah-tambah bila orang tolong bayar. Nak tak nak gua terpaksa oder menu paling hit la. Yela, orang belanja, kita kena hargai. Jadi kena la oder menu terbaik kan?

Bila sampai kedai, macam biasa kena pilih seat. Sitting jenis tak main duduk dalam kedai. Tak true. Minda tak berkembang. Mesti kena lepak luar kedai, tambah-tambah area tepi jalan dekat-dekat bucu parit. Baru orang muda. Zaman tu mana ada kereta lagi. Semua stok naik moto tumpang kawan-kawan. Parking moto pun dekat-dekat dengan meja.

Gua? macam biasa mestila menumpang..hehe.

Bila dah ramai-ramai melepak, macam gampang la dia punya peel. Huha-huha sembang takde ujung pangkal. Menu yang dioder pun dah sampai, masing-masing paham apa nak buat. Sambil-sambil kunyah, ada jugak selit huha-huha tadi. Sedar-sedar semua setel habis.

Sedang asyik merehatkan perut, tiba-tiba... BANGG! satu kereta sama satu moto eksiden depan mata. Dia punya dentum memang terbaik. Gua bajet mesti ada yang keluar surat kabar esok pagi. Macam biasa, bila jadi musibah di kawasan umum, ramai la yang meluru macam langau. Termasuklah grup-grup yang lepak dekat mamak ni. Mamak-kedai tak payah cakapla. Semua kelam kabut macam dunia nak kiamat. Member-member gua pun sama kecoh. Terus melompat atas moto sambil idupkan enjin. Gua yang menumpang pun ikut sama. Dalam hati gua bangga berkawan dengan kawan-kawan yang prihatin. Gua bersyukur.

Tapi bila dah gerak, Gua rasa lain macam. Scene eksiden tadi dah sayup-sayup dekat belakang gua.

Cilakak! memang betul la gua makan free! Gua pandang member gua yang konon belanja makan tadi. Dia punya gelak serupa setan. Dia sendiri pun makan free jugak! Penat gua bersyukur tadi. Macam gampang sekor-sekor punya perangai.

+
+
+
+

Apa jadi dengan brader moto eksiden tu gua pun tak tau. Gua agak dia selamat jela. Gua pun harap mamak kedai tu halalkan la makan minum gua. Sumpah gua takde niat nak buat camtu. Keadaan je yang memaksa. Kan?

12 comments:

raina said...

kesimpulan fes : hang x ensem tu pasai xdak awek sangkut..hehe

kesimpulan seken : mamak mmg world tp aku stop sejak ura ura mengatakan mamak masak buh spenda terpakai dlm periuk nasi

kesimpulan ted : aku pun penah tercalo xbyq 2 kali satu kat kedai nasi ayam apa tah kat amcorp mall, satu lg keni rojes roste kat langkawi! Wahaha! Dah calo betey baru sedaq! Huhu!

JePh said...

fes: aku mmg tak ensem..cilakak! haha~

seken: aku ada dengaq jugak. hrp bukan semua mamak cm gitu. geli mat~

ted: mmg ranggi la keni rojes pun bole lepaih!..haha~

LUMUT said...

hahah..cam haram perangai...
aku baca dr atas [enat nak tunggu ending cter ni...langsung x terpikir idea nak makan free tuh..

tp aku tertanya lah jugak apesal sume org kelam kabut....polis dtg ke?ade dadah ker...hahahaa....

upenye nk cpt2 lari mkn freee...

cisssss btol.

JePh said...

eksiden seberang jalan je dr kedai mamak tu.

itu psl satu kedai kecoh. haha~

Fontonk said...

aku link kan entry kau yang ni kat entry baru aku.

cis makan free, nasib baik kau tak eksiden. haha
HARAP MAMAK TU HALALKAN LE. HAHA

JePh said...

fontonk: harap2 mcm tu la..tapi ritu aku lalu kedai tu dh tukar laa. mamak pun dh lain~haha!

Fontonk said...

mamak tu bankrup kot.
sebab slalu kalau eksiden je, semua blah. hahaha

kau dah kawin ke? haha

raina said...

jeph hang kena blanja fontong sebab dia link entry neh dalam entry dia..blanja mamak... dan mintak2 la time tengah blanja tuh, ada accident lagi..hahaha..bleh calo betey sama! wahahah!

JePh said...

fontonk: lu ckp mcm tu gua dh serba salah pulak~cis!! gua baru kawin sorang,tgk ah nnt bila nk tambah lg..hahaha!

raina: nnt aku ajak fontonk lepak mapley..haha! gila lah hg~

raina said...

babi ayat 'baru kawen sorang'! hahaha

berapa orang dalam future plan hang maw???

lagi 3?

tiap malam tedarah serbuk viagra la..

JePh said...

aku kunyah tongkat ali buat persiapan..muahahaha!!

raina said...

kunyah watpa, guna tongkat ali tu la substitute kecemasan!

wahahahahah!

WAHAHAHAHHAHA!

awat otak aku sikit lucah malam ni.. :P

Fakk Kopirait Kontrol.

Bebas di balun untuk semua.